CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2020 06:07 PM | Show all posts
Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar-kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.

Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut, menggoncangkan politik Negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.

Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?

Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?


Belum baca lagi ... take a break tengok Upin Ipin kejap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2020 11:59 AM | Show all posts
Mistika Legenda mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang tokoh legenda yang tersohor di Pulau Langkawi iaitu Mahsuri Binti Pandak Mayah. Mahsuri adalah seorang wanita yang dikatakan cukup sempurna dari segala segi. Cantik, beriman, dan berpendirian teguh. Kisahnya pula disebut orang sejak zaman berzaman kerana wasiat terakhirnya yang telah memberikan impak yang begitu besar kepada Pulau Langkawi. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri telah berdoa kepada tuhan agar menjadikan Langkawi, ‘Padang Jarak Padang Terkukur’ selama tujuh keturunan kerana kezaliman yang telah dilakukan kepadanya. Ketika dibunuh, tubuh Mahsuri telah memancarkan darah berwarna putih sebagai bukti kesuciannya.

Menariknya novel ini, ia juga terkandung semua kisah mitos dan legenda lain yang ada di Pulau Langkawi. Cerita-cerita lain yang terdapat di dalam novel ini adalah seperti berikut :

- PUTRI MAMBANG SARI DAN TASIK DAYANG BUNTING
- SANG GEDEMBAI
- GUA CHERITA
- GUA LANGSUIR
- PARI-PARI TELAGA TUJUH
- MERONG MAHAWANGSA
- JENTAYU DAN GARUDA
- GERGASI MAT RAYA DAN MAT CHINCHANG
- BERAS TERBAKAR
- TELAGA AYER HANGAT
- ASAL NAMA-NAMA TEMPAT DI PULAU LANGKAWI

Di dalam novel ini juga terdapat banyak puisi moden dan tradisional seperti Sajak, Pantun, Syair, Gurindam, dan Seloka yang sangat penting dalam Pendidikan Sastera Bahasa Melayu. Bacalah novel Mistika Legenda untuk mengalami pengembaraan dan keajaiban yang luar biasa berselang-selikan dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan contoh serta tauladan.


Baru baca dalam train ...
Terasa susah nak stop
Payah betul kalau susah nak stop
Rasa tak nak pergi kerja ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2020 02:17 PM | Show all posts
Kisah kali ini tentang kegiatan perdagangan manusia dan organ. Kegiatan ini semakin berkembang kerana dari hari ke hari permintaan untuk mendapatkan organ-organ ini semakin meningkat. Munira seorang ibu tunggal yang memiliki dua orang anak telah ditimpa musibah. Bila kedua-dua anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih yang sudah lama bermaharajalela menculik kanak-kanak. Kumpulan Van Putih yang bernaung dibawah satu Sindiket yang besar telah membawa kedua anak Munira itu ke sempadan Thailand untuk diambil organ mereka.



Munira yang terkejut tentang kehilangan anak-anaknya hilang punca. Dia berharap pada pihak polis untuk mencari anaknya. Kehadiran bekas suami dan ibu mertuanya yang menyalahkannya atas kehilangan anaknya menambahkan tekanan hidup Munira lagi. Dari hari ke hari harapan untuk menemui anaknya semakin pudar. Kemuncak kekecewaannya apabila pihak polis bertindak menghentikan siasatan ke atas kes kehilangan anaknya itu.



