CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
 Author| Post time 11-7-2015 12:41 PM | Show all posts
Kabinet sokong penuh Najib saman WSJ
09 Julai 2015 1:32 AM
  2  0 Google +0
KUALA LUMPUR 8 Julai – Kabinet hari ini menyokong penuh langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan nama beliau, kerajaan dan Malaysia.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Tindakan undang-undang tersebut merupakan perkara utama yang dibincangkan Kabinet dalam mesyuarat mingguan berikutan tuduhan WSJ kononnya Perdana Menteri menerima deposit kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Kabinet setelah diberi penjelasan panjang lebar berhubung kemelut yang melanda Perdana Menteri itu dan berpendapat tindakan undang-undang merupakan langkah terbaik.

“Kabinet merasakan itu tindakan terbaik dan apa yang diputuskan untuk siasatan lanjut, biarlah mereka yang bertanggungjawab menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan di sini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.
Dalam majlis berbuka puasa tersebut, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 12 anak-anak yatim kakitangan Kementerian Pertahanan.

Sumbangan serupa turut diberikan kepada 80 pelajar tahfiz Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan 30 kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit.

Hishammuddin menegaskan, dalam isu WSJ tiada mana-mana pihak boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang dan pasukan petugas khas yang dibentuk untuk menjalankan siasatan berhubung isu dakwaan terhadap Perdana Menteri itu terdiri daripada mereka yang berwibawa.

“Saya rasa tidak ada sesiapa boleh meletakkan dirinya melebihi undang-undang negara tapi biarlah undang-undang dan siasatan menjalankan prosesnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui sememangnya terdapat dalang di sebalik siri serangan media asing ke atas Perdana Menteri tetapi jelas beliau, perkara itu merupakan ujian yang perlu dilalui secara bersama.

Hishammuddin pada masa yang sama turut mengingatkan rakyat agar jangan mudah percaya kepada dakwaan pihak asing sehingga terlalu emosi, sedangkan pihak berkuasa sudah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berkaitan 1MDB.

“Siasatan sedang dijalankan dan saya percaya pada akhirnya yang benar tetap benar.
“Jangan terikut-ikut tuduhan tiada asas, yang tiada bukti kukuh untuk kita sandarkan. Jadi biarlah pasukan petugas khas ini jalankan siasatan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.EKakzfaL.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2015 12:42 PM | Show all posts
Tony Pua tidak layak anggotai siasatan 1MDB
10 Julai 2015 12:00 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 9 Julai – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilihat tidak layak menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana didapati kerap melemparkan kritikan terhadap syarikat berkenaan.
Bekas Penasihat Khas mengenai etika kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Tony seharusnya mengundur diri daripada PAC kerana bersikap berat sebelah apabila membuat kenyataan berhubung 1MDB.
Katanya, fungsi utama PAC adalah untuk meneliti laporan Ketua Audit Negara bagi memastikan tiada kaitan dengan mana-mana pihak tetapi kini isu 1MDB dijadikan sebagai bahan politik sehingga dikritik oleh pembangkang dan pihak luar.
“Apa yang mengejutkan dan membimbangkan adalah Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP langsung tidak kisah dengan tindakannya itu yang sebenarnya melanggar batas ketika mengulas secara umum isu 1MDB. Ini merupakan perkara yang amat serius dan jelas terdapat konflik kepentingan.
“Tony sering membuat kenya-taan terbuka yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB sedangkan perkara berkenaan masih dalam siasatan PAC,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.ujWH0tFF.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 12:45 PM | Show all posts
Isu 1MDB libatkan reputasi Malaysia
11 Julai 2015 1:25 AM
  0  0 Google +0

KHAIRY JAMALUDDIN bersalaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
KHAIRY JAMALUDDIN bersalaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Youth Trailblazers Challenge 2015

Lawrence Low selepas melancarkan program itu di Putrajaya, semalam. BERNAMA

PUTRAJAYA 10 Julai – Isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini dalam proses siasatan Pasukan Petugas Khas bukan sekadar kes semata-mata sebaliknya turut melibatkan soal reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sehubungan itu berkata, jika proses siasatan kes tersebut tidak dilakukan dengan baik sudah tentu akan memberi kesan kepada imej negara ini.

