CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakasotong

Rumah Borak FS V6: post #2448 #rayfalturns3

 Close [Copy link]
Post time 7-4-2016 10:20 AM | Show all posts
ade pulak foreginer dok tanya ape yang fasha and wan maimunah ckp kan

darshanharan about 12 hours ago
What she say? @vonsheikh
vonsheikh Instagram photo
vonsheikh about 12 hours ago
@darshanharan she say "sex magnet at 3am but today we will go back early , alaaaaa not always. Daughter: love you mom. Mom: what? Daughter:love youuuuuu Mom: oh love you too.
vonsheikh Instagram photo
vonsheikh about 12 hours ago
@darshanharan Mom: oh love you too 34567 *
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 10:53 AM | Show all posts
Comelnya jemima..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 11:16 AM | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 01:12 AM
Letopssss sgt style posing tu

fashasandha Coming soon

kalau boleh tag sekali FIL from hell, biar beringat yg sekarang Fasha da takda nak serve hubby makan. susah tau zaman sekarang nak dapat isteri yang macam FS buat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 01:12 AM
Letopssss sgt style posing tu

fashasandha Coming soon

While Nowa Jendowl pula..dia n bf makan sedap2..holidy sana sini..anak campak kebuluran kat rumah PS..anak pun dah rupa org tak berzat.
Pastu beri alasan anak susah nak makan..penyudahnya sampai umur 6thn anak masih pakai botol susu..
Dasar pemalas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 04:01 PM | Show all posts
fashasandha Sumpah tak berjanji. Tiba2 je me and adik @ezadibrahim pakai baju n seluar warna sama. Jadi, kena amik gambaq dulu sebelum mula shooting ❣

sherryibrahim


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 04:02 PM | Show all posts
fashasandha

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2016 04:06 PM | Show all posts
fashasandha #Repost @hitsutusan with @repostapp.
・・・
Salam semua.Hendak tahu apa cerita @fashasandha yang semakin hari semakin cantik ini? Kenalah baca Hits Utusan Malaysia. Lagi-lagi gosip betul ke @nitahamzah buat muka? Haa ! Cepat-cepat, jangan lupa tau !
.
#UtusanMalaysia #HitsUtusan #FashaSandha #BintangRTM2016

nitahamzah
rindu girl

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:53 PM | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 01:38 AM
azuracouture "Beauty is how you feel inside.and it reflects in your eyes..."
coming soon!! FASHA S ...

cantiknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu kalau korang perasaan..fasha ni sempoi gila,banyak brg dia aku tgk beli kat Mr.diy..termasuk gelang warna warni kat ig sape td aku tgk..pix dia dgn budak kecik.

Lepastu cermin mata mainan yg jemyma main dlu mcm mata lalat tu,aku nmpk kat diy terus beli gak.anak aku sebaya jemyma.ada bnyak lh aku nmpm.kalau dia dlu cakap xnk manja n mewahkan anak,ada betolnya lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:21 PM | Show all posts
SELEPAS diceraikan oleh Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39, pada 20 Januari lalu, ramai risau jika pelakon Fasha Sandha, 32, tidak dapat menghadapi dugaan itu. Rupa-rupanya Fasha bukanlah wanita lemah seperti yang disangka, sebaliknya, dia menjadikan perceraian itu sebagai permulaan untuknya meneruskan kehidupan bersama dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, dua tahun sembilan bulan dan Putri Raysha Jemyma, setahun lima bulan.

                  
Malah, ada pula yang berpendapat, pasangan itu akan kembali menjalin hubungan sebagai suami isteri, apabila Jejai memuat naik ucapan selamat ulang tahun kepada Fasha Sandha pada 28 Mac lalu di Instagramnya. Ramai yang berpendapat itu tanda-tanda ke arah penyatuan semula. Lagipun Fasha turut memuat naik semula ucapan bekas suami di Instagram miliknya.
Siapa sangka, ucapan Jejai kepada Fasha mendapat like yang paling banyak di Instagram Jejai dan begitu juga tatkala pelakon itu melakukan perkara yang sama di Instagramnya, lebih 30,000 orang telah like.
Dalam kalangan peminat, ramai yang mahu melihat artis kesayangan mereka itu bersatu semula dengan bekas suami kerana kedua-dua mereka masih lagi dalam tempoh idah.
Tatkala soalan itu ditanya kepada Nur Fasha Sandha Hassan, yang ditemui sewaktu pelantikannya sebagai duta minyak Wangi Fasha Sandha by D’Haja, baru-baru ini, dengan berhemah dia menjawab.

