CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
 Author| Post time 24-11-2014 03:20 PM | Show all posts
========================
Pak Imam tunduk dan mula membaca sesuatu. Acik ketawa lalu duduk di atas sofa. Siap silang kaki lagi. Sambil tu dia main pintal-pintal rambut dia. Menganjing betul cara Acik ni. Sikit pun dia tak takut.

Acik: Eyyy kau ni, tak reti-reti lagi aku suruh keluar. Kau punya pasal, orang lain dah kena.

Pak Imam diam sahaja, tak berhenti membaca.

Acik: Eh, kau diam! Tak payah nak takutkan aku dengan bacaan kau tu!

Acik menengking. Pak Imam senyum.

Pak Imam: Kalau kau tak takut, kau je la yg diam. Aku suruh keluar elok-elok, kau degil.
Acik: Hahahahahahahaha! Bodoh! Kau tunggu je la, tunggu.

Pak Ngah turun dari tingkat atas, lalu pergi ke Pak Imam. Pak Ngah membisikkan sesuatu kepada Pak Imam. Aku dah nervous ni. Siapa agaknya yg menjerit kat atas tadi? Entah apa yg jadi kat atas tu.

Acik: Alalalalala kesiannnn... anak kau dah pengsan ye. Tu la, tadi kau sakitkan aku kan? Hihihihihi.

Dari kata-kata Acik tu, aku teka bahawa Sarah yg menjerit tadi. Sarah pulak yg pengsan. Pak Ngah pandang Acik dengan tajam. Pak Imam tepuk-tepuk bahu Pak Ngah dan mereka berdua naik ke atas. Mama pula turun.

Acik: Yang kau ni, Nurul Ain, tak reti-reti nak balik ke? Nanti mak kau kunci kau kat luar rumah, baru padan muka! Hihihihi.

Pucat lesi muka Ain bila ditegur Acik. Riak gelisah muka kelihatan di wajah Ain. Aku tengok jam. Dah hampir tengah malam rupanya. Mama panggil Ain dan mereka bercakap-cakap sebentar. Mama capai telefon dan mula menghubungi ibu Ain lalu mengatakan bahawa nanti Mama sendiri akan hantar Ain pulang esok harinya kerana ada sedikit masalah.

Acik: Tak payahla susah-susah nak tolong orang atas tu.
Aku: Eh, kau diamlah! Banyak cakap pulak dia ni.

Aku marah. Banyak bunyi betul dia ni. Dari tadi pot pet pot pet. Rimas pulak aku mendengarnya. Acik menjeling aku. Tapi, dengar pulak dia cakap aku. Dia diam sambil terus pintal-pintal rambut. Ni satu lagi perangai yg aku tak pernah tengok Acik buat; pintal rambut. Selepas 20 minit, Pak Ngah dan Pak Imam turun, diikuti Alang dan Sarah. Aku tengok muka Sarah macam orang mamai-mamai je.

Acik: Nak lagi ke? Hihihi.

Acik sengih-sengih je sambil tengok ke Pak Imam. Pak Imam menghampiri Acik. Terbeliak mata Acik bila Pak Imam datang dekat.

Pak Imam: Kalau aku keluar, kau pun kena keluar jugak.
Acik: Kau keluar la dulu, baru aku keluar.
Pak Imam: Tak boleh. Kau kena keluar dulu. Kau tu dahlah kerja menipu je.

Acik sengih lagi. Tiba-tiba Pak Imam renjis air pada muka Acik. Bila masa ada air kat tangan dia pun aku tak perasan. Acik menjerit dan menggelupur. Aku nak pegang dia, tapi Pak Imam tegah sesiapa pun dari pegang Acik. Jadinya, aku cuma tengok je Acik menggelupur atas sofa macam orang kena jirus air panas.

Pak Imam: Keluar, aku kata!
Acik: Aku keluar, aku keluar, aku keluar...
Pak Imam: Sekarang jugak! Kalau tak, aku bunuh kau!
Acik: Jangan, jangannnn, jangannnnnn. Aku keluar, aku keluar.

