|
[Tempatan]
Jho Low Strikes Back - Orang lain dapat beliyon2
[Copy link]
|
|
Najib makin tergugat bila Jho Low bersuara, kata Zam
Published: 15 April 2015 1:07 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... w-bersuara-kata-zam
Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat menerima sokongan dan stabil kini mulai tergugat apabila ahli perniagaan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low bersuara, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas wartawan itu berkata, perkara itu berlaku apabila Jho Low menuduh Umno menjadi dalang dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Gambaran Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh Umno menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebabkannya dianggap sebagai punca skandal.
"Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putar belit Umno," katanya di dalam blognya zamkata.blogspot.com semalam.
Dalam artikel bertajuk, "Kedudukan Najib meruncing semula dan semakin tertekan", Zam berkata, tindakan Jho Low itu membangkitkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta beberapa kepimpinan lain Umno yang sebelum ini mengikrarkan taat setia kepada Najib.
"Mereka mahu Jho Low disiasat," kata Zam.
"Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai bersahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya, maka pertanyaan Dr Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB menambah kredibiliti keyakinan dan sokongan kepada Dr Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan," katanya.
"Malah lebih buruk lagi hari ini (semalam) bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyokong tuntutan Dr Mahathir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula."
Zam berkata, perkara itu jelas menunjukkan tekanan semakin hebat mulai dirasakan Najib di samping sokongan yang ditunjukkan banyak pihak kepadanya.
Dr Mahathir juga pada Isnin mengakui dirinya bersendirian dalam mengkritik pentadbiran Najib.
"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?
“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya menerusi blognya, chedet.cc.
Dr Mahathir dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib serta mempersoalkan tadbir urus kerajaan termasuk menyentuh isu membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, 1MDB, serta isu Altantuya.
Susulan kritikannya, pemimpin Umno dari semua peringkat menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas penjawat awam kanan kerajaan.
Anak kepada Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut tidak terlepas daripada tekanan dan digesa menyuarakan pendiriannya terhadap kepimpinan dan pentadbiran Najib.
Ketika bapanya semakin rancak mengkritik perdana menteri itu, Mukhriz berkata, Umno Kedah akan membuat keputusan sama ada menyokong Najib atau tidak pada satu mesyuarat 24 April ini.
Dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah, Mukhriz menyifatkan wakil rakyat itu terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan.
"Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.
"Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," kata Mukhriz mengulas tindakan Ahmad memintanya meletak jawatan sekiranya gagal menyokong kepimpinan Najib. – 15 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.JQzUf9u1.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
kesiyan.....bijan semakin tergugat.... |
|
|
|
|
|
|
|
up sket...
panjang lg rupanya drama nih |
|
|
|
|
|
|
|
rafizi dan tony pua buat kick-start je isu 1mdb ni....sekarang dah berjalan lancar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 umno ni bodoh
Konon2 nak gertak budak cina gemuk nih
Depa ni bodoh ka apa? Budak cina gemuk ni very d smart n intelligent. ..awal2 dia dh ada exit strategy
|
|
|
|
|
|
|
|
mamak gemok ameno lulusan itm nak gertak cina gemok lulusan wharton school of business??
memula dia kena tanya boss dia yang dia julang hari tu, apa kena-mengena cina gemok ni dengan 1mdb...
|
|
|
|
|
|
|
|
freebird replied at 16-4-2015 12:03 AM
mamak gemok ameno lulusan itm nak gertak cina gemok lulusan wharton school of business??
m ...
