sayawifenikmie posted on 17-12-2013 11:07 PM
..saya hanya isteri seorang guru biasa ... kadang2 saya jugak sombong (ramai kata saya beraura som ...
kalau pergi luar negara dah guna jet peribadi..walaupun xmenemani PM..dengan perbelanjaan yang mencecah ratusan ribu ringgit..tu baru kos jet peribadi..belum penginapan, pakaian dan lain-lain..kompom-kompom semua guna duit rakyat..
kalau kau jadi isteri guru..kau gi luar negara..naik bisnes kelas sekalipun..orang xkisah..kompom-kompom kau guna duit kau or laki kau sendiri..xkiralah macam mana korang dapatkan duit tu..
Takper laa... bagi laa rosmah gah macam tuhan penggal last umno bn perintah malaysia nih... lepas pru 14 nanti rosmah dan menteri2 umno akan buat perkampungan sendiri kat ostrolia kaa uk sana sebab bn dah kalah...
adakah ini surat berantai?
perlu bank in RM30 kah mcm skim kutu dulu kala tu?
atau ini surat layang?
betul kah Kak Mah yg tulis ni?
Pakai pen atau type writer?
by pos atau by hand?
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..
harap2 kak mah dapat membuat surat menjawab mengenai isu video di youtube yang bertajuk rosmah perempuan puaka.rakyat tahu video tu cuma propaganda untuk menjatuhkan kak mah je.go go kak mah
takleh aa kak mah,,hati kitorg dah gelap...lagi pun mana ada orang kta FB nak share mende ni,,,aklau ada pun ahli tegar umno jek....yang dah hati gelap macam saya memang tanak share punya..hehehheh (ketawa amcam setan)
Sian ahkak Mah, tulis surat pun korang dok kutuk, so sbg alternatif, aku akan mewakili ahkak Mah tulis pantun pulak..harap-harap lepaih ni korang percaya handred persen kat beliau ok.....
Pantun terbuka dari kak Mah.....
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama sikucing belang,
tolonglah jangan fitnah ahkak lagi,
ahkak cuma nak jadi isteri PM yang penyayang
kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
perlukah lepaih ni ahkak bersumpah,
setelah surat yang dikarang itew masih diragui
kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
somi puji sikit pun korang dah mengumpat,
jadi PM terus kang, baruuu korang tau!
kiri jalan kanan pun jalan,
tengah-tengah pohon mengkudu,
memang la ahkak suka berjalan,
tapi bukan nak beli cincin, cuma beli sudu!
anak udang, udanglah jugak,
mana nak sama anak tenggiri,
naik jet pun korang komplen jugak,
tak pe..lepaih ni akak naik jet ski!
dalam semak ada duri,
ayam kuning buat sarang,
korang tak tau susahnya ahkak jadi isteri menteri,
nasib baik somi ahkak baik, bukan macam korang!
pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
berhentila pitenah-pitenah kak mah..
kak mah ni first lady tau..bukan AJK kelab budaya!
kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
terima ajelah apa yang datang,
janji PRU akan datang, korang menangkan somi ahkak lagi............!
tengkiu peminat-peminat ahkak, yang tetap setia di belakang ahkak....ahkak sayang korang sampai kiamat ok.....
OK jer aku tgk rosmah nih.. dia suka bergaya.. pon jadi masalah ke?. alah korang yg gaji x seberapa ni pon suka jgk brg2 branded.. kaannnn. sesuai la rosmah nk bergaya brg2 branded dia bini PM maa... huhu
aku suka penglibatan dia dlm permata.. nampak lagi berfaedah daripada wife ex pm sebelum ni yg sibuk ngn songket lah... tun siti hasmah dulu ngn badminton ok la jgk.. tp jarang nk amik port. tapi rosmah ni bagi aku bgus la.. dia aktif.. pon jd masalah ke?