|
[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101
[Copy link]
|
|
whitney houston and elizabeth taylor tak datang ker JC, alang2 abam michael ada sama |
|
|
|
|
|
|
|
#teampakmujib #teamkiera
Baru bace Pilot Mean girl 2 aku dah gelak sorg2...hahahaha.... aku tak heran langsung dgn watak Hans ni... aku lebih suke Pak Mujib...can you, JC, describe more about him?.... fizikal die, rupe paras die...kalo ade FB die pon bole jugak....hahahaha
1. die soh beli rokok
2. soh beli cempedak goreng
and yang paling tak bole blah, si Hans ikut je tanpa failed....hahaha
*anak JC mesti pompuan sbb tu asik tgk cite Frozen je....hehehehe.....
kuat betul aura dan tarikan SMTBL ni sebab ramai yg register cari.com sbb nak komen siri Mean Girls.... nanti aku try slow talk dgn Michael Ang pasal cerita ko ni JC....hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
laila_zi posted on 14-10-2014 02:38 PM
whitney houston and elizabeth taylor tak datang ker JC, alang2 abam michael ada sama
Haha....... jgn dilupa hakak marilyn monroe ngan abam elvis presley jugak |
|
|
|
|
|
|
|
siape_aku posted on 14-10-2014 03:56 PM
#teampakmujib #teamkiera
Baru bace Pilot Mean girl 2 aku dah gelak sorg2...hahahaha.... aku tak ...
Haah kan.....da la ader nm hans.....jgn pasnih timbul lak kristoff
Aku rase bile jc layan doter dia tgk frozen.....dia yg terover dr doter dia senirik...hahaha
Sesilap berlari dia ke icity sbb nk buat olaf |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa... like this ok JC.. adiba knowles.. kehenseman JC mula naik kembali setelah ku rasa tenggelam sedikit masa finale Mean Girls.. |
|
|
|
|
|
|
|
TITLE: Mean Girl 2 [2]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2
[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Kiera and Hans dah berbaik.. Laina tahu nama sebenar entiti ankerr beliau
[The Latest Trends]
Seminggu dua Laina mmg xindah seperti insan normal yg lain, Laina diganggu oleh makhluk x berfaedah hampir setiap malam.. Xde malam berlalu samada Laina x melalui penampakan duplicate beliau di hujung katil atau suara2 aneh memanggil2 nama beliau dari jauh.. Setiap hari ade je idea lahanat oleh Adiba Knowles memporak perandakan hidup Laina.. Selain meng-adjust rambut di hujung katil, Adiba juga menjerit2 pada tengah malam, Adiba juga menarik2 tangan dan kaki Laina ketika tidur.. Ini menyebabkan Laina mengalami insomia yg agak kronik apabila waktu tidurnya diganggu..
Sampailah ke satu hari yg maybe Laina dah penat sangat or dia dah xlarat nak ambik port pasal galau-bilau (read: pengacau-an) yg melanda.. Dan Laina mula dapat rentak tidur kembali walaupun Adiba Knowles melompat2 di tepi katil atau diatas badan Laina sekalipun.. Dan, Adiba Knowles mula mencari cara baru mengacau Laina dengan penampakan sekilas pandang dimana2 Laina berada..
Laina masuk toilet adjust make-up, ZASSSS, muka Adiba dekat cermin.. Laina dengar mp3 pakai earphone, ZASSSSS, suara Knowles panggil2 nama Laina.. Laina upload gambar di instagram, ZASSSSSS, Adiba photobombnya (read: selit kat tepi) Laina.. Habis beratus2 comment pasal penampakan Laina double sampai harian metro meminta kebenaran Laina menggunakan gambarnya.. Tapi sebab suggest title adalah "Laina Sempat Minta Baulu Dari Ibunya Sebelum Di Photobomb Hantu", "Padah Selfie Bersama Makhluk Halus" atau "Menjerit Photo Di Bom!! (read: Photobomb)" membuatkan Laina cancel utk memberi kebenaran kepada akhbar itu..
Dan, pada satu malam yg hening and Laina pun mcm kebanyakan wanita yg lain yg sedang ber-ABC (read: Allah Bagi Cuti or Period or Ovulation Process or Moon Coming, well aku xtahu ayat mane yg sopan), dia terdedah kepada perkara2 mistik 2 kali ganda.. Kebetulan, kerja Laina agak banyak, maka terpaksalah dia duduk office agak lewat.. Lebih kurang pukul 11, dia pun baliklah dari office menuju ke rumah memandu..
Dia pun bukaklah radio IKIM fm, radio rasmi ketika memandu keseorang dimalam hari sebagai meminta dijauhkan dari gangguan2 makhluk halus.. Walaupun pada malam tu IKIM fm mengadakan segment sembang pelajar Universiti yg agak kurang membantu tapi nak xnak Laina terpaksalah bukak bagi mengurangkan rasa gemuruh dirinya.. Laina menumpukan perhatiannya terhadap jalan and akhirnya dia pun berjaya belok disimpang rumahnya and rumah Laina nampak dihadapan matanya.. Laina menarik nafas lega, dia pun menekan minyak untuk lebih cepat sampai ke rumahnya..
