CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

** NORAYQAL LOVERS ** VOL.III : MV OST CIKGU TIMAH SEKOLAH BANDAR @ PG.67

[Copy link]
Post time 4-4-2015 02:43 PM | Show all posts
semoga nora terus berjaya
nora kena make sure cafe ni dijaga betul2
kalau kena gaya, bule boom
jangan terlalu harapkan org lain sbb nanti kualiti lari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2015 06:00 PM | Show all posts
Edited by kmelankolia at 4-4-2015 06:01 PM

iklan srg yg baru pun dah kuar tv oasis, cantik nora
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 06:57 PM | Show all posts
esteryen replied at 4-4-2015 05:30 AM
Hahahas..okok..chill chill..over reacted pula i ni..

Tapi kan obvious post dia tu tuju kat la ...

Eh eh siap bgtau hubby dia dgn ex dah 26 tahun cerai..
Mcm perangai siapakah ini? Dejavu sungguh...
Mmg stok2 mcm ni bab igt tarikh cerai is in their blood kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 07:00 PM | Show all posts
I really wanted to go to their cafe tapi itulah kalau boleh nak la time tu Nora ada..
Dah la dtg jauh2 kan...
Nak ajak my frens suma hangout sana kalo nasin baik boleh buat babyshower terus.
Fefeeling artis hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:10 PM | Show all posts


noradanish
  @kopi.xoxo ️ Located at No.3 , Jalan Riong, Bangsar 59100. (Waze : KOPIxoxo)  7h
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:11 PM | Show all posts


noradanish   by @pepatungmy "@noradanish menyifatkan anaknya, Rayqal sebagai seorang yang penyayang dan amat melindungi dua adiknya.

Selanjutnya di www.pepatung.com.my

#pepatungMy #wajahpepatung" via @PhotoRepost_app  6h

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2015 07:13 PM | Show all posts


noradanish   @fiziwoo 's collection.   4h  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:15 PM | Show all posts


noradanish   Pada sesiapa nak kelihatan simple, cute, dan mencari pakaian yg selesa di pakai ke rumah jiran2 Waktu raya, Sila ke instagram @ohwardrobe , Byk koleksi Menarik yg anda cari. Nora pakai baju ni utk film terbaru #isteriuntukdijual .  Thx @ohwardrobe  4h
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2015 07:16 PM | Show all posts


noradanish   Cat & Bella #bff #isteriuntukdijual #film #romanticcomedy @migonline  3h
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:18 PM | Show all posts


noradanish   Look Wut I've found. Maya Karin on FHM cover 2004  Dulu until now nothing has change. Pretty Maya.  2h
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 replied at 4-4-2015 01:44 AM

Cho nampak cam anak dara sini!

She knows how to maintain her figure.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:53 PM | Show all posts


Wajah Pepatung

Transisi Sedekad Nora Danish

Oleh Alif Abu Bakar | 1 April 2015

FRASA ‘kita enjoy‘ memperkenalkan wanita ini kepada mata umum. Karakter gadis manja yang sentiasa positif mengalir sebati dalam dirinya. Meskipun ia hanya lakonan, tetapi pembawaan watak sebagai gadis bernama Puteri juga adalah personaliti sebenar pendukungnya, Nora Danish secara realiti.

“Abang Aziz (Aziz M. Osman) sendiri meminta agar saya menjadi diri sendiri. Maka apa yang penonton saksikan dalam Puteri, itulah karakter saya di luar,” imbas Nora.

Sitkom popular yang pernah bersiaran di TV3 itulah permulaan kepada karier lakonan Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif. Sejak itu Nora mula dikenali sebagai artis. Ke mana pun dia pergi, orang memanggilnya dengan nama Puteri.

Penangan populariti sedikit mengejutkan Nora, 33, yang sebelum itu selesa menikmati kehidupan sebagai orang biasa. Nilai privasi mula susut. Apatah lagi apabila mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada tahun 2006, kehidupan peribadinya dipertontonkan kepada khalayak. Tambah mengharukan saat berita perceraiannya dan Jejai pada tahun 2008 dicanang sana sini.

