CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abb7997

Black List/ CTOS / CCRIS [loans, cc, etc]

[Copy link]
Post time 6-7-2009 12:01 AM | Show all posts
aku ade problem.

tahun 2006, aku pnah keje dgn satu bank bangsat. tapi sbb tak bleh tahan dgn bangsat punye opis politik dlm bank nih aku resign 24 hrs. kendian bank bangsat nih hantar la surat utk mintak balik gaji konon2nye reimburse sbb aku dah langgar contract tak notice ikut procedure, 1 bln notice. aku buat bodo smpi la skrg..

baru2 nih aku apply utk loan kete. bank financier aku ckp tak bleh sbb name aku ade dlm CTOS. WTF??!! CCRIS aku cantik, tapi CTOS aku tak lepas. WTF?? aku tanye, apahol lak. die ckp aku ade saman amount rm1700 tak berbayar dari bank bangsat tuh. aku dah agak. nih mesti kes aku resign 24 hrs tuh. aku slow talk la, nape lak loan aku tak bleh approved padehal aku ade loan ASB rm30k lagi sejak 2006 yg aku service every month. tak pnah miss. bank2 nih bodo ke ape? rm1700 dgn rm30K, tak nampak ke beza? loan payment aku cantik, tapi apsal lak dgn saman rm1700 aku tak bleh amik loan kete? bukan aku tak bleh bayar pon. lagik pon aku bukan nak amik BMW ke GOLF GTI ke, tapi kete standard je. kalau ikut kemampuan, lancer GT pon bleh amik, tapi mengenangkan aku nak kawen tahun depan, baik aku amik kete yg murah sket. tapi, apsal bank tak bleh nak approve?

persoalan :
1) kalau aku settle dgn bank bangsat tuh, amount die rm1700 ke tak pon die campur skali dgn legal fees?
2) braper lame mase yg die ambil utk clearkan name aku dari CTOS cilabi nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 10:01 AM | Show all posts
185# impiansetaman

jangan memarah kak / bang...
mungkin salah kita gak langgar perjanjian... aku rasa bayar aje RM1700..  kalo Lancer GT mampu beli.. apa la sgt amount kecik tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 12:27 PM | Show all posts
186# ryo_takahashi1


at the 1st place, memang dah salah sebab breach contract. memang bank tu ada hak untuk menuntut.

kedua, ko dah cuba submit loan kat maybank? aku ari tu lagi tension. sebabnya aku guarantor kawan aku je maka nama aku ada dalam ctos. aku bayar d/p 10k, eon bank, cimb sume tak mo. last sekali pergi maybank, lepas. bila aku check, maybank tak check ctos. hanya check ccris. even aku nak beli rumah, aku call maybank, aku cakap status aku, derang kata don't worry sebab derang tak check ctos.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 09:27 PM | Show all posts
kau bayar je la RM1700.  kalau dia nak charge legal fees, suruh dia bagi bukti bertulis disokong segala dokumen guaman.  biasanya mende camni, takde legal fees.
clear dari ctos?  aku tak faham.  biasanya kalau dah ada dalam ctos, stay kat dalam situ la.  yang biasanya dibuat ialah status akan diupdate tunjukkan kau dah settlekan mende tu.
kalau tak silap aku la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 12:54 PM | Show all posts
188# Gemukkkkkkk


betul tu. once nama dah ada dalam ctos, tak boleh dikeluarkan. cuma derang akan apdet status je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:23 PM | Show all posts
189# shidaaziz

betui ke maybank tak check ctos? aku skarang ni..nak buat loan umah..tapi ctos aku stuck..sebab utang ngan company motor yang jual motor rosak kat aku..so aku tak bayar laa...mana nama aku dalam ctos..
aku dah check kat bank negara nama aku, cume ada loan keta je..tapi skarang ni..keta aku..dah setel abih dah....agak2..aku apply loan maybank..untuk beli umah..lepas tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2009 12:32 PM | Show all posts
190# bogart

setakat ni memang maybank tak check ctos aku.

1. aku nak buat loan kereta, bayar downpayment 20% untuk 7 tahun. CIMB, eon tak lepas. maybank je lepas
2. aku apply kad kredit cimb, ambank & alliance tak lepas. maybank je lepas
3. aku nak buat loan rumah. dah call maybank dan bagi tau aku ada problem ctos. dia cakap maybank tak check ctos. kalau dengan down payment yang aku nak bayar, bukan takat maybank, katanya bank lain pun lepas. tapi tatau le kut2 bank lain ni tak mo terima duit aku sebab tak laku pasal aku black list ctos.

so, kesimpulannya maybank tak check ctos.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 02:04 PM | Show all posts
aku tanya adik aku. maybank tak check ctos. diaorg cuma check CCRIS ngan FIS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2009 02:51 PM | Show all posts
ibuina...FIS tu apa plak?
ari tu...bogart dah setelkan loan keta...setel abih la..so memang takde utang ngan bank memana dah skrang...cume sangkut tang ctos tu jer laa...so..kita kena bayar deposit umah lebih baru diorang nak kasi pinjam ke? ke maybank?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 03:42 PM | Show all posts
ini ada artikel pasal FIS

FIS


Apa itu FIS?


Jika saudara hendak menjadi penerbit ataupun pengedar, ataupun saudara hendak membuka kedai buku, saudara perlu berurusan dengan bank. Eloklah saudara tahu tentang FIS.


