CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: novelloverzz

Peristiwa Dunia, Mitos & Sejarah

[Copy link]
 Author| Post time 5-7-2013 04:10 PM | Show all posts
cikatilia posted on 4-7-2013 12:43 PM
sedih sebenarnya baca kisah org yang terbunuh last 2 auk tu..
mcm bangang.. jap i tempek..

sian dah la jauhkan last auk dari habitat dia pastu diorg bunuh sbb ingat auk tu bring bad luck...kurang akal...sian last 2 auk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2013 04:21 PM | Show all posts
cikatilia posted on 5-7-2013 11:49 AM
Casey Anthony Found Not Guilty of Murder
5th July, 2011 : Accused murder Casey Anthony, a 25 year o ...

comelnya tergamak diorg (mum found not guilty ) bunuh, so sapa yg bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 04:40 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 5-7-2013 04:21 PM
comelnya tergamak diorg (mum found not guilty ) bunuh, so sapa yg bunuh?

tu la pasal.. ramai xpuas hati kes ni..
sbb confirm mak dia bunuh
tutup mulut pakai duct tape pstu siap tuduh org lain

tp dia lepas
cuma dpt tuduhan menipu aje



cik nov if berminat nak baca details case ni:-
sila ke link berikut..

http://media.trb.com/media/acrobat/2008-08/41844520.pdf
http://media.trb.com/media/acrobat/2008-09/42528488.pdf
http://musehousepress.com/CaseyAnthony_Chapter7_FOR%20DISTRIBUTION.pdf Last edited by cikatilia on 5-7-2013 04:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 05:04 PM | Show all posts
cikatilia posted on 5-7-2013 04:40 PM
tu la pasal.. ramai xpuas hati kes ni..
sbb confirm mak dia bunuh
tutup mulut pakai duct tape ps ...

kalau mak dia x bunuh kenapa dia menipu from the start kan? jury pun hampeh..nnt sng2 nov jenguk link cika bagi..thanks..tergamak kan mummy dia bunuh cute little girl mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 05:38 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 5-7-2013 05:04 PM
kalau mak dia x bunuh kenapa dia menipu from the start kan? jury pun hampeh..nnt sng2 nov jenguk l ...

sama2 cik nov... sbb dia nak patry ok
nak bergumbira.. time anak dia hilang pon dia masih berjimba2 mabuk2 sakan

xde risau pong


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:56 PM | Show all posts
sudah lama tidak menyumbangkan sejarah..
dek kerana busy yg teramat .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 02:56 PM | Show all posts
HARI INI DALAM SEJARAH - Perasmian Pembukaan Kilang Wang Bank Negara

Pada hari ini dalam tahun 1971, Kilang Wang Bank Negara yang terletak di Batu Tiga, Shah Alam telah dirasmikan pembukaannya. Upacara perasmian dilakukan oleh Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin. Turut hadir di upacara ini ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail bin Mohamad Ali serta lain -lain jemputan khas. Bangunan kilang wang ini pada mulanya adalah merupakan pejabat mata wang Bank Negara. Ia kemudiannya telah diubah suai menjadi kilang wang dengan mendapat nasihat dari pakar-pakar luar negeri. Bagi melicinkan perlaksanaan perancangan kilang ini, pihak bank juga telah membentuk satu jawatan khas bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan pengambilan kakitangan, latihan dan pemilihan alat-alat yang diperlukan oleh kilang ini. Sebagai percubaan, kilang ini telah berjaya mengeluarkan wang syilingnya yang pertama seperti yang dijadualkan pada 1hb Mei 1971. Apabila ia dilancar sepenuhnya, kilang ini mampu mengeluarkan sebanyak 70 juta keping wang syiling setahun. Sesungguhnya penubuhan kilang wang yang dirasmikan pembukaannya pada hari ini dalam tahun 1971, adalah merupakan peristiwa sejarah bagi Bank Negara Malaysia. Ia bukan hanya dapat mengatasi masalah kekurangan syiling di negara ini, tetapi ia juga telah membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan. Malah dengan penubuhannya juga Malaysia telah dapat menjimatkan pertukaran wang asing dan membuktikan ketinggian mutu kecekapan pekerja-pekerja mahir di bidang teknikal di negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:56 PM | Show all posts
TODAY IN HISTORY - The Battle of Britain Begins

On this day in 1940, the Germans begin the first in a long series of bombing raids against Great Britain, as the Battle of Britain, which will last three and a half months, begins.