BAMMMMMMMMMMMMMMM!! (sfx: lagu terperanjat)
Adiba Knowles melekat di cermin depan kereta Laina, Adiba literally meniarap dihadapan cermin kereta Laina merenung tajam.. Ini bukan saje membuat Laina xdapat memandang ke depan, Laina menjadi panik.. Di bukak wiper kereta untuk menghalau Adiba Knowles.. Xjalan.. Di high-beamkan lampu kereta secara panik.. Xjalan.. Dipancutkan air dari wiper kereta.. Hampeh.. Dan dalam keadaa panik jugaklah, Laina stepon degas (read: tekan pedal minyak ke lantai)..
SCRETTTTTTTTTTTT!!! DUMMM!! PEW PEW PEW~~ KEDEGANGGG!! BUSSSSSS!!(sfx: kereta meluncur laju, melanggar tempat duduk batu, melayang ke udara, menghentam tembok rumah, beg udara terbukak)
[Tears in Heavens]
Haji Mujib yg tengah mebelek2 comic amazing spiderman yg diwarisinya sejak turun temurun duduk betul2 dihadapan pintu bilik Kiera yg tertutup sambil memasang telinga mendengar anak gadisnya tergelak-gelak kecil bercakap phone.. Kadang-kadang ditekapkan telinganya dipintu bilik sebab Kiera bercakap agak perlahan.. Kadang-kadang di baringnya atas lantai sambil melihat dari bawah pintu bilik utk tengok apa yg berlaku, walaupun x nampak, tapi worth the try la kan.. Ummi hanya mengeleng2 kepala sambil adik Kiera memegang hand phone meng-vertical videokan gelagat ayahnya..
Tiba-tiba suara Kiera senyap.. Haji Mujib menekan telinganya lagi kuat ke pintu, di tekan lagi, tapi suara Kiera x keluar jugak.. Then, Haji Mujib dengar tapak kaki Kiera berjalan ke arah pintu dan membuka pintu.. Kiera sedikit terkejut bila dibukak pintu, muka ayahnya tercegat dihadapan pintu..
Kiera: Ayah!!
Haji Mujib: (squatting) Aku.. Aku.. Aku tengah bershokan (note: bukan salah eja disini)!! Ko jangan pikir bukan2!!
Kiera: Wait, what!! Ayah!! Laina eksiden, masuk hospital!!
Haji Mujib yg sedang bangun bertinggung bangun bertinggung terus terduduk.. Direnung tepat ke arah Kiera..
Haji Mujib: Hospital mana? Hospital mana?
Belum sempat Kiera bagitau nama hospital, Haji Mujib dan siap memakai baju, seluar, kasut dan separuh badan dah keluar dari rumah tanda ready berlepas.. Kiera sebut je nama hospital, terus Haji Mujib meluncur laju dengan Vitara kesayangannya menuju ke arah hospital meninggalkan Kiera dan keluarganya dirumah.. Haji Mujib gugup dan panik, perwatakan yg jarang2 ditonjolkan oleh Haji Mujib.. Tapi, Laina special pada Haji Mujib, bukan je dia rawat Laina dan bukan juga sebab jam tangan hadiah Laina yg dipulas2nya sepanjang perjalan ke hospital, tapi Laina mmg dianggapnya anak angkat dia sendiri, and dia risau pasal Laina, and he is not afraid to show it..
Sampai dihospital, Haji Mujib park betul2 di hadapan pintu hospital tanpa menghiraukan Vitaranya yg bakal di clam, dia terus turun dari Vitaranya sambil berjalan laju masuk kedalam Hospital.. Berpusing-pusing akak atas kerusi roda akibat dirempuh Haji Mujib, bertempiaran terbang pasu bunga dihadapan pintu hospital akibat aura Haji Mujib, pecah kaca pintu automatik hospital akibat xsempat bukak masa Haji Mujib berjalan masuk, terangkat beberapa skirt nurse sebab impak angin deru dari kelajuan Haji Mujib.. Kesimpulan perenggan impak diatas adalah Haji Mujib meluncur laju ke arah Laina seperti slogan Vitara kesayangan beliau..
Akibat puting beliung yg berlaku dan bakal berlaku, receptionist Hospital yg tergamam dengan tindakan pak cik separuh abad menghentam hospital, tanpa banyak tanya terus dibenarkan Haji Mujib ke wad kecemasan dimana Laina berada.. Tapi, disebabkan keadaan Laina yg kritikal, Haji Mujib hanya dibenarkan melihat Laina dari cermin wad kecemasan.. Maka, bersepailah hingus Haji Mujib di cermin itu apabila mukanya melekat kuat untuk melihat keadaan Laina..
[So Long Laina]
Keadaan Haji Mujib hanya dapat ditenangkan bila Ummi dan Kiera sampai di hopital dan tarik Ayahnya dari cermin wad kecemasan.. Dari malam, sampailah ke pagi, family Laina pun ada yg datang dan pergi, Haji Mujib setia menunggu di depan wad sambil mulutnya xlepa membaca surah Yassin.. Teriakan Haji Mujib yg mengakibatkan 3-4 orang wanita di wad martenity bersalin awal dari tarikh setelah mendengar keadaan Laina stabil dan boleh dipindahkan ke wad biasa..