Bagaimanapun beliau yakin dengan kemampuan Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan tugas tersebut memandangkan semua institusi yang menganggotainya iaitu Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kredibiliti dan reputasi masing-masing.

“Tokoh seperti Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz amat dihormati termasuk oleh pihak antarabangsa dan saya yakin Zeti Akhtar serta semua ke-tua sentiasa memelihara kredibiliti institusi yang mereka wakili terutama dalam siasatan kes ini.

“Isu yang membabitkan 1MDB ini bukan soal kes itu sahaja tetapi melibatkan soal reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa. Saya tidak mahu melihat reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa jatuh disebabkan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Youth Trailblazers Challenges di kementeriannya sini hari ini.

Menjawab satu soalan, Khairy berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes tersebut sebaliknya Pasukan Petugas Khas wajar diberi peluang dan ruang secukupnya untuk membuat siasatan.

“Kredibiliti pasukan petugas khas masih utuh. Sekiranya dalam dua tiga hari ini mereka tidak menggeledah syarikat-syarikat atau pejabat-pejabat yang dikatakan ada kaitan dengan isu ini barulah ada tanda tanya apa yang mereka lakukan,'' katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.h5oybENc.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 11-7-2015 12:12 PM
ko tak payah main lumpoq or tejun dalam lumpok tuh untuk berbau lumpoq

ko jalan2 atas batas dan ...

Masalahnya betul ke aiman main lumpo..tah tah mamak tepi jalan mana simbah lumpur kat aiman..alih alih aiman balik kena marah..tunggulah siasatan selesai..betul ke aiman main lumpo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 11:24 PM | Show all posts
Kebenaran akan terdedah akhir nya. Harap bawak bersabar biarkan badan penyiasat buat kerja dgn teliti.
Tak payah lah nak speku lebeh lebeh sgt . Entah entah kelaut semua nya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 02:09 PM | Show all posts
Tlalu replied at 10-7-2015 01:02 PM
heheh kita as forummers hantar dzeck and AN and PN jer as our representative untuk minta maaf kan  ...

Kita sebagai kerani N17 ni kita hantar depa la pi mintak mahap hahahaha. Kalau boleh suruh depa jilat sekali maklum lah buta perut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-7-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-thailand-sahkan-pertemuan-sulit-xavier-justo-1.113563

Antara yg disebut pemimpin pembangkang yg jumpa justo disingapore adalah tony pua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 09:33 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 11-7-2015 10:28 AM
yang rosak cuma najib dan rosmah saja. sebab tu muhyiddin kene bertindak cepat2 supaya biar nampak ...

saya rasa mustahil MP dan DUN kita x tahu mana pergi tu duit....sure tahu punya...tak sangka Yindin menafikan tak tahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 09:53 AM | Show all posts
Acong replied at 11-7-2015 02:17 AM
ko pi laa korek thread aku tu

sekurang2 nya
orang macam ko masih percaya
pada so-called 'siasatan oleh polis peranchis'

kipidap cong


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:12 AM | Show all posts
Kesianlah Najib ni, asik jah kena pitnah.
Mula-mula dulu, Tun M pitnah sebab tak maw jadi handyboy Mahadir,
buat jambatan bengkok. Sekarang  ceta dah ubah, DAPigs pulak pitnah dia
sebab nak Melayu berpecah belah. Dah ni, kena pintah sebab nak jatuhkan
image Malaysia di peringkat antarabangsa..................
Kes duit kita berbillion kena songlap dah tak disebut lagi.
Yang jadi topic utama, NAJIB DIPITNAH!!!!!............................
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:19 AM | Show all posts
Simunggu replied at 13-7-2015 09:33 AM
saya rasa mustahil MP dan DUN kita x tahu mana pergi tu duit....sure tahu punya...tak sangka Yindi ...