Dibakar apa kemarahan dan kekecewaan, dia nekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Pencariannya bukan begitu mudah, dia hampir berputus asa. Pertemuan dia dengan Somchai, seorang penjahat telah membuka jalan untuk menjejaki anaknya. Pelbagai onak dan duri dia tempuhi untuk menemui kembali anaknya. Tetapi ianya tidak semudah itu. Munira perlu membayar harga yang cukup mahal dalam perjuangannya ini. Nyawa menjadi taruhan dan musuh yang sebenar adalah seseorang yang tiada siapa pun menduga.






hari tu baca The Arrival ...
memang tertanya biar betik mamat ni kata dia ni Imam Mahadi
siapa ada power lagi .. and asyik bernasib baik melepaskan diri
fikir-fikir punya fikir ... hmmm takpe go with the flow


kemunculan The Arrival ni macam cerita kat Netflix katanya ...
cerita The Messiah tu ..
tak tengok pun sebab takde hati nak tengok
review pun kata so and so ...


tapi The Arrival lagi best dari The Messiah
serius ...!
kalau tak best takkan habis cepat ...
sehari setengah habis ...


then Mistika Legenda pun best
memang terasa geram lah ...
Mahsuri kena fitnah dan dihukum tanpa usul periksa
rasa ... weii apa korang kejam sangat


Then yang today Lipur Lara Nusantara
fuhh memang best
cerita dongeng siapa tak suka
kira genre fantasi versi melayu
ingat mat saleh je je ada genre fantasi
and ada hadiah special ... ada satu cerita menggunakan tulisan jawi


so boleh asah membaca tulisan jawi ...
saya baca memang merangkak ... kalah siput babi ..
siput babi pun laju ...
nampak sangat dah lama tak baca jawi
rugi ooo orang melayu tak reti baca jawi ...

untuk buku Sindiket ni dah lama aim cuma tak tergerak nak beli
semalam (30th July 2020) pergi MPH Nu Sentral
sebelum tu call MPH untuk cek buku ni ada ke tidak
takde lah buang masa pergi sana ...


so dapat diskaun 10% sebab guna maybank debit card
10% pun dah kira ok .. RM 3 boleh makan ice McD ke ..
beli keropok lekor ke ...


so sempena Hari Raya Korban ni memang kat rumah je lah
tak kemana sebab Covid-19 .. highway pun jem
duduk rumah layan buku le ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2020 07:35 AM | Show all posts
A mother and daughter failed by the men they looked up to. The beginnings of a family saga that stretches across time. Two novels woven together as one.



Veronica Silver’s life feels like an endless list of “what ifs?” Pregnant at sixteen, her strict father shoved her into a loveless marriage far away from the woman she truly loved. But her conflicted mind is in for a reboot when a piano falls out of the sky and triggers a harrowing journey down memory lane.


High-school valedictorian Tracy Silver embraced her uncle as an adult male role model. But her perfect image of him shattered when she caught him with a stripper. Now he’s back in town, and she’s determined to render justice with a magical potion.


Can Veronica and Tracy uncover the deeper truths of their lives by re-examining a lifetime of mistakes?


Missing Mr. Wingfield collects the first two novels of E. Christopher Clark’s series LGBT family saga series The Stains of Time, weaving them together with bonus materials found nowhere else. If you liked The Piano of Death and The Boot of Destiny, you’ll love this mash-up of the two books and the way it brings you even deeper into the stories of Veronica Silver and her daughter Tracy.



so buku ni ... dalam bentuk e-book format .epub

buku ni terima dari author ni sendiri and kena buat review di goodreads.com

ni bukan first time ... dah few times rasanya

kalau dapat buku format .epub memang ok

kalau dapat format .pdf ... leceh

kena print and buat binding comb

susah nak baca ...



so benda ni dari pilihan booktaster ..

dia pilih goodreads.com reader .. and tanya nak join jadi book review ke tidak

dapat point .. lepas tu

tempoh baca 1 bulan rasanya .. kalau rasa mood baca kurang

kena la inform ..



buku sindiket dah habis baca malam tadi

ermmm memang best lah ..

action pack ... and ending memang takkan percaya






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2020 10:14 PM | Show all posts
Ilmu kebal. Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah ini? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka dalam perigi beracun atau kurung hingga mereka mati kebuluran.

Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia. Musuh akan memerah otak untuk kalahkan kamu. Pasti akan cari jalan untuk mengatasi kamu yang lain, mereka boleh berpakat untuk jatuhkan kamu dan ini memang realiti dalam sejarah, lagi dan lagi.

