CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 6-2-2012 08:32 PM | Show all posts
Cerita kedua.
Pertengahan tahun 2006, Kak Maz dan Kak Jea habis study dan keluar dari rumah sewa kiteorang.  Ajad pulak tukar tempat belajar dan dia mintak dekat sikit dengan family, homesick katanya. Kak nurul plak berhenti belajar sebab dapat kerja.

Leen pindah masuk bilik master room. Jadi bilik leen yang dulu tu kosong. Dipendekkan cerita, masuk la housemate baru, Kak Nurul(akak yang lain bukan Kak Nurul yang sebelum ni), Kak Zura dan Kak Yon. Dalam tiga-tiga orang ni Kak Nurul la paling happening sekali. Kalau dia ketawa, kalau x pecah suasana rumah, bukan dia la tu.

Satu hari, time tu petang. Dalam pukul 4,5 petang. Leen dengan Kak Yana pergi dapur nak masak megi. Atas dapur ni betul-betul bilik akak-akak bertiga tu. Kalau dorang buat bising kat atas, orang yang kat dapur mesti dengar.

Time tengah borak-borak dengan Kak Yana sambil masak, kiteorang dengar Kak Nurul ketawa dengan cara dia tu la. Pas tu leen cakap kat Kak Yana, apa la yang dorang gelakkan sampai macam tu sekali Kak Nurul ketawa.

Kak Yana pun ajak leen naik atas jumpa akak-akak bertiga tu nak tanya story apa yang dorang tengah bualkan sampai ketawa terbahak-bahak.

Masa leen tolak pintu bilik dorang tu, punyala kiteorang terkejut yg akak-akak bertiga ni rupanya tengah tidur lepas balik kelas.
Kiteorang turun balik sambil garu kepala. Leen tanya Kak Yana betul ke yang kite dengar tu cara gelak Kak Nurul, Kak Yana cakap betul la.

Malam tu, leen tanya dorang. Dorang cerita apa sampai gelak macam orang gila. Tapi bila leen dan Kak Yana naik, buat tidor plak. Dorang balas balik, mana ada kiteorang borak, balik kelas terus kiteorang tidur. Penat punya pasal.

Uh, lagi la leen konfius.

Ada lagi satu cerita. Time ni mama leen pulak kena kat rumah sewa tu.. To be continue.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 08:54 PM | Show all posts
Salam... hi...
Leen cuma jadi SR seminggu ni sebab baru jumpa thread ni. Nak dekat seminggu jugak  ...
eddeleen Post at 6-2-2012 20:01



    Waalaikumsalam...
    Welkam2....  beh gak pengalaman uols
    ....siler le sambung story bila free nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:32 PM | Show all posts
Salam,

Aku ada sedikit pengalaman berkaitan "tetamu" tak diundang ni. ni kisah benar yang berlaku dekat aku..

Masa tu pertengahan 2010, aku baru je menyewa rumah di seri kembangan. fyi, aku masih belajar masa tu, tengah cuti sem nak masuk tahun akhir. rumah ni dua tingkat, ada 4 bilik, aku menyewa seorang dan tido dalam bilik master bedroom.

Satu malam ni, aku terasa macam nak tido atas karpet. waktu tu dah jam 2 pagi (aku memang biasa tido lewat). so, aku matikanlah lampu sebab dah ngantuk. bilik aku taklah terlalu gelap, sebab ada pencahayaan dari tiang lampu betul-betul depan rumah aku.

Tengah sedap-sedap tido tu, tetiba aku terjaga. dalam keadaan mamai tu aku terpandang sesusuk tubuh tengah berdiri berdekataan pintu bilik aku (lebih kurang semeter dari aku), seolah-olah sedang memerhatikan aku tido.

Aku cuba amati betul-betul, sebab mula-mula ingatkan bayang atau pun mungkin perasaan aku je. namun makin lama dipandang, makin jelas kelihatan. ianya setinggi pintu, berfizikal perempuan lengkap berambut panjang mengerbang, seluruh tubuh berwarna hitam/gelap.

