CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gambitz69

Syurga Cinta ~ New Film By Metrowealth

[Copy link]
Post time 28-5-2009 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by yuri_katrina at 28-5-2009 09:46
ending cite nie mcmmana ye..best tak?
saya nak tgk tp susah la skt..baby saya takde yang jaga..
so nak tahu la ending mcmana...


erk..time kite g tengok aritue..
ade husband & wife nie bawak baby..

memula senyap je anak dia tue..
dah nak last2 part sedey2 plak dia start meragam....
bapak dia plak kemain lagi nyanyi2 lagu kuat2 utk baby dia tue...
hampeh tul...ilang fokus jap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2009 04:15 PM | Show all posts
Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu!!!

Budiey nak ucap tahniah kepada Metrowealth atas kejayaan filem Syurga Cinta mengutip RM1.3 juta dalam masa seminggu! Memang ramai kata filem ini BEST dan ada yang menangis masa menonton.

Metrowealth (MIG) melalui filemnya yang ke-29 berjudul Syurga Cinta telah mencatat satu lagi sejarah buat syarikat dan juga industri perfileman. Kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh seminggu adalah satu kutipan yang terbaik dicatatkan untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini bagi filem bergenre romantik komedi. Syurga Cinta juga mencatat kutipan tertinggi bagi genre sebegini bagi hari pertama melalui 54 pawagam.

Lebih menggembirakan apabila Syurga Cinta mendapat komen dan reaksi yang sangat positif dari penonton dan juga pengkritik-pengkritik filem melalui blog di internet. Filem lakonan Awal Ashaari dan dua orang pelakon yang pertama kali di layar perak iaitu Heliza dan Adik Hadziq ini juga berjaya menarik penonton dari pelbagai lapisan umur. Ramai juga dik kalangan penonton telah menyaksikan Syurga Cinta lebih daripada sekali di pawagam. Kini majoriti penonton masih di kalangan remaja tetapi MIG yakin peratusan keluarga yang akan menonton Syurga Cinta akan meningkat apabila cuti sekolah bermula pada 30 Mei ini.

Syurga Cinta mengetengahkan sedikit unsur keagamaan di dalam sebuah kisah cinta remaja masa kini. Pada awal pembabitannya, MIG menghasilkan filem pertama berjudul Syukur 21 yang juga sebuah filem berunsur keagamaan. Syurga Cinta yang skripnya dihasilkan oleh Panel Skrip MIG berasaskan konsep oleh David Teo ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Syurga Cinta cuba mengupas kehidupan dua Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Pertama yang mengagungkan gaya hidup barat dan seorang lagi yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran. Pertembungan dua gaya hidup inilah yang akan menonjolkan nilai yang akan menyentuh dan menggeletek hati para penonton. Biarpun filem Syurga Cinta ini mengutarakan kisah cinta namun, ia tetap mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri apabila ia akan digarap melalui pendekatan Islamik.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Syurga Cinta selain daripada Awal Ashaari, Heliza dan Hadziq, ia turut dijayakan oleh Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain.

Syurga Cinta telah menemui penonton seluruh Malaysia bermula 21 Mei lalu. Metrowealth (MIG) terus mengharapkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk penonton dan media bagi meneruskan kesinambungan kejayaan ini untuk mencatat satu lagi sejarah dalam industri perfileman Malaysia.

http://www.budiey.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 03:09 AM | Show all posts
Suprisingly, cite ni agak menghiburkan bagi aku...
Lakonan Heliza boleh diperbaiki (wpun dialog2 dia cam ala2 kurang natural gitu, cam ala2 pengacara rancangan jek)
Lakonan Awal mmg leh gak dipuji..
Hadziq pun comel n notty, penceria suasana..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 09:24 AM | Show all posts
komen2 korang nih membuatkan aku nak gi tengok jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 10:06 AM | Show all posts

Reply #186 pokokbunga's post

Tul la..saya pun sama..tp tak tau bila nak pegi..my hubby busy la...try ajak pegi minggu nie la..baby terpaksa la tinggal ngn mak angkat dia le..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by Diamondy at 25-5-2009 15:32

heheheh...aku setuju sgt pasal watak Awal tuh......aku pun rasa lebih sesuai kalau amik pelakon baru yg lum terkenal atau yg masih 'suci' ...maksud aku yg bersih laa..tadak laa gossip2...

