CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {1} Perempuan hina Nabi diarah jalani rawatan mental!

[Copy link]
Post time 11-5-2016 11:55 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 11-5-2016 10:22 PM
Ikut keselesaan le. Pick and choose mana2 hadis yg sedap didengar. Hadis yg tak sedap didengar bua ...

Walaupon Islam tidak melarang kita pick and choose untuk percaya hadis yang sedap didengar sahaja (e.g. kalau kawan kita si Anas tak percaya, kita pon boleh lah tak percaya juga), perlu diingat bahawa bahawa kita hanya boleh pick and choose hadis ahlul sunnah wal jemaah sahaja.

Islam melarang keras jika kita menggunakan kitab hadis Syiah (yakni ahlul bait) misalnya...

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 11:58 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 12-5-2016 12:05 AM
kemaruk replied at 11-5-2016 10:40 PM
ohya, pasal artikel yang ditepek oleh @cak! tu, bangkem dah tepek lama dah bila berdebat dengan mbhc ...

1. Hadis bukan macam gospel

2. Dalam perdebatan  tentang hadis , saya make it clear yang hadis hadis itu dinilai sahih ke sebaliknya berdasarkan kriteria kriria tertentu. So anda tahu sains hadith ?  kalau anda tahu itu then persoalan kenapa ada perbezaan status hadith A dalam perspective  Bukhari dapat difahami.

3. Dalam perdebatan itu - konteksnya kemaruk - u persoalkan hukum  buang iar kecil berdiri dan kita lanjutkan perbincangan tentang itu  dan bukan pun tentang Aisyah RA. dalam hadith yg kemaruk persoalkan pasal hukum buang air tu ada hadis lemah dan ada hadis yg kuat. salah satu kriteria yang diterangkan ialah tentan tadlis hadith - yakni perawidan siapa perawi itu  - dan saya  tekankan sekali lagi akan kriteria yg digunakan oleh para ilmuwan hadis  untuk menentukan sahih sesuatu hadis. amat ketat.
So sebab tu kita kata hormat kritis. Jangan pula pernyataan saya awak putar belitkan dengan berkata saya bela hadis bukhari dan dalam konteks ini say a tak kata sahih bukhari betul pulak ye - pada saya tak jadi masalah kalau Ans berkata sekian sekian dan Bukhari berkata sekian sekian sebab? saya menghormati keilmuan mereka . Mereka ada rasional  kenapa hadith itu berstatus begini begitu dan inilah menjatuhkan hujah awak sama sekali yang islam tu taklid buta je atau tak perlukan akal. ijtihad dalam prose spenentuan dan pengelasan hadith juga adalah fungsi akal.
Masih saya ingat isu ini kerana konetksnya awak tak percayakan hadis . Bukan sebab aisyah pun.

dalam bab Aisyah - dah  banyak dah pun dikupas bab  ini. Dan pada saya seingat saya dalam thread yg dibuka oleh seorang forumner itu, saya menjelaskan ada beberapa points - ada yg berkata 6 tahun based on hiyah bin urwah dan ada yg kata Ans bin malik tidak mengambil hadith hsiyam setelah dia berpindah ke Kufah ke basra sebab daya ingatan lemah.

Dan Kemaruk kalau anda nak putar belit pun ketahui juga yg ada historian yg menganalisis umur aisyah juga berdasarkan  riwayat Bukhari  yang memperihalkan status Aisyah ketika  turunnya surah al Qamr. so ...?dan awak nak tahu lagi cut and paste Maideen tu kalau awak menggunakan akal fikiran dan being analytical sahih muslim ada disebut ketika satu perang ni nabi hanya membenarkan mereka yg berumur 15 tahun ke atas sahaja yg hadir berperang bukan di bawah umur - the fact that aisyah dibenarkan dalam perang tu  means that -......fikirkan guna akal fikiran ye - so posting Maideen tu saya mula terfikir apakah analisis  jawapan dia hanya cut and paste itu kuat??????

sapa yg analytical mind akan buat analisis ini - secara spontan sahaja dan a child's play. alhamdulillah. Tulah analysis. Dalm cut and paste Maideen tu say abaca - tersu dikatakan  historical facts are not  accurate? lerr pada saya aduhai yg depa buat analsis tu pun based on hadith jugak.