After the occupation of France by Germany, Britain knew it was only a matter of time before the Axis power turned its sights across the Channel. And on July 10, 120 German bombers and fighters struck a British shipping convoy in that very Channel, while 70 more bombers attacked dockyard installations in South Wales. Although Britain had far fewer fighters than the Germans–600 to 1,300–it had a few advantages, such as an effective radar system, which made the prospects of a German sneak attack unlikely. Britain also produced superior quality aircraft. Its Spitfires could turn tighter than Germany's ME109s, enabling it to better elude pursuers; and its Hurricanes could carry 40mm cannon, and would shoot down, with its American Browning machine guns, over 1,500 Luftwaffe aircraft. The German single-engine fighters had a limited flight radius, and its bombers lacked the bomb-load capacity necessary to unleash permanent devastation on their targets. Britain also had the advantage of unified focus, while German infighting caused missteps in timing; they also suffered from poor intelligence.

But in the opening days of battle, Britain was in immediate need of two things: a collective stiff upper lip–and aluminum. A plea was made by the government to turn in all available aluminum to the Ministry of Aircraft Production. "We will turn your pots and pans into Spitfires and Hurricanes," the ministry declared. And they did.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 03:00 PM | Show all posts
jarikuku posted on 10-7-2013 02:56 PM
sudah lama tidak menyumbangkan sejarah..
dek kerana busy yg teramat .....

x pe take ur time..lubuk ni sentiasa terbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:18 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 10-7-2013 03:00 PM
x pe take ur time..lubuk ni sentiasa terbuka...

hehehe...

oh ye, salam Ramadhan dan selamat berpuasa momod nov
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 03:55 PM | Show all posts
jarikuku posted on 10-7-2013 03:18 PM
hehehe...

oh ye, salam Ramadhan dan selamat berpuasa momod nov

selamat berpuasa jarikuku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:16 AM | Show all posts
jarikuku posted on 10-7-2013 03:18 PM
hehehe...

oh ye, salam Ramadhan dan selamat berpuasa momod nov

salam ramadhan jarikuku & @novelloverzz


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:19 AM | Show all posts
1987 Yugoslavia 5 Billion People On Earth 11th July 1987 : Today for the first time in history the worlds population exceeded 5 billion when the UN Secretary General proclaimed the infant Matej Gasper born today as the 5 billionth person on earth.

Matej Gaspar, born  in Zagreb, Yugoslavia, officially became the world's 5 billionth human. The baby boy received that designation rather arbitrarily. No one knows for sure when the earth's population, which hit 4 billion in 1974, actually topped the 5 billion mark, though demographers suspect it happened in July. Zagreb was picked as the location by the United Nations Fund for Population Activities largely because U.N. Secretary-General Javier Perez de Cuellar happened to be in that city when the chosen day rolled around. In a speech marking the occasion, Perez de Cuellar drew attention to the fact that 90%...
http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,965044,00.html

The Day of 5 billion[edit]
The Day of Five billion, 11 July 1987, was designated by the United Nations Population Fund as the approximate day on which world population reached five billion. Matej Gašpar from Zagreb, Croatia (then SR Croatia, SFR Yugoslavia), was chosen as the symbolic 5-billionth concurrently alive person on Earth. The honor went to Zagreb because the 1987 Summer Universiade was taking place in the city at the time.[6][7]
http://en.wikipedia.org/wiki/World_population_milestones

xdpt jumpa plak gambar baby no 5 billion

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:29 AM | Show all posts
PERASMIAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

