CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 1-10-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-10-2021 03:10 PM
Tahap ketika hendak ke hospital:*
Pantau tahap oksigen.  Sekiranya 43 dan ke bawah (n ...

Kalau oxygen 89 ok ke..tahap mana yg sepatutnya kena pi hospital?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2021 04:23 PM | Show all posts
noor2 replied at 1-10-2021 03:15 PM
Kalau oxygen 89 ok ke..tahap mana yg sepatutnya kena pi hospital?

Dr Nurul Azmawati berkata, pemantauan kadar oksigen dalam darah boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan sekiranya didapati kadar oksigen berkurangan di bawah 95 peratus, mereka perlu ke hospital untuk rawatan.

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/152445
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-10-2021 04:23 PM
Dr Nurul Azmawati berkata, pemantauan kadar oksigen dalam darah boleh dilakukan sekurang-kurangnya ...

Maknanya bawah 95 dah x ok la lan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 1 Oktober 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah kali ke-364 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19
BY DG OF HEALTH ON OCTOBER 1, 2021
Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 telah bersidang pada hari ini, 1 Oktober 2021.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia, kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. CoronaVac sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas. Ini merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Cominarty, keluaran Pfizer-BioNTech pada bulan Jun 2021.

Walau bagaimanapun, PBKD menyarankan agar penggunaan vaksin CoronaVac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty. Penilaian bagi penggunaan CoronaVac dalam kalangan remaja dengan komorbiditi akan diteruskan sebaik sahaja data yang dikemukakan mencukupi.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat  ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD.  

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

1 OKTOBER 2021
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 1-10-2021 04:33 PM
Maknanya bawah 95 dah x ok la lan

Tu kan info tu...rujuk doktor @ pusat perubatan terdekat kakak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
                         .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2021 06:51 PM | Show all posts


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 15,891 kes (2,070,715 kes kumulatif, 91.7%);
  • Kes baharu : 11,889 kes (2,257,584 kes kumulatif);
  • Kes import : 14 kes (6 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 11,875 kes [11,000 warganegara (92.6%);  875 bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 904 kes (850 kes COVID-19; 54 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 492 kes (380 kes COVID-19; 112 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,491 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,423 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,068 kluster.
Daripada 11,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
  • 179 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 11,710 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.
KEPERLUAN VAKSINASI LENGKAP UNTUK AKTIVITI SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI SEMUA FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
Seperti yang dimaklumkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi SEMUA fasa pelan pemulihan negara. Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan.
Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan rakyat di samping melancarkan pembukaan semula ekonomi dan sosial serta memulakan proses peralihan ke fasa endemik dengan selamat. Peralihan fasa ini perlu dilaksanakan dengan pendekatan keseluruhan negara, atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam satu misi tunggal untuk merealisasikan hasrat ini.
Justeru, semua rakyat Malaysia diingatkan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar daripada pandemik ini dengan mengamalkan perkara-perkara berikut;
  • Daftarkan diri anda dan keluarga bagi mendapatkan vaksinasi. Vaksinasi lengkap adalah antara langkah utama yang perlu dicapai bagi seluruh penduduk Malaysia agar kita dapat bersama-sama mengurangkan risiko penularan dan jangkitan COVID-19 serta risiko komplikasi serius/kematian akibat COVID-19.
  • Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan;
  • Pemerkasaan individu, keluarga, dan masyarakat dalam mengambil tanggungjawab membawa negara keluar daripada pandemik ini; dan
  • Memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri. Jalani ujian saringan kendiri COVID-19 sekiranya bergejala. Sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri;
Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut YB Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 Oktober 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 1 OKTOBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,63889.552,413 (1)212,037
SELANGOR1,53722.551,568 (3)679,230
JOHOR1,29732.591,217197,062
KELANTAN1,08654.33858116,166
SABAH93422.71872198,845
PERAK89450.39959103,188
PULAU PINANG86947.60779 (1)130,988
KEDAH75332.77710135,545
PAHANG71227.05831 (4)65,548
TERENGGANU67050.8369956,344
MELAKA32433.2537858,723
WP KUALA LUMPUR25813.39289 (5)186,349
NEGERI SEMBILAN15012.8019797,441
PERLIS6022.60813,973
WP PUTRAJAYA2626.81366,180
WP LABUAN32.7429,965
MALAYSIA12,21035.6611,889 (14)2,257,584
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)
**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk
***Kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 11,889 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Oktober 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,413491,12111,242
SELANGOR1,568689173580
JOHOR1,217149559509
PERAK959126407426
SABAH87212469391
KELANTAN85819562277
PAHANG8313353424150
PULAU PINANG77992751494
KEDAH71024401285
TERENGGANU699524175
MELAKA37834199145
WP KUALA LUMPUR28971225155
NEGERI SEMBILAN1973610259
PERLIS811665
WP PUTRAJAYA362214
WP LABUAN22
JUMLAH KESELURUHAN11,8898686,038144,969
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 3
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 OKTOBER 2021
NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan RosTempat KerjaSelangorHulu Selangor73517
2Tapak Bina Jalan Seruling 59Tempat KerjaSelangorKlang2074
3Industri Dua Jalan Haji MananTempat KerjaSelangorKlang12380
4Perindustrian Jalan RusaTempat KerjaJohorKota Tinggi2061
5Industri Wawasan 19Tempat KerjaJohorBatu Pahat1257
6Dah Teluk NibungTempat KerjaKedahLangkawi32239
7Lebuh Bercham TimurTempat KerjaPerakKinta1043
8Batu HamparKomunitiJohorSegamat36160
9Jalan Sengkang PagohKomunitiJohorMuar669
10Kampung Pasir KelangKomunitiKelantanKuala Krai3044
11Kampung Gaung TendongKomunitiKelantanPasir Mas910
12GiamKomunitiSarawakKuching150177
13Batu 8 Jalan KubongKomunitiSarawakLimbang22229
14Permatang Manik IntanKeagamaanPerakHilir Perak2937
LAMPIRAN 4
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 30 SEPTEMBER 2021
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP PUTRAJAYA1.02
PAHANG0.99
PERLIS0.99
MELAKA0.98
KELANTAN0.97
TERENGGANU0.96
PERAK0.94
SARAWAK0.92
JOHOR0.91
NEGERI SEMBILAN0.89
KEDAH0.87
SELANGOR0.86
PULAU PINANG0.84
WP KUALA LUMPUR0.84
SABAH0.83
WP LABUAN0
MALAYSIA0.90

