|
Originally posted by ayushuhada04 at 9-1-2009 11:33 AM
Petua Sembuhkan Sakit Batu Karang
Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari.
1st time dgnr..TQ ayu :flower: |
|
|
|
|
|
|
|
Minum air hanya selepas 1/2 jam mkn.
Petua Awet Muda |
|
|
|
|
|
|
|
HILANGKAN PARUT JERAWAT....
Parut jerawat tentu mencacatkan penampilan seseorang... Untuk mengatasinya, ambil kulit kayu manis dan gosok pada lesung ataupun belakang pasu sampai terhasil cecair pekat yang halus. Sapukan pada parut jerawat. Lakukan selalu pada waktu malam dan cuci pada keesokkan pagi. InsyaAllah hasilnya amat memuaskan dan parut akan beransur-ansur hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #186 queen_aurora's post
actually........ dia menipiskan kulit tau.........
so better carefull....... x perpasal rosak kulit muka nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #187 ayushuhada04's post
|
|
|
|
|
|
|
PETUA TRADISI UNTUK ATASI BAU BADAN
1. Sediakan sebiji limau purut, 3 sudu besar kapur sirih & 1 sudu kecil serbuk lada sulah. Campur semua bahan & sapu pada ketiak. Berfungsi untuk hindar bau badan sekali gus jadik bahan anti peluh.
2. Ambik 4 - 6 helai daun sirih. Rebus dengan 2 gelas air. Air rebusannya minum setiap pagi. Nak sedap tambah sikit gula.
3. Ramas-ramas daun sirih dengan perahan air limau kasturi. Ambik pati & buat mcm deodoran. Gosok ke bawah ketiak selepas mandi & sebelum tidur.
4. Hiris halus-halus beberapa helai daun limau purut, makan dengan sambal... Buat ulam. Kandungan minyak asiri (limonene) dalam daun limau purut dpt memperbaiki metabolisme lemak lantas menghindari bau badan.
5. Ambik kunyit sebesar 2 jari. Cuci bersih & parut kunyit, ambik pati. Campur dalam 3 gelas air panas yg dah campur dengan gula melaka sebesar ibu jari. Kacau rata, biarkan sebentar hingga kunyit mendap. Minum sebelum tidur setiap malam.
P/S Ni petua orang tua-tua dulu...... Orang kita la ni beli jer deodoran kat kedai kan.... Tapi tak salah kalau mencuba..... |
|
|
|
|
|
|
|
MUDAHKAN MASAKAN
BERIKUT ini kami siarkan petua untuk memudahkan masakan anda di rumah.
Daun nangka empukkan daging
Cuba ikhtiarkan dengan mencari dua helai daun nangka (bergantung kepada kuantiti daging yang dibeli.) Masukkan daging ke dalam periuk bersama-sama air dan dua helai daun nangka yang dicuci bersih. Rebus selama lima hingga sepuluh minit, daging akan kenyal dan enak dimakan.
Santan tahan lama
Caranya ialah dengan memerah kelapa yang dimesin dengan air masak atau air biasa, jangan terlalu cair. Masukkan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam kasar. Masak di atas api yang sederhana sehingga pecah minyak. Biarkan sejuk dan simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Santan akan dapat bertahan selama dua hingga tiga hari.
Tauge tahan lama
Ambil sebiji limau nipis dan potong supaya menjadi tiga kepingan. Masukkan potongan-potongan limau tersebut ke dalam tauge yang direndam dalam air. Hasilnya tauge akan tetap segar untuk digunakan selepas itu.
Cili mesin boleh tahan lama
Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
Kurangkan ulat beras
Jika beras disimpan lama, tentu banyak ulat akan ditemui di dalamnya. Untuk mencegahnya, ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu, alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang ulat.
Menghilangkan lendir pada keladi
Caranya, kupas keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan keladi berkenaan dan basuh sehingga lendir-lendir berkurangan. Tuskan dan bilas denga air bersih.
Mengatasi rasa pahit peria
Hiris peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan peria yang dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit. Selepas itu cuci peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya peria yang dimasak itu tidak berasa pahit apabila dimakan.
Agar sayuran celur kelihatan segar
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum mencelur sayur-sayuran. Setelah celur, tus sayuran daripada air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. |
|
|
|
|
|
|
|
Buleh koi menambah lagi......
Wangikan nasi :
Basuh beras hingga airnya benar-benar jernih, tapi jangan sampai beras terlalu lembik. Kemudian masukkan sehelai daun pandan yang disimpul kecil ke dalam beras yang akan dimasak. Jangan lupa letak sedikit garam halus dan gaul rata. Hasilnya nasi akan tahan seharian dan menyelerakan.
Mengelakkan bau petai :
Rendam petai yang sudah dipotong (seeloknya dibuang kulit terlebih dahulu) ke dalam air cucian beras selama sejam. Kemudian toskan dan biarkan seketika.
Supaya tauhu tidak masam :
Sebelum menyimpan di dalam peti sejuk, bersihkan di bawah air paip dan toskan. Kemudian rendam dalam air panas dan biarkan air sejuk, secara semulajadi. Keluarkan tauhu dan masuk ke dalam bekas lain yang mengandungi air bersi. Simpan di dalam peti sejuk dan anda akan dapati tauhu tidak lagi masam.
Agar kerang senang dikopek :
Setiap kali ingin merebus kerang, jangan lupa untuk mencampurkan sesdudu minyak masak ke dalam air rebusannya. Biarkan hingga mendidih. Toskan airnya dan pasti kerang akan lebih mudah dikopek kerana kulitnya telah pun terbuka sedikit. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|