CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Malaysia menuju negara kristian......?

  [Copy link]
Post time 9-5-2011 10:10 AM | Show all posts
fakta yg bernas, sesuai dgn saranan al Qur'an, secularism is the way forward for malaysia
M5 Post at 9-5-2011 10:07

The Islamic world is indeed in need of another Mustafa Kemal Atarturk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 10:16 AM | Show all posts
Bodohnya org kita (Melayu) jika percaya sangat dgn berita Utusan ni. Adalah mustahil kristian akan menjadi agama rasmi negara sedangkan dlm perlembagaan termaktub agama islam adalah agama rasmi...

Utusan adalah akhbar NO 1 yang MENFTNAH & BATU API di kalangan rakyat Malaysia. Lagi BODOH pemimpin2 UMNO percaya dengan berita fitnah UTUSAN ini. Kenapa tak kaji & selidik kesahihan berita tu before buat statment....

Adakah Melayu takut Cina or orang bukan Melayu akan jadi pemimpin di negara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:18 AM | Show all posts
Bodohnya org kita (Melayu) jika percaya sangat dgn berita Utusan ni. Adalah mustahil kristian akan m ...

Adakah Melayu takut Cina or orang bukan Melayu akan jadi pemimpin di negara ini?
uhzhoi Post at 9-5-2011 10:16


Ntah apa yang mereka takutkan ntah......
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:18 AM | Show all posts
meh kita wat report polis ramei2 atas ticket CNI fourm.cari

utk nenguk sapa yg kena nnti
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:24 AM | Show all posts
rasanya bagus kalau utusan meloya dibuang ke longkang saja dan apa jua tulisan dari blog2 di jilid dan di edar menggantikan utusan yg makin tak relevan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 185# kojak


   saya setuju... buang terus utusan tu.. menyampah.. dlm byk2 akhbar, utusan ni yg byk siarkan benda yg merepek.. siar berita2 yg baik mengenai UMNO & BEEN.. pada hal, hanya Allah saja yang tahu realitinya...Kito bako UTUSAN...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2011 10:57 AM | Show all posts
Reply  kojak


   saya setuju... buang terus utusan tu.. menyampah.. dlm byk2 akhbar, utusan ni  ...
uhzhoi Post at 9-5-2011 10:31



    mungkin mereka akan bergembira bilamana terjadinya rusuhan, atau paling tidak pun berlaku perpecahan keharmonian antara kaum2 dimalaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 11:28 AM | Show all posts
Utusan selalu menulis cerita dongeng yang rasis..Apalah utusan ingat org semua bodoh sngt ke nak percaya cerita macam ni??Kalau nak tlg UMNO pun gunalah cerita yang logik..Tlglah saman Utusan ni dan buat dia org bankrap...Buat masalah sj selalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 11:31 AM | Show all posts
Reply 184# TUKANGKEBUN


    Report pun tak guna punya..Semua org UMNO...sure tak akan ada tindakan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 11:50 AM | Show all posts
Reply  TUKANGKEBUN


    Report pun tak guna punya..Semua org UMNO...sure tak akan ada tindakan. ...
LaserMouth Post at 9-5-2011 11:31


Orang macam ko ni patut polis tangkap dulu krn membuat tuduhan tanpa bukti..malah elok buang negara je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 11:58 AM | Show all posts
Maybe Malaysia will be better than now if Islam and Malays did not exist in this land .... There wil ...
andrewstar54 Post at 7-5-2011 21:34


klu camtu..cina n india tak akan jumpa tanah melayu le..maybe tanah indonesia atau tanah thailand...kira sejarah lain le...lagi best ..sbb kena ikut bahasa & budaya thailand n indonesia.....bab2 agama tak boleh le wat main2 cam kat malaysia nie....nanti tak pasal2 kena tembak atau dianggap terrorist....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 12:38 PM | Show all posts
ade 2 jenis golongan kapir yg memusuhi islam:

1. golongan badrul muhayat bulan sudah gerhana
2. golongan yg kerap ulang 'video clip' dan 'air mazi'...termasuk url nya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 12:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by devil_fruit at 9-5-2011 12:59

Tiada paderi mahu Kristian agama rasmi  

GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.

Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.

"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya.

Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.

"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.

"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini.

Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.

"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat.  Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri.  Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.

Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.

"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini.  Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.

Umno dalang!!!

Sementara itu, spekulasi  'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman.

Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.

"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.

"(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama
dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat," ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut.

"Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu.

"Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), 'Swing vote' (peralihan undi) pasti akan berlaku," ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini.

Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi  'sokongan senyap' pada Pakatan Rakyat negeri kelak.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 12:53 PM | Show all posts
berita paling lucu...
kononnya kalau govt dpt menangkis isu ini akan jadi hero lah masa PRU...
setidak2nya tunggulah sistem beraja dah terhapus...PM bangsa asing...
baru nak bangkitkan isu ini...
ada lah motif org nak percaya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:03 PM | Show all posts
berita paling lucu...
kononnya kalau govt dpt menangkis isu ini akan jadi hero lah masa PRU...
set ...
monreyes Post at 9-5-2011 12:53


Oooo ko ni spesis dah terantuk baru nak tengadah la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:10 PM | Show all posts
ade 2 jenis golongan kapir yg memusuhi islam:

1. golongan badrul muhayat bulan sudah gerhana
2.  ...
ifanonline Post at 9/5/2011 12:38


Betui tu...
Puak-puak Humngok nie suker cipta masalah yang tak der ujung pangkalnyer...
Pelik sangat.....nampak sangat puak-puak depa nie dah tak disokong oleh Orang Melayu sangat...
Terpaksa cipta kontroversi baru plak...
kalo perkara nie betul...kasik tayang Bideo skit...
kih...kih...kih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 01:15 PM | Show all posts
Reply 195# Anak_Nogori

tak perlu nak terantuk atau tengadah...
orang bodoh je percaya citer2 camnie...
kau percaya ker....
join their club then...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:15 PM | Show all posts
Jeff Ooi tu beragama Buddhist, tak mungkin dia mahu Negara Kristian.

Orang yang mengFITNAH , biarlah berotak sikit. Jangan melemparkan tuduhan palsu sesuka hati.  Jangan lupa, Fitnah adalah dosa besar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:16 PM | Show all posts
umporno dengan perkasa tak mampu ko lawan diorang ni?kato kuek sangat?ahli berjuta..kahkahkahkahkahkah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 01:32 PM | Show all posts
mcm mana nak jadikan Malaysia negara Kristian kalau Yang Di Pertuan Agong masih lagi Islam?

mungkin antara tanda2 kristian akan jadi agama rasmi Malaysia

1. Isteri Pemimpin negara tak menutup aurat
2. Hukum hudud tak dilaksanakan
3. Ada konsert2 sana sini
4. Banyak rancangan hiburan dekat TV#
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059671 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list