CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 15-7-2009 05:00 PM | Show all posts
teringat rancangan 360 dlm 2  minggu lepas yg papar kes maid yg mcm ginilah...ermmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 05:02 PM | Show all posts
akak pun nak tumpang sekaki bercerita..untuk renungan bersama..

ada sorang kawan akak anak bujangnya baru mendirikan rumahtangga, tup-tup lepas melahirkan anak pertama jatuh talak sebab masa awal mengandung lagi anak kawan akak ni dah cakap..selesai saja pantang isterinya maka jatuhlah talak..
alasannya si lelaki tak puas ( tak taulah nak puas macam mana, menurut perempuan pulak dia tak sanggup melayan suaminya yg terlalu kuat nafsu)
siisteri ni pulak mengalami alahan semasa mengandung..
tak taulah siapa nak disalahkan...

Pada akak perkahwinan memerlukan pengertian dan pengorbanan setiap pihak..mesti bertolak ansur..tak boleh mementingkan diri sendiri..

Kasih sayang dan ilmu agama jugak penting supaya tahu tanggungjawab masing-masing..
selesaikan masaalah dengan berbincang hati ke hati kalau ada yg tak puas hati.

Kalau dilihat pada anak kawan akak tu macam singkat betul fikirannya...ceraikan isteri yang baru beberapa bulan dinikahi atas alasan, tuuuuut..
memanglah kuasa perceraian di tangan lelaki tapi berfikir panjanglah dulu, tidak adakah cara lain yang baik untuk dilaksanakan..

yang terbaru ni akak dengar cerita silelaki ni dah ada calon baru sebagai ganti isterinya...
haaaiii...senang sungguh dia ni..agaknya dia fikir nikah hawin ni macam ganti baju kot..he..he..
yang kesian dan jadi mangsa ialah anaknya..bimbang juga kalau tak puas nanti cari lain lagi..akhirnya merata-ratalah anak yang bapanya cenggini..

maaf ya kalau akak terlebih emosi..ni cerita anak kawan akak je..maksudnya bukan semua lelaki di dunia ni begitu..banyak lagi yang baik-baik..nasiblah kan kalau ada yang terkena yang macam ni...:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 05:03 PM | Show all posts
177# cmf_harris

saya agreed dengan apa yang harris ckp...sebab cleaner kat office saya sendiri pernah cakapp macam tuh...dia orang indon tapi dia ada nasihat kalu nak ambik maid..hati2...kebanyakan yang datang sini bukan datang dengan tangan kosong...sedikit sebanyak ada ilmu yang dibekalkan....yelah nak merantau tempat orang....dah tu pulak tak tau lagi untung nasib....terpulang apa motif dia orang...tp memang dia orang lagi suka dan mencari peluang untuk berkahwin dengan orang m'sia..macam kata harris dia orang kat sana susah.....

dia pun ada pesan...kalu ambik maid jangan semua benda suruh maid buat especially masak dan uruskan pakaian suami...bilik tidur suami isteri jangan sesekali biar dia masuk apatah lagi kemaskan.....apa guna ada isteri kalu semua dia yang aturkan....

bila mengenangkan semua tuh...tu yg saya jadi tawar hati nak ambik maid.....penatnya tuhan je yang tahu...kite dah bekerja, balik rumah nak uruskan anak nak masak nak kemas rumah.....dalam rumah pun boleh berlari coz na k kejar masa......anak dah le kecik2 lagi.. 4 orang lagi...tp nasib baik le suami memahami...Alhamdullilah...dia tak le bising bila rumah tak sempat kemas...sabtu ahad sama-sama kemas....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 05:12 PM | Show all posts
entahlah apa nak jadi sekarang ni......

kita sanggup berkorban apa saja.......tp dia....

itulah kan........
memang patut sangat2 Allah suruh kita......
Sayang kat Dia, Cinta kat Dia, Rindu kat Dia,
segila yg mungkin.....
inilah yg jadi kalau kita lebihkan yg lain dr Dia

apapun itu ujian utk kita.......
terima seredhanya......
marah2 jugak, frust2 jugak,
ada hikmah tu.......
jangan sampai salahkan takdir sudah......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 05:21 PM | Show all posts
177# cmf_harris

betul harris..

