CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alone_inluv

[MERGED] Barah Otak (Brain Tumor)

[Copy link]
Post time 14-8-2012 09:34 AM | Show all posts
nak updated keadaan asben

Mr T dah beritahu yg dia mmg x mampu nak wat opt kat asben sbb keadaan asben ana terlalu lemah plus dgn backsores yg teruk so Dr cuma bg dia steroid ( x ingat nama ubat) utk meredakan bengkak tumor tue, Mr T dah bg tahu awal2 minta ana sampaikan family member yg lain bahawa asben ana may be life span dia cuma dalam lingkungan 3 bulan sahaja dan minta kami bersedia dr segi mental utk menerima perkhabaran yg x dijangka, ana dah bg tahu kat anak2 serta adik beradik dan mertua belah asben, ana selalu ingatkan diri utk terima apa jua yg terjadi sebg takdir yg telah Allah tetapkan dan kena redho, setakat nie ana masih lg redho dan sedaya upaya x pertikaikan ujian yg Allah bagi

pada 1.8.2012 tetiba asben kritikal, dia diberi bantuan pernafsan dan Dr dah minta kami semua bersedia sbb asben masa tue tetiba x sedar diri, fit dia pulak every 10 to 15 minutes plus fit yg dia alami yg biasa cuma 20 saat dah meningkat kepada 1 minit which is not good for him, Dr monitor keadaan asben, klu sebelum ini asben xde fever lps kena fit asben kena high fever plus viral infection kat lung dia, 3 hr lepas tue keadaan asben start stabil, nio more fit then Dr neuro dan bhg dietician ambil keputusan utk sekat apa jua makanan atau minuman melalui kerongkong so asben kena minum susu sahaja melalui tiub, bantuan pernafasan pun dah dicabut coz asben boleh breath cam biasa cuma kdg2 asben bernafas lbh melalui mulut instead hidung, Dr cuma bagi ubat anti epiliptic dan antibiotik then on 8.8.2012 ana minta asben didischarge utk avoid banyak sgt penyakit lain yg menghampiri dia, ini lps consult dgn few Dr dr department lain ekceli dan diaorg advise ana utk bawa kuar dan jaga di rumah, fikir2 yealah dah xleh nak wat apa so baik bawak balik umah dan jaga sendiri supaya asben leh ada masa yg lbh banyak dgn anak2 berbanding sebelum ini yg mana sekejap2. Sekrg utk dressing ana buat 3 hari sekali dgn panggil nurse at home dan utk tube susu dan urine kena tukar every 2 weeks, bila dah dekat rumah nie ana rasa puas jugaklah sbb leh jaga sama2 xdelah anak dara terbeban kena jaga ayah dia aje.
untuk Raya pulak ana dah decide utk x balik Johor, dah bg tahu ayah walau sedih tp keadaan suami yg x mengizinkan jadi kegembiraan hari raya terpaksa kami lupakan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2012 10:06 AM | Show all posts
fatehana posted on 14-8-2012 09:34 AM
nak updated keadaan asben

Mr T dah beritahu yg dia mmg x mampu nak wat opt kat asben sbb keadaan  ...

Rina simpati ngan fatehana..semoga bertabah ok..Rina pn baru kehilangan bonda tercinta pd 14 june lps tp bukan sebab brain tumor, tp cancer cervic..mama rina stage 4B..mmg sayu bila igt kembali hari-hari terakhir rina bersama arwah mama di hospital. Bersabar banyak-banyak  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 10:34 AM | Show all posts
feirina posted on 14-8-2012 10:06 AM
Rina simpati ngan fatehana..semoga bertabah ok..Rina pn baru kehilangan bonda tercinta pd 14 june  ...

terima kasih rina
insyaAllah selagi ada umur dan kesihatan ini ana banyakkan bersabar dan redho dgn ujian Allah
arwah ibu ana meninggal pun sbb kanser ovari jugak
masih teringat saat2 akhir bersama dia, diam x diam dah hampir 17 tahun ibu ana meninggal
jadi sekrg bila berdepan dgn suami sendiri x rasa kekok lagi
hanya pada Allah ana memohon supaya diberi kekuatan memandangkan ana dah jadi tulang belakang family sekrg nie, apa2 pun keperluan anak2 perlu didahulukan, itu adalah pesan suami pd ana
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 11:34 AM | Show all posts
Ya Allah sedihnya baca kisah ana ni....bersabar dan tabahler menghadapi dugaan ini....ingat tuhan takkan menguji hambanya melainkan dengan ujian yg mampu hambanya tanggung.....pernah ada experience gak dengan pesakit kanser ni....awrah adik ipar menderita kanser usus.....dan sekarang ni dah 12 tahun dia pergi meningalkan kami...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 11:37 PM | Show all posts
fatehana posted on 13-7-2012 02:09 PM
suami admitted kat HUKM semlm lps his supposed appointment, seperti dijangka mmg kena marah dgn Dr s ...

ya Allah kak..xtau pun cite ni.akak banyakkan bersabar.selalu igat kat DIA
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:40 AM | Show all posts
Kak fatehana, Roy tumpang simpati diatas apa yg menimpa kak sekeluarga. Sudah menjadi takdirnya kak mengalami dugaan yg begini besar. Harap bersabar saja.

