CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam?

  [Copy link]
Post time 10-8-2011 12:09 PM | Show all posts
Reply 15# hasell

wah...time kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 10-8-2011 13:05

Aku tak mau bertekak kat sini, dan aku tak suka menuduh orang lain sesat semata-mata tak nak ikut pahaman aku.  

1. Semasa permulaaan Adam diciptakan.. sudah ditunjukkan kehebatan Adam menjawab soalan apabila disoal, sedangkan pengetahuan malaikat sangat terhad dan tidak dapat menjawab soalan.
2. Jadi bagaimana pulak dengan kemuskilan para malaikat ke atas Adam yang dibimbangi akan membuat kerosakan di bumi. Dengan pengetahuan yang terhad para malaikat melahirkan kebimbangan kepada Allah tentang penciptaan Adam..
3. Apakah mungkin semua malaikat cuma mengandai-andaikan saja dengan pengetahuan yang terhad.
4. Atau para malaikat sudah pun melihat generasi sebelum Adam telahpun pernah membuat kerosakan dan pertumpahan darah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:10 PM | Show all posts
sambungan untuk artikel diatas




Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah sua ...
rayyanrafael Post at 9-5-2011 11:09



boleh huraikan lagi tak berkaian fallen angel sekali dgn rujukannya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:06 PM | Show all posts
dulu aku fikir mcm unwkspwkted ni gak..nabi adam ni manusia pertama..noktah...sebarang surat menyurat takkan dilayan...

tapi setelah berfikir-fikir...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 217# thessailly

owh.
nape ngan skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:10 PM | Show all posts
Sebenarnya, saya pun taklah sependapat dengan cerita ceriti Ase. Apatah lagi dikaitkan dengan konspirasi apa bala. Tapi apa yang menarik, Ase ada juga bagi rujukan dari Ustaz Hasrizal menerusi artikel Adam sebelum Adam tu.

Memang, perdebatan & kajian ilmiah mengenai makhluk2 berakal & bertamadun sebelum kedatangan Bani Adam (aka Homo sapiens) telah lama dibincangkan alim ulama dahulu. Ulama dahulu bukan hanya pakar ilmu agama, tak seperti sekarang, tetapi juga pakar sejarah, matematik, falsafah, astronomi, geografi dan pelbagai cabang ilmu lain. Sebab itu ulama dulu kala digelar alim ulama. Maka mereka ini punya kredibiliti membincangkan & mengeluarkan pendapat2 tertentu yang disandar pada Al-Quran, Ahadith serta kajian2 kitab2 Ahlul Kitab.

Dengan adanya penemuan fosil haiwan2 purba pra-sejarah dari perkembangan haiwan purba laut ke zaman penguasaan dinasour amfibia hingga diganti dinasour reptilia hinggalah ke zaman Ais yang menyaksikan penguasaan haiwan pra-sejarah mamalia gergasi dan datangnya Bani Adam ke muka bumi ini.

Diketahui, memang kelompok Jin menguasai Bumi sebelum Bani Adam & berbuat kerosakan, ini disahihkan melalui Al-Quran & Ahadith. Diketahui juga, ketibaan Bani Adam merubah corak demografi flora & fauna mamalia pra-sejarah ketika itu, dengan kepupusan beberapa haiwan mamalia pra-sejarah yang tumpas & pupus akibat bertebarnya Bani Adam ke seluruh pelusuk bumi ini ... pendapat ini didukung bukti sejarah & saintifik.

Spesis mawas purba seperti Neanderthal (Homo erectus) tak mampu bersaing dengan Bani Adam yang menguasai muka bumi, sebagai mana gajah purba, mammoth dan pelbagai haiwan mamalia pra-sejarah lain seperti sabretooth tiger dll.

Sebabnya hanya 1, Bani Adam yang serba kekurangan dari sudut fizikal dikurniakan Allah kelebihan ... iaitu akal, yang tiada pada spesies pra-sejarah lainnya melainkan makhluk jin yang alamnya lain dari dimensi manusia.

Perkembangan ketamadunan, teknologi, peradaban, kepercayaan terus menerus sehingga kini. Itu adalah kelebihan akal yang dikurniakan pada Allah untuk manusia pergunakan sebagai khalifah di muka bumi. Jin yang diberi akal dahulunya telah menyalahgunakan & merosakkan ketamadunan mereka sendiri sehinggalah Bani Adam yang dipilih menjadi Khalifah di muka bumi ini. Megahnya para jin berasal api sehingga salah satu daripada mereka diangkat darjat setaraf malaikat, tapi enggan sujud pada Adam yang berasal tanah .