Pak Imam mula azan. Acik menjerit-jerit sambil tutup telinga dengan tangan. Baik-baik Pak Imam selesai azan, Acik jadi lembik dan terus pengsan atas sofa. Aku dan Mama terpa ke arah Acik. Aku betulkan kedudukan Acik. Mama ambil sedikit air dan usap muka Acik. Acik tak sedar dah. Memang totally pengsan. Pak Imam beristighfar lalu pergi kepada Pak Ngah.

Pak Imam: Buat masa ni, biar dia tidur dulu. Jangan biarkan dia seorang diri dan jangan benarkan dia masuk bilik di atas tu.

Aku dengar Pak Imam berkata kepada Pak Ngah. Ada lagi Pak Imam cakap kepada Pak Ngah, tapi aku tak dengar. Ateh dan Angah keluar dari dapur. Kesian aku tengok Ateh, pipi dah bengkak sebelah. Siap ada bekas tapak tangan Acik lagi kat pipi dia. Bukan main kuat lagi Ateh kena lempang. Pak Imam minta diri untuk pulang. Pak Ngah dan Acu keluar, hantar Pak Imam balik.

Aku ambil selimut dan selimutkan tubuh Acik. Mama minta yg lain siapkan tempat tidur. Semua tidur kat bawah je, kata Mama. Aku pandang Sarah. Dia duduk je atas sofa, tak bergerak, tak bersuara. Muka dia pun macam takde apa-apa perasaan. Aku cuit bahu Alang, tanya pada Alang apa jadi pada Sarah. Alang tarik aku ke dapur dan bercerita. Rupanya dia dan Sarah lepak dalam bilik yg Alang share dgn Acik. Tiba-tiba je pintu bilik tertutup sendiri dan Sarah terus menjerit. Habis menjerit, Sarah pengsan. Masa Pak Imam rawat Sarah tu, Alang nampak kat ekor mata ada benda bertenggek atas almari baju Acik.

Alang terus bagitau Pak Imam pasal benda tu. Pak Imam kata dia tau, dia dah nampak. Eish, seram pulak aku kalau dah kata main bertenggek ni. Kat almari pulak tu. Tu yg Pak Imam kata jangan benarkan Acik masuk bilik tu. Dah bila Acik kata macam tu, semua pakat-pakat takut nak naik atas. Mama dengan Ateh je yg berani naik atas, ambil segala toto dan bantal untuk buat tidur. Macam la boleh tidur pulak kan masing-masing. Aku kena tidur sebelah Sarah malam tu. Pak Ngah pun ada sekali. Pak Ngah baca Quran dan solat sunat sepanjang malam.

Sarah sepanjang malam tak tidur langsung. Mata dia dok tengok siling je, tak beralih ke mana-mana. Bercakap pun tidak. Kalau panggil pun, dia macam tak dengar. Tu aku kata dia macam mamai-mamai. Acik pulak, alhamdulillah, dia tidur sampai Subuh. Dia sorang je la yg tidur malam tu.

Subuh tu dia bangun, siap menggeliat apa bagai. Lepas tu komplen badan dia sakit.

Acik: Eh, apsal Ain ada kat sini? Ko tidur rumah aku ke Ain?
Ain: A'ah.
Acik: Laaa... aku tak ingat pun. Awal betul aku tidur ye.
Alang: Yelah kau tidur awal. Awal sangat.
Acik: Eh kenapa semua tidur kat bawah ni? Sarah ngan Pak Ngah pun ade?

Masing-masing geleng kepala je dengan Acik ni. Masa Acik nak naik atas mandi, kena tahan. Mama suruh dia mandi kat bawah. Baju dia Alang yg ambikkan. Dia pelik. Tapi dia tak banyak bunyi, ikut je. Mama suruh aku tunggu dia mandi. Masa dia mandi, siap bernyanyi lagi. Lepas dah siap-siap apa semua, aku tanya Acik, dia ingat tak apa jadi semalam.

Acik: Lepas aku jumpa Ain, aku masuk dalam rumah, lepas tu aku rasa mengantuk sangat. Aku pun tidur la.
Aku: Lepas jumpa Ain? Betul ke?
Acik: Betul la. Kan, Ain, kan?
Aku: Habis tu yg ko lari masuk rumah, kata muka macam hantu, ko cakap siapa?
Acik: Hah? Muka macam hantu mana ni...