Macai2 umno ni mana tahu wharton business school tu skolah apa..depa cuma tau itm jah..pusing2 sama meleis jah mcm bdk2 skolah SBP
Kat wharton sana tu budak cina gumuk ni la stat wat networking sama anak2 raja ereb dr kuwait qatar bahrain segala tu sume
Kalo kene revoke citizenship pun budak cina gumuk ni aku purcaya dia bleh je gi mana2 negara
Kalo ummah macai hamno, meratib2 lagu anak kecil main api konon2 takut hilang negara |
|
|
|
|
|
|
|
Azeeez mamak Tabung haji tu graduate dr mana ek? Mesti corporate communication dept TH hazab nk karang biografi mamat nih
Sbb org lain suma stok2 graduate dr wharton, harvard, ivy league n oxbridge |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat dia ni sama unibesiti dengan azizan osman....
|
|
|
|
|
|
|
|
jho, lu mata sepet dan bukan kulit warna perang indon cm org2 brahmin ameno la... |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Umno bahagian terus desak Jho Low pulang beri penjelasan
Published: 16 April 2015 9:58 AM -
Tekanan terus diberikan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikaitkan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kali ini daripada ketua Umno bahagian yang mendesak beliau pulang beri penjelasan. Pemimpin akar umbi Umno mencabar Low, juga dikenali Jho Low, supaya tampil menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya tidak bersalah. "Kami desak Jho Low segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.
"Kalau benar ingin bantu, pulang ke tanahair dan beri penerangan," kata Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini. Gesaan juga dinyatakan oleh Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berkata Low perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjelaskan permasalahan melanda syarikat pelaburan dana strategik negara itu. "Jadi sekarang kita mahu Low bertanggungjawab sepenuhnya, berani buat berani tanggung," katanya.
Dua lagi ketua Umno bahagian turut membuat desakan sama terhadap Low dan berkata masalah 1MDB berpunca daripada ahli perniagaan tersebut. "Tetapi perbuatannya itu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB," kata Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi. Sementara itu, Ketua Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pula menyifatkan Low yang mengaitkan Umno dalam skandal 1MDB sebagai tidak wajar. "Dia seharusnya lebih spesifik, mengapa dia menyebut Umno. Ini akan menyebabkan ramai ahli dalam parti yang tidak ada kena mengena dengan permasalahan itu tidak selesa," kata Sharkar seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Low, dalam wawancara bersama majalah kewangan antarabangsa Euromoney baru-baru ini melahirkan kekecewaan kerana dituduh sebagai punca skandal kewangan 1MDB. Menurut Low, dirinya menjadi mangsa politik Malaysia apabila dijadikan sasaran utama, sedangkan pihak lain yang bertanggungjawab terlepas tindakan. Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dia terpaksa bersuara kerana berasa isu 1MDB semakin mengarut. "Mereka menuding jari ke arah saya seolah-olah cuba mengatakan: 'Ini semua salah anak muda Cina ini. Disebabkan dia, 1MDB gagal kerana dia yang menasihati PM dan sekarang semuanya gagal'." Low pada Mac lalu menafikan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penipuan dalam 1MDB. Katanya, hala tuju 1MDB diputuskan dan diluluskan sepenuhnya mengikut rangka pentadbiran korporat, yang melibatkan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham. "Jadi kenapa mempolitikkannya dan cuba menyalahkan saya sedangkan saya tidak ada kuasa membuat keputusan?"
Low ketika ditemu bual Euromoney di Hong Kong juga menyalahkan Umno menjadi dalang cuba memutarbelitkan isu. Isu 1MDB mencetuskan pelbagai kritikan terhadap Putrajaya, malah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga lantang mempersoalkan ketelusan syarikat pelaburan negara milik kementerian kewangan itu. - 16 April, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.p5menwqJ.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Gesaan juga dinyatakan oleh Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berkata Low perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjelaskan permasalahan melanda syarikat pelaburan dana strategik negara itu. "Jadi sekarang kita mahu Low bertanggungjawab sepenuhnya, berani buat berani tanggung," katanya.
wahhhhh banyak bunyi pulak dia nih...tak malu ka, ko sendiri pun kes menimbun2 masa jaga kementerian pelancongan dulu sampai perlu dipencenkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Azalina pun nak tunjuk power jugeeekkkkkkkkkkk......