Jadi, semua kekuatan, teknologi dan ilmu kebal itu tidak berguna jika kamu tidak menggunakan akal dan berpakat seperti musuh kamu memggunakan sepenuh akal mereka dan saling bantu-membantu.

Untuk mencapak kuasa dan perkasa melawan ilmu-ilmu ghaib penjajah sebegini, maka wajib belajar bagaimana membatalkan segala sihir mereka itu. Bersedialah senantiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berdarahkan raksa.


lepas habis baca Missing Mr. Wigfield
entah terasa tak boleh hadam jalan ceritanya
sebab tukar plot tanpa bagi signal
macam tak boleh nak tangkap
so cerita nya pasal family matters jer
maknya kahwin tapi dapat lelaki tak guna
jenis pervert ... boleh pula ajak anak layan patung yang seakan real
kemudian one day tertangkap ...
wife dia datang dengan anak perempuan
masa tu ex husband dia tengah having dengan patung tu

then at the same time ... mak dia sebenarnya minat seorang perempuan masa sekolah
cuma tak reveal ..
but bila dah cerai .. jumpa balik
bunga kembali mekar ...
walaupun parents tak setuju tapi ... dioarang carry on

then anak perempuan dia ni tengah cari father figure
so pakcik aka abang pada maknya
and budak ni macam imagine something
ada kes trial kenapa benda ni jadi macam ni
then apa perasan mak dia ... pakcik dia pasal pasangan masing-masing
and macam-macam

then bila anak perempuan tu dah besar
ermmm dah terjebak dengan having sex
mujur lah dia tak teruk macam mak dia
sebab mak dia macam terpaksa kahwin dengan ex husband dia tu
kira ex husband dia tu indah khabar dari rupany
baik dengan Parents In Law tapi belakang .. emmm ya ampun

then budak tu macam bersedia ...
if let say dia pregnant ke apa ke
dia macam boleh hadapi ... walaupun mak dia macam protective yang tak terlalu mengongkong

walaupun boleh tulis review tapi imaginasi tiada dalam kepala
baca tanpa perasaan ...
hahahaha

anyway baca yang beruratkan dawai berdarahkan raksa ni
sesuai untuk sesiapa yang lupa diri yang dia tu bangsa melayu ...
kalau rasa diri tu dalam pihak benar and author tu salah
boleh lah buka sessi debat ...

buku ni takde dalam buku sejarah
kita tak diajar benda ni secara halus .. kita cuma diajar bahagian atas
kesilapan-kesilapan oleh orang melayu .. tapi kita tak tahu apa penyebab nya
salah satunya ialah ... dalam bangsa melayu ada golong kitol ...

beli dengan The Patriots Shopee hari tu
borong 6 buah buku kot ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2020 03:43 PM | Show all posts
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.

Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.

Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.

Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!





public holiday tapi kena kerja walaupun ada option untuk ambil cuti
gara-gara company nak cut cost .. tak nak bayar OT untuk public holiday
so ... kita baca ler ... sementara isi masa lapang kat office
nak kata takde kerja .. dah siap
esok kerja so ... tunggu esok untuk lakukan sepenuhnya
esok dah friday .. huwaaaaa then sabtu kerja 1/2 day ...


tak sabar tunggu next month
nak ambil cuti selama dua hari masa malaysia day
ehhh panjang pula cerita ...


takpe tunggu novel ni habis kita buat review
kita baru baca sehelai dua ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-8-2020 01:46 PM | Show all posts
“I couldn’t put the book down…very scary indeed.” —Los Angeles Times
  The Classic Account Of One Of The World’s Most Feared Serial Killers

Decades after Richard Ramirez left thirteen dead and paralyzed the city of Los Angeles, his name is still synonymous with fear, torture, and sadistic murder. Philip Carlo’s classic The Night Stalker, based on years of meticulous research and extensive interviews with Ramirez, revealed the killer and his horrifying crimes to be even more chilling than anyone could have imagined. From watching his cousin commit murder at age eleven to his nineteen death sentences to the juror who fell in love with him, the story of Ramirez is a bizarre and spellbinding descent into the very heart of human evil.