Peralihan status daripada seorang wanita biasa kepada artis yang diketahui sebagai ‘milik masyarakat’ banyak mengubah keperibadian Nora. Jika dulu dia seorang yang ceria, lucu dan suka ketawa, sekarang dia berubah menjadi individu yang lebih serius. Nora bukan lagi Puteri yang hanya mengenal erti gembira dan bijak menghindar aura negatif.

Kematangannya melentur seiring peningkatan usia. Ia dapat dilihat dalam setiap pengucapannya. Apapun kenyataan dari mulutnya kini dikongsikan penuh hati-hati. Malah tahap waspada Nora turut berkait perihal pemilihan gambar untuk sesi-sesi fotografi sebagai wajah penghias majalah.



Sebelum mengatur temu bual bersama Wajah Pepatung edisi April ini, Nora terlebih dulu memohon kebenaran untuk melihat hasil suntingan gambar-gambar daripada sesi fotografi. Selepas berpuas hati, barulah Nora memberi lampu hijau untuk ditemu bual. Barangkali permintaan Nora itu menimbulkan kurang senang kepada beberapa majalah, tetapi Nora mempunyai sebab untuk berpendirian sedemikian.

“Saya bukan mahu menjadi diva. Ketegasan itupun didorong oleh pengalaman lalu. Dulu memang saya meletakkan kepercayaan penuh kepada pengarang sesebuah majalah atau penulis di mana-mana syarikat penerbitan media. Namun selepas foto saya berpakaian seksi disiarkan di dalam sebuah majalah beberapa tahun lepas, saya jadi lebih berhati-hati.

“Sejak awal saya memberitahu bahawa pakaian yang disediakan tidak boleh seksi. Bagaimanapun ada ketika kesemua pakaian pada sesi fotografi tidak menepati syarat Nora. Disebabkan tiada pilihan, saya pakai juga selepas dijanjikan bahawa gambar-gambar tersebut akan disunting.

“Akhirnya, janji itu tidak ditepati dan saya pula dihentam masyarakat kerana berpenampilan menjolok mata. Hal ini turut terjadi kepada beberapa rakan artis lain. Bagi mereka yang pernah bekerja dengan Nora pasti tahu standard pemakaian Nora,” jelas Nora yang kini sedang menjalani penggambaran filem Isteri Untuk Dijual.

Sedekad bergelar anak seni, tempoh yang produktif untuk Nora memacu kerjayanya ke peringkat lebih tinggi. Bermula agak perlahan di awal pembabitannya dengan tawaran kecil melibatkan watak-watak komedi, hari ini Nora sudah terbang tinggi. Drama bersiri Tentang Dhia (2011) yang menggandingkan Nora dan Adi Putra menjadi titik tolak terhadap kerancakan karier seninya masa kini.

Ia disusuli dengan sambutan menggalakkan filem Aku Terima Nikahnya (2012) yang juga menyatukan Nora dan Adi Putra. Usai disunting Metrowealth International Group (MIG), wajah Nora kerap mengisi pawagam tanah air.

Mungkin lambakan filem melibatkan Nora dianggap segelintir pihak sebagai pendekatan kurang bijak. Ia menggugat kualiti dan nilai eksklusif Nora sebagai pelakon. Pandangan itu bagaimanapun tidak setara dengan perspektif Nora. Baginya, menjayakan banyak filem membolehkan dia menajamkan mutu lakonan di samping dapat mencuba menghidupkan pelbagai watak.

Sebelum ini, penonton tidak memandang serius bakat lakonan Nora dan beranggapan anak bongsu daripada empat adik-beradik ini hanya mahir berlakon sebagai wanita manja, ceria dan lucu. Bersandarkan katalog filem seperti Pengantin Malam, Dua Kalimah dan Bencinta, Nora membuktikan bahawa masih banyak keupayaannya yang belum dicungkil keluar.

Begitupun, tidak seperti kebanyakan pelakon yang mendambakan watak psiko atau ‘orang gila’ sebagai penyempurna definisi pelakon serba boleh, Nora pula mengimpikan watak romantik. Agak menghairankan kehendak Nora itu kerana dia telahpun muncul dalam pelbagai drama dan filem bergenre tersebut.