Aku tak rasa mustahil, sebab 1MDB tu syarikat keluarga Najib,
sume keputusan tak melibatkan anggota Parlimen or menteri-menteri lain.
Nak bagi duit kat PetroSaudi pun, Najib & Rosmah yang buat keputusan
dalam tempoh seminggu. Nak libatkan Menteri & anggota Parlime would
take months dibahaskan dalam Dewan..............
Kerana tak melibatkan anggota Parlimen, tulah yang mudah kena kelentong
serahkan duit 2.67 billion without a hitch.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 11:25 AM | Show all posts
d'zeck replied at 13-7-2015 09:53 AM
sekurang2 nya
orang macam ko masih percaya
pada so-called 'siasatan oleh polis peranchis'

owner kapal selam takmo saman media perancis? no telo?  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 11:27 AM | Show all posts
Acong replied at 13-7-2015 11:25 AM
owner kapal selam takmo saman media perancis? no telo?

saman atas benda tak wujudlagi la bodo


orang peranchis tak ada kena mengena

macai sini je yang pinjam
nama polis derang

puii



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2015 09:18 AM | Show all posts
Tidak Tolak Kemungkinan Mungkin Ada Konspirasi Mahu Jatuhkan Najib - Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR: Kemungkinan ada pihak mahu menjatuhkan dan menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri, Dato Seri najib Tun Razak adalah tidak disangkal oleh pihak polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah membocorkan dokumen sulit kepada orang asing tersebut adalah serius dan telah menimbulkan kesan di peringkat nasional.

“Pihak PDRM juga telah menerima laporan mengenai perkara ini. Kami akan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau menegaskan pihak polis telah melaksanakan siasatan menyeluruh tentang kes ini di mana perbuatan membocorkan dokumen sulit ini telah disampaikan oleh Peguam Negara.

"Pihak polis percaya dokumen ini dibocorkan daripada siasatan kerajaan Malaysia dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya lagi.

Segala siasatan dijalankan merangkumi semua ahli Pasukan Petugas Khas, termasuk kakitangan Bank Negara. Ia merupakan usaha untuk menegakkan integriti inkuiri dan keyakinan dalam sistem kewangan Malaysia.

“Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau mengubah suai dokumen itu akan berdepan tindakan undang-undang.”

“Matlamat siasatan polis adalah untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan maklumat sekali gus menentukan sama ada dokumen-dokumen itu adalah asli atau telah diubah suai seperti kes bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Justo," katanya lagi.

Pada 24 Jun lalu, pihak polis Thailand telah ebrjaya menahan Justo atas dakwaan mengugut PSI yang merupakan sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:22 AM | Show all posts
kalau tak bocor...700 juta masuk acc tu..diam2 macam tu je ke? elok jugak bocor sbb rakyat bukak mata...perkara burukyg disimpan lama2 pecah tembelang juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2015 09:33 AM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 13 July 2015| Kategori: Jawapan Untuk Mahathir,Utama |

Azman Hashim Dalam Grand Design Mahathir Jatuhkan Najib Razak?


Kita sudah tahu bahawa Tun Mahathir Mohamad mahu jatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, Ini diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu.

Yang menjadi tanda tanya ialah siapa lagi sebahagian daripada “grand design” Mahathir di belakang tabir bagi menjatuhkan Najib.

Apabila Sarawak Report mendedahkan beberapa akaun Ambank yang didakwa atas nama Mohd Najib Razak dengan transasksi bernilai USD 700 juta, Perdana Menteri menafikan secara langsung kewujudan akaun tersebut. Beliau hanya berkata, “saya tidak menggunakan sebarang dana kerajaan untuk kepentingan peribadi.”

Ini boleh membawa maksud akaun tersebut wujud tetapi bukan untuk kegunaan peribadi beliau. Ia juga boleh membawa maksud Najib Razak sedang bermain permainan catur yang panjang bagi tujuan memenatkan lawannya dan menghidu pergerakan lain.

Semalam Mykmu menededahkan kemungkinan anak bekas pengasas Ambank digunakan sebagai bidak baru Tun Mahathir selepas gagal menggunakan pembunuh Altantuya yang melarikan diri ke Australia.

Namun jika akaun Ambank itu benar-benar wujud atau sebahagian maklumat-maklumat tersebut benar dicampur dengan maklumat palsu yang diperbesarkan, siapakah yang ada akses kepada akaun sepenting ini?

azman-hashimHari ini Rakyatpost.com melaporkan dakwaan seorang peguam bahawa beliau mengetahui pihak yang bertanggungjawab membocorkan maklumat terperinci mengenai akaun bank Ambank milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Md Zainal Abidin, Pengerusi Tadbir Urus Bertanggungjawab Malaysia (CAGM), menunding jari ke arah seorang hartawan perbankan terkemuka yang didakwa rakan seperjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, hartawan itu terhutang budi kepada Dr Mahathir yang membantu dalam kejayaannya.

