CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kurik

Sembang Berbalas Pantun

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2010 09:47 PM | Show all posts
masak lemak sayur nangka
tambah sedikit air cuka
berpantun cuma bersuka suka
ubatkan hati yang sedang duka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 08:12 AM | Show all posts
pergi berjalan kejohor lama
singgah dipasar membeli lada
pantunkan warisan lama
patut diasa ...
king\'s Post at 6-7-2010 16:42




buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
swit nih baru nak belajar2
kalau salah tolong betulkan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:18 AM | Show all posts
masak lemak sayur nangka
tambah sedikit air cuka
berpantun cuma bersuka suka
ubatkan hati yang sedang duka ...
king\'s Post at 6-7-2010 21:47



tegak tinggi pohon cemara
penghias laman depan istana
hati yang duka rawatlah segera
usah biarkan diri merana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 10:32 AM | Show all posts
buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
swit nih baru nak belajar2
kalau  ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 08:12



berlari dipadang berkejar kejar
berlari dengan berkain pelikat
tak perlu lagi nak tunjuk ajar
cik sweet menang sudah berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 10:35 AM | Show all posts
tegak tinggi pohon cemara
penghias laman depan istana
hati yang duka rawatlah segera
usah b ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 08:18



pohon kuini berbuah lebat
dipetik oleh saudara mara
hati rungsing telah diubat
hati risau bertukar gembira
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:20 AM | Show all posts
berlari dipadang berkejar kejar
berlari dengan berkain pelikat
tak perlu lagi nak tunjuk ajar
cik sweet menang sudah berbakat...
king\'s Post at 7-7-2010 10:32



air di kali usah disukat
kerjanya susah badan tercalar
tidakah berbakat
cuma baru2 ingin belajar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2010 11:22 AM | Show all posts
pohon kuini berbuah lebat
dipetik oleh saudara mara
hati rungsing telah diubat
hati risau bertukar gembira
king\'s Post at 7-7-2010 10:35



pahit bakawali dibuat ubat
warisan tok nenek dahulu kala
begitu cepat hati terubat
swit di sini tumpang bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:44 AM | Show all posts
air di kali usah disukat
kerjanya susah badan tercalar
tidakah berbakat
cuma baru2 ingin be ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 11:20



hensem juga anak teruna
itulah anak darah campuran
berpantun taklah susah mana
kalau tahu cara dan peraturan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 11:48 AM | Show all posts
pahit bakawali dibuat ubat
warisan tok nenek dahulu kala
begitu cepat hati terubat
swit di  ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 11:22



dapat rehat seketika
senang hati tak terkira
hati terubat hilang duka
ada teman ajak bicara
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:57 AM | Show all posts
hensem juga anak teruna
itulah anak darah campuran
berpantun taklah susah mana
kalau tahu c ...
king\'s Post at 7-7-2010 11:44




membina rumah di puncak bukit
tersalah pijak terkena duri
tahu juga serba sedikit
banyak lagi perlu dipelajari...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:59 AM | Show all posts
dapat rehat seketika
senang hati tak terkira
hati terubat hilang duka
ada teman ajak bicara ...
king\'s Post at 7-7-2010 11:48



pisang masak di atas para
warnanya keemasan mengamit rasa
bukankah ramai teman berbicara
takkan dah hilang sekelip mata...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:38 PM | Show all posts
membina rumah di puncak bukit
tersalah pijak terkena duri
tahu juga serba sedikit
banyak  ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 11:57



melayu , jawa. bugis dan banjar
lain kaum sama ugama
mari sama sama kita belajar
mana silap kita perbetul bersama
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:43 PM | Show all posts
pisang masak di atas para
warnanya keemasan mengamit rasa
bukankah ramai teman berbicara
ta ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 11:59




menaiki keretapi menuju ke utara
perginya pagi sampainya pula dah senja
memang ramai teman berbicara
tapi yang sudi berpantun cuma sweet sorang saja
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:38 PM | Show all posts
melayu , jawa. bugis dan banjar
lain kaum sama ugama
mari sama sama kita belajar
mana silap kita perbetul bersama ...
king\'s Post at 7-7-2010 13:38



rotan sehasta diganti akar
akar dianyam menjadi bubu
betul tu sama2 belajar
sama2 juga berkongsi ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:40 PM | Show all posts
menaiki keretapi menuju ke utara
perginya pagi sampainya pula dah senja
memang ramai teman berbicara
tapi yang sudi berpantun cuma sweet sorang saja ...
king\'s Post at 7-7-2010 13:43




gadis melayu bersopan santun
rambut di sanggul terselit kenanga
ramai sebenarnya yang ingin berpantun
cuma mungkin ketiadaan masa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:45 PM | Show all posts
gadis melayu bersopan santun
rambut di sanggul terselit kenanga
ramai sebenarnya yang ingi ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 14:40



pancing siakap dapat gelama
masak pula resipi tiga rasa
mengarang pantun bukannya lama
cerita berkenaan hal ehwal semasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 02:47 PM | Show all posts
rotan sehasta diganti akar
akar dianyam menjadi bubu
betul tu sama2 belajar
sama2 juga berk ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 14:38


mengayuh basikal pergi kekedai
untuk membeli sekilo gula
cik swet memang dah pandai
boleh ajarkan orang yang lain pula
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:52 PM | Show all posts
pancing siakap dapat gelama
masak pula resipi tiga rasa
mengarang pantun bukannya lama
cerita berkenaan hal ehwal semasa...
king\'s Post at 7-7-2010 14:45


dari johor menuju selangor
hendak berziarah rumah cik zaitun
nak cadangkan pada mod johor
adakan tema untuk sesi berbalas pantun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:56 PM | Show all posts
dari johor menuju selangor
hendak berziarah rumah cik zaitun
nak cadangkan pada mod johor
ada ...
cmf_sweetLove Post at 7-7-2010 14:52



beli beras berguni guni
bawa masuk dalam kereta
kan elok kalau bebas macam ni
macam2 hal boleh dicerita
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:57 PM | Show all posts
mengayuh basikal pergi kekedai
untuk membeli sekilo gula
cik swet memang dah pandai
boleh ajarkan orang yang lain pula ...
king\'s Post at 7-7-2010 14:47



semut berarak mencari gula
gula diletak didalam pinggan
amboi pandai je saudara ya
cukup bulan kita banjer makan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055532 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list