CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 13-2-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 13-2-2021 02:53 PM
hope all is good for u. sabar okeh... pdpr ni mmg lah menguji kesabaran.. klu parents side kena ma ...

pdpr ni mmg amik masa, esp nak navigate laptop n google meet/classroom/docs/drive..
bdk2 kena amik tau basic nk operate hardware/software..
selain nk belajar subjek lg..
tu belum lg nk try print ka..

hrpnya thn ni tak de upsr la pleasee.. iols dah juling mata belajar balik n ajar maths. belum masuk lg sains huhuuu.. dah la kena pki the right word or term diaorg.. bm nya lg.. nasib baik eng constant je syllabus dia

ni mmg betul2 learn, unlearn, relearn

tu psl la terjebak tgk kdrama utk hilangkan stress.. kena pulak yg berlakon tu comel ala2 anak ikan.. ok la terhibur kejap sblm kembali mak kau hijauuuu jadi-jadian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Status Terkini #COVID19, 13 Februari 2021
Kes sembuh=3,515
Jumlah kes sembuh=209,289 kes
Kes baharu positif=3,499 kes (3,498 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=261,805
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=958 kes
Kes dirawat di ICU=263 kes
Bantuan Alat Pernafasan=118
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor : 1,345 kes
Johor :  802 kes
WP KL : 511 kes

Pulau Pinang : 138 kes
Sarawak : 152 kes
Perak : 121 kes
Kedah : 111 kes
Sabah : 101 kes
join t.me/Covid_19Malaysia
Negeri Sembilan : 58 kes
Melaka : 50 kes
Terengganu : 46 kes
Kelantan : 44 kes

Pahang : 13 kes
WP Labuan : 2 kes
WP Putrajaya :  3 kes
Perlis : 2 kes

Tiada Negeri +0Kes

INFO RASMI CPRC KKM
t.me/Covid_19Malaysia
#JagaNegaraKita #BreakTheChain #KitaMestiMenang #AllahJagaKita
13 Februari 2021.

JUMLAH KES BAHARU COVID-19 MALAYSIA:-
+3,499Kez Sahaja.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 05:58 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 13-2-2021 12:49 PM
Assalamu’alaikum semua. Sorry sangat.. Akak agak busy minggu ni. Hari ni baru dpt golek2 rehat sebe ...

Waalaikumsalam Kak Leen Salam 1 Rejab..


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .    .   .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
..       .      .      .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2021 06:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:11 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 06:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:15 PM | Show all posts

LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,345 (1)85,840
SABAH10151,216
WP KUALA LUMPUR51131,668
JOHOR80230,345
NEGERI SEMBILAN5813,019
PULAU PINANG1389,759
PERAK1217,308
KEDAH1116,936
SARAWAK1526,425
MELAKA505,631
KELANTAN  443,911
PAHANG133,516
TERENGGANU462,820
WP LABUAN22,224
WP PUTRAJAYA3993
PERLIS2194
JUMLAH KESELURUHAN3,499 (1)261,805
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 3,499 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 1,345 kes
    • 471 kes daripada kluster-kluster; termasuk 38 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Keluli dan Kluster Industri Selesa;
    • 581 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 292 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 802 kes
    • 411 kes daripada kluster-kluster, termasuk 361 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 208 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 511 kes
    • 335 kes daripada kluster-kluster, termasuk 312 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Tapak Bina Jalil Utama, dan Kluster Jalan Tun Razak;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 152 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 138 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 121 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 111 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 101 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 58 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster; termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Bunga Tanjung;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 50 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 46 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster; termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tengah;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 13 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan lima (5) kes kematian pada 13 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
954152927SabahLelaki (WN)32Hospital TawauPenyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
955210225SelangorLelaki (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
956213659JohorLelaki (WN)68Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
957234808TerengganuPerempuan (WN)60Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, liver cirrhosis, dan primary aldosteronism
958252679SelangorLelaki (WN)20Hospital Sungai BulohLimfoma
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER PERSIARAN SYNERGI UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Synergi Utama, Kawasan Perindustrian Synergi Utama, Senai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 712 individu telah disaring, di mana 220 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN i-PARK SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park, Kawasan Perindustrian i-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 643 individu telah disaring, di mana 80 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN LENGKOK SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lengkok, Taman Nusajaya Industri 1, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA LORONG PEEL
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lorong Peel, Taman Maluri, Cheras. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 187 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA JALIL UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Bukit Jalil. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 416 individu telah disaring, di mana 123 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LEBUH KELULI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Petaling, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Selatan, Jalan Keluli, Seksyen 7, Shah Alam. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 664 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INDUSTRI SELESA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 pada 13 Februari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 856 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERSIARAN BUNGA TANJUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-237684) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Bunga Tanjung, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, Seremban. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BUKIT TENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Kawasan Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN TUN RAZAK
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-184668) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Tun Razak. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 884 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:16 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 13 Februari 2021;
  • Jumlah kluster : 972 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 489 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Bakar, Kluster Jalan Timah, Kluster Seragam Chepa, Kluster Restoran Putra, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Pekeliling,Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Pagar Bentong, dan Kluster Jalan Sembrong);
  • Jumlah kluster aktif : 483 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 85 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (271 kes), Kluster Persiaran Synergi Utama (219 kes), dan Kluster Tapak Bina Lorong Peel (187 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Persiaran Synergi UtamaJohorTempat Kerja
2Jalan i-Park SatuJohorTempat Kerja
3Jalan Lengkok SatuJohorTempat Kerja
4Lebuh KeluliSelangorTempat Kerja
5Industri SelesaSelangorTempat Kerja
6Tapak Bina Lorong PeelWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Tapak Bina  Jalil UtamaWP Kuala LumpurTempat Kerja
8Persiaran Bunga TanjungNegeri SembilanTempat Kerja
9Bukit TengahTerengganuTempat Kerja
10Jalan Tun RazakWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 31 Januari hingga 13 Februari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).