Acik garu-garu kepala. Dia confused. Dia tengok muka aku, lepas tu muka Ain. Aku suruh dia abaikan je. Tak guna juga tanya banyak-banyak kali pun kan. Bukan dia ingat pun. Tapi yg paling kelakar, bila Acik tanya siapa lempang Ateh sampai bengkak sebelah. Sabor jelah...

===============================

Tak habis lagi ni kisah Acik ni. Ada sambungan lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:04 PM | Show all posts
ahahhaha.. sian ateh.. nak mrh pun taleh kan?? redha jelah.. ok2 weols tunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 05:20 PM | Show all posts
genchi posted on 24-11-2014 05:04 PM
ahahhaha.. sian ateh.. nak mrh pun taleh kan?? redha jelah.. ok2 weols tunggu..

Tu la Ateh tu kan. Orang dah kata jangan, degil gak. Ha amek upah.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:53 PM | Show all posts
sehat seeri..
Nananananna plz smbg scptnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
waaahhh... ada sambungan.. xsabar ok.. dah meremang2 baca.. tp seronok nk tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
debar aku baca citer cik ton mlm2 ni..kus semangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 08:25 AM | Show all posts
cik.nana posted on 24-11-2014 05:20 PM
Tu la Ateh tu kan. Orang dah kata jangan, degil gak. Ha amek upah.

kene rasok ni kekuatan luar biasa kan.. tu yg smpi berdarah n bengkak pp tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:31 AM | Show all posts
@cik.nana sambung cepat pls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 10:32 AM | Show all posts
silent reader yang setia menunggu update ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:36 AM | Show all posts
cepat sambung cerita acik yer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 10:51 AM | Show all posts
====================
Siang tu, Acik ok je. Tapi masuk je waktu Maghrib, Acik mula buat perangai. Dua tiga kali dia berdegil nak naik atas, nak masuk bilik. Bila Mama tanya nak buat apa, macam-macam alasan dia. Nak ambik bantal la, nak ambik baju la, nak ambik itu, nak ambik ini. Bila Mama kata Ateh boleh tolong ambilkan, dia marah-marah. Dia kata Ateh tak boleh diharap. Ada sekali, bila Ateh bagi baju dia, dia lempar baju tu dan cakap dia tak nak baju tu. Padahal dia yg minta baju tu. Kami tahan sabar je layan kerenah Acik. Nak buat macam mana, bukan dia suka-suka sengaja nak buat perangai macam tu.

Lepas makan malam, Pak Ngah satu keluarga sampai. Pak Ngah bawa Sarah balik untuk berubat. Sarah pun ada jugak malam kedua ni. Tersengih-sengih dia tengok aku. Aku usik dia, tak takut ke. Dia kata takut jugak, tapi ayah dia dah pesan, takut Allah bukan takut benda lain. Lepas tu dia cakap kat aku dia pergi berubat dengan sorang ustaz ni.

Sarah: Ustaz kata, yg kacau Sarah tu bisu.
Aku: Bisu? Habis yg menjerit tu?
Sarah: Yg menjerit tu memang Sarah. Sarah terkejut nampak hantu atas gobok!

Aku terdiam. Padanlah Sarah diam aje sepanjang malam. Bila tanya apa-apa, dia samada angguk atau geleng je. Tapi, pelik eh, benda-benda macam ni pun ada yg bisu jugak eh? Hairan aku. Malam tu, Pak Imam call dan dia kata tak dapat datang sebab ada saudara dia meninggal. Dia cuma kata guru dia akan tolong 'dari jauh'. Aku sebenarnya tak faham konsep 'dari jauh' ni, tapi dah Mama kata ok je, aku pun tak ambil pusing sangat. Mama pesan awal-awal dah malam tu, perhatikan Acik sepanjang masa sebab perangai dah lain macam.