Aku rasa lepas tgk movie tuh ramai2 gadis2 yg raser nak boyfren cam irham sambil berangan diri sendiri mcm Shuhada.......

tak jadik kut klau org lain....sbb awal antara yg menjayakan citer nih dgn ekspresi muke die & pengalaman die sbg pelakon tuh amat mmbantu coz jln citer nih simple tapi klau awal tk natural, susah nk idup watak irham tu..awal mmg pelakon terbaik coz mase part2 insaf tuh, wpun kite tahu die hanya berlakon, tpi die dpt pancarkn ekspresi keinsafan tuh kt wajah die..kire muke insaf die tuh mmg menjadi..sesetengah pelakon yg tk berpengalaman, bule menjadikan muke insaf tuh muke poyo...mcm ala2 tak sincere gitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2009 04:55 PM | Show all posts
disebabkan aku menyampah dgn awal n budak kecik (mcm over je..bajet2 kiut la tuu.. ), aku malas nk tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by MsQuerida at 29-5-2009 14:27

tak jadik kut klau org lain....sbb awal antara yg menjayakan citer nih dgn ekspresi muke die & pengalaman die sbg pelakon tuh amat mmbantu coz jln citer nih simple tapi klau awal tk natural, su ...


ha'ah..dah laa menjadi sungguh ekspresi keinsafan dia tue..
pastu macam ade emotional connection plak dengan audience...
sampai bleh wat kite rasa sebak or mengalir air mata bile tgk scene2 keinsafan dia..

bagus laa dia nie..
dulu x minat sangat kat dia..sbb nampak cam poyo..
tapi dalam filem nie sungguh natural lakonan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2009 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by hyie at 29-5-2009 16:55
disebabkan aku menyampah dgn awal n budak kecik (mcm over je..bajet2 kiut la tuu.. ), aku malas nk tgk..


hehe..kite pun agak x minat dgn awal & haziq tue..
attraction pertama nak tgk filem nie sbb nak tgk Heliza je...

skali tengok2..best plak lakonan awal..
haziq tue pun okey walaupun kengkadang cam over sket..
tapi meriah laa kalo dia ade..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 05:50 PM | Show all posts

Balas #189 hyie\ catat

aku plak tak penah kisah sal awal nih..mmg x penah amik port pon pasal kewujudan dia kat dlm industri perfileman nih...tp bile tgk dia dlm ni, aku mcm dah ske sikit kat dia..dia bgs dlm nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 06:24 PM | Show all posts
hari rabu lepas sempat tengok cite ni...not bad...berbaloi la duit aku...bukan hiburan semata-mata, tp ada mesej..cerita ni cerita melayu ketiga yang aku nengok kat wayang....

p.s. aku pun dah suke ngan awal sbb cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 08:59 PM | Show all posts

Reply #193 vi_rose's post

aku lak...ni 1st cite melayu yg aku tgk kt wyg....ok la..aku rs xrugi tgk....
heliza pon ok...awal pon besh...haziq xde ar merapu sgt mcm kt tom2 bak, xske..sib bek..hehe

*****************************************************************************
aku g tgk dgn adik aku umur 12..then wktu nk kuar dr pnggung tuh...
ad la psngan tuh...pgng2 tgn...
then adik aku tegor...xinsaf lg ke lps tgk cte tuh..jodoh dr syaitan..kah2..aku mmg nk gelak ar...

then aku kt ala myb depa dh kawin kot...(dlm hti : tp nmpk muda jer..lntk la..lu pk ar sendrik...)

[ Last edited by  merrissa at 30-5-2009 21:02 ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 11:02 PM | Show all posts
Dengan rasa tak malunyaa aku nak gie tgk skali lagi esok....

(first time aku tgk citer melayu byk kali nih.... )
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 11:21 AM | Show all posts
Dah banyak kali aku tengok citer ni.Isi masa lapang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 11:08 PM | Show all posts

Balas #196 litra\ catat

dan juga isi dada dgn basic ilmu bercinta menurut perspektif Islam
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 01:27 AM | Show all posts
awal smart gila gan baju & seluar putih.......last scene tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 02:07 PM | Show all posts
best crita ni. tp heran plak aku kengkawn aku tak bekenan dgn crita ni .tp aku rasa mesej filem ni mmg sesuai utk psgn bcinta.
haha... aku rasa filem ni antara filem terbest tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by litra at 31-5-2009 11:21
Dah banyak kali aku tengok citer ni.Isi masa lapang.



Oooo..isi masa lapang ekk.....alasan yg bernas tuh......aku pun dah 2 kali tgk sbb nak isi masa lapang gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 07:28 PM | Show all posts

Balas #199 hijau88\ catat

sebab mungkin diorg rase pedasnye kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 01:10 AM | Show all posts
heliza berlakon ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062810 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list