CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MetalFire

[NFO] What's Happening di Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 31-3-2008 09:33 PM | Show all posts

Reply #180 MetalFire's post

sapo yang bega bona tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 11:55 AM | Show all posts
apo tu.. bongih bonar nampak eh tue?? sapo yg bega...??? kolingkiak boto lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:38 PM | Show all posts

Balas #182 jeo_labi\ catat

cemat lah sorang-sorang biar diraso ehh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by dikdang at 11-6-2008 22:38
cemat lah sorang-sorang biar diraso ehh....

po lak cemat2 ni

siku an jo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 03:46 PM | Show all posts
nih dah sampai mano nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 11:26 PM | Show all posts

Balas #185 MetalFire\ catat

ontah apo yang dirabo eh kek bebudak nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2008 03:22 PM | Show all posts

[NFO] What's Happening di Negeri Sembilan@27-12-2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat
27/12/2008 1:01pm


SEREMBAN 27 Dis. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku JaafarTuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar di sini pagi ini.

Almarhum sebelum itu dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengadu sakit dada.

Ketika ini jenazah masih lagi berada di Hospital Tuanku Jaafar dan akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.

Difahamkan jenazah almarhum akan dikebumikan esok
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 04:12 PM | Show all posts

[NFO] What's Happening di Negeri Sembilan@29-12-2008

Tunku Mukhriz dilantik Yang di-Pertuan Besar ke-11

KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dengan Istiadat Pemasyhuran baginda diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, jam 3.46 petang ini.

Pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu diadakan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman kerana angin ahmar, pagi kelmarin.

Pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru diputuskan oleh Datuk Undang Yang Empat, iaitu Datuk Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Undang Luak Johol, Datuk Undang Luak Jelebu dan Datuk Undang Luak Rembau mengikut Perlembagaan Negeri.


Pelantikan pengganti Almarhum Tuanku Ja'afar membabitkan di kalangan Putera Yang Empat iaitu terdiri daripada Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir; Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nazaruddin Tuanku Ja'afar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2008 10:36 PM | Show all posts

Balas #188 aamoi\ catat

elok lah tuh...esse ni ngikut yoh...kok tak boto sok samo2 lah kito boto an
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:10 AM | Show all posts
nk tumpang merapu buleh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 03:57 PM | Show all posts
serembang di seremban pada 28/2/2009 nih.. jumpot semua hadir.. ado live band..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 07:30 PM | Show all posts
Sekarang ni tongah berlangsung expo pertanian dan penternakan kek Paroi..poei lah kunjung..tapi ese pun bolum poei tgk laei doh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:12 PM | Show all posts
korang x tau ke iklan kerja kat n`9 je?...mls ak nak cek kat jbtn buruh ni..ke  ada tmpt len?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 12:22 PM | Show all posts
TREASURE HUNT BERSAMA RAKYAT   
“KEKALKAN KHAZANAH KITA”

1.        Tarikh program        :        10 Oktober 2009 (Sabtu)

2.        Konsep program        :        Para peserta yang terdiri daripada sebuah kumpulan 4 orang dalam sebuah kereta akan menjelajahi sekitar Daerah Port Dickson. Para peserta akan diberikan soalan-soalan dan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul untuk mendapat mata/markah.

                                Kumpulan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Keputusan penganjur adalah muktamad.

3.        Penyertaan        :        Yuran penyertaan adalah RM20.00 sahaja bagi sebuah kereta. Terbuka kepada orang ramai. Terhad kepada 200 kereta sahaja.

4.        Hadiah        :        Tempat Pertama        -        RM4,000.00 + Hamper
                                Tempat Kedua        -        RM2,500.00 + Hamper
                                Tempat Ketiga         -        RM1,500.00 + Hamper
                                Tempat Keempat        -        RM300.00 + Hamper
                                Tempat kelima        -        RM200.00 + Hamper
                                Ke 6 hingga Ke 10        -        RM100.00 + Hamper
                                Ke 11 hingga Ke 20        -        Hamper

5. Makan minum        :        Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan oleh penganjur di Pejabat Pentadbiran Daerah Port Dickson.

