CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HideGulz

Medallion @ Syiling Mawi - Satu Sejarah

[Copy link]
Post time 20-11-2006 02:52 PM | Show all posts
Aku tanye ko pun tanye, sape nak jawab da...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 02:37 PM | Show all posts

Mawi lakar sejarah dengan Medalion Mawi - merge niy & tsumawee

tak tau nak paste kat tajuk mana artikel ni..
artikel rojak
kalau mod awex atau mod anon rasa kena merge ngan mana2 thread silakan


Mawi lakar sejarah dengan Medalion Mawi
29-05-2007 11:48:45 AM
Oleh RADIN SRI GHAZALI

SEKALI lagi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mencatat sejarah industri muzik tempatan apabila wajahnya dipilih untuk dicetakkan ke atas wang syiling yang bersalut emas.
Mawi merupakan artis kedua di dunia selepas mendiang King Of Rock And Roll, Elvis Presley yang mempunyai syiling cetakan muka oleh Royal Mint.
"Memang sukar untuk mana-mana artis mahupun ahli politik di dunia untuk mempunyai wajah mereka di atas syiling.
"Untuk Mawi. kami menganggap bahawa susksesnya amat luar biasa dan patut diberi penghargaan," ujar Y. Ibrahim selaku wakil daripada Royal Mint ketika pelancaran Medalion Mawi di Bora Ombak Ampang baru-baru ini.
"Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa Mawi mempunyai dinamiknya yang tersendiri berbanding dengan artis-artis yang lain.
"Oleh itu, setelah berunding serta melakukan perbincangan di antara kami dan pihak Royal Mint, kami bersetuju untuk mereka syiling berwajahkan Mawi," ujar Y Ibrahim lagi mengenai projek yang julung-julung kalinya dilakukan di Malaysia.
"Bukannya mudah untuk meyakinkan mana-mana pihak untuk mencetak wajah seseorang individu ke atas siling. Kami mengambil masa untuk mendapatkan kelulusan untuk projek ini," ujar Y Ibrahim lagi.
Ketika ditanya pemilihan mereka berdasarkan populariti ataupun pencapaian seseorang artis yang melayakkan wajahnya dicetak ke atas siling, Y Ibrahim menjawab, " Kedua-duanya penting dan pihak kami melihat bahawa Mawi mempunyai kedua-dua ciri-ciri tersebut."
Dengan keyakinan yang tinggi pihaknya terhadap Mawi, adakah mereka mengetepikan kredibiliti artis-artis yang lain yang mungkin lebih senior serta sudahpun mengecapi penghargaan yang banyak daripada Mawi?
"Bukan niat kami untuk mebeza-bezakan artis yang lain di Malaysia dengan Mawi. Malah kami terbuka dengan idea untuk mencetak wajah artis-artis yang lain.
"Mereka boleh datang berjumpa dengan pihak kami jika mereka berminat untuk melakukannya," jelas Y Ibrahim lagi mengenai pihaknya yang tidak mempunyai sikap bias dengan mana-mana artis di Malaysia.

Pembikinan siling ditunda akibat kesibukan jadual Mawi
Medalion Mawi sudahpun dilancarkan pada tahun yang allu oleh Dato Seri Zainuddin Maidin di Stadium Bukit Jalil ketika Konsert Fantasia Mawi. Namun demikian, pembikinan wang syiling tersebut terpaksa ditundakan.
"Mawi mempunyai jadual yang ketat oleh itu kami agak sukar untuk mendapatkannya. Apatah lagi kami terpaksa menukar gambar Mawi sebelum dicetak," jelas Y Ibrahim mengenai kelewatan penjualan medalion tersebut di pasaran.
"Kami akan memasarkan medalion Mawi sekaligus dengan pelancaran yang dilakukan pada hari ini," jelas Y Ibrahim.
Pihaknya sudahpun mencetak 20,000 unit Medalion Mawi yang disertakan bersama dengan VCD khas yang memuatkan sebuah lagu patriotik yang berjudul Janji Kita. Lagu tersebut merupakan hasil nukilan Dato Mokhzani Ismail dan Y Ibrahim sendiri.
"Medalion serta VCD ini adakan dipasarkan di setiap kedai muzik serta  Mawi World Sdn Bhd akan menjadi agen untuk menjual medalion ini," ujar Y Ibrahim lagi mengenai koleksi yang berharga RM29.90.