Dengki, takabbur dan riak & ingkar pada Allah adalah saat2 kejatuhan kaum Jin. Ketamadunan yang akhirnya dilenyapkan dari pandangan manusia mahupun lembaran sejarah. Kita takkan menafikan Jin punya tamaddun yang hebat2, tapi mereka bukan khalifah, manusia yang berdarah bertulang asal karbon ini juga ini juga tamadunnya tercatat dalam kitab2 agama wahyu & lembaran sejarah dunia.

Sebaik2nya, dalam mengkaji mitos & lagenda ... catitan sejarah itu mesti dipandang secara objektif, ada rekodnya, dan disokong bukti2 saintifik yang jelas terbukti (tak sebagaimana evolusi, masih hanya kekal sebagai teori sahaja) & bersandar Al-Quran & Al-Hadith. Disamping nak menegakkan pendapat amatur kita yang hak, jangan pula perlekeh kajian alim ulama terdahulu yang punya pelbagai sumber ilmu jauh lebih dari kita. Tambah pula kita percaya bulat2 pendapat sejarawan orientalis memperlekeh kredibiliti alim ulamak kita terdahulu.

Saya gemar mengkaji sejarah, tapi sekadar menambah ilmu, tapi perlu bersumber yang objektif. Termasuk juga alam jin, bukan untuk mengenali mistiknya, tapi ketamadunan & perabadan suatu bangsa yang tua punya akal, tapi diganti ketamadunan Bani Adam yang tak seberapa tapi dijanjikan Allah sebagai Khalifah di muka bumi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 07:16 PM | Show all posts
Soalan ko psl berapa kali al quran wujud/diturunkan x releven sebab al quran adalah salah satu panduan yg diturunkan pd manusia selain kitab Zabur, Taurat n Injil.


Sedara, pendapat ni kena hati2, sebab Al-Quran bukan hanya salah satu wahyu, tetapi pelengkap kepada semua wahyu2 yang Allah kurniakan pada nabi2 terdahulu.

Jadi Al-Quran bukan hanya salah satu kitab, ia adalah KITABULLAH melengkapi & menggantikan kitab2 wahyu lainnya.

Sekadar teguran ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:57 PM | Show all posts
Al-Quran bukan sahaja wahyu Allah tapi ia adalah mukjizat teragung.Kalo pasal agama ni lagi baik hati2.........

Aku masih lagi skeptikal tentang adam sebelom adam. Omputih pakai mesin ntah apa2 lpas tu cakap fosil yang dia jumpa berusia juta2 tahun, saper dpt buktikan?Komputer bukannya xde error, kadang2 kalo program tu  tak jumpa result,dia main amik je nombor random.

Just nak kongsi, dari versi yang aku dengar, Iblis diangkat menjadi ketua malaikat kerana masa golongan jin sedang sibuk berperang sesama sendiri dan bergelumang dengan maksiat, dia sorang jer yang tak join dan beribadat pada Allah.Jadi lpas Allah menghantar malaikat kalahkan kaum jin di bumi,iblis diangkat menjadi ketua malaikat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 221# shahaizat

Just nak kongsi, dari versi yang aku dengar, Iblis diangkat menjadi ketua malaikat kerana masa golongan jin sedang sibuk berperang sesama sendiri dan bergelumang dengan maksiat, dia sorang jer yang tak join dan beribadat pada Allah.Jadi lpas Allah menghantar malaikat kalahkan kaum jin di bumi,iblis diangkat menjadi ketua malaikat.


Info daripada mana ni?? dah mcm ala2 crite supernatural..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:48 AM | Show all posts
aku pelik.. knape laa korang nak mengusutkan palotak dengan pikir jauh2.. bende ni senang je,  malas tulis panjang2..  :

REFUTATION. 1 :

Bumi diciptakan > ameoba, protazoa etc > homo erectus, neanderthal > berok chipanzi, monkei etc.

End there.  Tak kire 'fossil' tu mcm rangka Michael Jackson or ape2.. yang pasti = itu Berok (keturnan binatang).  Bukan manusia. Then.. baru turunnye Adam.   

Takrif "Manusia" = "Insan".. makhluk yg dikurnia akal fikiran dan nafsu.  dan "Insan" ni laa.. diturunkan daripada Adam, yang anak cucunye bertugas mentadbir Bumi.

REFUTATION 2 :

"Adam" aderrr ramaaaiiiii sebelum "Adam" bapak kite.   

So maknenye jugak.. Allah bukan SEKALI campak Adam dari Syurga ke Bumi.. tapi BANYAK KALI..

- dIperintahkan Adam, tinggal di Syurga dengan Hawa, tetapi dengan Syarat.. - jgn mendekati dan memetik buah khuldi. = meaning jugak...... peristiwa ni terjadik berkali2 sebab ramai "Adam"  yg pernah dicampak ke Bumi.  

MasyaAllah. Allah tak sebodoh.  

