|
[Tempatan]
V23: MH37 - PETUNJUK BARU KEPADA PENEMUAN MH370 ADAKAH BENAR..??
[Copy link]
|
|
lorelai posted on 27-3-2014 09:10 AM
mowning.
pg td mmg mcm down sekejap..rasanya down la tu
slow jek kan.. ni dkt mforum2 hehe
eh sama lah. ni baru dapat masuk porem
|
|
|
|
|
|
|
|
novlin posted on 27-3-2014 09:38 AM
Ko baca kt mana...
komen kt yahoo mesia..
pastu facebook neh deleted pasal komen n gambo flight scghedule tuh.. Last edited by skymania on 27-3-2014 09:45 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 posted on 27-3-2014 03:19 AM
wow... dalam statement tu seolah2 pihak tentera dah tahu itu adalah mh370 ... dah tahu ianya berpa ...
Tu la..apasai tak assertive awal2...dok ikut org flip flop pasai apa...haish...kan dh masak nk jawab
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 27-3-2014 09:41 AM
@AdamBillionaire mana?
kene banhammer ka...
gedik sangat kot smalam
jgn mara bang adam
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape?Tak caye? posted on 27-3-2014 02:09 AM
sama lah tu... ko lihat, bila selipar bukak ,totok tiada , bila totok buka selipar tiada ,
kalo a ...
Tak payah dua pc/laptop. Satu pc/laptop install 2 browser (e.g mozila and IE) - boleh masuk dua nick serentak...
|
|
|
|
|
|
|
|
cek in
reply kat sini lah. Vol22 da katup da
@Claudia_Lestat , apa maksud cabin crew tak pueh hati dgn AJ?
banyak perubahan baharu kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
hishhhhh
http://www.themalaymailonline.com/malaysia...ed-to-turn-back
KUALA LUMPUR, March 26 ― The military initially assumed that a Malaysian jet detected on its radar on March 8 was ordered to turn back by the air traffic controllers, deputy defence minister Datuk Abdul Rahim Bakri told Parliament today.
Questions had been raised over the military’s failure to immediately report the detection of the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370, but Abdul Rahim repeated the Malaysian government’s explanation that the aircraft was considered non-hostile.
“The turnback was detected in our radar, only we thought the turnback was done by MAS, an aircraft that was not hostile or a friendly aircraft, so we thought maybe it’s an order from control tower,” the Kudat MP told Parliament today in the ministry’s winding up speech. |
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 27-3-2014 09:41 AM
@AdamBillionaire mana?
adam dah kena ban, selayaknyalah |
|
|
|
|
|
|
|
lorelai posted on 27-3-2014 08:27 AM
mcm implant dr sapa ye? kgb style ke diorg2 yg tiba muncul ini?
Kgb? Kg baru? |
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 27-3-2014 09:42 AM
kene banhammer ka...
gedik sangat kot smalam
lorr. kena kuarantin da adam..kesiannnn...patut ar Vol22 tu laju je page100. rupa-rupanya ramai nau penglipurlara
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 27-3-2014 09:40 AM
komen kt yahoo mesia..
1 per 1 cerita terbuka... |
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 27-3-2014 01:36 AM
dari kes ni..
benda yg paling merisaukan aku adalah.... sistem pertahanan negara...
mcm sangat2 la ...
betol,
rasa mcm amat kcil skali bukanlah gah mcm yg diwarwarkan..
sedey dgn wajah sedey hisjamudim bitau dia da kasi maklumat time pc semalam |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 27-3-2014 09:39 AM
heheh aku telepas la...sbb tu aku tya..
oo gitu ye...
so skg menda towed tu dh dlm laut ke skg ...
Tak payah jadi TLDM. zaman it - info berlamabk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 27-3-2014 01:38 AM
TErUskaN mEmBeRi sOkOnGan PaDa aKak.TaJuK TT taK bAgUs MaNapuN.
gud luck akak lanun..
|
|
|
|
|
|
|
|
forum cari memang tgh sewel rupanya.. jenuh try mcm2 bru blh masuk |
|
|
|
|
|
|
|
maap lah kalau da ada
"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang Intan pada anak
[url=][/url]Click to Expand & Play
KUALA LUMPUR:"Papa pergiwork,tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''
Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.
Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.
Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.
Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.
Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.
Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.
Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''- Al-Hadid 22-23.
Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.
"Saya akanmove on,saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''
Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.
Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.
Seperti biasa bersalaman dan ungkapan"I love you''menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.
Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.
Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.
Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.
"Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''- Yaasin 81-82.
Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.
Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.
Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|