dan kemaruk - tak ada masalah pun bagi org Islam sama ada hadith itu sahih or what sebab sap ayg faham islam dah tahu pun sifat wajib rasul - dan akhlak baginda. Kalau baginda buat silap , Allah akan tegur baginda saw direct.
Infact dalam perkahwinan zainab bin jahasy pun tindakan berhemah baginda dipuji. ( ni juga ada forumner yg suka selective dan misconstrued context)



4. Dengan menekankan apakah anda tahu kriteria penentuan sesuatu hadith itu sahih ke tidak - kita akan dapati Islam membenarkan ijtihad di sini. dan seterusnya mematahkan hujah awak yang islam tu tak bagi org berfikir. memang  hujah awak dah patah pun.

5. sila baca posting saya dalam thread ini - dan cara anda  misconstrued the context - seoarng forumner becakap secar ilmiah status hadith Hisyam yg katanya Aisyah kahwin dengan nabi bedasarkan analisis sejarah dan hadith. Salah seorang yg tak letakkan staus sahih dalam hadith itu ialah Ans bin malik - disebabkan ana suka spin - dan menuduh org yg cuba bagi explanation tentang hadith itu ialah anti hadith - yakni labelan sembrono - saya kemukakan hujah yg Anas bin malik pun ada  sediiit reserve tenga status hadith ni - so awak dengan judgement sembrono awak  nak kata anas bin malik tu anti hadith ke?

kemaruk stop putar belit ye .

i think you and maideen - sap ayg tak analytical - habislah dan implicate serious thing pada pemahaman mereka yg weak minds. renaissance apa yg anda cuba bawa?

dan yes hadith bukhari pun ada reviewer . sebab tu lah kena belajar dan baca buku lagi.

tapi saya tahu anda akan terus  putar belit.





Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-5-2016 11:53 PM
orang lain pon pertikaikan hadis jugak.. tak adil la camni bangkem sorang je yang kena
bangke ...

Kalau dah hadis sohih bangkem, perlu pertikaikan ke tak? Bukan hadis dhoif. Bukan hadis hasan. Mauduk. Eh lupa.. bangkem muslim ke? Ckp pasal hadis mcm pernah bljar kat mesir. Terer. Tp pertikaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 11:59 PM | Show all posts

kalau yakin dengan pegangan, takkan terperangkap

nampak tak perangai lobai dan lobainita?

kalau bangkem yang pertikai hadis = bangkem sesat
kalau lobai yang pertikaikan, takpeeeeee

kalau bangkem taksetuju dengan ulama = bangkem sesat
kalau lobainita yang tak setuju, takpeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:03 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 11-5-2016 11:58 PM
1. Hadis bukan macam gospel

2. Dalam perdebatan  tentang hadis , saya make it clear yang hadis ...

jadi awak tak setuju la kan dengan hadis sahih ni? perlu dinilai semula la kan hadis2 ni walaupon SAHIH BUKHARI?

tak, bangkem ada tepek artikel yang sama pasal aishah, tapi ada lobai lain yang kata bangkem sesat.. bukan you.. tapi bangkem tak jumpa dah thread tu.. maybe dah kena delete
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:05 AM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 11-5-2016 11:58 PM
Kalau dah hadis sohih bangkem, perlu pertikaikan ke tak? Bukan hadis dhoif. Bukan hadis hasan. Mau ...

bagitau camtu kat @mbhcsf


ooo awak guna kaedah pukul anak sindir menantu ke?? ooo sebenarnya nak tegur lobai dan lobainita kan?


ok bangkem pahammmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2016 12:06 AM | Show all posts
kemaruk replied at 12-5-2016 12:03 AM
jadi awak tak setuju la kan dengan hadis sahih ni? perlu dinilai semula la kan hadis2 ni walaupon  ...

perlu dinilai semual itu ungkapan frasa you.

pada saya beza status tu ialah keupayaan ijtihad.

bagi awak - i tak kisah apa apa pun awak nak cakap sebab saya tahu yang mereka awakpersoalkan tu berakhlak lebih baik dan integriti lebih baik dari pembenci islam dan dokongan awak yg hanay diam apabial islam , nabi rasul dihina.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:08 AM | Show all posts
Maideen. replied at 11-5-2016 11:55 PM
Walaupon Islam tidak melarang kita pick and choose untuk percaya hadis yang sedap didengar sahaja  ...

