CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

★-pengalaman sebagai perawat 2-★

   Close [Copy link]
 Author| Post time 12-5-2011 04:07 PM | Show all posts
yup.. tengoklah... ada yang bertahan lama ada yang bertahan beberapa bulan sahaja... tengok pada pakar perawat tu...

selain tu.. membuatkan pagaran tu menjadi abis tempoh salah satunya sebab kita xmenjaga kebersihan... kekotoran tu menggundang benda tu datang selain dihantar...

selain tu juga, sihir oleh bomoh tersebut.. kalau bomoh tu gread AAA kenalah pagar yang kuat untuk halang sihir dia masuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 04:13 PM | Show all posts
kalau bomoh tu gread AAA kenalah pagar yang kuat untuk halang sihir dia masuk...

cemana nak tentukan pagar yg dbuat kuat ke x? kang kalo tanya ngan org yg memagar.. sah2 dia cakap pagar dia kuat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 04:17 PM | Show all posts
ok kalau nak tahu pagaran dia kuat atau x... lepas je dia pagar masih ada benda yang masuk ke rumah... maknanya pagaran dia xberapa kuat untuk melawan dengan benda tu... jadi haruslah mencari perawat lain untuk pagarkannya semula...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 06:04 PM | Show all posts
me dfahamkan eazzad guna buluh runcing utk pagaran (ke ada kekdah lain selainnya yg dguna?)

jd.. kalu teknik buluh runcing ni.. brp lama agaknya had masa pagaran tu (assume aspek lain cam kebersihan pe sume djaga) adakah bila dah pacak buluh tu, pesakit kene wat pape lagi.. cam ada bacaan ayat tpilih ke.. zikir2 tertentu ke.. ke x perlu..

once bila dah pacak.. cemana nak tau pagaran tu mampu ke x nak menahan serangan dr luar? ada tanda x selain dr ada benda2 yg masuk ke rumah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 06:59 PM | Show all posts
buluh tu xperlu baca tapi kalau nak baca lagi bagus itu ikut kalau yang mampu... pakai buluh runcing tu untuk meyakinkan pesakit dan pesakit boleh nampak.... tanda2 terbakar pada buluh tersebut.. terbakarnya buluh itu makin lama makin hitam.. bermaknanya buluh tu menahan serangan sihir itu sehingga kepanasan dan terus terbakar... jadi pesakit boleh tahu had2 pagaran tersebut... selain menggunakan pagaran air masjid dan garam....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 08:33 AM | Show all posts
time kasih yer eazzad.... jawapan tu sangat membantu lin....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-5-2011 09:02 AM | Show all posts
sama2 lin...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 10:56 AM | Show all posts
buluh tu xperlu baca tapi kalau nak baca lagi bagus itu ikut kalau yang mampu... pakai buluh runcing ...
eazzad Post at 12-5-2011 18:59


kiranya.. kalo nak eazzad pagar.. x semesti guna buluh la ek.. guna air masjid pong boleh..
kalu guna air mesjid tu cemana lak nak tau.. kalu buluh leh nampak hitamnya..
dan.. brp lama bkesan? cemana nak ganti lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2011 09:13 AM | Show all posts
kalau pagar guna air masjid ni dia ada pantang... rumah kena sentiasa bersih... jangan kotor2kan rumah... terutamanya jangan ada kesan darah ke... tikur mati ke..?? cicak mati ke?? di biar je kat situ... jadi nanti pagaran tu sendiri abis macam tu je... walaupun boleh tahan beberapa tahun... jika kita xjaga kebersihan pagaran2 yang penuh ayat2 suci Alquran ni akan mati macam tu je..

sebab tulah kalau guna buluh runcing boleh tahu had2 pagran tersebut... dan boleh digantikan yang baru... itu sahaja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 01:38 PM | Show all posts
ok aku sambung cerita aku lagi...

semalam aku balik kampung... tengok mak mertua aku saja je nak tahu khabar kat kampung... sampai je kat kampung... aku tanya khabar mak mertua aku.. makmertua aku kata dia ok... mata dia dah boleh nampak dah sekrang bila aku suruh dia pakai attar cinta disapukan setiap hari di mata.... pastu aku pergi ke rumah akak ipar aku.. tengok dia... tetiba dia cakap sakit kat pinggul dia balik... baru je tadi dia terasa sakit... pastu dia tanya aku.. orang tu hantar lagi ke??? pastu aku tengok benda yang dia hantar tu terbang ke rumah orang lain tapi xdapat masuk ke rumah mak mertua... dan rumah kak ipar aku.. sebab dah pagar... tetiba je aku tergerak hati aku nak tengok pagar buluh runcing aku tu ada lagi ke x?? ataupun ada kesan hitam ke punca sihir... aku pun pergi ke tepi parit depan umah mak mertua aku... aku cari2 pagar buluh tu xada... pastu aku cari lagi tempat lain yang dah di letak pun xada buluh tu..