Gugup jantung aku masa tu, lantas aku memejamkan mata kerana ketakutan. setelah beberapa minit, bila dah mulai rasa tenang, aku pun bukalah mata sedikit demi sedikit untuk mencuri-curi lihat. terperanjatnya aku pabila mendapati makhluk itu masih memandang aku!

Paling menakutkan makhluk itu bukan lagi berada di pintu, tapi sedang bercangkung betul-betul disebelahku! ya Allah! rasa macam nak pengsan waktu tu. berderau darah aku! apa lagi, aku pun pejamkan balik mata aku. masa aku pejam tu, memang dapat rasa makhluk tu cengkam lengan aku. aku baca ayat kursi berulang-ulang kali dalam hati sampailah aku terlelap.

Tanpa disedari makhluk itu hilang dengan sendirinya, dan apabila aku sedar dari tido, hari dah pagi. sejak dari itu, setiap kali tido, aku memang takkan padam lampu. kalu tidak, mesti akan dihempap ataupun bermimpi buruk.

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by eddeleen at 8-2-2012 17:51

Leen bersyukur sangat sebab benda-benda tu tak muncul dan tunjuk rupa dia.


Masa final semester, akak-akak bertiga tu pindah masuk master room lepas Kak Yana keluar semester lepas sebab dah tamat belajar.


Time ni final exam, leen dan Kak Nurul study dekat bilik. Time tu dah pukul 1 pagi. Disebabkan bilik tu panas, leen bukak pintu balkoni. Angin malam masuk memang nyaman sangat nak study.


Leen study sambil duduk dan pinjam meja kecik housemate untuk buat nota, dekat dengan pintu balkoni. Kak Nurul pulak baring sambil hafal note.


Tengah khusyuk study, tiba-tiba dengar orang panggil nama leen. Lembut je dekat tepi telinga. Leen ingat Kak Nurul panggil, so dengan pantas leen tengok Kak Nurul tapi Kak Nurul still hafal note. Dalam hati, leen cakap Kak Nurul ni nak main-main kot mungkin penat menghafal.


Leen pun sambung study balik. Lepas tu, dengar orang panggil kali kedua. Leen pandang balik Kak Nurul tapi Kak Nurul still menghafal dengan muka serius. Leen dah pikir ni bukan Kak Nurul panggil ni, ni mesti benda lain. Leen tanya Kak Nurul,Kak Nurul panggil leen ke? Kak Nurul cakap, tak la. Sah, bukan Kak Nurul.


Cepat-cepat leen tutup pintu balkoni. Kak Nurul tanya kenapa tutup. Leen senyum je. Terus sambung study. Alhamdulillah tak jadi pape malam tu.


Esoktu lepas habis paper, leen dan Kak Nurul jalan kaki nak balik rumah. Tanya balik betul ke Kak Nurul tak panggil leen time kami study kat dalam bilik semalam.Kak Nurul cakap betul akak tak panggil. Leen cakap sapa yang panggil, betul-betul kat telinga leen. Kak Nurul geram kenapa suara dia je jadi mainan benda tu. Leen senyum je malas nak cakap pape.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by eddeleen at 7-2-2012 14:39

Ni pulak cerita yang leen cakap mama leen kena. Tapi tak ada la seteruk yang chef kena, siap nak berlawan semua. Mungkin dia tahu ilmu kat dada leen ni tak sehebat chef, nak lawan pun tak guna kan.. hehe.


Ok sambung.


Time ni dah abis exam. Dalam rumah ni semua final semester. So, bila dah habis final exam, semua angkat barang la. Rumah jadi kosong. Time ni leen duduk sorang. Abah janji nak datang lusa sebab lusa baru abah cuti. Yela, bukan dekat. 5 jam dari kedah.


Malam tu leen tido sorang-sorang kat hall sambil buka lampu dan TV. Takut kalau gelap sorang-sorang. Malam tu alhamdulillah, tak jadi apa-apa. Bangun-bangun je dah pagi.