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-10-2021 06:21 PM
Tu kan info tu...rujuk doktor @ pusat perubatan terdekat kakak tu...

Ok ok cik seri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 1-10-2021 06:31 PM
Ok ok cik seri....

Assalamualaikum ni menu Sup Oden celur telur puyuh,  ikan sadin bukan tin, sawi Jepun & fish cake...nomnom menu pe tu?

Turun kematian...2021-10-01 - 121 kes kematian...

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-10-2021 11:22 AM
Assalamualaikum  ni menu Sup Oden celur telur puyuh,  ikan sadin bukan tin, sawi Jepun & fish ca ...

Waalaikumsalam..hari ni siakap 3 rasa dan gulai kali tempoyak...

Alhamdulillah moga terus turun...

Ada sekor anjing janda betina beranak 4 ni yg galak mencari jantan suka sgt pasal....noor ni tengok dulu dia menyalak sampai tahap mana ...kahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 12:10 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-10-2021 10:44 AM
Waalaikumsalam..hari ni siakap 3 rasa dan gulai kali tempoyak...

Alhamdulillah moga terus turun ...

Sedap tu
Nunggu info kes terbaharu...

Cuaca sejuk ni best hirup kuah panas...


Sabo je le kome...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-10-2021 12:10 PM
Sedap tu
Nunggu info kes terbaharu...


Moga terus turun....amin...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 02:48 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-10-2021 11:26 AM
Moga terus turun....amin...

ameen...
Katanya 4/10 leh rentas negeri?

Dekat 90% tu...




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-10-2021 02:48 PM
ameen...
Katanya 4/10 leh rentas negeri?


Serius....ok..mcm tu 5 hb nk balik perak...balik sekejap...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 03:47 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-10-2021 01:54 PM
Serius....ok..mcm tu 5 hb nk balik perak...balik sekejap...

Jom2...rindu nak jumpa bff gak hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-10-2021 03:47 PM
Jom2...rindu nak jumpa bff gak  hihi...

Noor balik sb nak hantar kasut laki kat abah...banyak betul kasut dia ...dia bg anak..anak x nak pakai...nak buang sayang semua lawa2 lagi...baik bagi abah...yela masing2 kerja...anak noor pun dah start praktikal...yg adik ada online belajar...jadi semua x boleh ikut...noor balik satu hari je ...nk hantar kasut dan nak mintak tempoyak mak yg fresh manis2...dia mmg simpan utk anak2...

mana cik seri tahu kebenaran rentas negeri mungkin 4 hb ni?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 03:57 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-10-2021 02:51 PM
Noor balik sb nak hantar kasut laki kat abah...banyak betul kasut dia ...dia bg anak..anak x nak p ...

Abang lah WA...ntah kompem ke tak...
Rindu lak bff...lama x jumpa...asyik video call & mesej...tu yg cam nak pi rumah dia telepatik kot dia pun rindu tu...haha...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-10-2021 03:57 PM
Abang lah WA...ntah kompem ke tak...
Rindu lak bff...lama x jumpa...asyik video call & mesej...tu ...

Harap betulla...hehe


Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 04:15 PM | Show all posts

ameen...kakak pun dah mereka-reka pelan kot dtg rumah dia...nak stay hotel...nak stay tepi laut...kemain...xde maknanyee...hihi...x minat teman, kome
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 04:49 PM | Show all posts

Hari ni...

Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes).


Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,386 (680,616)
Sarawak - 2,121 (214,158)
Sabah - 784 (199,629)
Johor - 1,124 (198,186)
WPKL - 171 (186,520)
Kedah - 574 (136,119)
Pulau Pinang - 768 (131,756)
Kelantan - 1,288 (117,454)
Perak - 862 (104,050)
Negeri Sembilan - 211 (97,652)
Pahang - 504 (66,052)
Melaka - 216 (58,939)
Terengganu - 818 (57,162)
WP Labuan - 4 (9,969)
WP Putrajaya - 26 (6,206)
Perlis - 58 (4,031)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 3.171436 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list