Pertambahan 1,345 kes baharu didaftarkan pada hari ini [1,267 tempatan, 1 luar negara dan 77 kes dalam penjara]. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:

GOMBAK - 22 KES

Batu 9
Saringan Kontak Rapat 9

Hulu Kelang 1
Saringan Bergejala 1

Kuang 9
Saringan Kontak Rapat 9

Rawang 1
Saringan Kontak Rapat 1

Setapak 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1

HULU LANGAT - 192 KES

Ampang 74
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 73

Beranang 2
Saringan Kontak Rapat 2

Cheras 74
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 37
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sebelas) 36

Hulu Langat 6
Saringan Kontak Rapat 6

Kajang 29
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 26
Saringan Pra-Pembedahan 1

Semenyih 7
Saringan Kontak Rapat 7

HULU SELANGOR - 120 KES

Hulu Bernam 1
Saringan Bergejala 1

Serendah 6
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja (Kluster Jln Jasmine) 2

Sg Tinggi 36
Saringan Kontak Rapat 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Aman) 35

Penjara 77
Saringan OKT 77

KLANG - 407 KES

Kapar 327
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 37
Saringan Pekerja 18
Saringan Pekerja (Kluster Sg Putus) 271

Klang 80
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 58
Saringan Pekerja 10
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
saringan Pra-Penerbangan 2

KUALA LANGAT - 59 KES

Bandar 6
Saringan Kontak Rapat 6

Jugra 1
Saringan Kontak Rapat 1

Morib 1
Saringan Kontak Rapat 1

Tanjung 12 (1) 9
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja 2

Tanjung 12 (2) 15
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 2

Telok Panglima Garang 27
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 9
Saringan Pekerja (Kluster Kebun Baru) 2

KUALA SELANGOR - 28 KES

Bestari Jaya 8
Saringan Kontak (Kluster Jln Aman) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Aman) 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 6

Ijok 16
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 9
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 3

Kuala Selangor 2
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 2

Tanjung Karang 2
Saringan Kontak Rapat 2

PETALING - 486 KES

Bukit Raja 43
Saringan Bergejala 3
Saringan Bergejala (Kluster Casa Permai) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 4
Saringan Pekerja (Kluster Industri Keluli) 19
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1

Damansara 174
Saringan Bergejala 22
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Kuala) 1
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 2
Saringan Bergejala (Kluster TB Jln Lagoon) 1
Saringan Kendiri 3
Saringan Kontak (Kluster Dataran Utas) 1
Saringan Kontak Rapat 74
Saringan Pekerja 26
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 5
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Subang) 37
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1

Petaling 177
Saringan Bergejala 29
Saringan Bergejala (Kluster Industri Puchong) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 105
Saringan Pekerja 14
Saringan Pekerja (Kluster Industri Keluli) 4
Saringan Pekerja (Kluster Industri Selesa) 15
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pekerja (Kluster TB Jln Lagoon) 3
Saringan Pra-Pekerjaan 4

Sungai Buloh 92
Saringan Bergejala 7
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak (Kluster TB Casuarina) 11
Saringan Kontak Rapat 53
Saringan Pekerja 18
Saringan Pra-Pekerjaan 1

SABAK BERNAM - 8 KES

Sabak 4
Saringan Kontak (Kluster Jln Bagan) 4

Sg Panjang 3
Saringan Kontak (Kluster Kg Hala) 3

Import A (Afrika) 1

SEPANG - 23 KES

Dengkil 17
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 1

Labu 4
Saringan Kontak Rapat 4

Sepang 2
Saringan Kontak Rapat 2

#PutuskanRantaianJangkitan
#SihatMilikSelangor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 13-2-2021 03:38 PM
Satgi klu xde org bukak

@keypochino dah buka...moh pindah...angkut luggage
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sehingga 13 Februari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 13 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 3516 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 221 kes. Terdapat 59 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3274 kes manakala jumlah kematian adalah 21 kes.

*13 KES BARU*

1 Kluster Tanah Putih
1 Kluster Rantau Tanjung
3 Kluster Hikmah Muadzam
1 Saringan Bergejala
7 Saringan Kontak Rapat

13 Warganegara
   
------------------------------------------
Zon Merah:
Daerah Bentong
Daerah Kuantan
Daerah Maran

Zon Oren:
Daerah Rompin
Daerah Pekan
Daerah Temerloh

Zon Kuning:
Daerah Raub
Daerah Bera
Daerah Jerantut
Daerah Cameron Highlands

Zon Hijau
Daerah Lipis
     

Keeping Pahang safe: Lindungi Pahangku
Kita perlu patuh pada SOP bukan kerana takut dengan penguatkuasaan tetapi kita perlu faham bahawa kematian yang berkaitan dengan COVID-19 semakin meningkat. Oleh itu, dengan patuh pada SOP dapat membantu untuk mengurangkan risiko dijangkiti sehingga boleh menyebabkan kematian.
Kepada golongan yang berisiko terutama warga emas, jika bergejala terus datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kerana anda adalah golongan berisiko dijangkiti COVID-19.
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 13-2-2021 05:03 PM
pdpr ni mmg amik masa, esp nak navigate laptop n google meet/classroom/docs/drive..
bdk2 kena ami ...

hahahaha... good luck cikguuuu!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 1.458752 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list