Tunggu punya tunggu, akhirnya mama ngan abah sampai. Sampai pun masa tu tengah malam. Abah pulak sampai-sampai je, borak kejap terus tidur kat hall. Leen ajak mama tidur tingkat atas sebab kat tingkat atas ada tilam-tilam yang housemate leen tak nak bawak balik. Mama cakap tak payah la, mama teman abah kat bawah.


Leen pun naik atas nak tidur. Letak-letak kepala je, terus rasa mengantuk. Dalam keadaan separuh sedar tu, tiba-tiba dengar kat bawah macam orang jalan tapi malas angkat kaki.. bunyi sreeettttt... sreetttt... leen pikir time tu mungkin mama jalan nak pergi toilet.


Leen nak tolong mama sebab kat rumah ni pelik sikit. Kt bawah ada bilik stor tapi tak ada pintu. Maksudnya, kalau masuk bilik tu tak payah buka pintu la sebab pintunya memang tak ada. Lepas tu pulak lampu bilik stor, lampu dapur dan lampu toilet terbakar. Pompuan, biasala mana reti nk tukar fius lampu kalimantang. Dah tu plak dapur tu tak ada tingkap. Kalau tengahari pun gelap sebab tak ada tingkap, kalau nak masak time tengahari, kteorang akan buka pintu dapur, baru terang dapur tu.


Ok, back to the story, leen nak tolong mama sebab kalau nak pergi toilet tu kena pakai lilin. Lilin pulak kena cucuh kat dapur gas. Tapi leen tak boleh bangun sebab mengantuk sangat-sangat sampai tak larat nak bangun. Pas tu leen dengar ada orang buka gas kt dapur,  bunyi dia ‘ketanng..ketang’.. leen pikir, oo mama tahu rupanya kena cucuh lilin. Lega la.. tidur dengan aman malam tu.


Esok tu leen saja usik mama, tahu pulak pasang lilin nak pegi toilet mama ni. Mama leen pelik. Mama leen cakap sapa pulak yang pergi toilet. Leen cakap la, bukan mama ke yang pergi toilet tu, sebab leen dengar orang jalan dan buka dapur gas.


Mama leen cakap, “takla, rumah ko ni seram. Ko naik terus mama tidur. Siap mimpi hantu lagi.”


Mama cerita lagi “hantu tu keluar dari bilik stor dan masuk ke dalam dapur. Dia macam berjalan tapi tak ada kaki. Perlahan-lahan dia masuk dapur. Time tu mama dah takut tapi mama pandang je sampai dia hilang ke dapur. Bila mama kalih ke dinding, mama nampak dia cangkung dekat dengan kepala abah. Time tu mama tak tahu mama sedar ke mimpi.”


Mama leen ni boleh pulak buat berani dan tegur dia. Mama cerita “mama tanya kat hantu tu, nak apa. Tapi hantu senyum. muka dia pucat tapi bersih. Putih. Dia pesan dengan suara garau, jangan bergaduh-gaduh dan jaga rumah tangga. Pas tu dia hilang.”


Sebab masa on the way nak ke KL, mama dan abah leen bergaduh. Gaduh-gaduh manja. Hehe..


Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 03:01 PM | Show all posts
Waalaikumsalam...
    Welkam2....  beh gak pengalaman uols
    ....siler le samb ...
Keduarc Post at 6-2-2012 20:54



   mekasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2012 11:00 AM | Show all posts
memang dapat rasa makhluk tu cengkam lengan aku

amr17 Post at 6-2-2012 23:32



   
mcm mane rasa nye kena cengkam dek makhluk tu..hehehe...keesokan pgnya x de kesan ke kat tgn ko?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:18 AM | Show all posts
          Dia pesan dengan suara garau, jangan bergaduh-gaduh dan jaga rumah tangga. Pas tu dia hilang.”

