KENAPA TAK BOLEH MAKAN IKAN KEKACANG ???
Asal-Usul Keturunan Long Gaffar
Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan Sang Nila Utama. Menurut adat perpatih, anak lelaki perlu keluar mengembara bagi mencari untung nasib. Kisahnya bermula apabila tiga orang putera raja bersaudara keluar mengembara menuju ke Tanah Melayu. Lalu mereka bertiga menaiki kapal layar diiringi oleh para pengikutnya. Walau bagaimanapun, di tengah perjalanan kapal layar mereka telah dipukul oleh ribut taufan. Ini menyebabkan kapal layar mereka musnah dan karam. Kesemua anak kapal dan pengikut putera raja berkenaan dikatakan mati kecuali tiga orang putera raja berkenaan. Namun mereka bertiga tidak lagi bersama dan masing-masing hanyut dibawa arus.
Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.
Seterusnya, Tok Nik yang tidak tahu arah tuju itu meneruskan pengembaraannya seorang diri di tempat yang begitu asing
baginya. Di dalam pengembaraannya, beliau dikatakan telah bersahabat dengan orang bunian. Oleh kerana lama perjalanan, beliau dikatakan telah bertukar rupa dan menjadi sangat hodoh bagaikan rupa seorang orang asli.
Setelah lama mengembara, Tok Nik tiba di satu tempat yang bernama Bendang Saring. Kebetulan pada masa ketibaannya ada keramaian bagi memilih menantu. Raja negeri berkenaan mengisytiharkan sesiapa yang boleh mengambil dan membawa turun satu pelepah dari pokok saring yang tinggi, akan dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Nang Cayang
dan seterusnya akan diberikan sebahagian daripada negeri Bendang Saring. Pada mulanya pertandingan tersebut dibuka kepada putera-putera raja dan para pembesar sahaja. Namun, tidak ada dari kalangan mereka yang berjaya membawa turun satu pelepah dari pokok tesebut,
Seterusnya pertandingan tersebut diisytiharkan buat kali kedua dan pada kali ini ianya terbuka kepada semua rakyat jelata. Seorang demi seorang rakyat mengadu nasib, namun semuanya gagal. Akhirnya, Tok Nik memberanikan diri mencuba nasib kalau-kalau dapat menurunkanpelepah pokok saring. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Tok Nik dan dari situlah beliau dikenali dengan nama berkenaan. Melihatkan rupanya yang hodoh, orang ramai yang hadir mengejek dan mentertawakan beliau. Tindakan orang ramai itu tidak diendahkan oleh Tok Nik dan beliau seterusnya tampil menyatakan hasratnya. Beliau menyatakan dua permintaan iaitu sebilah kapak dan seberapa banyak paku yang boleh. Setelah permintaannya dipenuhi, beliau mengambil kapak dan setimba yang penuh dengan paku lalu memanjat pokok berkenaan. Sambil memanjat, beliau mengambil kapak tersebut, lalu memukul paku ke batang pokok saring bagi dijadikan tangga.
sambung...
[ Last edited by tongkatali at 7-5-2008 04:55 PM ] |