faizal hussein tu sampai skrg pun tokey supplier props, van angkut extra n barang2 shooting serta peralatan shooting..heols goyang kaki jah x yah berlakon pun xpe..belakon bila rasa nak berlakon jah
Haah uols..rakyat marhein biase je..penah g umh hairul ms open houz raya dua thn lps..kt serdang..umah teres setingkat je..maknye x salah pencen cikgu..ayah dia xtau pulak kerja ape..bukan nk kutuk family hairul cuma mcm tkejut bila bkwn ngn haniz tu..yela mak nani kn nk menantu kaya..
Haah...belakang sekolah...lupe sekolah ape...sri serdang eh? Cz iols bukan org selangor...hehe..umh teres laam tp renovated la..pegi sebab mak dia jemput..iols bkwn ngn hairul, mak n ayah dia kt fb Tp tu dulu la sebelum pemes..
Kuala Lumpur : Pelakon Hairul Azreen melakukan kejutan buat kekasihnya yang juga pelakon Hanis Zalikha apabila dia melamar wanita itu pada final Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Lamaran itu diadakan pada segmen selingan sewaktu persembahan kumpulan Kristal.
Hanis menerima lamaran itu dengan berkata: "InsyaAllah ok saya terima".
Hairul ketika ditemui berkata, perancangan ini sudah diatur bersama Astro dan keluarga Hanis tanpa pengetahuan Hanis sendiri.
"Saya memang bercadang melamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.
"Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik.
"InsyaAllah perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga," katanya.
Selekehnya la hai mamat ni. Dh tau nk propose org secara live lg, x bley ke pkai bju yg semenggah sket. Ni mcm bbnu nk p kayuh bmx kt xtreme park jah. Very the belemoih.