tetiba petang tu aku terasa bahang benda tu terbang2 dan terasa sihir dia mula nak tembus ke rumah mak mertua aku... aku pun tengok pagar rumah mak mertua aku tu yang aku tabur garam tu macam xcukup untuk menahan serangan dia.. sebab buluh tu dah dicabut.. cepat2 aku bagitahu kat mak mertua aku dalam hal ini... memandangkan kak ipar aku mula sakit balik... aku pun berbincang dengan mak mertua aku... aku pergi ke kedai cari garam kasar... dengan mak mertua aku serta hubby aku sekali pergi ke kedai tersebut.. elok je kami balik ke rumah... akak ipar aku jumpa aku dan dia bagitahu abang ipar kepada hubby aku dia kata dia nampak mak mertua aku kuar dari tandas petang tu... dia kata dia nampak badan sahaja.. tapi kepala xnampak... pastu dia pergi ke dapur tengok mak mertua aku xada... dia panggil2 tapi xada pulak mak mertua aku sapa sahut dia tu... dia suruh anak terunanya tengok mana atoknya pergi tengok kat katil pun xada.. cari kat rumah ipar pun xada... cari semua tempat pun xada... tetiba je dia pergi rumah ipar dia dah terkejut siapa yang dia nampak... tetiba je kami balik.. dia tengok mak mertua ikut kami kuar cari garam.. terkejut dia... siapa pulak yang dia nampak tu???

pastu aku cepat2 buatkan pagaran lagi... untuk menahan sihir dia tembus lagi ke rumah mak mertua dan ipar aku tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 08:57 AM | Show all posts
salam pagi malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2011 03:58 PM | Show all posts
PENGUMUMAN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT RAWATAN DI SHAH ALAM PADA 24,25 &26 BULAN 6 INI SILA BUAT BOOKING MULAI HARI INI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 10:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by eazzad at 23-5-2011 10:11

HARGA MURAH (ATTAR) OFFER SAMPAI 15 JUN... PADA SESIAPA YANG INGIN MEMBELINYA SILA PM SAYA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 10:22 AM | Show all posts
ni aku sambung cerita jiran rumah mak mertua aku tu...

aku hari tu memang dah tahap geram sebab dia ni memang suka sangat cari orang untuk dijadikan korban dia... pastu aku baliklah ke rumah mak mertua aku tanya kabar mak mertua aku... mak mertua aku cakap.. orang tu datang lah kerumah dia kan... datang kat hujung pintu je pastu dia diam xcakap ape... pastu dia pun tanya 1 soalan je... " kau macam mana sihat?" pastu mak mertua aku cakap "bolehlah.. sakit2 badan dah hilang.." pastu dia terus je belah... sampai sekrang x datang sembang.. kalau x tiap2 hari dia duk melepak je kat rumah mak mertua aku sembang... kalau dari kul 3 ptg-7mlm baru dia balik..

pastu dia pun xada nak tegur aku.. bila aku balik sibuk je nak cari aku nak sembang... pastu serkang ni nak tengok muka aku pun dah xnak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 10:26 PM | Show all posts
kepada forumer aku sekrang ada blog http://pengalamanperawat.blogspot.com anda boleh pergi ke blog ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:22 AM | Show all posts
salam...

utk mengelakkan OOT byk2 kat tred sinun.. me ajak sume yg bkenaan tmasuk TT.. utk sama2 dsini bincangkan isu2 yg dtimbulkan oleh kawan2 forumer.. rasanya sini lbh sesuai, bkaitan dgn rawatan TT..

mungkin ruang x banyak.. tp masih ada.. kita cuba gunakan ruang yg ada sebaiknya... semaksimum mungkin...

pd TT.. harap dpt mbantu meleraikan kekusutan yg timbul.. skrg bkn lg masa utk mbatu mdiamkan diri.. org berilmu, beramanah dgn ilmunya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 10:43 AM | Show all posts
mod me.... pagar pun tatau ke...ekekeke

pagar kayu ler katakan...lelama makan dek anai2, kenelah keluar duit beli kayu baru, nanti bila dah dimakan anai2 kuar duit lagi beli kayu baru...  betul tak ezad penerangan saya? kan..