                        Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan secara “packed food”.
                       
6.        Pelepasan/Tamat        :        Peserta akan dilepaskan pada jam 7.30 pagi di Pantai Cayaha Negeri, Bt. 4, Port Dickson dan akan menamatkan penjelajahan di Pantai Cahaya Negeri, Bt. 4, Port Dickson.

8.        Taklimat Program        :        Taklimat  program akan diberikan pada 9 Oktober 2009 (Jumaat), jam 5.00 petang Pantai Cahaya Negeri, Bt. 4, Port Dickson.

7.        Tarikh tutup penyertaan        :        8 Oktober 2009 (Khamis).



SYARAT-SYARAT PROGRAM
TREASURE HUNT BERSAMA RAKYAT
“KEKALKAN KHAZANAH KITA”


1.        Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai yang terdiri daripada 4 orang bagi sebuah kereta. Penyertaan daripada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang bapa, seorang ibu dan 2 orang anak adalah diutamakan.

2.        Yuran penyertaan bagi program ini adalah RM20.00 sahaja bagi sebuah kereta.

3.        Penyertaan program ini adalah terhad kepada 200 kereta sahaja. Oleh yang demikian, pemilihan penyertaan adalah berdasarkan kepada konsep ”SIAPA CEPAT, DIA DAPAT”

4.        Sekurang-kurangnya seorang ahli kumpulan mempunyai lesen memandu yang masih sah tempoh laku.

5.        Cukai jalan bagi kenderaan yang digunakan oleh peserta mestilah mempunyai cukai jalan yang mempunyai tempoh laku yang sah. Kenderaan yang sudah tamat tempoh cukai jalan akan dibatalkan penyertaannya secara serta merta.

6.        Hadiah wang yang ditawarkan kepada peserta akan diberikan melalui cek. Hadiah boleh dituntut sebaik program berakhir di pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan sepertimana alamat berikut:-

                        Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan
                        Bangunan Seremban Plaza
                        Jalan Dato’ Muda Linggi
                        70100 Seremban, Negeri Sembilan
                        No. Tel        :        06-762 4488
                        No. Faks        :        06-763 8428

7.        Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kemalangan yang berlaku semasa program berlangsung. Sebarang kerosakan dan kemalangan adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

8.        Taklimat program akan diadakan di Pantai cahaya Port Dickson pada 9 Oktober 2009 (Jumaat), jam 5.00 petang. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada peserta yang terpilih menyertai program ini.




BORANG PENYERTAAN
TREASURE HUNT BERSAMA RAKYAT
“KEKALKAN KHAZANAH KITA”


1.        Nama Kumpulan                :        _____________________________________

2.        Maklumat Kenderaan
        Nombor Plet Kereta                :        ________________________________
        Tarikh Tamat Cukai Jalan        :        ________________________________

3.        Maklumat Pemandu
        Nama                        :        _____________________________________
        No. K/P                        :        _____________________________________
        No. Lesen Memandu        :        _____________________________________
        No. Telefon Bimbit        :        _____________________________________
        No. Tel Pjbt / Rumah        :        _____________________________________
        Tandatangan                :        _____________________________________

4.        Maklumat Ahli Kumpulan 1
        Nama                        :        _____________________________________
        No. K/P                        :        _____________________________________
        No. Lesen Memandu        :        _____________________________________
        No. Telefon Bimbit        :        _____________________________________
        No. Tel Pjbt / Rumah        :        _____________________________________
        Tandatangan                :        _____________________________________

5.        Maklumat Ahli Kumpulan 2
        Nama                        :        _____________________________________
        No. K/P                        :        _____________________________________
        No. Lesen Memandu        :        _____________________________________
        No. Telefon Bimbit        :        _____________________________________
        No. Tel Pjbt / Rumah        :        _____________________________________
        Tandatangan                :        _____________________________________

6.        Maklumat Ahli Kumpulan 3
        Nama                        :        _____________________________________
        No. K/P                        :        _____________________________________
        No. Lesen Memandu        :        _____________________________________
        No. Telefon Bimbit        :        _____________________________________
        No. Tel Pjbt / Rumah        :        _____________________________________
        Tandatangan                :        _____________________________________

