CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

A Rahman Hassan & Fadilah Mansor akan bernikah 25 Disember ini #pg8

[Copy link]
Post time 18-11-2014 10:01 AM | Show all posts
cikanggun posted on 18-11-2014 09:18 AM
tp mokcik FM ni kire ok laa sket dr mokcik jijah mahzan tu... lg urban uolsss

Makcik Jijah Mahzan tu mmg la...seksi.
Lagi satu, dulu2 la...Makcik Norlia Ramli, pakai skirt jugak
tapi lately ni dah jarang Makcik Norlia berlakon pakai seksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 10:31 AM | Show all posts
iznanaziz posted on 18-11-2014 12:01 PM
Makcik Jijah Mahzan tu mmg la...seksi.
Lagi satu, dulu2 la...Makcik Norlia Ramli, pakai skirt jug ...

mokcik jijah tu sejak2 citer ape tu yg dia dok menyeksi..
pehtu skendel sat ngan mamat pelakon jgk..
mokcik norlia plak kes anugerah mende tah..sheols pakai skirt pendek.. hazabedahhhh sgt


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik ni kira ok la..dr nek mariani..ya ampun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:46 AM | Show all posts
nak erek apenye..makcik fadhilah nie pun dh monopos kan..umur dh msk 55 thn
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:29 AM | Show all posts
berkahwin pada usia emas ni bukan kerana sex semata2....
bila dah berumur begini yang pentingnya adalah berteman.
ada kawan untuk berbual..anak2 mesti sibuk dengan urusan masing2.
jadi jangan lah kita memandang serong golongan usia begini nak berkahwin lagi.
kita doakan yang baik2 aje..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:07 PM | Show all posts
piao posted on 13-11-2014 11:30 AM
Anak A Rahman

dia ni best pren member aku ni...agak seksi gak dia ni... + lawa gak dia  ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2014 12:12 PM | Show all posts
Semoga berbahagia hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:24 PM | Show all posts
Alhamdulillah..moga dipermudahkan urusan keduannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 12:25 PM | Show all posts
baru tau dia nie bapak khir rahman....

mak cik nie mmg best klu belakon...

bg apa watak pon mmg best....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:28 PM | Show all posts
akusukaq posted on 14-11-2014 08:01 AM
E eee busuk nya hati manusia ni. Orang buat baik pun ada hati nak perli

hati busuk sgt kannnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 03:09 PM | Show all posts
cikanggun posted on 18-11-2014 10:31 AM
mokcik jijah tu sejak2 citer ape tu yg dia dok menyeksi..
pehtu skendel sat ngan mamat pelakon jg ...

yg tu la aku nak ckp pun...
masa anugerah tu...


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 05:44 PM | Show all posts
kena g kursus kawen lg x
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:32 PM | Show all posts
kalau udah jodohnya....tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 06:58 PM | Show all posts
ckp pasal mat london....pernah dlm talk show rosyam kat rtm dulu, dia dgn penuh bersemangatnya mencadangkan agar kerajaan mengharamkan rancangan spt csi dan yg seangkatan dgnnya, sbb perosak masyarakat, membawa unsur2 negatif katanya...ada ka gi kasi ajar masarakat camana pulis buat keja utk kesan penjenayah...la ni org buat jahat senang2 jah dpt idea camana nak hapus bukti jenayah sbb dah tau camana pulis bulih kesan bukti

rosyam pun mcm ala2 terkedu...apa ke bimbo sangat pakcik nih


aku yg kat rumah lagilah...rasa macam nak hempuk paler ke dinding saja  
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 02:48 PM | Show all posts
A Rahman Hassan & Fadilah Mansor Nikah Di PWTC 25 Disember Ini

kelesss uolssss pasangan ni nikah kat PWTC nnti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 06:55 AM | Show all posts
A Rahman Hassan & Fadilah Mansor Nikah Di PWTC 25 Disember Ini



Pasangan ini akan disatukan pada 25 Disember ini.

PETALING JAYA: Majlis akad nikah penyanyi era 60-an iaitu Datuk A Rahman Hassan dengan dramatis Fadilah Mansor bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Disember ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC kira-kira pukul 8.30 malam.

A Rahman atau nama sebenarnya Abd Rahman Hassan, 68, berkata, majlis itu hanya diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

"Saya minta maaf tidak dapat jemput ramai pada majlis perkahwinan itu nanti kerana tempat terhad kepada ahli keluarga sahaja. Itu pun ada sanak saudara jauh yang tidak dapat dijemput.

"Ia hanya majlis sederhana sahaja, saya pun sudah tua untuk buat majlis besar-besar sangat cukup untuk 400 tetamu sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

A Rahman berkata, dia bersyukur majlis tersebut ditaja oleh beberapa pihak termasuk busana pengantin yang bakal digayakan pada malam tersebut.

Katanya, pihak lelaki bakal membawa lima dulang hantaran manakala mas kahwin pula sebanyak RM80.

"Alhamdulillah ada bebarapa pihak yang ingin menaja saya pada malam itu termasuk baju pengantin, tetapi saya belum buat pilihan ingin pakai yang mana lagi.

"Tidak ada tema yang ditetapkan kerana saya lebih suka tetamu datang dengan baju warna-warni kerana nampak lebih meriah," ujarnya.

Sementara itu ditanya tentang perasaannya, A Rahman berkata, sebagai seorang yang pernah mendirikan rumah tangga, dia hanya mahu ikatan perkahwinan dengan wanita itu sah dan majlis tersebut berjalan lancar.

"Perasaan saya macam biasa sahaja, saya pun tidak tahu nak cakap macam mana. Saya cuma inginkan ikatan kami sah sebagai suami-isteri dan majlis itu berjalan lancar," ujarnya.

A Rahman Hassan sebelum ini berkahwin dengan penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Muhammad, namun wanita itu meninggal dunia pada 26 April 2013 akibat penyakit kanser pangkal rahim.

Menerusi perkahwinan terdahulu beliau mempujyai tiga orang anak lelaki termasuklah pelakon Khir Rahman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 07:02 AM | Show all posts
tahniah pd kedua duanya. semuga jodoh panjang hingga kesyurga.
hope anak2 fr both side happy semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah. semoga aman bahagia sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:43 AM | Show all posts
buat grand gak ye smpi ke pwtc nuuu
tahniah moga kekal akhir hayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047666 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list