Mawi teruja dengan medalion
Memang sukar untuk membayangkan perasaan penyanyi yang berusia 26 tahun ini apabila dia melihat wajahnya di atas sekeping duit syiling.
"Siapa sangka dan saya sememangnya tidak menduga bahawa wajah saya bakal dicetakkan di atas wang syiling. Siapa yang tidak mahu? Saya memang rasa terharu dengan penghargaan ini," ujar Mawi mengenai Medalion Mawi.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Royal Mint, Layar Dimensi  serta Metro Muzik kerana berusaha menjayakan projek ini," ujar Mawi lagi.
Sejajar dengan projek Medalion Mawi, penyanyi yang berasal dari negeri Johor ini turut berkunjung ke kilang pembikinan syiling tersebut yang bertempat di Shah Alam Selangor.
"ekerja-pekerjanya amat berdedikasi dan berdisiplin. Saya amat mengagumi etika kerja mereka serta kesungguhan mereka di sana," ujarnya lagi.

Seronok bersiar-siar di Australia
Jika pada tahun yang lalu, Mawi membawa peminat-peminatnya ke Mauritius, pada tahun ini pula Mawi membawa kira-kira 50 orang peminat bertuah ke Sydney, Australia.
Mawi yang baru sahaja kembali ke tanahair pada 23 Mei yang lalu sememangnya teruja dengan negara tersebut.
"Saya rasa seronok sangat  di sana dan saya mengambil masa tersebut untuk membeli belah secukup-cukupnya," ujar penyanyi lagu Aduh Saliha itu lagi.
Walaupun merantau ke negara orang, Mawi masih lagi dikenali oleh peminat-peminatnya.
"Sewaktu kami berada di sana, terdapat beberapa orang menjerit-jerit nama saya apabila mereka melihat saya.
"Kami sempat mengambil gambar bersama-sama mereka. Saya terkejut dan amat terharu bahawa saya mempunyai peminat-peminat sehingga di Australia," ujarnya lagi.
Walaupun, niat Mawi ke Australia untuk bercuti bersama-sama peminat-peminatnya, duta gedung hypermarket antarabangsa Carrefour ini sempat merakamkan dua buah video klip untuk album terbarunya, Satu Dalam Seribu.
"Kami merakamkan video klip untuk Angan dan Sedar dan Cinta Zulaikha di sana. Bagi lagu Angan dan Sedar, kami cuba mengambil senario kota metropolitan di sekitar Sydney.

"Manakala untuk video klip Cinta Zulaikha pula kami mengambil kehijauan serta menerapkan keindahan alam sekitar di kawasan Blue Mountain dan Three Sister," jelas Mawi lagi.
Selain daripada itu, Mawi turut melepaskan lafaz lega di mana albumnya kini mencecah 50,000 unit daripada segi penjualan.

Mawi tidak ke Anugerah Planet Muzik
Tahun 2007 sekali lagi melihat jadual kerja Mawi padat dengan pelbagai aktiviti termasuk promosi album serta melakukan pelbagai konsert dan persembahan di sekitar Malaysia.
"Saya berhajat untuk mengambil cuti seminggu untuk bersama-sama keluarga saya. Kami akan bercuti ke sebuah tempat pada awal bulan Jun nanti," ujar Mawi yang enggan memberitahu tempat percutiannya bersama-sama keluarganya nanti.
Malah, percutian ini turut membuatkan Mawi tidak akan menghadiri Anugerah Planet Muzik yang bakal berlansung pada 8 Jun di Stadium Tertutup, Singapura.
Walaupun tercalon dalam kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Lagu Popular menerusi lagu Kian, Mawi tetap akan meneruskan percutiannya bersama-sama keluarga tercinta.

[ Last edited by  awex^returns at 4-6-2007 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:35 PM | Show all posts
macam-macam boleh komen ni..
mari-mari panatik
ataupun anti

my comment:
mawi nak holidaylah ngan famili dia... bestnya..
boleh dia rehatkan badan dan juga peti suara

tapi tak best lah pulak dia tak ada masa APM... tak dpt tengok mawi live on tv
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:42 PM | Show all posts
selepas 2 tahun bertungkus lumus sampai peti sore nak pecah... takpe la nak bercuti dgn family...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:43 PM | Show all posts
fuyooo...

dasyat tue..

atas duit syiling..br 2 thn nyanyi..

nnt ade la yg jeles ngan mawi lg..

hikhik

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:45 PM | Show all posts
:setuju:  mawi pegi cuti

kesian kat die..

biar la die berehat secukup nya..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2007 03:49 PM | Show all posts
mawi who?