Incredibly, after The Night Stalker was first published, thousands of women from all over the world contacted Carlo, begging to be put in touch with the killer. Carlo interviewed them and here presents their disturbing stories and the dark sexual desires that would drive them towards a brutal murderer. And in an exclusive death row interview, the killer himself gives his thoughts on the “Ramirez Groupies”—and what he thinks they really want.



“An astonishing portrait of a killer not seen since In Cold Blood.”  —New York Daily News

“An exceptionally well-told true crime tale.” —Publishers Weekly16 Pages Of Shocking Photos

Review Dirgahayu menarik
selebih kena baca sendiri
dalam bentuk e-book format .pdf
secure PDF tak boleh print out ..








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2020 01:21 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 20-8-2020 03:43 PM
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa seha ...

Buku ke ebook ni Fly_ids?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2020 01:24 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 18-8-2020 10:14 PM
lepas habis baca Missing Mr. Wigfield
entah terasa tak boleh hadam jalan ceritanya
sebab tuka ...

Berapa rm buku ni, menarik juga buku beruratkan dawai ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2020 06:58 AM | Show all posts
Catpaw replied at 30-8-2020 01:21 AM
Buku ke ebook ni Fly_ids?

ha ah ebook beli kat The Patriots store
RM 12
e-book ni dah secure tak boleh print
so kena baca kat handphone atau tablet atau computer

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2020 07:00 AM | Show all posts
Catpaw replied at 30-8-2020 01:24 AM
Berapa rm buku ni, menarik juga buku beruratkan dawai ni

Beruratkan dawai
harga betul RM 28
tapi saya beli kat shopee the patriots
dapat ler RM 22 ...

memang best buku ni
saya tak rasa bosan pun masa baca
terbuka minda sebab dapat ilmu yang baru

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Br nk mula


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2020 10:10 PM | Show all posts
THE DEFINITIVE WORK OF AMERICAN TRUE CRIME FROM "AMERICA'S BEST TRUE-CRIME WRITER" (Kirkus Reviews)
Utterly unique in its astonishing intimacy, as jarringly frightening as when it first appeared, Ann Rule's The Stranger Beside Me defies our expectation that we would surely know if a monster lived among us, worked alongside of us, appeared as one of us. With a slow chill that intensifies with each heart-pounding page, Rule describes her dawning awareness that Ted Bundy, her sensitive coworker on a crisis hotline, was one of the most prolific serial killers in America. He would confess to killing at least thirty-six young women from coast to coast, and was eventually executed for three of those cases. Drawing from their correspondence that endured until shortly before Bundy's death, and striking a seamless balance between her deeply personal perspective and her role as a crime reporter on the hunt for a savage serial killer -- the brilliant and charismatic Bundy, the man she thought she knew -- Rule changed the course of true-crime literature with this unforgettable chronicle.




------




Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.

Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.

Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.

Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!





Tak tahu nak baca mana satu
Both menarik .. mungkin baca sini sikit sana sikit
Poligami lah kita iyer


Anyway, buku The Night Stalker
Jenuh betul nak menghabiskan
Nak kata bosan tidak sangat cuma Richard Ramirez ni tak beri kerjasama
Masa trial sibuk kata terus bagi dia death sahaja .. dia tak nak trial
Kemudian nak kata dia nak attention pun boleh juga ... mental pun boleh juga
Walaupun mamat ni dah mati sebab B-lymphoma kot .. mati kat penjara
Tapi macam tak worth it betul dia duduk kat penjara ...
Suppose kena death sentence tapi tak juga


