|
ADIRA SUHAIMI:NAIB JORE AF PALING COMEL DLM SEJARAH KATANYA!CURLASSTT GITUU!!!
[Copy link]
|
|
Reply 2000# gogo
.. setahu aku.. dia ni satu sekolah dgn Adira dulu.. umur pun same.. haha~ untuk menjaga privacy mereka.. tolong jangan hebahkan brita ini |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by miesya_nubie at 6-6-2010 09:45
Naib Juara AF8 miliki pakej idaman bintang AF5
RASANYA ramai yang setuju sekiranya penulis menamakan bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Dafi, 22 dan naib juara AF8, Adira, 19 sebagai artis paling comel yang dilahirkan menerusi program realiti popular di Astro Ria itu. Justeru, buat pertama kalinya Dafi dan Adira digandingkan dalam satu sesi fotografi.
Ternyata kombinasi itu amat serasi apabila mereka mampu memberikan pose romantik, seolah-olah pasangan sedang bercinta! Dalam pertemuan itu, Dafi mengakui, inilah pertama kali dia bertemu Adira secara peribadi apabila sebelum ini melihat persembahannya menerusi kaca TV saja.
“Apabila saya menatap wajahnya secara dekat, ternyata dia seorang gadis sangat comel! Bagi saya, Adira ada pakej yang memudahkannya bergerak pantas dalam industri seni. Tambahan pula, bintang AF8 turut dibekalkan dengan single dan klip video apabila melangkah keluar dari akademi. Saya yakin, sekiranya bakat Adira disusuli dengan usaha keras, dia mampu pergi jauh dan bertahan lama dalam bidang ini,” katanya. Apabila ditanya, adakah Adira memiliki ciri-ciri gadis idaman yang layak dijadikan kekasih, Dafi tidak berselindung, sebaliknya terus-terang mengakui, kecomelan dan fizikal Adira yang kecil molek memang cita rasanya.
“Tak mustahil suatu hari nanti saya bakal jatuh cinta dengannya... Namun, kemungkinan ke arah itu (bercinta), masih terlalu jauh. Banyak lagi perkara yang belum saya capai dalam kehidupan terutama karier yang baru saja bermula,” katanya lagi.
Tapi, bagaimana pula dengan gosip cinta yang membabitkan Dafi bersama Adeline Tsen apabila mereka dikatakan menjalin hubungan intim selepas kedua-duanya membintangi drama bersiri Hotel Mania, sekali gus Adeline yang kini bernaung bersama MIG Production, dikatakan rela sentiasa dilihat bersama Dafi untuk meraih populariti dalam masa terdekat.
“Saya akui, memang rapat dengan Adeline terutama selepas dua bulan setengah berada di lokasi Hotel Mania. Hari-hari kami bertemu. Kebetulan kami juga sering digandingkan dalam promosi Hotel Mania, iklan DiGi, malah program TV seperti Galaksi Sharp dan Kata Kau. Kami sering bertemu dan pasti timbul salah sangka, padahal kami tak bercinta pun, hanya kawan rapat saja.
“Namun, tidak dinafikan, seandainya cinta itu datang, saya tak pernah menolak, tapi masanya belum tiba... Adeline juga tidak pernah mengambil kesempatan bersama saya untuk mencuri perhatian. Berilah dia sedikit masa lagi untuk membuktikan kemampuannya,” kata Dafi yang juga anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Adira tak menolak cinta
Sementara itu, Adira yang kini semakin sibuk mempromosikan single dan klip videonya, Ku Ada Kamu ciptaan Edry KRU, tidak keberatan mengimbas kegagalan cinta monyet ketika dia berada di alam persekolahannya. Akui Adira, dia sangat setia apabila bercinta, justeru cinta monyet hanya pernah berlaku sekali saja!
“Dalam usia yang masih terlalu mentah, saya tidak pernah mencari atau menolak cinta. Namun, keutamaan saya ketika ini terhadap kerjaya untuk membuktikan kepada keluarga, bidang seni mampu menjamin masa depan. Buat pertama kali juga, Astro dengan kerjasama KRU Studios mempertaruhkan single dan klip video kami, justeru saya tidak mahu mempersiakan kepercayaan dan harapan mereka,” kata Adira.
Bagaimana perasaan Adira apabila pertama kali bertemu Dafi?