Sungguhpun tidak menamakan siapa yang tokoh tersebut namun permerhati politik melihat orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Tan Sri Azman Hashim yang memiliki kumpulan Ambank Group.

Jika tuduhan ini benar ia merupakan skandal yang sangat memalukan Ambank dan boleh menjejaskan reputasi Tan Sri Azman Hashim sendiri. Malah ia mungkin menjurumuskan Azman ke penjara.

Semalam kami mendedahkan pengasas Ambank, Mohd Hussain Najadi pernah dipenjara di Bahrain atas sebab jenayah kewangan.

Azman Hashim dan Kontroversi Politik

Tan Sri Azman Hashim tidak dapat lari dari kontroversi politik apabila pada 2006 beliau tampil membeli saham ECM Libra milik menantu Perdana Menteri ketika itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy pada masa itu berhadapan dengan tuduhan politik dan gosip bahawa beliau mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman apabila membeli saham ECM Libra beberapa bulan sebelum penggabungan syarikat terbabit dengan Avenue Capital. AVENUE merupakan milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang ketika itu diketuai oleh bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Azman Hashim melalui syarikat Hikkaya Jaya Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat AmcorpGroup Bhd. telah membeli saham Khairy pada harga 65 sen sesaham, 6 sen lebih rendah dari harga 71 sen sesaham yang dibayar Khair pada Disember 2005.

Pembelian ini dilihat oleh pemerhati sebagai satu tindakan mengelakkan Khairy Jamaluddin berhadapan dengan sebarang tuduhan mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman (insider trading).-MYKMU.NET
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2015 09:35 AM | Show all posts
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 14 July 2015| Kategori: Adamyan,Utama | Add Comment »

Insiden Lowyat & Fitnah WSJ Ada Persamaan Yang Nyata


lowyat

SEBAIK pihak polis mengesahkan bahawa kejadian yang membawa kepada rusuhan di Plaza Lowyat kelmarin adalah berpunca dari kes curi, bukan kes menipu seperti yang diwar-warkan sebelumnya, momentum netizen kembali kepada fitnah WSJ ke atas Perdana Menteri, sambung kutuk, maki dan fitnah seperti biasa.

Mentang-mentanglah sukar kawan tu nak melawan balik, beranilah nak tunjuk handal.

Tak sedar bahawa kedua-dua kes itu sebenarnya sama – berita belum sahih. Perincian tu lainlah (satu kes curi, satu kes konon masuk berbilion ringgit dalam akaun peribadi), tapi pokoknya, kes itu sama saja dari segala segi.  Patut insaflah bila dah terkena (dalam insiden Lowyat), tapi makin menjadi-jadi.

Orang kita patut belajar untuk tidak lagi menerima bulat-bulat semua dakwaan dalam media sosial yang tidak ditentukan kebenarannya.  Hanya kerana yang dituduh itu Perdana Menteri dan yang menuduh itu bekas Perdana Menteri (menggunakan media asing sebagai platform), tak bermaksud benar tuduhan tu.

Ambil iktibar dalam kes Lowyat, bagaimana cerita yang dipusing-pusing, ditokok tambah tanpa usul periksa membawa kepada ejek mengejek, hina menghina dan sebagainya, telah mengakibatkan kepada kejadian yang hampir mencetuskan kepada ketegangan lebih besar di kalangan sesama kita rakyat Malaysia.

Dalam hal fitnah WSJ ini juga sama. Kita boleh kehilangan seorang pemimpin yang hebat, dekat dengan rakyat (bukan kroni) seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya kerana percaya berita-berita tidak sahih yang disebarkan pihak-pihak tertentu melalui media sosial.

Rasa macam handal sebab kononnya melawan penyamun, rupanya termakan dakyah luar yang tak mahu lihat Malaysia dipimpin orang hebat seperti Najib – hebatlah tu, kalau tidak, takkan begitu sekali usaha dan konspirasi peringkat tinggi diadakan untuk menyingkirkan beliau.

Diakhirnya, menang kokok, kampung tergadai.

