errr .. nak tanya psl free style lah ... sbb rasernyer teknik aku mmg confirm salah nih ...
biler aku wat style nih badan aku selalu cenderung nak tenggelam .. biler nak tenggelam aku nyer libasan kaki dlm air tu agak cepat, kelam kabut & tak relax ... jd aku cepat letih ...
aper yg aku nampak biler org lain swim (kes mengintai) libasan kaki dlm air tu dibuat sekali sekala jer, badan lebih terapung sampai hampir ke permukaan air & nampak lebih rilex & tenang ...
soklannyer ... camner nak buat supaya jadi cam yg aku dah underline tu? errr kowang paham ker aper haku maksudkan nih?
Originally posted by mutanazita at 17-12-2008 06:02 PM
errr .. nak tanya psl free style lah ... sbb rasernyer teknik aku mmg confirm salah nih ...
aper yg aku nampak biler org lain swim (kes mengintai) libasan kaki dlm air tu dibuat sekali sekala jer, badan lebih terapung sampai hampir ke permukaan air & nampak lebih rilex & tenang ...
owh ni masalah tenggelam la ni... macam ni senang jer.. amik langkah2 yang karam kasi ni.
1- cuba check streamline.. maksudnya cara u meluncur... cuba dari tepi kolam.
1.1- pastikan tangan kedua-dua tangan lurus dan letakkan betul2 kat atas telinga..
1.2- kepala pandang bawah lantai kolam.
1.3- bukak mata bila kepala kat bawah lantai kolam tu. (pakai gogle ek)
1.4- ok dari tepi kolam letakkan kaki kat tepi kolam n get ready utk meluncur n tolak kaki tu dari dinding. buat 1 kaki or 2 kaki pon boleh.
1.5- masa meluncur tu tahan nafas anda.
1.6- masa meluncur tu pastikan tangan tu sentiasa lurus dan berada diatas telinga. (kepit 2-2 tangan)
1.7- kaki mesti dalam keadaan lurus juga.. jangan kangkangkan kaki.
1.8- so belatih selalu streamline ni untuk pastikan badan seimbang bila meluncur. belatih berkali2 sebab banyak belatih lagik bagus.
ni ada karam amik dari youtube. cara nk streamline. perhatikan tangan n kakinya.
2- pastu bila dah belatih streamline tu.. cuba utk kicking.
2.1- pastikan kaki tu betul2 dah seimbang.
2.2- pastikan cara kick tu betul. luruskan kaki dan bengkok kan sikit sahaja peha tu. dah pastikan jangan bengkokkan sangat.
2.3- pastikan tapak kaki tu lurus (pointing toes)
2.4- belatih dari tepi kolam. letakkan tangan ditepi kolam, masukkan kepala dalam air, luruskan badan, dah mulakan kicking.
2.5- belatih dari tepi kolam amat bagus sebab nak beri keseimbangan badan.
2.6- pastikan belatih dengan kerap sebab boleh menguatkan kaki utk kicking.
tgk vid ni. cara nak kick dengan betul dari atas kolam dan didalam kolam.
lepas dah buat dari tepi kolam, cuba gabungkan streamline dengan kicking. memang mula2 akan tenggelam kalu xdapat nk seimbangkan badan. kerap la belatih gabungan ni.. pasti badan dah x tenggelam or kurang tenggelam.
so kalau ada masalah lagi leh lah tya saya.
So menjawab dari soalan tu.. selalunya yang tenggelam bila kicking, ada 2 masalah. satu kaki xkuat (bukan xkuat kick cuma xberapa kuat) dan badan xseimbang.
[ Last edited by karambunai at 19-12-2008 01:45 AM ]
ya kena selalu berlatih.. kena ikut satu per satu. baru lah cantik renangan tu. belatih berkali2 and make it perfect. pastu bila dah ok lagik senang nk berenang.
uiks terus masuk kolam. terjun ker? alah jangan malu lah kalau berenang ni. ramai aje yang berenang yang xproper pon.
pullbouy namanya yg kat celah kangkang tu... fungsi utk kuatkan tangan...
bila kita pull kaki xbergerak.. so kita kena guna kekuatan tangan la... so slalunya tu utk mereka2 yang dah advance.. maknanya utk competition... guna pullbouy gan paddle...