“Kebetulan sebelum menyertai AF8, saya memang meminati Dafi, sekarang dah jumpa depan mata. Tapi, saya terharu apabila Dafi memberitahu, saya memiliki ciri-ciri gadis idamannya. Namun, masing-masing masih muda, biarlah kami berkawan saja, tidak sesuai gadis seperti saya bercakap soal hati. Saya yakin, apabila sudah berjaya dalam karier, pasti kita akan dipertemukan dengan jodoh yang sesuai, insya-Allah,” katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai dira...apsal la amik gambar gini |
|
|
|
|
|
|
|
alahai dira...apsal la amik gambar gini
kopokpedaih Post at 6-6-2010 11:50
jurukemra yg suruh amik gambar camtu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi ada budak dira ema adik badik kat kenduri kawin sedara kawan aku.
tapi tak sempat jumpa diorang. bila sampai, diorang dah balik.
kalau tak, nak gak tepek gamba sini buat korang cuci mata. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik gila rambut adira.
btw, unduk ngadau (i.e. ratu ka'amatan) itu chantik skaly. umo baru 18 tuh dengar cita. dem! patut la orang kata cantik. memang stok2 hot! (tapi bimbo kata kawan aku pasal dia ngajo budak tuh. haha). |
|
|
|
|
|
|
|
Prefer ADIRA rambut pendek, lagi nampak comel. Skrg nmpk mcm EMA lagi muda. |
|
|
|
|
|
|
|
.. tapi kalau tengok dari jauh.. dua2x nampak muda.. dua2x nampak lawa.. giler ah^^.. hehe.. best dgn adira and ema kelmarin malam.. tapi sadnye yg bikin spoil hujan pula da~~.. haha^^.. xpe ;).. dapat gak bgamba dgn adira and ema ^^!
kalau xsilap aku.. Unduk Ngadau yang dalam gambar tu wakil ranau untuk pertandingan akhir.. dapat masuk top 10 lagi ;).. hehe~.. tapi yg aku pelik ni kadang2x ade yang xlawa pun boleh masuk top 3.. haha~.. maybe lain kot cara judge diorang. .xpasti~ hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2012# 1NJ3
lor...kan ke beauty queen pageant tidak diadili dengan moka cantik semata2.otak pon harus cantek ok. ingat lagik Miss USA tahun bila tah tak cantik lansung. muka maskulin. tapi personaliti ok. jawapan pun menunjukkan IQ beliau agak tinggi.
aku penah tengok pertandingan unduk ngadau where the contestant takleh jawab lansung soalan sedangkan soalan tu tahap pmr je...tak ingat soalan apa. tapi punya la bodo pompuan tu. bimbo ya amat. dok sengih2 atas pentas sampai la pengacara suruh balik pegi tempat dia (time tu suma contestants baris kat belakang). memalukan sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
jap3x. kwn i ada tag i kt gmbr kenduri fmly dia, along dia kawen katanya, dia tag i kt gmbr adir ...
gogo Post at 7-6-2010 17:21
oh. mak dia bekas pengetua smk kundasang eh? slalu gak jumpa mak kawan ko tu kalau gi korsos. haha.
takde la. bukan aku yang sedara dengan diorang. kawan aku sedara pengantin pompuan. dia ajak la aku g kenduri tuh.
tapi tatau la pula kenduri yang sama ke tak...coz tempat aku ni, almost everyday ada orang kawin. serentak lagik tuh. 1 kampong mau 5-6 orang yang kawen. hoh. buat aku jeles aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chazey at 7-6-2010 22:26
btw korang,
google nama si dirah neh tadi lalu jumpa website ini:
http://www.thinkbabynames.com/meaning/0/Adira
katanya:
The girl's name Adira \a-di-ra\ is pronounced ah-DEER-ah.
It is of Hebrew origin, and its meaning is "strong, noble, powerful".
Adira has 2 variant forms: Adeera and Edira.
Baby names that sound like Adira are Adara, Adra and Adora.
baru tau ekceli "Adira" nama yisharel. tak sangka. |
|
|
|
|
|
|
|
btw aku prefer adira rambut pendek dr panjang sbb aku rasa rambut dia yg asli pendek aritu lbh cantik+comel...sbnrnye aku suke adira pun sbb rmbut dia yg cantik tue... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2017# gogo
oho...pengantin ko pakai baju putih. pengantin haku pakai baju ijo. definitely not talking about the same wedding la kita neh.
btw ada orang komen kat fb adira yayang suhaimi bahawasanya diorang memang wat tour masa balik ranau ari tuh: tour melawat orang2 kawin katanya. makanya, tak heran la adik badik neh bleh berada di kenduri yang berlainan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|