Pada hari ini dalam tahun 1998,  YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Kompleks Sukan Negara yang terletak di Bukit Jalil. Kompleks Sukan berharga RM 1.2 billion ini dibina di kawasan seluas 170 hektar telah membuka satu lagi lembaran baru dalam sejarah pembangunan sukan negara. Sempena dengan perasmian Kompleks Sukan ini juga Perdana Menteri turut mengumumkan nama-nama baru yang diberikan kepada kemudahan-kemudahan yang terdapat kompleks tersebut, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil digelar sebagai Kompleks Sukan Negara manakala kemudahan lainnya iaitu: Stadium Utama sebagai Stadium Nasional; Stadium Tertutup sebagai Stadium Putra; Stadium Hoki sebagai Stadium Hoki Nasional; Kompleks Renang sebagai Pusat Akuatik Nasional; Stadium Skuasy sebagai Pusat Skuasy Nasional; Stadium Bola Jaring sebagai Stadium Juara; Stadium Boling Padang sebagai Pusat Boling Padang Negara dan Bukit Jalil sebagai Bukit Komanwel.  Sesungguhnya pembukaan Kompleks Sukan Negara yang indah dan lengkap dengan kemudahan terkini ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan negara untuk menjayakan Sukan Komanwel ke-16 sebagai temasya sukan yang paling gemilang tetapi juga menjadikannya simbol kecemerlangan sukan yang diharap akan menjadi budaya di kalangan masyarakat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:31 AM | Show all posts
Ucapan Tun Dr Mahathir dlm Majlis Perasmian Kompleks Sukan Negara


Penyampai         :        DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk         :        MAJLIS PERASMIAN KOMPLEK SUKAN NEGARA
Lokasi         :        BUKIT JALIL, SG BESI, KUALA LUMPUR
Tarikh         :        11-07-1998

Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana pada hari ini, negara kita dapat membuka satu lagi lembaran baru dalam sejarah pembangunan sukan kita. Pembukaan Kompleks Sukan Negara yang indah dan lengkap dengan kemudahan terkini ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan negara untuk menjayakan Sukan Komanwel ke-16 sebagai temasya sukan yang paling gemilang tetapi juga menjadikannya simbol kecemerlangan sukan yang diharap akan menjadi budaya di kalangan masyarakat kita. Selain daripada itu kita harus bersyukur kerana kita telah memutus untuk membina kompleks ini di waktu negara belum diserang kegawatan kewangan. Dengan itu kos kompleks ini menjadi lebih rendah. Jika kita hendak bangunkan kompleks ini sekarang sudah tentu kosnya akan berlipat ganda, bahkan kita tidak akan berupaya membinanya sama sekali.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

2. Prestasi dan kecemerlangan dalam bidang sukan kerap kali diiringi dengan tahap kemajuan sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat di negara maju, lazimnya pencapaian mereka dalam sukan adalah tinggi dan begitulah sebaliknya. Jelaslah secara langsung kemajuan sukan sedikit sebanyak mencerminkan kemajuan sosio-ekonomi sesebuah negara. Negara kita telah menikmati kemajuan yang sangat pesat sejak merdeka, terutama dalam dekad 80an dan 90an. Sungguhpun akhir-akhir ini kita mengalami masalah kejatuhan nilai ringgit dan kemerosotan pasaran saham, tidaklah dapat dinafikan bahawa kita telah mencapai taraf hidup yang tinggi berbanding dengan taraf hidup kita dahulu. Pelaburan dalam pembangunan sukan tidak akan menjadi sia-sia kerana sukan membuat tubuh badan kita sihat dan ini akan menghasilkan akal fikiran yang sihat. Dan akal fikiran yang sihat akan menyumbang kepada kejayaan kita sebagai individu dan sebagai satu bangsa.

3. Pelaburan dalam pembangunan sukan tetap akan membawa pulangan yang besar kepada kemajuan negara. Penglibatan secara aktif oleh masyarakat dalam kegiatan-kegiatan sukan akan dapat membina semangat dayajuang, kecekalan, kegigihan dan komitmen di kalangan mereka, selain pembentukan tubuh badan yang sihat. Sukan juga melatih kita dalam mendisiplinkan diri kita, memperkenal dan menanam nilai-nilai yang baik yang berguna bagi menjayakan kita dalam bidang-bidang lain. Walaupun sekarang yang lebih utama ialah kemenangan dengan apa cara sekalipun, tetapi semangat kesukanan atau 'sporting spirit' tidak harus diketepikan. Semangat kesukanan mempunyai banyak pengajaran yang boleh membentuk peribadi yang mulia yang menguntungkan diri dan masyarakat.

4. Sama ada kita suka atau tidak suka sukan sudah menjadi satu industri yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Acara-acara sukan yang menarik minat orang ramai mempunyai potensi komersil dalam bidang iklan, penyiaran televisyen dan radio, majalah dan akhbar, pakaian sukan dan alat-alat kelengkapan yang digunakan untuk pelbagai jenis sukan. Di masa yang sama para atlit berpeluang untuk mendapat imbuhan yang lumayan bahkan boleh menjadi kaya-raya sebagai ahli sukan profesional.