Justeru, sekalipun kejadian di Lowyat ini pahit, tapi kebaikannya tetap ada. Ia berjaya mendedahkan sisi hitam dalam kebebasan media yang dijulang sebagai terlalu agung oleh banyak pihak, terutama dari parti pembangkang.  Sekarang tahulah apa yang akan terjadi bila kebebasan bersuara tidak dihadkan.

Syabas penulis ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi keselamatan lain yang berjaya memastikan keamanan di negara kita secara keseluruhannya terus terjamin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2015 10:01 AM | Show all posts
Pertikai siasatan 1MDB, drama pembangkang hasut emosi rakyat
14 Julai 2015 1:08 AM

KUALA LUMPUR 13 Julai – Pihak pembangkang yang sering membangkitkan isu integriti serta kewibawaan Pasukan Petugas Khas dalam menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat sengaja mahu memberikan imej buruk dan negatif terhadap kerajaan dan agensi penguat kuasa.

Irmohizam Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pihak pembangkang wajar berhenti mempertikaikan kewibawaan siasatan Pasukan Petugas Khas dalam kes 1MDB dan perlu memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mencari kebenaran kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, masyarakat juga diingatkan agar tidak cepat melatah dan membuat rumusan yang tidak berasas sama sekali serta perlu menyerahkan kepada pasukan penyiasat untuk melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

“Kita faham tugas dan peranan pemimpin politik tetapi janganlah memutar belit kedudukan yang sebenar. Apakah ini satu lagi taktik pembangkang yang mahu mencetuskan rasa tidak percaya dari awal-awal lagi.

“Malah, setiap anggota perundangan dan pemimpin politik terutamanya dari pihak pembangkang perlu mendidik masyarakat, bukannya meracuni fikiran mereka dan mengelirukan dengan menyerang pasukan petugas khas.

Jangan perjudikan masa depan Malaysia dengan mempermainkan emosi rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, beliau hairan kerana isu ketidakpercayaan ke atas Pasukan Petugas Khas itu sering dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen sedangkan pembentukan jawatankuasa seperti Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah itu turut dianggotai wakil rakyat daripada semua parti termasuk pihak pembangkang.

Beliau berkata, bukan sahaja di peringkat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, malah ahli empat lagi badan bebas lain iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah turut dianggotai pihak pembangkang.

“Lebih 40 ahli menganggotai kelima-lima panel ini sebenarnya mewakili masyarakat. Mereka membawa suara rakyat dan ini bermakna pihak-pihak yang membangkitkan isu ini ada wakil atau anggota dalam pasukan petugas ini.

“Jadi, atas kedudukan itu, saya terkejut apabila isu ini dibawa oleh wakil rakyat. Apa tujuan mereka kerana kita harus meletakkan keyakinan ke atas Pasukan Petugas Khas ini. Jika tidak, pasukan yang mana harus menyiasat kes ini? Adakah kita hendak mempelawa pihak luar untuk menjalankan siasatan?” katanya.

Dalam pada itu, Irmohizam turut berharap agar agensi penguat kuasa yang menganggotai Pasukan Petugas Khas akan menjalankan tugas mereka dengan tegas tanpa rasa takut meskipun terdapat pihak yang cuba menjejaskan moral dan motivasi mereka.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.y6yBlIIB.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2015 04:25 PM | Show all posts
Laporan awal audit tidak temui sebarang salah laku dalam 1MDB - Husni
14 Julai 2015 2:58 PM
  33  3 Google +0
KUALA LUMPUR 14 Julai - Laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menemukan sebarang bukti salah laku, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Sehubungan itu, dakwaan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak termasuk berkenaan 'kehilangan' RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta kepada individu tertentu tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata, yang menjadi tumpuan sekarang ialah pelan rasionalisasi dengan kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berhubung hutang 1MDB.

Tujuan muktamad pelan rasionalisasi ini ialah mengimbangi semula aset dan hutang 1MDB bagi menyokong struktur kewangannya yang akan memastikan kemampanannya pada masa depan, kata beliau.

"Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas ini dihentikan. Kita harus kekal bersabar dan menunggu laporan akhir oleh AG (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," kata Ahmad Husni.- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.CmO1IxjE.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 04:28 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 14-7-2015 04:25 PM
Laporan awal audit tidak temui sebarang salah laku dalam 1MDB - Husni
14 Julai 2015 2:58 PM
  33   ...

tak suprise........ dah dijangka kemunkinan......  ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.199861 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list