Hits: Apabila bekas suami ucap selamat ulang tahun ke-32 pada Fasha, apa yang dirasa?
Fasha: Saya sebenarnya terkejut dengan ucapan yang diberikan dan ucapan itu juga mendapat like paling tinggi di dalam Instagram dia. Bila saya muat naik semula ucapannya di Instagram sendiri, tak sangka boleh mendapat like lebih 30,000.
Saya yakin peminat mendoakan yang terbaik untuk kami tetapi saya lebih anggap sebagai sekadar ucapan sahaja untuk selamat hari lahir saya, tidak lebih daripada itu.
Adakah ucapan itu tanda-tanda untuk Fasha dan Jejai berbaik semula?
Saya lebih nampak itu sebagai satu penghargaan daripada Jejai, saya anggap dia menghargai saya sebagai ibu kepada anak-anak dia. Saya tidak anggap itu untuk kami merujuk semula. Pada saya keadaan sekarang ini lebih baik dan tenang.

Kenapa Fasha memuat naik semula ucapan Jejai? Untuk apa?
Sebenarnya bukan ucapan dia sahaja yang saya memuat naik tapi rakan-rakan lain juga. Mana-mana ucapan yang saya nampak ‘cantik’ dan menarik, saya muat naik. Paling seronoknya, tahun ini sempena ulang tahun, saya dapat sembilan biji kek.

Selepas bercerai, ada Jejai hubungi Fasha?
Adalah sesekali dia telefon, lagipun dia masih lagi papa untuk anak-anak saya.

Hubungan Fasha dan Jejai masih baik?
Kami baik atas dasar dia adalah ayah kepada anak-anak saya. Lagipun perpisahan kami pun bukan kerana kami, bukan kerana dia atau saya tetapi kerana pihak lain dan keadaan.

Ada tak Jejai menyuarakan hasrat untuk kembali berbaik?
Benda itu terlalu peribadi untuk saya berkongsi.
(Haters jgn nak fitnah citer lain!)

Sebelum ni Fasha ada cakap, kalau nak kahwin kena ada restu? Kenapa berkata demikian selepas mendirikan rumah tangga selama empat tahun dan ada dua orang anak?
Oleh kerana saya tidak pernah ada pengalaman berkahwin, jadi sebelum berkahwin saya fikir sebagai suami isteri, kita boleh meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sebenarnya, tidak. Selepas melalui alam rumah tangga barulah saya sedar bahawa perlu restu, sebab tanpa restu akan berlakulah pelbagai dugaan di tengah jalan apabila melibatkan keluarga.

Hubungan dengan bekas mentua macam mana?
Tidak tahu, tidak berhubung. Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu saya kongsi dengan orang ramai. Ada sebab saya tidak berhubung.

Anak-anak pula macam mana?
Saya mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak-anak.

Imbas semula, kenapa masa dalam mahkamah menangis?
Saya menangis kerana terkejut dengan situasi yang berlaku, terkejut melihat ramai wartawan yang menunggu di bawah terasa macam konsert pula. Pada hal kita tidak bagi tahu sesiapa pun tapi biasalah wartawan kan boleh hidu. Waktu saya diajukan beberapa soalan dan masa itu rasa sebak. Saya juga rasa sebak sebab itulah pertama kali saya melihat bekas suami menangis. Sepanjang saya berhubungan dengan dia selama 11 tahun itulah kali pertama saya melihat dia mengalirkan air mata tak henti-henti.

Masih sayang tak?
Itu terlalu peribadi untuk saya jawab, takut disalahertikan kalau saya jawab soalan itu. Maaf.


Anak-anak bila tidak bersama ayah, macam mana mereka?
Sekarang mereka tidak faham situasi tersebut (perceraian) sebab masih kecil lagi. Mereka gembira macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagipun mereka memang rapat dengan saya.