5. Sebenarnya kompleks ini tidak mungkin dibangunkan jika tidak ada harapan untuk mendapat pulangan daripada acara-acara sukan dan acara-acara lain yang boleh diadakan di kompleks ini. Oleh kerana sukan sudah mempunyai nilai komersil maka kemudahan untuk sukan dapat ditingkatkan kualiti dan keselesaannya. Kita harus bersyukur kerana kita mampu mengadakan kompleks sukan yang canggih ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

6. Dua bulan lagi kita akan menjadi tuan rumah kepada acara sukan yang terbesar yang pernah diadakan di negara kita -- iaitu Sukan Komanwel. Acara sukan ini boleh dianggap sebagai acara sukan yang kedua terbesar di dunia, selepas Sukan Olimpik. Walaupun ada acara sukan yang lebih besar daripada segi skalanya tetapi biasanya peserta terhad kepada satu kumpulan etnik seperti orang Eropah atau Afrika atau Asia sahaja. Sukan Komanwel disertai oleh semua kaum etnik dari enam buah benua di dunia, iaitu dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan dan dari Oceania. Justeru itu, kita akan dapat melihat hampir semua atlit yang handal dari seluruh dunia. Sebab itu Sukan Komanwel menjadi sukan dunia yang kedua terbesar.

7. Pengurusan satu acara sukan yang begini besar tentulah tidak mudah. Kemudahan fizikal boleh disediakan tetapi dengan sendirinya ia tidak akan menjayakan acara berkenaan. Lebih penting lagi ialah kecekapan pengurusan acara ini.

8. Kita telah lihat urusan persiapan yang walaupun memuaskan, kerap dilanda dengan masalah. Kadang-kadang kita dapati seolah-olah ada dua nakhoda yang membawa ke arah yang berlainan. Semasa persiapan masalah ini tidaklah begitu merunsingkan. Tetapi semasa acara sukan sebenar diadakan kerjasama antara semua pihak amatlah penting. Jika ada pendapat yang berbeza, selesaikanlah melalui rundingan tanpa dihebohkan di luar. Selesaikanlah dengan secepat mungkin. Masa tidak akan mengizinkan kita bertelingkah dan mempertahankan 'territory' kita semasa pertandingan diadakan. Tidak perlu kita mempertahankan empayar kita sendiri. Empayar yang ada ialah negara kita, yang maruahnya perlu dipertahankan oleh semua yang terlibat dengan Sukan Komanwel ini.

9. Seperti juga dalam acara sukan, saya percaya kita rakyat Malaysia boleh mengurus Sukan Komanwel dengan jayanya. Malaysia Boleh jika kita yakin kita boleh.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

10. Sempena dengan perasmian kompleks sukan ini sukacita saya umumkan nama-nama baru yang diberikan kepada kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Mulai sekarang, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil akan digelar sebagai Kompleks Sukan Negara. Manakala kemudahan- kemudahan lainnya iaitu:

Stadium Utama - sebagai Stadium Nasional;
Stadium Tertutup - sebagai Stadium Putra,
Stadium Hoki - sebagai Stadium Hoki Nasional;
Kompleks Renang - sebagai Pusat Akuatik Nasional;
Stadium Skuasy - sebagai Pusat Skuasy Nasional;
Stadium Bola Jaring - sebagai Stadium Juara;
Stadium Boling Padang - sebagai Pusat Boling Padang Negara; dan
Bukit Jalil - sebagai Bukit Komanwel.

11. Akhir kata saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Perasmian serta saudara- saudari, tuan-tuan dan puan-puan sekelian yang telah mengurus dan berusaha membangunkan Kompleks Sukan Negara ini dengan jayanya dalam masa yang ditentukan.

12. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Kompleks Sukan Negara.