Malam tu kami ramai-ramai lepak ruang tamu, tengok movie kung fu. Orang lain duduk macam mengelilingi Acik. Memang tujuan asal nak kepung dia pun sebab dia asyik nak naik atas. Nak ambil bantal busuk, katanya. Bila Ateh kata nak ambilkan, dia jegil biji mata pada Ateh dan kata tak payah. Bukan main garang dia pada Ateh padahal waktu siang tu siap dok bergelak bertepuk tampar sama-sama. Mari balik pulak benda ni, dalam kepala otak aku dok pikir macam tu. Mak Ngah dah cakap, nanti adik ipar dia bawa orang datang rawat Acik tapi lewat sikit sebab orang tu ada hal.

Tengah-tengah melayan movie tu, aku terperasan sesuatu...

Aku: Acik mana!? Acik mana!?

Acik dah hilang! Bayangkan, dalam orang duduk mengelilingi dia tu, dia hilang. Aku duduk di sofa je pun, yg mana aku boleh perasan la kalau orang lalu nak pergi dapur ke atau nak naik atas. Pak Ngah dgn Mama duduk dia meja makan yg memang bertentangan dengan tangga. Tapi seorang pun tak perasan Acik dah hilang. Pelik bin ajaib! Dalam kelam-kabut tu, terdengar bunyi jeritan dari atas. Suara Acik! Yang paling pantas macam kilat panjat tangga ialah Ateh. Pak Ngah ikut dari belakang. Aku baru je nak panjat tangga bila aku dengar macam bunyi pintu bilik dihempas, lepas tu kedengaran macam suara orang bergaduh.

Dan dalam keadaan yg serba kelam-kabut tu, tiba-tiba Acik bergolek jatuh tangga dari atas.

Aku: ACIKKKKK!

Aku menjerit sebab aku terkejut tengok Acik tergolek jatuh dari tangga. Acik jatuh sampai ke tengah tangga. Mujur ada Pak Ngah yg sempat tahan Acik dari terus bergolek jatuh. Acik menjerit kesakitan. Pak Ngah angkat tubuh Acik. Aku tengok ke atas, Ateh baru keluar dari bilik. Muka Ateh pucat. Dia cepat-cepat turun ke bawah. Sampai kat aku, Ateh terus peluk aku, macam orang ketakutan.

Aku: Kenapa ni?
Ateh: Aku kena kunci dalam bilik, tak boleh bukak pintu.

Ateh menggigil. Aku bawa Ateh pergi pada Mama untuk ditenangkan. Aku pergi pada Acik. Pak Ngah letak Acik atas sofa dan kemudian belek-belek kepala dan kaki Acik, tengok mana ada luka atau terseliuh. Acik menangis.

Acik: Dia tolak aku! Dia tolak aku!

Sambil menunjuk ke tangga, Acik memberitahu. Kami terdiam. Kalau ikut logik, siapa nak tolak dia? Depan mata aku, bila Acik jatuh tangga, Ateh masih dalam bilik. Ateh hanya keluar bilik lepas Pak Ngah angkat Acik. Jadi, siapa yg Acik kata tolak dia jatuh tangga? Yang aku dengar macam orang bergaduh, siapa pulak yg bergaduh?

Acik: Dia tolak Adik, perempuan tu tolak Adik.
Aku: Perempuan mana?
Acik: Tu, ada perempuan tu kat tangga, dia tolak Adik.

Masa tu baru aku perasan, Acik bahasakan diri dia 'Adik'. Bila masa pulak Acik jadi Adik ni? Aku pandang Pak Ngah. Acik tutup muka dia dengan bantal sambil tersedu-sedu. Aku dah syak dah yg Acik ni macam main-main je.

Aku: Ko cakap betul-betul, ko kena tolak ke, ko yg terjun tangga sendiri?
Acik: Dia tolak Adik!

Acik bercakap di sebalik bantal yg menutup muka. Kemudian, telinga aku menangkap ketawa kecil di sebalik bantal tu. Berderau darah aku dengar ketawa kecil tu. Tadi dia menangis, ni ketawa pulak. Aku ingatkan aku sorang je yg dengar dia gelak tu sebab perlahan je, tapi rupanya Pak Ngah pun dengar. Pak Ngah dah geleng-geleng kepala. Pak Ngah minta biji lada hitam macam semalam. Alang ambilkan. Belum sempat Pak Ngah tekan biji lada hitam, Acik rabut biji lada hitam dari Pak Ngah dan campak jauh-jauh. Lepas tu dia tutup muka dan ketawa. Kali ni kuat. Sah! Memang dah bukan Acik ni.

