Jangan lupa juga saksikan Melodi Raya terutamanya episod 2 yang menampilkan Sepah dalam persembahan program ini.
credit:murai.com.my
SINOPSIS:
Tampil dengan konsep 3 Dimensi iaitu dimeriahkan denganpersembahan nyanyian, komedi dan temubual sensasi, rakaman Melodi Raya 2011telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC), malam kemarin. Malah, persembahan tersebut juga diraikan bersamaartis-artis lama dan baru serta penggiat seni di industri hiburan untukmenghangatkan lagi program hiburan paling popular di TV3, Melodi khas untuktontonan Raya ini. Terdapat dua episod rakaman yang akan bersiaran di MelodiRaya 2011. Episod 1 dihoskan oleh pengacara sensasi yang semakin serasidengan program Melodi, Zizan dan Dira Abu Zahar. Pasangan ini nyata berjayamenceriakan lagi program tersebut dengan celoteh mereka yang begitu spontan danbersahaja. Manakala , Melodi Raya Episod 2 pula memaparkan sesitemubual sensasi yang dikendalikan oleh Wahid Senario dan Dira Abu Zaharbersama 2 pengacara jemputan iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahira. Bezanya,Melodi di minggu kedua raya, ianya memaparkan artis -artis yang terpaksamenjawab soalan-soalan panas.
Antara artis dan pelawak yang menjayakan segmen komediadalah Saiful Apek, Johan, Kumpulan Sepah dan Kumpulan Senario
Waktu Tayangan:
Melodi Raya Episod 1 akan bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri Ke-6 dan Melodi Raya Episod 2 akan bersiaran pada raya ke-13 iaitu hari Ahad jam 12.30 tengahari. |