kalau nak pagar yg lagi tahan lama pun ada...dibuat dari besi...kene bayar mahal lah... kan.. kan... kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:44 AM | Show all posts
baiklah saya ikut...tima kaseh halimi......kite akan sambung disini. doakan semoga Allah permudahkan....insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:53 AM | Show all posts
alhamdullilah syukur.....ade pm masuk menyatakan tim kaseh pade kite kerena dedahkan semua ni. katenye kalaulah tidak kerana hal ini dibangkitkan..dia dah kelurganye dah nak berubat dgn eazzad. .alhamdulillah.....kite telah selamatkan sorang saudare kite.....ya Allah...syukur....same same kite panjatkan syukur kawan kawan... tidak sia sia usaha kite...tp perjuangan kite belum habis disini. demi keadilan bekas pesakit dn demi agame ..kite teruskn usaha ni mendedahkn penipuan TT dlm menawarkan rawatan, penipuan dia menyatakn dia perawt kaedah islam, penipuan attarnye, penipuan seleps mengubat pesakit. insyaallah...

bagi yg pm tu jike lambat balas hrp sabar...byk sgt pm masuk...saye cube yg terbaek.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:00 AM | Show all posts
assalamualaikum wbt

selama ni sy hanya menjadi SR tetapi kali ini sy benar benar terpanggil untuk memberikan pandangan sy. dalam banyak banyak perselisihan dlm forum sy biarkan saja tetapi yg ini sy rasa sebagai umat Islam sy gagal menunaikan tanggungjawap sekiranya masih berpeluk tubuh. kerana ia melibatkan keselamatan pesakit, akidah dan unsur syirik. walaupun sy hormati saranan mod supaya kembali ke topik asal tapi sy harap mod juga berikan sedikit ruang agar perkara penting sebegini yg boleh melibatkan akidah dan nyawa pesakit dibincangkan.

sy tidak mahu meleret panjang. setelah membaca semua posting disini, terus terang sebagai umat Islam sy menyatakan TT tidak telus dan jujur. peluang sepatutnya baginya menjawap soalan tidak digunakan tetapi dia telah mengedit dan delete posting lepas lepas semata mata untuk menegakkan benang basah. hal ini tidak mencerminkan TT seorang yang bertanggungjawap terhadap pesakit.

dengan tindakan tt membuang dan delete posting lamanya supaya orangramai tidak dapat mengesan kesilapannya amat amat tidak wajar kerana boleh menyebabkan yang tidak berdosa difitnah. jika TT salah apakah susah benar untuk mohon maaf? dan perbaiki diri? apakah TT rasa semua yg menentang TT salah dan dengki. jika TT mendapati ada sorang talibarut iaitu "zalit" yang cemburu kerana bisnes. apakah kaitan aduan pesakit dgn bisnes? dan sekiranya zalit ni berniat jahat pada TT apakah semua yg menentang TT begitu bodoh ditipu zalit? sekiranya TT benar dan tidak bersalah kenapa begitu ramai yang tidak puas hati?

untuk menjawap kesangsian orang ramai mengenai sesuatu yang disembunyikan, biarlah sy saja yang menyatakannya kerana Allah ta 'ala. saya adalah seorang perawat juga tapi tak pernah tawarkan rawatan pada seorang pun disini. sy tak ada blog atau website dan sy tidak bekerja untuk merawat. sy nyatakan begini kerana bukan sy nak bangga sebagai perawat tetapi sy nak memberitahu bahawa penerangan sy tidak boleh dikupas dgn kata kata dan dibuktikan dgn hujah logik. jadi saya menyatakan disini dgn ilmu saya yg daif dan kecil ini bahawa TT bermasalah. tt sebenarnya adalah pesakit yang perlu dibantu dan dirawat melalui tenungan sy. TT barangkali tidak sedar bahawa dia telah diperkudakan oleh makhluk halus dalam rawatannya. inilah jawapannya kenapa pesakit tidak sembuh selepas rawatan dgn TT. dengan sikap panas baran dan tinggi diri ini bukanlah ciri perawat Islam.

TT menpunyai jalur keturunan yang mengubat orang. dan salsilah inilah TT terlepas pandang apabila dia dapati dia boleh mengubat. TT gagal membezakan yang mana satu anugerah tuhan dan mana satu tipuan makhluk halus. kepada TT, anda perlukan bantuan sebenarnya. hentikanlah keras kepala anda. jadikanlah teguran semua ini demi kebaikan sendiri. akuilah dan berubatlah.

assalamualaikum wbt.


maaf ya TT.. me copypaste apa yg dluahkan oleh forumer hambadia kat sini..
rasanya apa yg diutarakan beliau mmg perlu diambil perhatian... ada byk perkara dsentuh..
harap TT dpt pertimbangkan sebaiknya apa yg tlh dluahkan dan dsarankan..

yg me bold.. mmg dah agak lama me perasan blaku... nampaknya bkn me sorang, ramai lg yg perasan tindakan TT..
mmg me sdiri pon tertanya2 apa rasional dsebalik tindakan tu.. sbb tindakan mcm tu lbh menimbulkan persoalan..
bkn mbantu meleraikan kekusutan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063389 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list