Pak Ngah: Kau datang balik ye!?

Keras suara Pak Ngah bertanya. Acik ketawa, mengilai-ngilai. Bantal dah dicampak ke tepi. Muka dia aku tengok dah serupa orang gila dengan mata meliar merata, mulut menyeringai. Tergugat jugak aku tengok muka dia macam tu. Acik bangun, mata tengok ke pintu keluar. Cepat-cepat aku pegang Acik, diikuti Angah, Alang dan Acu. Punyalah kuat dia meronta, sampai tersepak Acu. Aku siap dah kena siku kat perut. Senak dia jangan katala tapi aku tahankan aje. Pak Ngah suruh anak teruna dia 2 orang tolong pegangkan sekali sebab Acik punya meronta semakin kuat. Dia dah mula menjerit-jerit.

Pak Ngah mula azan. Bila Pak Ngah azan, makin kuat Acik menjerit. Bertingkah-tingkah suara azan dan jeritan Acik. Tiga kali Pak Ngah azan, Acik pengsan. Acik dibaringkan di ruang tamu. Pak Ngah duduk di sebelah Acik dan mula membaca ayat Kursi. Aku tengok bola mata Acik bergerak-gerak walaupun mata Acik terpejam. Di kiri dan kanan Acik, anak teruna Pak Ngah, Aidil dan Hafiz duduk dalam berjaga-jaga. Alang dan Angah duduk di bahagian kaki. Aku duduk di sebelah Acik. Tengah Pak Ngah dok baca Kursi, Acik bangun. Automatik kami pegang Acik.

Acik: WARGHHHHHH! Lepaskan aku! Lepaskan aku! Kau bodoh! Kau bodoh! Ptuihhhh!

Acik meludah ke arah Pak Ngah. Pak Ngah buat tak tau je dan teruskan baca Kursi dan ayat-ayat lain. Habis baca, Pak Ngah hembus ke muka Acik. Acik menjerit, nyaring dan panjang. Dan pengsan sekali lagi. Pengsan buat-buat je. Sebab apa aku kata buat-buat? Sebab aku nampak bola mata dia bergerak-gerak, dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.

Pak Ngah: Ija... Ija kena lawan. Ija kena kuat. Lawan, Ija.

Pak Ngah berkata kepada Acik. Acik buka mata. Dia ketawa mengejek.

Acik: Siapa Ija? Siapa Ija? Aku bukan Ija la! Hahahahahahahaha!!
Aku: Habis tu kau ni siapa?
Acik: Aku, akulah!
Aku: Bodohnya tak tau nama sendiri.

Selamba je aku cakap gitu, kan? Tapi aku geram dia dok gelak-gelak mengejek orang. Acik jegilkan biji mata pada aku. Marah la kononnya tu aku cakap dia bodoh.

Aku: Apa tengok-tengok?
Acik: Janganla marah, Along. Hihihihihi.

Huh, memang kuat main-main dia ni! Aku ketap bibir. Pak Ngah bangun, pergi kepada Mama dan Mak Ngah. Mereka mula berbincang. Aidil, Hafiz, Angah, Alang dan aku setia menunggu di sisi Acik, sedia bertindak kalau dia mula nak bangun. Masa dia kerasukan macam ni, badan kecik pun tenaga dia serupa 10 orang. Kuat. Rupanya masa tengah bergelut dia nak keluar tu, dia sempat tumbuk Acu kat muka. Dah lebam bahagian tulang pipi Acu kena tumbuk. Perut aku pun masih senak kena siku. Geram betul aku.

Acik: Along, aku dahagalah. Nak air.
Aku: Ko duduk diam-diam tak boleh ke?
Acik: Alaaa... dahagalah. Pleaseeeee...