this is what you can and only manage to do all this while.

hanya weak minds sahaja yg boleh terpedaya. pity.

renaissance apa yg awak cuba bawakan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 12:10 AM | Show all posts
kemaruk replied at 12-5-2016 12:05 AM
bagitau camtu kat @mbhcsf

this is what you can do pun. mulalah buat begitu ini. hentikanlah ye. tak baik. dan logiknya aisyah dan amrah tu bukan pun wanita yg terdera atau terseksa.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 12-5-2016 12:05 AM
bagitau camtu kat @mbhcsf



Byk kona la bangkem ni. Org ckp kat dia.. dia humban kat org lain. Hmm..dah alang2 nk kecam iselam...nanti buka thread pertikaikan sumber agama lain pulak. Pertikai bible, pertikai agama lain. Asyik2 islam, pertikai nabi, pertikai hadis, lobai dan lobainita.. setaz2... hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:13 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 12-5-2016 12:06 AM
perlu dinilai semual itu ungkapan frasa you.

pada saya beza status tu ialah keupayaan ijtihad.
...

hahaha bangkem dari zaman sekolah dulu lagi dah pertikaikan hadis2 yang menghina nabi contohnya nabi suruh minum air kencing, nabi buta huruf, nabi pedo ni..

ko je yang baru  sedar pasal penipuan/kesilapan/percanggahan dalam hadis

so bangkem nak tanya, BUKU SAHIH BUKHARI PERLU DIUBAH TAK?? PERLU TAK BUANG BENDA NI KAT DALAM BUKU TU??

Narrated Hisham's father: Khadija died three years before the Prophet departed to Medina. He stayed there for two years or so and then he married 'Aisha when she was a girl of six years of age, and he consumed (sic -- consummated) that marriage when she was nine years old. Sahih Bukhari 7:62:64.


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:13 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 12-5-2016 12:10 AM
this is what you can do pun. mulalah buat begitu ini. hentikanlah ye. tak baik. dan logiknya aisya ...

takde sape2 pon kata aishah tu didera dalam ni

you betul ke tak betul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:15 AM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 12-5-2016 12:11 AM
Byk kona la bangkem ni. Org ckp kat dia.. dia humban kat org lain. Hmm..dah alang2 nk kecam iselam ...

bangkem kecam islam? kat mana tu????
bagi la contoh, jangan main tuduh je

dan lagi sekali bangkem nak tanya, awak percaya tak nabi kahwin dengan aishah pada usia 6 tahun, dan bersama pada usia 9 tahun? jangan lari dari menjwab ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong replied at 11-5-2016 10:34 AM
tuhan mmg tak wujud....... tiada bukti kewujudan tuhan

Cong. Kejadian alam sapa cong. Xkan big bang theory kot. Mesti ada punca.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
"tapi saya tahu anda akan terus  putar belit.".

Yeah right. Macam la ko pun bukan kaki putar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:29 AM | Show all posts
Since @kemaruk dikatakan menghina Islam atau Nabi, sila tunjukkan link tu. Spidey akan menilai. Tengok pihak mana yang betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 12:32 AM | Show all posts
ANTI HADIS

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.

4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.


5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.


7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.



21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

http://chedet.cc/?p=1246
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas buat tahit, tetiba buat2 gila?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:51 AM | Show all posts
Babai replied at 12-5-2016 12:43 AM
Lepas buat tahit, tetiba buat2 gila?

Macam kes mamat rosakkan patung dewa kuil Hindu tempoh hari lah. Maybe Ah So ni dapat idea dari sana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 12-5-2016 12:15 AM
bangkem kecam islam? kat mana tu????
bagi la contoh, jangan main tuduh je


Kalau dah hadis sahih sebagai muslim pecaya la bangkem. Kan dah kata td  

Btw, kecam tu spt mempertikaikan dan mengancam la kan bangkem. Nak kena ada bukti 'bangkem skg kecam islam' begitu lagi ke? Dah mmpk dr segi kata2. Btw, sy x khatam lg thread ni. Amik masa yg lama nk baca semua. Nak tempek bukti pulak dah..X larat ah. Baik tido. Dah nk dkat  pukul 1 u guys. Uolls xkeje ke esok.. menganggur ke ape semua.Esok kalo pree smbung lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.190435 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list