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:57 PM | Show all posts
beso mana syiling tu?
sama cam yang kat konsert dia dulu tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 04:08 PM | Show all posts
mawi takder kat APM....horey boleh ler aku gi jalan2 takyah mengadap tv
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 05:21 PM | Show all posts
keke..ko ni zam zam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 05:27 PM | Show all posts
clip video utk angan n sedar dan cinta zulaikha tu bukannya maestro yg keluar belanja
(sekarang ni tengah geram dengan maestro sbb tak jaya mawi :@ :@ :@ .. sedangkan mawilah penyumbang terbesar (ye ke?) pendapatan maestro)

isk maestro ni kedekut betullah - kalau carrefour tak taja.. tak buat agaknya vc tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #7 MsAnonymous's post

dok bayangkan sebesar syiling seringgit yg dulu tu..

tapi bila imejin muka mawi duk atas tu mcm kecik pulak

[ Last edited by  niy at 29-5-2007 05:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 29-5-2007 04:08 PM
mawi takder kat APM....horey boleh ler aku gi jalan2 takyah mengadap tv


ada ada je zam-zam ni

tapi nak tau jugak samada mawi menang ke tak.. ialah dah mengundi dengan banyaknya
tapi... tak haraplah sangat ... mcm mawi kata ...bukan malaysia je

APM ni 3 jun kan.. hari ahad ye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 06:12 PM | Show all posts
gamaknya mawi n family vacation kat melaka this week end..ada satu resort wa booking deme reject 'coz ada mawi..at first i tot show dia..jom ikut teman skodeng
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 29-5-2007 06:12 PM
gamaknya mawi n family vacation kat melaka this week end..ada satu resort wa booking deme reject 'coz ada mawi..at first i tot show dia..jom ikut teman skodeng

jahat tul mawi siap org laen takleh booking tue...
dr pndgan anti mmg sah mawi berlagak
weh jgn lupa skodeng... mana tahu ade ikin skali.... masa nie la ikin nak beramas mesra ngan bakal mak mertua
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 06:40 PM | Show all posts
Ikin ikut nak kena penumbuk ngan kak Shida dia....dengar cite family Mawi tak berkenan dgn TG tu...dia org dulu2 lagi berkenan ngan dak M tu semasa dlm AF lagi... tak le sekarang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 29-5-2007 06:12 PM
gamaknya mawi n family vacation kat melaka this week end..ada satu resort wa booking deme reject 'coz ada mawi..at first i tot show dia..jom ikut teman skodeng



mawi nak bercuti pun nak skodeng jugak ker,.....biarlah mawi berehat jgn kacau dia ok.........






Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 07:34 PM | Show all posts

Reply #13 tikusmondok's post

ko gi le skodeng, tp jangan sesekali ko kacau dia, bior le dia rehat ngan famili. sian mamat tu dah penat sangat dah. tangkap gambo banyak2 pas tu tepek kek sini tau. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 29-5-2007 06:24 PM

jahat tul mawi siap org laen takleh booking tue...
dr pndgan anti mmg sah mawi berlagak
weh jgn lupa skodeng... mana tahu ade ikin skali.... masa nie la ikin nak beramas mesra ngan b ...




nikah sekali kot.. kan ada forumer kata mawi nk kawen bulan jun....
alang2 cuti sekolahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 29-5-2007 06:12 PM
gamaknya mawi n family vacation kat melaka this week end..ada satu resort wa booking deme reject 'coz ada mawi..at first i tot show dia..jom ikut teman skodeng



haha ho ho ho... mawi belum cuti lagi... ko dah tau dia nak cuti kat mana ye...

sungguh tak ada privacy dak kojak ni
kami wakilkan ko ajelah buat kerja-keja PI ni
lepas tu reportlah kat sini .. bersekali dengan bukti bergambar








psstttttt... resort yg mana satu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 1.460953 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list