Lawyer dia and family dia nak appeal walaupun dia tak nak
Kemudian tak tahu macam mana perempuan time tu boleh in love gila dengan mamat ni
Sampaikan anak perempuan Anton Szandor LeVay dah in love
Pergi trial setiap hari dengan boyfriend ...
Church of Satan approved Richard Ramirez as their follower


Mamat ni kejam ...
Macam Mr Jackyl and Mr Hyde pun boleh
Bila dia dengan family dia .. dia jadi budak yang baik
Tambah lagi dia ni anak bongsu
Gara-gara salah pengaruh dia jadi macam ni
Abang sulung dia pencuri and drug addict .. Ricky rasanya
Then Joseph ni baik cuma OKU ...
Then kakak dia Ruth .. memang sayang betul dengan Richie


First crime dia mencuri jer .. takde apa
Sebab dia belajar dengan abang dia ... seronok
Then lepas dia hang out dengan pakcik dia yang baru balik Vietnam .. nama Mike
Dia jadi huru-hara ... dia minat benda ganas
Dia suka tengok darah .. then masa hijrah ke Los Angeles tanduk dia keluar
Dia hisap dadah ... suka benda manis .. bad teeth victims dia kata
Tinggi mamat ni .. rambut panjang .. muka ala ala bad boy tapi charming hahaha
Dia dengan perempuan dia jadi gentleman tapi bila jadi pembunuh fuhhh maniac


Then kat Los Angeles dia start mencuri dan merogol victim dia
Perempuan .. Janda umur dalam 70-80 kot
Dia rompak rumah tu and rogol .. kemudian dia liwat mangsa dia
At the same time tak bagi victim dia tengok muka dia
And suruh swear in the name of Satan


Masa dia buat tu .. dia on high ... so dia jadi kuat
Kemudian dia jadi terangsang kalau victim tu rasa takut dengan dia
Kalau victim dia biasa ... dia tak terangsang
Sebab ada satu victim tu doktor sakit jiwa
Dia kata penis Richard tak naik masa dia cuba nak liwat
Doktor tu tak cuba meronta dia ikut apa Richard nak
Dia kata kalau dia meronta nanti lagi teruk


Then dalam masa trial memang ramai wanita tengok dia
Ada yang cuba goda dia .. and kalau jumpa dia .. ada siap bawa barang
Masa cakap kat phone .. tu kira buat phone sex
Richard macam tak kisah jer


Then ada 2 perempuan berebut hati Richard
Seorang Cindy, salah seorang juri and seorang lagi Doreen
Sanggup diorang beratur berjam semata nak jumpa mamat ni


Kebetulan masa Richard kat penjara .. sel dia sebelah dengan Sean Penn, ala husband Madonna time tu
Sean Penn dulu kaki baran ...
Sean Penn kata dia selalu dengar Richard masturbate
Kira almost everyday and kat sel Richard ada gambar victims dia


Since Richard ni kat penjara tak buat apa sangat
Badan senang naik and so dia banyak membaca
Apa sahaja dia baca .. tapi more pada killing ...

Mak ayah dia memang kecewa anak dia masuk penjara tapi masih anggap Richard ni tak bersalah
Bapak dia mati sebab heart attack or diabetes
Mak dia and lain masih ok


So dalam perebutan hati Richard ... akhirnya Doreen dapat kahwin dengan Richard
Diorang nikah kat penjara Richard ...
Diorang kahwin from 1996 sampai 2006
Till death do us part ... mamat ni kan mati sebab penyakit
So takde anak ...
Kalau tak salah Doreen ni masih virgin masa dia kahwin dengan Richard
Doreen yang kata dia ni masih virgin
Perempuan yang minat Richard ni bukan perempuan biasa


Cindy tu dari jadi juri, pergi belajar jadi private detective sampai dapat certificate sebab motif nak bantu Richard
Yang Doreen ni editor magazine ...
Terror kan? Hebat kan?