FIS adalah singkatan Financial Information System (sistem maklumat kewangan)


FIS ditubuhkan oleh Bank Negara. Semua bank, semua syarikat finance, semua syarikat kredit, diwajibkan memberikan maklumat tentang siapa yang berhutang dengan masing-masing syarikat.


Saudara boleh pergi ke Bank Negara dan bawa MyKad. Bayar RM2 di kaunter FIS.


Dengan RM2 itu saudara boleh mendapat rekod semua hutang piutang saudara di SEMUA institusi kewangan negara ini! SEMUA!!


Saudara boleh dapat rekod berapa hutang perumahan saudara, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang peribadi dan lain-lain hutang kecuali hutang dengan ceti dan along.


Jika saudara mempunyai syarikat, semua rekod hutang-piutang syarikat saudara dengan semua insitusi kewangan negara ini juga ada dalam FIS.


FIS digunakan oleh semua institusi kewangan bagi menyemak rekod hutang-piutang saudara apabila mereka memproses permohonan pinjaman saudara.


Jangan cuba menyorokkan maklumat hutang-piutang saudara apabila mengisi borang permohonan pinjaman ataupun borang fasiliti bank. Sebelum saudara tulis maklumat tidak betul itu, bank sudah tahu!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 03:48 PM | Show all posts
aku dah tanya adik aku pasal FIS nie sebab dia bahagian auto finance maybank. dia cakap dekat FIS nie akan keluar segala hutang2 kereta termasuk lah no chasis kereta sekali. kalau kita ada buat loan kete ngan bank lain dan kena reject dalam FIS pun akan ada rekod dan ia akan tunjukkan kenapa bank tue reject loan kita. Jadi bank2 lain akan jadikan ia sebagai rujukan.

Itu jer yang aku faham bila adik aku terangkan. Itu utk loan kereta jer lah. Loan rumah aku tak tau ler plak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 04:45 PM | Show all posts
oh..thank you ibuina..nanti bogart nak gi check FIS laa...tadi dah tengok website maybank....ada untuk graduate loan ...so leh lebih 30thn untuk bayar balik....hopefully..leh la kot...huhuhu.....actually...ada orang nak jual umah dia...150k...agak2..leh tak bogart cakap harga umah tu around 170k....in case bank takkan kasi 100%....so balance tu boleh dibuat downpayment
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 06:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibuina at 7-8-2009 18:25

tak kisah banyak mana harga rumah tue ko nak letak. sebab bank akan value sendiri rumah tue. kalau ko letak 170k tapi bank value 150k maknanyer 90% drpd 150k lah yg ko blh buat loan. yg kurang tue pandai2lah ko carik duit sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 08:28 AM | Show all posts
tambah lai satu..FIS lps ade CTOS dan CCRIS memang susah la ni nak pinjam.tp tak susah jika kita pinjam kita bayar on time.bank pun nak jaga fund die gak.dan pengguna nak teruskan kehidupan. jgn jadi US senang kasi loan lps tu tak leh nak dpt bayaran lek.jgn pinjam kt ahlong nanti kena pelakong pinjam kt abg long or pak long,I.Allah diorang bole tolong..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 01:40 AM | Show all posts
FIS, CTOS & CCRIS ni mende lama.  zaman 90-an lagi pun dah ada.  
CCRIS dan FIS ni lain.  maaf la ye, setahu aku CCRIS ni BNM punya.  
bukan FIS. tak pernahnya pun FIS tu kepunyaan BNM.
FIS tu similar macam CTOS dan dedua ni adalah usaha sektor swasta.  
CTOS dulunya untuk banking industri.
FIS dulunya untuk finance co.

kalau nama korang anda pun, sebenarnya bank masih boleh bagi pinjaman kat korang.  bergantung kepada pihak bank tu sendiri samada mahu atau tak, jika nama korang dah tersenarai dalam CTOS atau FIS.

korang ingat kalau dah tersenarai nama dalam CTOS atau FIS tu, kesannya sama macam BMC ke?
korang silap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:50 AM | Show all posts
alamak gemuukkkkkk......BMC tu apa la plaaak...huhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 09:02 AM | Show all posts
FIS tu mmg boleh request kat bank negara? Betoi ka?
Nak gi buatlah camnie...
Pastu kalau kita pernah mintak statement CCRIS kat BNM, dlm masa 6 bulan takleh mintak lagi eh??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 10:02 AM | Show all posts
CCRIS tu minta di bank negara & statement tu hanya boleh print sekali dalam tempoh setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 11:40 AM | Show all posts
202# shidaaziz

shidaaziz...

FIS lak cemana? ape cara nak mintak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 05:50 PM | Show all posts
Aku rasa byk perlu diperbetulkan dan ramai sebenarnya tak faham apa beza FIS, CCRIS dan CTOS.

Tolong semak balik thread2 blakang post dari aku atau Gemukkkkk

Dan buat shidaaziz, CCRIS boleh ambil byk kali dan bukan sekali dalam setahun. Pegi aje BNM dan request CCRIS, akan ada officer entertain. Aku akan check selang 4 bulan sekali untuk memastikan record CCRIS cantik dan yang paling penting, takde loan yang aku tak penah apply.

Untuk eddina_14, FIS tu hanya dipakai oleh loan dept dalam bank, kita tak boleh check pun sebenarnya tapi concept FIS tu sama dengan CCRIS. so, pegi aje BNM, bagi IC, pastu akan ada officer akan entertain bagitau loan kita etc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.084999 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list