“Watak romantik yang saya maksudkan adalah seperti karya Ada Apa Dengan Cinta. Saya masih menunggu filem romantik dengan penceritaan dan dialog yang berat. Jiwa saya tetap terarah terhadap genre ini dan saya masih belum puas membawakan watak sebegini,” dedah Nora penuh harapan.

Dalam kesibukan mencipta nama, jika disemak semula kejayaan Nora, satu-satunya anugerah yang diterima Nora adalah Hot Chick Award pada Shout! Awards 2012. Selain itu, dia hanya tercalon dalam kategori-kategori utama untuk beberapa majlis anugerah dominan tanpa sebarang kemenangan.

Tidak menolak betapa pentingnya anugerah kepada seseorang artis, Nora sendiri mengidamkan untuk merangkul trofi pelakon wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) atau Anugerah Skrin TV3 (sekadar menyebut beberapa). Anugerah pada pandangannya adalah pengiktirafan dan bonus di atas kerja keras si penerima, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang.

Instagram

Menyelak dunia media sosial pula, semua pun tahu, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizam Shah ini merupakan pendahulu dari segi bilangan pengikut (follower) Instagram di Malaysia. Dengan 1.7 juta pengikut, Nora berpendapat mungkin masyarakat terutama para peminat gemar untuk mengikuti perkembangan hidupnya menerusi perkongsian gambar di Instagram.



Seperti dirinya yang turut mengikuti perkembangan artis antarabangsa dan rakan artis tempatan menerusi Instagram, begitu juga orang lain. Instagram bagaikan jendela untuk pengguna media sosial menjenguk kehidupan seharian individu lain. Dalam konteks artis, peminat mahukan maklumat lebih peribadi berbanding apa yang disaksikan di kaca TV ataupun pawagam. Hanya di media sosial seperti Instagram, sebahagian kecil sisi peribadi seseorang artis dapat diketahui dengan lebih dekat.

Bagaimanapun di sebalik kemudahan medium interaksi moden itu, wujud juga kesan-kesan negatifnya. Paling ketara adalah penyalahgunaan media sosial oleh pengguna kanak-kanak. Selain pernah menerima ancaman rogol daripada seorang pengikutnya di Instagram, Nora kerap menerima komen-komen yang menggunakan bahasa tidak sopan daripada pengikut kanak-kanak.

Hal tersebut amat membimbangkan Nora. Malah dia berasa bahawa media sosial hanya sesuai digunakan orang dewasa dan bukan ruang bagi kanak-kanak menambah kenalan di alam maya. Sebagai seorang ibu, Nora mengerti kepentingan teknologi dan keperluan gajet seperti iPad dalam memudahkan proses pembelajaran.

Justeru, ibu bapa perlu peka terhadap penggunaan gajet dan telefon pintar oleh anak-anak mereka. Bagi Nora, tujuan peralatan itu adalah bagi mendedahkan mereka terhadap aplikasi berbentuk pendidikan. Membenarkan anak-anak mempunyai akaun Instagram ketika masih di bangku sekolah rendah sangat tidak boleh diterima.

“Bayangkan pada umur yang masih mentah, mereka (kanak-kanak) sudah berani meninggalkan komen tidak sopan. Mungkin ibu bapa di luar sana tidak menyedari hal ini tetapi sebagai artis, saya berdepan dengan situasi ini hampir setiap hari di laman sosial.

“Saya tidak marah kerana memahami betapa akal kanak-kanak masih belum cukup matang untuk membezakan yang baik dan buruk. Ada sesetengah foto yang saya kongsikan ketika menjalani penggambaran bersama aktor lelaki tampak agak mesra dan berkemungkinan ia tidak sesuai serta tidak difahami kanak-kanak.

“Apabila timbul perkara sebegitu, ibu bapa akan menuding jari kepada artis, mempersoalkan mengapa dikongsikan jika tahu ia tidak sesuai? Daripada skop profesionalisme, tujuan saya adalah untuk mempromosikan filem yang saya jayakan, tidak lebih daripada itu.