Apapun selagi dia disisi, Roy cuma nak beri peringatan untuk tidak melupakan penamaan kepada semua waris. Apa2 insuran nyawa/penyakit kritikal, KWSP, investment, pastikan semuanya sudah dibuat penamaan.

Ini cuma utk persediaan, tabahkan hati ye kak? Anak paling kecik itu umur brape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2012 10:50 PM | Show all posts
fatehana posted on 15-8-2012 10:34 AM
terima kasih rina
insyaAllah selagi ada umur dan kesihatan ini ana banyakkan bersabar dan redho d ...



bertabahlah hana.. mybe ade sinar pelangi selepas kesusahan yg dihadapi.. panjatkan doa minta padanya.. kuasa Allah mengatasi segalanya.. moga hubby hana cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:53 PM | Show all posts
roystevenung posted on 16-8-2012 10:40 AM
Kak fatehana, Roy tumpang simpati diatas apa yg menimpa kak sekeluarga. Sudah menjadi takdirnya kak  ...



saya sgt bersetuju dengan kamu.. mmg dari segi fakta.. family muslim tidak ambil kisah hal sebegini sebab itu byk kes yg tertunggak hingga mencecah harta yg berbillion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 11:31 AM | Show all posts
ya allah...tabahkan hati ya ana...akak cuma mampu doakan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:47 AM | Show all posts
Assalam dan Selamat Hari Raya

untuk makluman sahabat forumer semua, suami ana telah meninggal dunia di pagi jumaat iaitu 31.8.2012 setelah arwah mengalami fit yang agak teruk sehari sebelumnya, selepas fit tersebut pernafasan dia agak keras dan ia menjadi keras dan keras selepas maghrib pada hari yang sama, ana dan anak yang besar tidak tidor sepanjang malam dan kami sama-sama menjaga beliau, tak nak tinggalkan dia unattended, lepas isyak baru ana perasan yang kaki belah kiri arwah dah terkulai, dada mula sebak masa tu tapi ana tak nak terlalu memikirkannya, sepanjang malam ana pasang MP3 untuk bacaan al-baqarah dan ana pula membaca surah yassin bersama anak-anak, dalam pukul 3 pagi ana berqiam dan mohon sangat pada Allah agar dipermudahkan perjalanan arwah menemuiNya dan dalam pukul 4.30 pernafasan arwah makin lemah, masa tu ana dah tahu yang ana akan kehilangan dia buat selamanya namun ana kuatkan semangat supaya anak-anak tak down dan ana juga tak sanggup melihat penderitaan yang arwah lalui, dalam tempoh itu ana dan anak dara ana tak henti-henti ajar arwah mengucap dan tepat pukul 4.55 am arwah pergi meninggalkan kami semua dan tepat pukul 3 petang arwah selamat dikebumikan di kampung kami di Muar.
Ana ingin mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat dari sahabat di sini buat ana, hanya Allah yang akan membalas jasa kalian, terima kasih sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 01:50 PM | Show all posts
buat kak ana, harap tabah.. jangan ingat ini selamat tinggal. insya Allah akak akan berjumpa dengan dia di jannah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 03:23 PM | Show all posts
semuga allahyarham suami hana di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman
dan beramal soleh - amin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 12:02 AM | Show all posts
al Fatihah

dariNYA kita datang kepadaNYA juga kembali...

akak....be strong k.ingat kat anak2.anak2 perlukan akak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 09:56 AM | Show all posts
@fatehana

salam takziah dari acik buat hana n anak2
semuga hana dan anak2 tabah hadapi ujian allah

janji allah itu pasti..yg pergi tak akan kembali
hana dan anak2 perlu teruskan hidup
dan jgn lupa pesanan arwah suami pada hana..jaga anak2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 12:34 PM | Show all posts
salam takziah ana....moga roh arwah suami ana ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman....

tabahnya hati anak & anak2, masya allah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 01:21 PM | Show all posts
Salam Fatehana,

Semoga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas roh suami u.

Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2012 01:43 PM | Show all posts
akak ana..  N baru tau..
al-fatehah ntuk arwah suami akak ana.. semoga rohnya ditempatkan tempat org2 yg beriman..
ameen..

N harap akak ana kuat dan tabah menghadapi dugaan ini...tabah demi anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 02:27 PM | Show all posts
Innalillahi wainnailaihi rojiun  
Al-Fatehah


"“Sesungguhnya adalah milik Allah apa yang Dia ambil, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada disisiNya ada jangka waktu tertentu (ada ajalnya). Maka hendaklah engkau bersabardan mengaharap pahala dari Allah” [Hadits Riwayat Muslim 3/39]

I'm sure you can overcome these trials. cekna bertabah ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 01:05 PM | Show all posts
fatehana posted on 5-9-2012 09:47 AM
Assalam dan Selamat Hari Raya

untuk makluman sahabat forumer semua, suami ana telah meninggal dun ...

al-fatihah ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 05:10 PM | Show all posts
Innalillah...Takziah buat Ana & anak2..Semoga tabah untuk hadapi hari-hari mendatang..
Moga roh beliau di tempatkan bersama golongan yang Beriman..Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045664 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list