Tun M ‘tidak diundang’, kata penganjurPenganjur dialog 'Nothing to Hide' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kehadiran mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis tersebut sebagai 'tidak diundang'. - Foto TRP/Wan Kah Hoong
[size=100%]KUALA LUMPUR, 5 Jun: Penganjur dialog ‘Nothing to Hide’ bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kehadiran mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis tersebut sebagai ‘tidak diundang’.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata Dr Mahathir datang selepas berita mengenai kehadiran Najib pada dialog tersebut viral di media sosial.
Menurut Khairul, Dr Mahathir memberitahu dirinya tidak diundang ke forum tersebut sewaktu tiba pada pukul 8.45 pagi.
“Dr Mahathir hanya datang kerana ingin bertemu dengan peserta yang hadir dan akan berucap jika diberi peluang oleh pihak penganjur.
“Saya juga memberitahu sebelum ini bahawa Dr Mahathir hanya akan datang sekiranya berdaftar dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibenarkan hadir pada majlis ini.
“Hal ini kerana program ini khusus untuk NGO kecil yang ingin bertukar pandangan dengan Najib,” katanya pada sidang media di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tambah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu lagi, tindakan Dr Mahathir naik berucap di atas pentas pada dialog itu juga tidak mendapat kebenaran penganjur dan bukan dalam atur cara majlis.
Katanya, ketika Dr Mahathir naik ke pentas, majlis tersebut sudah berada di bawah kawalan pihak polis.
“Saya telah dibawa keluar dari dewan berkenaan sewaktu Dr Mahathir naik ke pentas dan tidak mengetahui siapakah yang memberikan kebenaran untuk membolehkan bekas Perdana Menteri itu untuk berucap dan saya kena semak balik,” ujarnya.
Terdahulu, Dr. Mahathir sempat berucap pada majlis berkenaan selama lima minit sebelum dihentikan oleh pihak polis sejurus kemudian.
Kata Khairul lagi, dialog berkenaan terpaksa ditangguhkan selepas berlakunya kekecohan di luar dewan dan adanya tangkapan oleh pihak berkuasa.
Jelasnya, penganjur juga kesal dengan provokasi dari pihak-pihak yang ingkar arahan polis dan mengecam tindakan pihak yang merempuh masuk ke dewan.
“Lebih 300 NGO hadir pada hari ini yang mana kira-kira 2,500 orang membanjiri dewan hanya boleh memuatkan 1,500 orang.
“Oleh itu atas faktor keselamatan, pihak berkuasa telah menasihatkan untuk membatalkan program ini dan pihak penganjur menunda dialog ini pada tarikh yang akan diberitahu kelak,” tegasnya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/05/kehadiran-tun-m-tidak-diundang-kata-penganjur/#ixzz3cAevyINH
|