Edited by maklukpenggoda at 3-12-2024 09:09 AM
SUAMI Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse ditahan polis bagi membantu siasatan susulan aktres dan model itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang bagi membantu siasatan.
Wan Mohd Zahari berkata, suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Selasa bagi memohon perintah reman.
Kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
Pada Isnin, Zahnita berkongsi foto di Instagram miliknya memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Ketika ditemu bual mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik tentang punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul ARTIKEL BERKAITAN: "Dah 20 tahun saya bertahan, cukuplah" - Zahnita
Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Untuk rekod, pada 2013, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Pun begitu, Zahnita enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama.
MStar
|