Acik buat muka kesian. Ikut hati, aku lempang je muka dia sedas. Cara dia tu betul-betul menganjing orang sebenarnya. Aku suruh Ateh ambilkan juga air. Aku tau, Ateh mesti akan bagi air bacaan Yaasin tu. Tekaan aku tepat bila aku sua gelas pada Acik, Acik mengelak.

Acik: Aku tak nak air ni! Aku tak nak!
Aku: Tadi kata nak air, kan? Minum je la. Air la tu!
Acik: Aku tak nak air ni! Nak air lain!
Aku: Eh mengada sangat kenapa? Tak payah minum langsunglah.
Acik: Alaaaa... nak air lain! Nak! Dahagalah. Panas tau tak!

Kali ni, aku ambik air tu, aku bawa pergi dapur. Aku tak ambil air lain. Aku tukar gelas sahaja. Aku tuang air bacaan Yaasin ke dalam gelas yg lain dan aku sua air tu pada Acik. Dia minum. Heh, kena tipu. Seteguk. Kali kedua teguk, dia sembur air tu keluar.

Acik: Puiihhhhhhhh! Kau tipu aku! Kau tipu aku!
Aku: Hek eleh. Tipu mende? Kau kata nak air kan? Air la tu.
Acik: Kau tipu aku! Kau bodoh! Kau jahat! Jaga kau!

Acik jegil biji mata pada aku. Aku buat bodoh je. Setiap kali dia kata nak air, aku akan sua air bacaan Yaasin tu. Setiap kali tu, dia akan marah aku sampai menjerit-jerit. Sampailah dia berhenti minta air.

Acik: Along, tak baik buat aku macam ni. Lepaskanlah aku...
Aku: Lepas ko nak gi mana? Ko duduk je la diam-diam.
Acik: Hafiz, Hafiz lepaskan la Ija. Ija nak pergi luar sana, tu dia panggil Ija tu.
Aku: Siapa panggil kau?
Acik: Ko diamlah, bodoh! Aku tak cakap dengan ko.
Aku: Kau la bodoh. Nama sendiri pun tak tau.

Marah dia bila aku cakap macam tu. Mulalah jegil-jegil biji mata dia kat aku.

Acik: Eh ko suruh betina sial tu diam boleh tak? Sakit telinga aku, tau tak!?

Dia marah benda lain pulak. Di meja makan, Ateh dan Sarah dok baca surah Yaasin. Itu yg dia marah tu. Tak siapa hiraukan Acik masa ni. Aku pulak tertanya-tanya bila adik ipar Mak Ngah nak sampai dengan orang yg nak rawat Acik ni. Letih dah aku dok melayan kerenah mengada dia. Boleh tahan menjengkelkan jugak benda yg mengacau Acik ni.

=============================

Ada kerja sikit. Satgi cik.nana sambung.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 10:52 AM | Show all posts
Jagendas posted on 25-11-2014 10:31 AM
@cik.nana sambung cepat pls

Dah sambung. Mai baca dulu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 10:53 AM | Show all posts
aramcna posted on 25-11-2014 10:32 AM
silent reader yang setia menunggu update ni...

Terima kasih singgah. Dah update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 10:53 AM | Show all posts
khailya posted on 25-11-2014 10:36 AM
cepat sambung cerita acik yer....

Dah sambung, tapi belum habis. Ada kerja sikit.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:02 AM | Show all posts
sabar menunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:21 AM | Show all posts
cik.nana posted on 25-11-2014 10:52 AM
Dah sambung. Mai baca dulu.

dah baca
pi sambung balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 12:09 PM | Show all posts
sabar menanti kesambungan cerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:46 PM | Show all posts
peh, cik nana. Tengkuk aku memang meremang bila aku baca cerita ko pasal acik ni.

Jarang bulu tengkuk meremang tapi citer ko tu sampai kat aku padahal skrg tgh tengahari buta.

Adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:15 PM | Show all posts
arrrr,...x sabarnyerrrrrr..... sambil mkn lunch sambil layan citer.... huuhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 02:07 PM | Show all posts
cerita yang bagus... teruskan cik nana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.485580 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list