And disebabkan effort Haji Mujib yg mengalahkan ayah Laina, dia dijemput masuk antara orang2 yg terawal utk melihat keadaan Laina yg ber-wayar2.. Even stabil, tapi Laina still xsedarkan diri and Doktor dalam report awal hanya memutuskan bahawa Laina eksiden akibat dari kepenatan berkerja..
Haji Mujib datang hampir setiap hari melawat Laina sampailah Laina sedar dan pandangan pertama yg dia nampak adalah Haji Mujib yg sedar ber-bwahahahaha (read: gelak mcm dinosaur) dgn nurse.. Punyalah happy Haji Mujib masa Laina bukak mata, sampai 3-4 orang lagi mak buyung bersalin xcukup tarikh..
Lepas Laina dapat grasp apa yg dah terjadi and dalam suara tersekat2, dia cuba menceritakan apa sebenarnya yg berlaku.. Haji Mujib dan keluarga Laina yg berada disitu mendengar dgn tekun sambil menahan marah ke makhluk yg bernama Adiba..
And, masa Laina tengah lemah bercerita Kiera dan Ummi pun masuk ke dalam wad.. Laina memandang lemah ke arah muka Kiera yg tersenyum.. Then, tiba-tiba Laina terpandang satu muka yg xdiredhainya dibelakang Kiera, muka tersebut bukanlah muka Adiba Knowles, tapi muka lelaki bernama Hans.. Mcm ada satu semangat yg mengawal Laina.. Laina terus menjerit2 kearah Hans.. Tanpa mengendahkan keluarganya, Haji Mujib, nurse, doktor dan beberapa pesakit yg sedang kesakitan, Laina berada diluar batasan.. Di balingnya segala yg dicapai oleh dirinya, bantal, kerusi, nurse dan juga besi penyangkut drip ke arah Hans..
Masing2 yg dalam kelam-kabut cuba menenangkan Laina, tapi keadaan menjadi lebih parah bila Laina menjadi super saiyan (read: kuat sangat) dan mengangkat heart monitor utk dibaling kat Hans.. Haji Mujib pun dgn spontan menjerit..
Haji Mujib: Laina!! SHTAPPPP!!!
Laina terus lemah and pengsan, and masa Laina jatuh ke atas katil hospital semua yg berada didalam wad tersebut nampak satu kepala keluar dari dinding diatas Laina keluar dari dinding menjenguk Laina, and kemudian dalam beberapa saat masuk balik ke dalam dinding.. Dan lembaga tersebut mmg 100% menyerupai Laina..
Then, dengan pemandangan yg xlogik tu, terus satu wad tu kelam kabut dengan jeritan2 dari nurse, family Laina, Ummi, Hans, heart monitor dan pesakit2 lain.. Dalam keadaan kelam kabut tu, terdengar suara Kiera mencucuk2 belakang badan Haji Mujib..
Kiera: Ayah, kenape Laina boleh keluar dari dinding? Bukan Laina tengah pengsan ke?
Haji Mujib hanya mampu facepalm then menyising lengan utk menyetelkan semua orang yg berteriak2 dalam wad tersebut..
TU BI KON TI NUW~~
[AFTERMATH]
Everyone, fasten your seat belt, next episod aku nak time travel!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hadoila Kiera....
Last edited by cik.amy on 15-10-2014 09:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
baahahahahahaahah!!
thorbaik lah abam JC punye gaya penceritaan!!
Kiera punyer tahap blur pun Lvl 9999 cemana tah~~
Yg benar,
SR
ngee~~
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung!
sambung!
sambung!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...haji mujib the best!!! patut la anak sengal ubi xde perasaan mcm kiera.....abahnye pon mcm hampeh!! haha
#ailebiuhajimujib! |
|
|
|
|
|
|
|
best!! haji mujib mcm hero citer ni pulak
Sambungggg...
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhh...
kencang dada aku membacanya wehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Seat belt on now....
Debor lak eden nk tau next episode |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiann Laina...dolu2 kawan aku ader gakk kene gini..kalo dier lambat smayang jer..muler laa nampak penampakkan..aderr skali nampak pompuan muker pucat rambut baby doll tgk dier |
|
|
|
|
|
|
|
Tears in Heaven ... abam aric clcapton tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
seeri_7843 posted on 14-10-2014 04:23 PM
Haha....... jgn dilupa hakak marilyn monroe ngan abam elvis presley jugak
akak marilyn and abam elvis canot sebab dah terlalu kertu huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sambung jc |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...... aku pang jugak kiera tu nnti......
Tp hj mujib nmpk sgt cumel.....cam budak 2 thn...hakhakhak
Tu sbb aku nk jd fan dier...... |
|
|
|
|
|
|
|
ai pun SR jer..ikut SMTBL..tpi x baca hri2...sbb mudah teringat n terimagin..awak (saya) penakut benonya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|