REFUTATION NO. 3. :

yang suke bace tabloid or mastika slalu paste = reaktor nuclear zaman purba, battery etc, perang nuclear purba etc...

: aku ade explaination pasal ni.. = korang yang buat.  Yes.. manusia moden... bukan purba

Bende2 ni pernah aku perdebatkan kat thread aku dulu "Disitu bukan tempatnya, bukan zamannya"..

Clue nye ade kat dinding Kuil Ankor Watt :



Gambar tu.. gambar Stegosaurus... hidup zaman Late Jurassic 150 Juta tahun dulu.  BUT, Angkor Watt cume wujud 800 tahun dulu.  Do the math.. macamane orang Khmer... boleh tau Stegosaurus???

Now... dalam sejarah lisan orang Khmer.. dorang takde makanan, zaman kebuluran.  dikawasan Kuil tu terdapat Pintu Buddha.... yang bawak dorang ke zaman Late Jurassic untuk berburu.

SO.... = 1200 AD.. takde makanan.. dorang pegi zaman late Jurassic.. dan bawak balik makanan... salah satunye.. Stegosaurus ni.

1 case, stegosourus.. and lain2 kes pun same.. zaman sekarang, nak uji Nuclear susah.. pegi zaman dulu.. uji kat sane.. no radiation impacts for modern human

Menjadikan = aku tak pecaye ade Manusia sebelum adam.. tapi aku pecaye, dengan akal and knowledge manusia boleh pergi zaman purba
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:05 PM | Show all posts
tapi cm ne penemuan2 tengkorak2 jutaan tahun lepas..huhu
mulutcomel Post at 6-5-2011 00:19



   kann...sbb kdg2 ada gak terbaca, ahli arkeologi jmpe rangka/tengkorak/tulang etc manusia dan usianya 2 juta thn la, 3 juta thn la etc
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:45 PM | Show all posts
Reply 222# guablur7


    Anggap jer bahan bacaan, aku pon dengar kat radio jer....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:17 PM | Show all posts
Aku masih lagi skeptikal tentang adam sebelom adam. Omputih pakai mesin ntah apa2 lpas tu cakap fosil yang dia jumpa berusia juta2 tahun, saper dpt buktikan?Komputer bukannya xde error, kadang2 kalo program tu  tak jumpa result,dia main amik je nombor random.


Saya rasa, maksud Adam sebelum Adam bukannya merujuk kepada spesis2 pra-sejarah punya akal sebagaimana Jin mahupun manusia, tetapi lebih kepada spesis mawas purba pra-sejarah seperti Neanderthal yang mirip pada fizikal bani Adam. Namun begitu, Neanderthal & mawas purba lain adalah tetap haiwan kerana tidak punya akal, masakan punya tamadun.

Manusia diakui mula mengamalkan ketamadunan seawal zaman Nabi Nuh lagi sehinggalah kemusnahan banjir dunia menghapuskan kaum manusia yang ingkar pada Allah terdahulu. Berdasarkan kitab2 samawi, keturunan manusia terkini adalah berasal dari keturunan Nabi Nuh & pengikut2nya yang terselamat dari bencana bala Allah ke atas kaum Nabi Nuh yang ingkar itu.

Banyak cerita ceriti mengenai pelbagai ketamadunan purba yang sering terkait elemen fantasi makhluk asing dan kaum manusia yang terlalu 'advance' ketamadunannya.

Mengapa harus difantasia-bulan-madu cerita ceriti begini. Bersandarkan kembali pada Al-Quran, Ahadith & Kitab samawi (Taurat & Injil yang juga merupakan rekod sejarah), begitu banyak kaum2 yang dibinasakan Allah di atas keingkaran mereka ke atas Rasul2 utusan-Nya. Kita tahu ada 313 Rasul dikalangan 124,000 para nabi yang diutuskan, yang diketahui hanya 25 orang & beberapa kerat Rasul & Nabi yang tertera dalam Injil & Taurat. Setiap Rasul diutuskan untuk menyampaikan wahyu & ajaran Tauhid bagi kaumnya. Wallahualam, mungkin sahaja terjumpa monumen / mitos2 lama kebinasaan sesuatu kaum itu mungkin kerana dibinasakan akibat keingkaran & kemaksiatan mereka kepada Allah Taala.

Jangan pula kita menolak akan ketamadunan Jin. Jin ada tamadun masing2, jauh lebih tua daripada ketamadunan manusia. Sekiranya Allah membinasakan tamadun2 manusia yang ingkar pada Rasul2nya, inikan pula ketamadunan Jin dahulu kala yang berbuat kerosakan di muka bumi ..... sehinggakan saki baki ketamadunan mereka dihilangkan dari pandangan mata Bani Adam.