arwah my mum pun dulu selalu berpesan.. kalau ada maid jangan sesekali bagi dia masuk bilik kita.. biarlah kita sendiri yang kemas.. bukan susah sangat pun.. tempat lain nak serah kat maid serahlah.. tapi ruang peribadi tu apa salahnya kita jaga sendiri kan..  lagi pesanan dia.. jangan bagi maid yang gosok baju suami.. makanan suami tu kalau boleh biarlah dari air tangan kita... dan make sure baju suami especially yang 'kecik2' tu kita basuh sendiri.. dan kalau leh jangan sampai maid nampak la...

dulu2 mungkin tak terfikir rasional dia.. tapi bila di renung sebenarnya banyak kebenarannya.. kiranya sentuhan tangan kita tu ada keberkatannya.. cam roh gitu la.. roh kasih sayang... so kalau selalu baju2 tu contohnya 'dibelai' ngan maid..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 05:22 PM | Show all posts
161# alifinara

awatnya??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2009 05:24 PM | Show all posts
182# har123

huhu kak.. sedihnya.. kesian sungguh kat wife dia..

ada gak orang cam ni..

pernah terbaca ada satu kes dulu.. tak ingat kat ne.. wife kena cerai sebab husband dia tak tahan tengok rambut wife basah lepas mandi.. kan ke bodos namanya tu..

macam2 la manusia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 05:50 PM | Show all posts
kalau buku 'Permata Yang Hilang' tu bacaan sebelum kahwin, saya nak suggest la buku2 yg saya rasa bagus utk selepas kahwin:

1) Aku Terima Nikahnya
2) Bercinta Sampai Ke Syurga

Kedua2 buku ni hasil tulisan Hasrizal Abdul Jamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 05:54 PM | Show all posts
nape akak nak tulis kat sini pun tak tahu la, cuma teringin jugak nak menyampuk. kalau ada kes macam ni, rata2 cuba menasihatkan para isteri. Atau dalam kata lain apa yang isteri patut buat.
melayari rumahtangga ni macam membawa kapalterbang, sorang pilot and sorang lagi co-pilot.Persediaan mesti lengkap, ada ilmu , badan sihat , dan juga ada parachute. (in case ter hempas ke)
By practise, pilot yang bawa kapalterbang  dan di bantu oleh co-pilot. Begitu juga hidup berumahtangga, suami mesti berilmu begitu juga isteri. Suami mesti memacu rumahtangga dan di bantu oleh isteri. Tapi , sekarang isteri pulak yang jadi kepala rumahtangga.
Dalam kes seperti di atas, tidak akan terjadi kalau suami berilmu. Belajar di sekolah tidak cukup. Selalunya itu belajar untuk lulus periksa. Belajar adalah seumur hidup untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga.

Dalam hal menguruskan benda2 kecik tu pun patut tahu peranan masing2. Betul ia lebih kepada peranan isteri, tapi apa pulak yang akan meningatkan isteri kepada suami. Tidak salah suami melipat atau memasukkan ke dalam mesin basuh , seluar kecil isteri. Sekurang2nya ia boleh mengingatkan suami,agar membayar fee aerobic bila size isteri dah bertukar dari S ke M. Jangan nanti, EH! isteri ku dah bersize XXXL, malu lah, dulu size S sesuai lah nak jalan bersama.Mulalah suami buat hal....... Ingat senang ke isteri nak tukar size XXXL ke S.Itu contoh ye, jangan ada sesiapa kecik hati pulak.