“Saya tidak perlu mengeluarkan sebarang justifikasi gara-gara sekeping gambar mesra dalam lakonan. Sedangkan yang perlu dibimbangkan adalah akses kanak-kanak terhadap media sosial dan kebebasan mereka mempunyai akaun Instagram atau Twitter sendiri,” begitu pandangan Nora.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 07:56 PM | Show all posts


Bukan setakat foto mesranya bersama pelakon lelaki dipersoalkan, malah gambar anak lelakinya, Rayqal, 6, bergaya dalam kostum Prince Charming turut dikecam segelintir pengikut Instagram Nora. Disebabkan mahkota mainan di atas kepala Rayqal yang didakwa menyerupai lambang salib, Nora dikatakan tidak sensitif.

Teguran tersebut dipandang dari sudut positif dan tidak lama kemudian, Nora membuang foto tersebut. Sebagai manusia biasa, Nora mengaku bahawa dia juga tidak lari daripada kesilapan. Justeru, sebarang komen berbentuk teguran membina akan diterima dengan hati terbuka.

Rayqal

Meskipun dihimpit kesibukan kerja, tanggungjawab Nora sebagai ibu kepada Rayqal tetap diutamakan. Seawal pukul 6 pagi, Nora bersiap-siap untuk menghantar putera tunggalnya itu ke sekolah walaupun sesi penggambaran tamat lewat pada malam sebelumnya. Rayqal yang kini bergelar pelajar darjah satu di sebuah sekolah antarabangsa mula mengadaptasi kehidupan bersekolah.



Hanya apabila Nora menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur, tugas menghantar Rayqal ke sekolah dan menjemputnya pulang diserahkan kepada datuknya (bapa Jejai). Rayqal juga sudah membiasakan diri berganti tidur di tiga buah rumah; kediaman Nora, Jejai dan datuknya. Biarpun Rayqal perlu menjalani kehidupan begitu, Nora tetap berlapang dada kerana keselamatan anaknya sentiasa terjamin di bawah penjagaan dan pengawasan keluarga.

“Saya dapat lihat perubahan karakter Rayqal. Walaupun masih kecil tetapi dia agak matang berbanding usianya. Rayqal seorang yang penyayang dan sangat melindungi dua adiknya (Putra Rayfal Ramli Rizam Shah dan Putri Raysha Jemaima Rizam Shah),” kongsi Nora yang akan merasmikan kafe butik yang diusahakan bersama empat rakannya, Kopi XOXO yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur pada bulan ini.


http://www.pepatung.com.my/wajah/transisi-sedekad-nora-danish.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 08:16 PM | Show all posts


noradanish   Kembali nya Kak Ika @kartikamohammad  #isteriuntukdijual , dan photobomb bertauliah @fazlihalim   1h
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2015 08:17 PM | Show all posts


noradanish   Moschino teddy sweater from @paris_shoppingheaven  #isteriuntukdijual  15min
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 replied at 4-4-2015 11:53 AM
Wajah Pepatung

Transisi Sedekad Nora Danish

Ada org tu pernah berkata, "QUALITY OVER QUANTITY". Ibarat the POT CALLING THE KETTLE BLACK.

Sebelum ini, penonton tidak memandang serius bakat lakonan Nora dan beranggapan anak bongsu daripada empat adik-beradik ini hanya mahir berlakon sebagai wanita manja, ceria dan lucu. Bersandarkan katalog filem seperti Pengantin Malam, Dua Kalimah dan Bencinta, Nora membuktikan bahawa masih banyak keupayaannya yang belum dicungkil keluar.


Yuhuuu perempuan... Drama yg ko buat pun klu tak sbb supporting actress tu pun bukan meriah pun... Ur latest movie with ur little sistah? Keluaran prof yg tkenal buat film sampah. N u called tat quality? Kesian aku kat peminat ko yg sanjung ko tinggi melangit sampai menjilat vontot. Bersungguh nau kebimboan nya di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 09:15 PM | Show all posts
Edited by kmelankolia at 4-4-2015 09:18 PM
belilies replied at 4-4-2015 08:31 PM
Ada org tu pernah berkata, "QUALITY OVER QUANTITY". Ibarat the POT CALLING THE KETTLE BLACK.

movie tu pon dah banyak versi dr dulu, pengarah yg sama, boring nak tengok, mesti hingar bingar terjerit2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 10:46 PM | Show all posts


bettyrahmad    12h

noradanish   Hahahahhaa 6h
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.330239 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list