eddeleen Post at 7-2-2012 14:16 [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php
?goto=findpost&pid=47603250&ptid=602906][/url]


  hehe....klakar la hantu tu, siap masuk mimpi mama leen semata-mata nk bg nasihat n pesanan berguna...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 12:46 PM | Show all posts
Reply 2027# sismawar


    Rasa macam kena pegangla (macam orang pegang gitu). sebelum ni pun pernah kena pegang atau terpegang tangan makhluk ni. takde kesan apa2 pun. lepas baca ayat kursi tu, tak berapa lama dia lepas. pastu tertidola dalam ketakutan. sedar2 dah siang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 12:55 PM | Show all posts
hehe....klakar la hantu tu, siap masuk mimpi mama leen semata-mata nk bg nasihat n pesanan ber ...
sismawar Post at 8-2-2012 11:18



   aa.. masa mula-mula mama cerita, rasa takut tapi ending dia lawak jugak... hmm... tula, bergaduh sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply 2025# eddeleen

ni mesti antu tu tompang nek keta sekali ngan parents leen, kalo dak mana dia tau depa dok gaduh2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 05:50 PM | Show all posts
Reply  eddeleen

ni mesti antu tu tompang nek keta sekali ngan parents leen, kalo dak mana dia ta ...
cmf_jy77 Post at 8-2-2012 16:24


ye kot... hehe.. dia pun rimas kot abah n mama dok bergaduh dalam kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 06:14 PM | Show all posts
Reply  gedget81


    Ada ke cerita yang belum bersambung?..huhuhu.. Maaf ye tak ingat pulak.. N ...
chefmizan Post at 13-1-2012 03:15



Chef, maaf rasenye citer pasal asrama chef ttg budak yg name kanyo yg dirasuk tu blum disambung lg kot..
ke saya yg terlepas pandang??? ampunnn...

Saya SR je sblum ni, tergerak ati nk komen lak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 08:13 PM | Show all posts
salam.....
hi, leen nk cerita something......

sebelum ni leen rasa kalau kena kacau mesti malam-malam... tapi rupa-rupanya tak ek?
ada yg leen baca cerita chef, kawan-kawan lain.. ada kena kacau siang-siang.

ok, sekarang ni leen sambung study kat sebuah universiti kat utara tanah air. leen ulang alik dari rumah je sebab U leen ni 10km je dari rumah.

sekarang ni tengah cuti.. minggu depan baru naik balik pas sebulan cuti.

tadi, teman abah g bank-in duit kt U leen. turun sekali dengan abah sebab nak pergi toilet. time masuk toilet ni, ada 4 bilik air. yang ketiga tu pintu tutup rapat. ada orang la kot, leen pikir.

leen pun masuk yang last sekali.. yang keempat.. sebelum masuk, leen tengok kat sinki, paip air tu berbuka dan air keluar. malas nak tutup, nak setelkan diri dulu sebab dah tak tahan sangat.

masa masuk bilik air tu, leen pikir "ish, senyap je orang sebelah ni".. tak pe la, dah setel panggilan alam tu, leen pun keluar. sempat lagi tengok kat cermin sambil nak keluar tu, leen tengok pintu sebelah still tertutup rapat. oh, tak keluar lagi rupanya orang sebelah ni, detik hati.

leen pergi kat sinki yang paip air terbuka tu, basuh tangan dan nak tutup balik la pili air tu.. susah jgak nak tutup paip tu, kena pusing banyak kali (tak macam paip air yang selalu kita buka tutup tu)... pusing punya pusing, last-last tertutup jugak pili air tu. dah tu, leen nak betulkan tudung.

time nak betulkan tudung, terpandang pulak pintu yang tertutup rapat tu (pandang kat cermin), time pandang tu, tiba-tiba rasa nak melompat, pintu tu dah terbuka setengah. time bile pulak terbuka. sebab time nak keluar toilet tu, leen pandang masih tutup lagi..

tak pikir banyak, lari keluar.. adoi.. dah la kat situ sunyi... buat orang terkejut pulak..

nasib tak nampak apa-apa....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by hest at 8-2-2012 21:27