Sebagai ibu tunggal yang baru, bagaimana nak urus anak-anak dan kerjaya?
Insya-Allah boleh. Cuma sekarang ini jadual saya sangat padat, di mana saya menjalani penggambaran tanpa henti. Sebelum ini saya berlakon drama Tentang Hati, 26 episod untuk RTM, lepas tu 18 episod untuk TV3, tayangan Ramadan nanti, lepas tu saya akan jalani penggambaran drama bersiri panjang, Laloba, 120 episod untuk Astro.

Rezeki selepas bercerai?
Saya pun tak tahu, saya sendiri tertanya kenapa lepas bercerai tiba-tiba tawaran berlakon datang sampai bertindih dan terpaksa tolak beberapa tawaran. Tapi saya anggap itu sebagai satu berkat dan perancangan Allah, mungkin untuk anak-anak.

Jejai ada datang melawat anak-anak, atau Fasha yang bawa mereka bertemu dengan bekas suami?
Ada situasi, dia datang jumpa anak dan bawa mereka berjalan-jalan. Kadang-kadang kita berjumpa di luar tapi saya yang menetapkan berapa kali dia boleh jumpa. Saya tidak letakkan had tapi ikut kesesuaian saya punya masa. Tapi hak penjagaan pada saya dan belum boleh bermalam dengan Jejai.

Ada tak rasa serik dengan perkahwinan?
Serik tu tak, sebab saya bersyukur kerana dapat anak dua orang. Itulah harta yang saya cari 10 tahun dulu. Saya selalu impikan untuk jadi mak, jadi saya tidak serik dengan perkahwinan tersebut. Jadi saya belajar sesuatu yang tinggi nilainya iaitu apabila berkahwin perlu mendapat restu. Itu yang saya belajar daripada perkahwinan saya sendiri.

Lama tak Fasha bersedih?
Beberapa hari sahaja kerana saya terkejut dengan keadaan itu, mungkin tiga empat hari sahaja. Selepas itu saya sibuk di lokasi penggambaran. Saya seronok sebab di lokasi pun orang tidak tanya. Mereka buat macam biasa saja.

Bila ramai dah tahu yang Fasha single, tentu ada yang mula mengintai hati Fasha. Sudah bersediakah untuk terima orang baharu?
Tiada komen. Maaf, sebab kalau komen nanti jadi lain.

Sekarang semakin langsing, ada apa-apa sebab?
Kurus sebab buat Muay Thai sejak dua bulan lalu, untuk keluarkan peluh. Sambil belajar, kita tumbuk orang. Mana tahu kalau ada watak yang memerlukan aksi lagak ngeri, saya boleh buat sendiri. Saya ada lagi 3.8 kilogram (kg) untuk turun mendapatkan berat sebelum bersalin kira-kira 50 - 55 kg. Kalau masih isteri orang pun saya nak kurus juga, bukan sebab saya sudah solo.

Bila waktu lapang, apa yang Fasha selalu buat dengan anak-anak?
Selalunya kami pergi tengok wayang atau jalan-jalan naik LRT sebab Rayfal suka kartun Choo Choo Train atau lepak di rumah.

Bagaimana pula persepsi masyarakat terhadap Fasha?
Alhamdulillah, masyarakat lebih terbuka dan mereka sentiasa memberi semangat supaya terus kuat meneruskan kehidupan. Saya hanya menjaga disiplin kerana untuk kekal dalam industri ini adalah disiplin. Sebab itulah bila mereka tahu saya kembali single, mereka tawar drama beratus episod.