Nota :          Sila kembalikan borang ini kepada pihak urusetia, Tourism Malaysia Negeri Sembilan samada secara serahan tangan atau melalui faks di talian 06-763 8428 selewat-lewatnya pada 8 Oktober 2009. Penyertaan adalah terhad kepada 200 kereta sahaja, dan penyertaan adalah berdasarkan “SIAPA CEPAT, DIA DAPAT”.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 01:28 PM | Show all posts
dan2 la nak treasure hunt ngan rakyat bagai..kek pd lak tu..sosak napeh la situ skang ni..ghamai org
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 03:24 PM | Show all posts
Kampus cawangan UiTM di Seremban 3

SEREMBAN 22 Nov. - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah lagi kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seremban 3 di sini dalam menjadikan negeri ini hab pendidikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kampus yang bakal dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu akan dikenali sebagai 'City Campus'.

"Pihak UiTM menyambut baik idea cadangan ini dan dari segi dasarnya, kerajaan meluluskannya. Bagaimanapun dalam aspek pelan struktur, ia masih dalam proses pengendalian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2009 Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dekat sini semalam.

Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta.

"Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya.

Tambah beliau, 'City Campus' itu adalah pusat latihan lanjutan untuk siswazah-siswazah muda bukan untuk pelajar baru.

"Kampus ini bukan 100 peratus untuk pelajar baru, tetapi majoriti daripada pelajarnya nanti adalah dalam kalangan pensyarah serta tutor.

"Kampus seperti inilah yang kerajaan mahu tumpukan, lain daripada biasa, di mana membolehkan pensyarah berkunjung menghadiri seminar dan melanjutkan pelajaran di bawah Program Siswazah Muda," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya berhasrat supaya lebih banyak institusi pendidikan tinggi (IPT) membuka kampus di negeri ini, seiring dengan fokus kerajaan bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu serta koridor hab pelajaran, terutamanya di Seremban Barat.

"Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk pertanyaan ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi yang berminat untuk membuka kampus mereka di Negeri Sembilan.

"Menerusi perancangan sebeginilah, selain membawa pembukaan kampus baru IPT ke sini, ia turut mampu memenuhi strategi kerajaan dalam menambahkan kependudukan di negeri ini," katanya.

p/s ingat tak jadi. alhamdulilah, jadi jugak ghuponyo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 05:48 PM | Show all posts
Festival Orkid Negeri Sembilan 23 Disember

SEREMBAN 6 Dis. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (DPMM) dengan Kerjasama Persatuan Orkid negeri akan menganjurkan program Festival Orkid Negeri Sembilan pada 23 hingga 27 Disember ini.

Menurut Pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Cawangan Negeri Sembilan, Zaiton Zakaria, program itu akan diadakan di Tapak Ekspo Kem Paroi bermula pukul 10 pagi.

''Pelbagai aktiviti di jalankan antaranya pertandingan orkid, demonstrasi penjagaan serta mencantas pokok selain pertandingan mewarna.

"Bagi menggamatkan lagi acara sepanjang hari berkenaan, turut diadakan pertandingan karaoke bagi kategori dewasa dan kanak-kanak selain pertandingan autoshow dan audio kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang diadakan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 09:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 24-12-2009 15:07

Jom join Jogathon Amal di Tmn. Tasik Seremban pd 31/01/2010 (Ahad)

- dianjurkan oleh pihak Hospital KPJ Seremban utk mengutip dana pesakit2 dialysis Klinik Waqaf An-Nur kat Senawang dgn kerjasama MAINS... borang bleh amik kat kaunter pertanyaan hospital ni. Yuran penyertaan kalo x silap aku RM5 utk dewasa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 10:49 PM | Show all posts
camanor nak poie....??? dah lah ujan pohjo...parking pulak punyolah susah sobab kan main ghamai yang adang jalan masuk...lalu yolah macam mandang "joghek sia"..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 10:26 AM | Show all posts
Aktiviti /program N9 sepanjangggggg tahunnnnnnnn 2010...
menarik nie


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.884442 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list