Tapi kalau baca bab crimes dia ... Ya ampun kejam gila
Bergantung victim .. ada tu dia rape sekali
Ada tu berkali ... lepas rape sekali .. dia pergi geledah barang tanya mana barang berharga and wang
Kemudian rape .. then mana yang ada husband memang dia bunuh kejam
Sadis sadis ... kat Youtube ada clips .. cari jer Richard Ramirez


Oh yer kenapa dia ni susah nak tangkap?
Sebab dia pakai glove and dia berhati-hati tak tinggalkan kesan
Masa dulu belum ada test air mani kot sebab kalau ada dah lama boleh cari siapa orang nya
Polis cuma based pada tapak kasut yang ditinggalkan .. size 11 1/2
Kaki gajah mamat ni ..
Sepandai tupai melompat jatuh ke tangan ..
Ada cap jari dia tinggal kat stereng kereta ... Polis dapat terus cari sampai lubang kubur


So untuk next book ... kita osom mana nak baca dulu





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 02:15 PM | Show all posts
Sedang baca Finding Chika: A Little Girl, an Earthquake, and the Making of a Family by Mitch Albom
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 12:47 PM | Show all posts
Sedang baca Sesuatu Yang Hilang ~ Anna Lee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2020 03:17 PM | Show all posts
masterudeng82 replied at 6-10-2020 12:47 PM
Sedang baca Sesuatu Yang Hilang ~ Anna Lee

mm dah baca buku iniada persamaan sikit dengan salah satu buku yang saya pernah baca

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2020 09:09 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 6-10-2020 03:17 PM
mm dah baca buku iniada persamaan sikit dengan salah satu buku yang saya pernah baca

Ooo ye ke, dengan buku mana ek? agak2 sama nak skip je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2020 06:40 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 7-10-2020 09:09 AM
Ooo ye ke, dengan buku mana ek? agak2 sama nak skip je

kalau ada baca buku Before I Go To Sleep by SJ Watson
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2020 03:29 PM | Show all posts
Pertembungan kuasa Beschutzen dan Vergessen menghuru-harakan Kuala Lumpur. Nadi ekonomi negara ini bermandi darah. Berdepan dengan suasana yang mustahil, manusia sedar kewujudan satu realiti berbeza yang selama ini tersembunyi.

Amar Afham, Leyla Todou dan Erin.

Tiga individu berbeza. Tiga kisah silam yang berlainan. Matlamat yang sama - untuk terus hidup.

Dari pulau legenda Langkawi hingga ke tanah suci Gunung Fuji, mereka belajar erti persahabatan, pengorbanan, dendam dan cinta di sebalik ancaman. Namun, mampukah mereka selamat saat mengetahui yang kejahatan itu sebenarnya hidup dalam kalangan mereka?




Tengah baca buku ni
Ceritanya melompat dari situasi ke situasi yang berlainan


Ted Bundy kita hold kejap


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2020 11:54 AM | Show all posts
Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.


malam tadi baru habis baca Sang Pelindung
cerita Sang Pelindung ni dah macam cerita X-Men campur watak hantu dan watak legenda

Pertembungan kuasa Beschutzen dan Vergessen menghuru-harakan Kuala Lumpur. Nadi ekonomi negara ini bermandi darah. Berdepan dengan suasana yang mustahil, manusia sedar kewujudan satu realiti berbeza yang selama ini tersembunyi.

Amar Afham, Leyla Todou dan Erin.

Tiga individu berbeza. Tiga kisah silam yang berlainan. Matlamat yang sama - untuk terus hidup.

Dari pulau legenda Langkawi hingga ke tanah suci Gunung Fuji, mereka belajar erti persahabatan, pengorbanan, dendam dan cinta di sebalik ancaman. Namun, mampukah mereka selamat saat mengetahui yang kejahatan itu sebenarnya hidup dalam kalangan mereka?


saya tak tahu nak explain macam mana
tapi bagi saya ceritanya menarik
walaupun setiap bab ada part part cerita yang berlainan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 1.054524 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list