Benda antara pusat dan lutut itu, di kawal oleh otak di kepala bukan  kepala lutut yea.. Jika otak berfungsi dengan bagus, maka semuanya bagus.Bagaimana otak boleh berfungsi dengan bagus? Ia berbalik kepada ilmu. Jika tidak, macam2 hal terjadi dan para isteri pula terpaksa menanggung pelbagai masalah.

sekali lagi jangan kecik hati, ini pendapat akak aje. tidak ada kene mengena dengan warga HG yang baik2 semua.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:27 PM | Show all posts
nape akak nak tulis kat sini pun tak tahu la, cuma teringin jugak nak menyampuk. kalau ada kes macam ni, rata2 cuba menasihatkan para isteri. Atau dalam kata lain apa yang isteri patut buat.
melayari ...
sarahaisyah Post at 15-7-2009 17:54


kak.. thanks kak.. saya suka ngan pendapat akak ni..  terdetik gak dalam kepala cam apa yang akak tulis ni..

tu la kadang2 tu terfikir juga.. cam satu ketidak adilan gitu untuk isteri nak settle semua keja..  mana nak kena masak.. basuh kain.. nak tengok homework anak2 lagi.. nak lipat kain yang berlonggok lagi.. ini contoh ye.. padahal masing2 sama2 keja cari rezeki tambah pendapatan keluarga.. tapi yang peliknya si suami asyik dengan television... cuma tau makanan mesti dah terhidang..

Bukankah sebenarnya semua beban keja tu sepatutnya terletak kat bahu suami?? cuma sebagai isteri kita redha untuk buat semua keja tu agar sama2 dapat keberkatanNya.. Insya'Allah... tapi yang peliknya bila ada apa2 masalah pulak.... isteri juga yang dipersalahkan.. isteri juga yang dikomplen macam2.. bila isteri tak larat nak melayan kehendak suami kerana keletihan satu hari terkejar2 dikatakan isteri tak faham suamilah.. tak pandai jaga suami lah.. huhu...   sedangkan suami tu langsung tak muasabah diri...  

entahlah.. donia oh donia..

"Jadikanlah kebaikkan seseorang isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorang isteri itu sbg tanggunngjawab utk anda memperbaikinya..."
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:37 PM | Show all posts
161# alifinara

alif jgnlah benti..byk aktiviti alif dah jalankan..semua tuh bukannya ada byran pun..isk.isk ada org komplen apa2 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:41 PM | Show all posts
190# dealova77

betul dealova..walaupun akak tak bekerja tapi sebagai kaum wanita macam terasa sama beratnya tugasan seorang isteri...

syukurnya kalau dapat suami yang sama-sama mahu berkongsi ...bukankah perkahwinan tu satu perkongsian..

baguskan kalau sama-sama berkongsi susah senang, sakit demam dan suka duka di sepanjang hayat bersama.

Itu memang impian semua orang bila masuk ke gerbang perkahwinan tapi dugaan Allah tiada siapa dapat menduga, tentu ada hikmah di sebaliknya. Jangan salahkan takdir..anggaplah sebagai ujian dari Allah. Allah menguji hambanya yang dikasihi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by khairimhd at 15-7-2009 20:47

190# dealova77


wah hot topik ni..mau dalam 2 hari lagi cecah 100 pages... ... cerita alam rumah tangga ni memang mcm ragam....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:48 PM | Show all posts
Dea simpatinya ngan kawan dea tuh..erm ngeri dgr citer cam tuh..apa pun saya setuju ngan tulisan kak tina..kalau suami betul2 memahami peranan dia..insyaallah..Ini dak kira nak selesa dia jer..ingat bini nih kuli ker apa..erm tp keadaan persekitaran  juga boleh  menyebabkann suami jadi camtuh..yelah sekarang ni godaan dimerata2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:56 PM | Show all posts
194# _mangifera_


banyak faktor dek sebab  suami/isteri curang

mcm dealova kata suasana juga mempengaruhi....kalau dah setan  ada...nafsu dah kuasa diri...kambing pun jadi.. tentang isu nak ambik maid ke tak..terpulang pada perbincangan suami isteri  tu le...bila dah ada tu ...pepandai le nak dipilot dan dicopilot kan bak kata kak tina...

kalau dah suami nak isteri tak boleh..pepandai le  isteri  bagi boleh ikut cara lain...begitu juga kalau dah isteri nak suami tak boleh ( ada ke ni? ) pepandai le suami buat cara lain di samping pergi berubat..kalau patut kokak akar tongkat ali tu..kokak le tiap malam...