Azalina selar Jho Low 'melalak' dari jauh
12:34PM - 16 Apr 2015
http://www.malaysiakini.com/news/295438
Beberapa pemimpin Umno bahagian terus mencabar ahli perniagaan Low Taek Jho kembali ke tanah air untuk menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu yang berkaitan firma pelaburan negara 1MDB.
Ketua Umno Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata menegaskan tidak adil jika Low, yang lebih dikenali Jho Low, memberi kenyataan dalam media antarabangsa melibatkan isu berkaitan kepentingan negara.
"Kami desak Jho Low supaya segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.
"Kalau benar ingin ‘bantu’, pulang ke tanah air dan beri penerangan," kata pemimpin Umno itu seperti dilapor Utusan Online.
Dalam laporan yang sama, Ketua Umno Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mendesak ahli perniagaan itu bertanggungjawab dan bersikap 'gentlemen' susulan kenyataannya yang menuduh Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.
"Selaku rakyat Malaysia, kita mahu Jho Low bersikap gentleman (jantan). Jangan di luar negara berani ‘melalak-lalak’ dengan pelbagai tuduhan liar terhadap Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.
"Jadi, sekarang kita mahu Jho Low bertanggungjawab sepenuh­nya, berani buat, berani tanggung,” katanya dipetik.
'Tak selesai isu 1MDB'
Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran “budak Cina curi wang dan joli arak”.
Dalam temubual itu juga, beliau menyebut bahawa “orang-orang Umno pakar putar belit” yang mengundang kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan itu.
Sementara itu, Utusan Online juga melaporkan Ketua Umno Rasah Datuk Hasim Rusdi berkata Jho Low berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup menuduh ahli parti itu sebagai "kaki putar belit".
Menurutnya, kenyataan mengelirukan itu dibuat demi meredakan isu yang sedang melanda syarikat pelaburan negara itu.
"Tetapi perbuatannya itu, tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB.
"Jika percaya bahawa dia di pihak yang benar, mengapa tidak beritahu pada pihak yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB seperti Ke­tua Audit Negara," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah leh masuk slot akasia ni...
kena pi beli kuaci bunga nih .. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang laggik species Maslan = Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman..
'Jho Low...sila diam' kata MT Umno
Wartawan Sinar Harian
17 April 2015
http://www.sinarharian.com.my/po ... ta-mt-umno-1.380466
PARIT BUNTAR - Ahli perniagaan, Low Theik Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan isu pelaburan syarikat 1MDB diminta supaya menutup mulut dan tidak menuding jari kepada sesiapa.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Jho Low mengeluarkan kenyataan terbuka mendakwa langsung tidak terlibat dengan pelaburan 1MDB dan menuding jari kepada Ahli Lembaga Pengarah 1MDB adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, sekiranya Jho Low tidak terlibat, dia tidak seharusnya bersifat ‘gabra’ dan mempersoalkan pengurusan syarikat milik kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan, Jho Low juga cuba menyalahkan Umno kononnya mengaitkan namanya dalam isu 1MDB.
“Sedangkan hakikat sebenar, Umno dan Pemuda langsung tidak pernah menyatakan namanya dalam isu 1MDB selama ini, sebalik pemimpin pembangkang yang bersifat ‘jump the gun’," katanyadi sini, semalam.
Menurutnya, sesiapa sahaja boleh berkata mereka tidak bersalah, namun akhirnya keputusan siasatan syarikat 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan agensi kerajaan yang menentukan kebenaran sebenarnya.
“Saya ingin mengingatkan Jho Low, shut up!
“Dia tidak perlu untuk mengajar pihak berkuasa mengenai apa patut (berkenaan siasatan 1MDB )," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Oyeaahh
Take that!!
Pass me the popcorn please |
|
|
|
|
|
|
|
Nah, Spidey kasi awak....Popcorn ngan Encik Meow sekali untuk awak.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ada yg soh diam.. ada yg soh jawab..
so nk jo low tu buat apo? diam ke jawab?
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 17-4-2015 07:36 PM
Nah, Spidey kasi awak....Popcorn ngan Encik Meow sekali untuk awak.
Aww
Cute cat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|