Reply 2008# micci
micci tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 09:27 PM | Show all posts
Salam,

Aku ada sedikit pengalaman berkaitan "tetamu" tak diundang ni. ni kisah benar yang berlaku ...
amr17 Post at 6-2-2012 23:32



   waduh serem banget deyh.... baru igt nak tidur tutup lampu malam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 09:33 AM | Show all posts
Assalam,

Orange pun nak share citer sket tapi tak seram sangat la. Tapi benda ni baru je berlaku pada 6 Feb 2012 lepas. Hari Isnin tu kan cuti Maulidur Rasul jadi saya ngan family balik kampung sbb keesokkan harinya (Thaipusam) saya plan nak memancing ngan suami. Hehe. Saya ni kaki pancing tau..

So malam tu saya cadang tidur cepat sbb plan nak bangun awal dlm jam 4 pagi. Nak masak nasik goreng utk bekalan masa memancing. Dalam pukul 11 saya dah tidur, anak2 sibuk main saya tak hirau la. Saya tidur atas toto jer depan tv kat ruang tamu.

Tengah malam tu saya terjaga. Memang saya jenis yang tiap2 malam akan terjaga. Bila terjaga tu saya sedar suami saya tidur kat sebelah tapi bila saya jenguk kat sebelah suami anak2 tak ada. Saya terfikir anak2 saya tidur dimana sbb biasanya time tidur diorang akan carik mak bapak dorang nak nyelit. Saya agak2 mereka tidur dalam bilik la so saya pun bangun jenguk kat bilik. Memang betul pun anak2 saya tidur terbongkang dalam bilik tu dengan lampu terpasang. Saya sempat ambil handphone dan tengok jam. Baru pukul 3.04 minit. Saya setkan pukul 4 pagi kemudian saya baring semula sebelah suami.

Bila saya berkalih ke sebelah kanan, mata saya direct terus ke dapur. Masa tu laa saya ternampak kelibat tubuh seperti memakai baju kelawar warna putih. Yang menarik perhatian saya ialah baju kelawar dia berkibar2 macam bendera kena tiup angin. Susuk tu berdiri tegak tapi nampak separuh jer sebab terlindung oleh pintu. Bila saya cuba panjangkan leher nak jenguk, susuk tu terus menyelinap hilang.

Saya tak rasa takut pun masa tu cuma pelik apa benda tu yer. Saya buat andaian mungkin adik ipar saya yang bangun kot. Tapi bila adik ipar saya bangun pagi tu saya tengok dia pakai baju tidur seluar panjang bukan baju kelawar. Cuma saya terpikir adakah masa saya bangun mamai2 jenguk anak saya tu benda tu mmg ada di situ sbb jarak dia berdiri ngan bilik anak saya cuma 3 langkah jer.

Tapi kalo ikut citer forumer biasanya jubah makhluk tu kaler kuning kusam dan kotor kan tp baju kelawar yg saya nampak ni punyalah putih berkilat bila kena lampu bilik anak saya tu mmg menyerlah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 09:42 AM | Show all posts
oo..lupa nak bagitahu rumah mak saya kat kampung ni slalu kehilangan duit. Masa saya sampai petang tu, ayah saya hilang RM50. Ada orang tolong tengok rumah saya bagitahu benda tu keluar masuk jer rumah mak saya ni mcm jadik port dia plak. Tapi benda apa tu saya tak pastilah.

Bila balik kpg ada masanya saya rasa ok ada masa saya rasa seram sgt sampai nak gi buang air pun mintak suami teman padahal baru pukul 12 mlm.

Itu je la cite saya yg x berapa seram ni. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 03:03 PM | Show all posts
bila la chef nak sambung citer dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 01:24 PM | Show all posts
Reply 1# KAULAT

Kaulat ngan Chef ada hutang tau.... cerita x abis sambung

Kaulat pasal darah perah limau tu.....
Chef plak yang pasal tanam tulang ikan tuh



tread yg besttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060679 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list