moga moga rumah tangga kita di HG ni di bawah lindungan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:04 PM | Show all posts
Erm sebenar semalam saya tension hal kerja..byk sangat bebannya..tetambah bulan nih tetiap minggu saya kena outstation..saya tak kisah kalau outstation masa weekdays..sbb boleh spent masa ngan family masa weekend..masalahnya skang ni dah tak kira weekdays ke..weekend ker..semua diharung..adeih..dahla suka buat program last minit..macam last day..saya terpaksa patah balik sbb kena attend dinner ngan industri then nak buat dialog malam tuh..kalaulah diberitahu awal bolehler prepare..takdela saya bawa staff..isk ade lg tp biarlah rahsia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 09:18 PM | Show all posts
saya memang tak mahu maid di rumah antara sebabnya adalah masalah aurat, privacy suami isteri dan jugak banyak kes2 tak elok yg saya dengar tapi dulu2 wife sibuk jugak nakkan maid sebab letih banyak benda dia nak kena buat. kalau time saya ada di rumah adalah jugak tolong sikit2, cuma yang banyak tolong tengok dan tolong bagi sokongan moral je la

kemudian ada sorang kawan wife recommendkan sorang maid yg pernah kerja dgn kakak dia tapi kakaknya nak kena pindah oversea so tak nak bawak maid tu bersama. saya memang dah tak syok dah dan mmg berdoa supaya wife jumpa something wrong yg buatkan dia tak ambik maid tu. sebelum jumpa saya call sorang kawan yg ada 5 anak dan wife bekerja tapi takde maid, mintak petua la utk wife tak jadi ambik maid. kata dia 'hang baik sgt sebab tu wife hang berani ambik, cuba hang buat 'gatai2' sikit mcm aku mesti dia tak mau punya maid tu' .waktu jumpa tu, dalam hati dok cakap punah la harapan sebab maid tu bertudung dan nampak sgt friendly dgn wife dan anak2 dan walaupun baru jumpa sekali tengok gayanya dia boleh ngam dgn wife. dah syok borak2 tu tetiba jer keluar something yg saya dok tunggu2 dari mulut maid supaya saya boleh 'menggatal' sikit...

dia cakap 'ganteng ya bapaknya,pandai ibu cari...' dan terus saya jawab 'kalau nggak ganteng, ibunya nggak mahu'... dan jerat saya mengena sebab maid tu jawab pulak 'saya pun mau yg ganteng tapi nggak bisa ketemu...'

DAN terus wife cakap kat saya, 'toksah la ambik maid'

so sampai hari ni takde maid la, cuma maybe bila masuk rumah baru nak cari maid yg boleh datang cuci rumah 3 kali seminggu untuk 6 jam sekali datang. kalau yg jenis ni saya setuju la sebab kurangkan beban kerja isteri tapi pada masa yg sama dia tak tinggal bersama kita...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:27 PM | Show all posts
197# cmf_harris


aku sokong hang harris.. 100% he he he he... antara sebab utama tu ialah aurat.....kat rumah nak le gak pakai short.....tak pakai baju...and kekadang tu nak bergurau senda dan usik mengusik secra ROMANTIK dengan isteri ...takkan kat bilik je......jemu le...sebab suasana sama.. he he he he he.

aku bab aurat memang jaga le...dah le kat luar  tutup...kat rumah ...nak le menunjukkan susuk tubuh seksi lelaki ni ha...untuk tatapan isteri supaya geram tengok suami dia ni yang tetap maintain......ha ha ha ha ha ha ha ha

( harris...mao kita kena serang lagi ni kang) :p
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:32 PM | Show all posts
198# khairimhd


alasan.............
kalau nak jaga aurat , bukan aje kat rumah. merata empat dik...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:35 PM | Show all posts
199# sarahaisyah


he he he he ....betul la kak...nak jaga aurat....nanti ada maid dah tak boleh berlenggeng lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071908 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list