Kita mesti ingat, sebagai makhluk tua punya akal & emosi, & sejarah ketamadunan yang sebegitu lama sehingga pernah menguasai dunia, tapi kemudian lenyap begitu sahaja sebaik Bani Adam jadi khalifah di muka bumi & segala bukti ketamadunan jin hilang dari lipatan sejarah dunia .... baru kita tau kenapa kaum jin selalu dengki dengan umat Bani Adam ni. Sebagai kaum tua, pastinya kelebihan patut di tangan mereka, & manusia hanya tahap khadam sahaja. Tapi tidak, Bani Adam adalah khalifah, malah satu ketika Nabi Sulaiman diberi mukjizat oleh Allah untuk menjadikan kaum Jin sebagai khadam! Sebagai buruh paksa pula tu, kuli batak untuk membina ketamadunan bangsa Bani Israel di bawah kekuasaan Nabi Sulaiman.

Bayangkan, bangsa Jin jadi hamba mencari hasil emas, permata & galian berharga dari perut bumi & lautan, dikerah jadi tentera, buruh binaan untuk empayar Nabi Sulaiman ... membina ketamadunan manusia.

Sebab itulah salah satu sebab tersirat mengapa Allah mengutus Nabi Adam sebagai Khalifah di muka bumi, bukannya Jin yang bernama Iblis Laknatullah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:18 PM | Show all posts
aku pelik.. knape laa korang nak mengusutkan palotak dengan pikir jauh2.. bende ni senang je,  malas ...
unekspekted_XII Post at 11-8-2011 10:48


Betul jugak....tapi boleh pergi back to the past aje ke.....kenapa tak boleh pegi to the future utk cari makanan..
kalau pergi ke future makanan mesti sedap-sedap lagi..tak payah nak masak.....
ada tak ukiran-ukiran zaman dulu yg ada gambar Mc D....

Tapi aku pernah ternampak/terbaca.....

Dalam citer Charlie Chaplin secara tak sengaja..ada perempuan macam menggunakan handphone..sedangkan wwaktu tu zaman 40 s  kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:28 PM | Show all posts
Reply 226# robotech

Penganut Kultus Jin dah masuk
"Ketamadunan" jin ni lerrr yg buat palotak orang melayu jadik lemau mcm ni :



jin jun julai bagai... geng black money dah gune internet menipu.. 'jin' masih lagi gune care merasuk hahahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:35 PM | Show all posts
Bercakap soal Jin dikatanya penganut Kultus. Hmm, agaknya para alim ulamak yang membicarakan asal usul Jin, ketamadunannya juga penganut kultus?

Mari berbicara secara subjektif & objektif. Lihat dari kanta sejarah, Kitabullah, Ahadith & kitab2 samawi. Kaitkan dengan perkembangan sains teknologi supaya kita masih berpijak di dunia nyata, bukan kisah dongeng mahu mitos fantasi dibawa.

Dah tercatat kaum Jin pernah menguasai Bumi. Pernah jadi sejarah kaum itu diperhambakan oleh Nabi Sulaiman. Mengingkari kenyataan itu umpama mengingkari Al-Quran & Ahadith.

Kalau sedemikian, penganut apa agaknya mengingkari fakta Al-Quran & Ahadith.

Fikirlah sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 03:39 PM | Show all posts
Reply 229# robotech

Dah tercatat kaum Jin pernah menguasai Bumi. Pernah jadi sejarah kaum itu diperhambakan oleh Nabi Sulaiman. Mengingkari kenyataan itu umpama mengingkari Al-Quran & Ahadith.

    Yes. but.... Sulaiman datang selepas Adam. so?????
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:40 PM | Show all posts
Kita berusaha mencari segala benda misteri dibalik mitos2 & dongengan terdahulu, padahal jawapan ada dalam Al-Quran & Ahadith. Kemudian, dibuat perbandingan sejarah kitab2 samawi terdahulu. Setelah itu kita silangkan dengan sejarah yang ditulis para sejarawan sekarang.

Kaji, cerna .... sebelum mengeluarkan pendapat. Rujuk pada yang arif. Walau bagaimana pun, berguru dari buku tak cukup, malah boleh menyesatkan, sebab itu bertanyalah pada yang pakar, samada pakar agama, pakar sejarah. Baru kita dapat ilmu & kesimpulan yang munasabah untuk dikongsi bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:42 PM | Show all posts
Kita berusaha mencari segala benda misteri dibalik mitos2 & dongengan terdahulu, padahal jawapan ada ...
robotech Post at 11-8-2011 15:40


aku malas tulis panjang2 ayat bunga2...

jawab ni je sudah :


ape hadith/rujukan dari ulamat yg jin ade TAMADUN seperti dakwaan ko???
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:45 PM | Show all posts
guru aku :

Al Ustaz Dr. Gary Miller
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.185020 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list