Tak mimpi jadi duta
Sebelum bersetuju menjadi duta untuk D’Haja, Fasha Sandha memberitahu, dia pernah mendapat beberapa tawaran untuk menjadi model minyak wangi.Bagaimanapun dia tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut kerana tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi model minyak wangi.
Namun, semuanya berubah apabila pengasas D’Haja, Ija Ahmad menawarkan dia untuk menjadi model selama setahun, Fasha tidak menolak.
“Entahlah bila kak Ija tanya dan kata nak jadikan saya model untuk minyak wangi keluaran D’Haja, saya tidak terus kata okey. Saya kata padanya, saya suka bauan yang lembut kerana selama ini saya pakai Miracle Lancome. Dia kata minyak wangi yang dihasilkan memang sesuai dengan saya dan bila diberi, ternyata bauannya menepati cita rasa saya.
“Minyak Wangi Fasha Sandha by D’Haja ni boleh dibawa solat, itu yang buatkan saya teruja dan ia boleh dipakai oleh semua peringkat usia. Harganya tidak mahal, RM37 sebotol. Bauannya tahan sampai 12 jam. Memang berbaloi kalau memilikinya,” katanya yang turut terlibat dalam proses pembikinan minyak wangi berkenaan.
Jelas Fasha, untuk permulaan, sebanyak 20,000 botol telah ditempah oleh para stokis dan sebagai duta untuk jenama tersebut, dia bersedia untuk melakukan promosi bila-bila masa.
Antara sebab lain yang menyebabkan Fasha bersetuju untuk menjadi duta pewangi itu adalah kerana rakan baiknya, Rita Datuk Sosilawati turut mengeluarkan pakaian rekaannya di bawah jenama RTW Rita by D’Haja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2016 05:21 PM
SELEPAS diceraikan oleh Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39, pada 20 Januari lalu, ramai risau jika pe ...

Tq anna...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:14 AM | Show all posts
dr pemerhatian setiap gmbr2 fs.. dia seorang yg merendah diri sebab kepala dia menunduk.. kalau musuh fs si  JH tu byk gmbr mendongak ke langit mcm ala2 nampak bagus la kononn.... sebab tu fs lebih disenangi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:35 AM | Show all posts
LaLA_ replied at 8-4-2016 11:14 AM
dr pemerhatian setiap gmbr2 fs.. dia seorang yg merendah diri sebab kepala dia menunduk.. kalau musu ...

agree..me pon perasan..yg lg sorg tu fefeling mcm diva..kepala mendongak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:51 AM | Show all posts
shizikato replied at 8-4-2016 11:35 AM
agree..me pon perasan..yg lg sorg tu fefeling mcm diva..kepala mendongak..

kan.. jgn cakap orang laa cube kite sendiri yg selfie gaya tunduk dgn gaya mendongak ape yg kite rasa.. mcm tu laa kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
fire_place replied at 7-4-2016 05:19 PM
Satu kalau korang perasaan..fasha ni sempoi gila,banyak brg dia aku tgk beli kat Mr.diy..termasuk ge ...

Sheols mmg xmewahkan sgt anak2 sheols. Ade forumer mana ntah haritu bgtaw anaknya ade baju yg sama dgn baby jemyma n baju tu baju dia beli kat tesco harga 20 hengget jah.

Fasha ni meols tgk jenis xkisah jah pakai guna barang2 yg xde brand n barang2 murah. Jenis bersederhana gitu hidupnya. I bet sheols mesti berjimat2 simpan duit utk benda yg lg penting
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:21 PM | Show all posts
kakasotong replied at 8-4-2016 12:13 PM
Sheols mmg xmewahkan sgt anak2 sheols. Ade forumer mana ntah haritu bgtaw anaknya ade baju yg sama ...

bagosla..
beringat sementara ada..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 03:47 PM | Show all posts
kakasotong replied at 7-4-2016 04:06 PM
fashasandha #Repost @hitsutusan with @repostapp.
・・・
Salam semua.Hendak tahu  ...

gambar ni aku jadi x puas nak teliti muka Fasha..
lain macam...cantik sangat...x tau nak cakap mcmana..
wlupun hari tu dalam kamera jurufoto yg diupah tu x berapa nak menarik, tp bila dh published kat paper ni, nampak cantik sangat..
wlupun rambut agak x berapa cantik, tp perasan x make up dia 'sesuatu'..


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 04:07 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-4-2016 03:47 PM
gambar ni aku jadi x puas nak teliti muka Fasha..
lain macam...cantik sangat...x tau nak cakap mc ...

walau makeup tak cantik tapi manis & seri tu nampak.. hehe.. sesuatu tu aura kah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
News kat portal astro gempak ni psl Nora. Tp dan2 lg si miss k dok selit kisah fasha. Komen gurau2 followers psl nak kenenkan fasha n sm faisal pn boleh dibuat bahan berita

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 04:13 PM | Show all posts
ada video pasah masak nasi goreng utk krew...

pasah cakap "takde laki, masa utk orang shooting jela"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 1.824201 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list