Sumber: http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=419

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 08:36 AM | Show all posts
cikatilia posted on 11-7-2013 08:16 AM
salam ramadhan jarikuku & @novelloverzz

selamat berpuasa cika..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 12:21 PM | Show all posts
cikatilia posted on 11-7-2013 08:16 AM
salam ramadhan jarikuku & @novelloverzz

salam ramadhan juga @cikatilia
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:22 PM | Show all posts
HARI INI DALAM SEJARAH - Perjanjian Perdagangan Sultan Kedah-Syarikat Hindia Timur Belanda

Pada hari ini dalam tahun 1642, satu perjanjian perdagangan telah ditandatangani Sultan Muhammad Shah (Sultan Kedah) dengan Syarikat Hindia Timur Belanda. Perjanjian perdagangan itu dibuat bagi memperbaharui perjanjian lama yang bertarikh 6 Julai 1641, yang telah dipersetujui oleh Sultan Sulaiman Shah (ayahanda Sultan Rijaluddin) dengan pihak Belanda. Kerajaan Kedah menandatangani perjanjian itu bertujuan untuk menjalin hubungan politik dengan Belanda dan bagi mengurangkan tekanan daripada Kerajaan Siam, Acheh dan Portugis. Di samping itu ia diharap dapat mengukuhkan kedudukan baginda dalam menghadapi ancaman dari dalam dan luar negeri. Sementara itu, bagi pihak Belanda, perjanjian tersebut telah memberi peluang kepadanya untuk menguasai perdagangan di Kedah, terutama dalam memonopoli perdagangan timah. Selain itu pihak Belanda berharap dengan perjanjian ini, ia dapat mengalihkan perdagangan di sepanjang pantai Tanah Melayu dan kepulauan Melayu ke Melaka.

Butir-butir perjanjian ini antara lain menyebut:

- Separuh dari keluaran bijih timah Kedah dijualkan kepada Belanda dengan harga tetap.
- Saudagar-saudagar Kedah tidak dibenarkan berniaga dengan saudagar Sepanyol atau lain-lain saudagar asing yang tidak biasa berniaga di Kedah.
- Sultan tidak boleh mengarahkan boleh mengeksport timah dengan menggunakan kapalnya sendiri kecuali setelah diketahui oleh Belanda mengenai segala butir muatan.

Walaupun perjanjian itu lebih banyak menguntungkan pihak Belanda tetapi Sultan Rijaluddin masih bersetuju menerimanya kerana baginda sedar Belanda tidak dapat mengawal Kedah dengan sepenuhnya. Di samping itu perjanjian tersebut telah meningkatkan perdagangan timah antara Kedah dan saudagar-saudagar India, Sumatera, Jawa dan sebagainya, kerana kedudukan Kedah yang kukuh dan adanya jaminan keselamatan oleh pihak Belanda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 12:23 PM | Show all posts
TODAY IN HISTORY - Soviets Agree to Hand Over Power in West Berlin

Fulfilling agreements reached at various wartime conferences, the Soviet Union promises to hand power over to British and U.S. forces in West Berlin. Although the division of Berlin (and of Germany as a whole) into zones of occupation was seen as a temporary postwar expedient, the dividing lines quickly became permanent. The divided city of Berlin became a symbol for Cold War tensions.

During a number of wartime conferences, the United States, Great Britain, and the Soviet Union agreed that following the defeat of Germany, that nation would be divided into three zones of occupation. Berlin, the capital city of Germany, would likewise be divided. When the war in Europe ended in May 1945, however, Soviet troops were in complete control of eastern Germany and all of Berlin. Some U.S. officials, who had come to see the Soviet Union as an emerging threat to the postwar peace in Europe, believed that the Soviets would never relinquish control over any part of Berlin. However, on July 11, 1945, the Russian government announced that it would hand over all civilian and military control of West Berlin to British and American forces. This was accomplished, without incident, the following day. (The United States and Great Britain would later give up part of their zones of occupation in Germany and Berlin to make room for a French zone of occupation.)

In the years to come, West Berlin became the site of some notable Cold War confrontations. During 1948 and 1949, the Soviets blocked all land travel into West Berlin, forcing the United States to establish the Berlin Airlift to feed and care for the population of the city. In 1961, the government of East Germany constructed the famous Berlin Wall, creating an actual physical barrier to separate East and West Berlin. The divided city came to symbolize the animosities and tensions of the Cold War. In 1989, with communist control of East Germany crumbling, the Berlin Wall was finally torn down. The following year, East and West Germany formally reunited.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 04:50 PM | Show all posts
jarikuku posted on 11-7-2013 12:22 PM
HARI INI DALAM SEJARAH - Perjanjian Perdagangan Sultan Kedah-Syarikat Hindia Timur Belanda

Pada h ...

this reminds me off matapelajaran sejarah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.217323 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list