CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 6-4-2009 04:30 PM | Show all posts

Balas #2037 Herlina\ catat

hehehe.....

player la ni kena panggil lembu 2 3 ekoq....

kes isap rokok kuat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 05:18 PM | Show all posts
main baguih tapi kalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:50 AM | Show all posts

Reply #2042 hyphrigian's post

hang mcm tau hal2 dalaman player kedah no..

tau mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 05:05 PM | Show all posts

Balas #2044 cak!\ catat

hehehehehe.....

info direct dari player....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 08:40 AM | Show all posts

Balas #2045 hyphrigian\ catat

Kedah menang smlm no. Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:13 AM | Show all posts
menang 2-0 semalam dlm afc cup......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #2047 jofizo's post

ya ka..xtau plak ada game smlm..lawan sapa tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:26 PM | Show all posts

Reply #2048 cak!'s post

ooo..dah dpt..

Kedah (Malaysia) 2-0 Eastern Athletic (Hong Kong)
Farizal Rozali

ALOR SETAR, 7 April (Bernama) -- Pasukan Kedah memungut tiga mata berharga apabila menewaskan Eastern Athletic dari Hong Kong 2-0 pada perlawanan Kumpulan G Piala AFC yang berlangsung di Stadium Darulaman di sini malam Selasa.

Gol pertama dihasilkan pada minit ke-27 menerusi Mohd Farizal Rozali yang menanduk cantik menewaskan penjaga gol Eastern Yapp Hung Fai hasil sepakan percuma Badrol Bakhtiar.

Pada minit ke-77, Kedah menambah gol kedua setelah umpanan cantik Mohd Farizal berjaya disempurnakan Mohd Azrul Ahmad yang bijak merembat masuk bola menewaskan Yapp.

Dengan kemenangan itu, Kedah berkongsi tiga mata dengan tiga pasukan lain selepas mengharungi tiga perlawanan dalam kumpulan G, dengan kelab Chonburi FC dari Thailand berada di tangga teratas dengan enam mata.

caiyok2!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 12:33 PM | Show all posts
dpt masuk quater-final mengulangi pencapaian musim lepas pun dah ok dah..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:20 PM | Show all posts

Balas #2046 Herlina\ catat

terima kasih kak.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 01:00 PM | Show all posts
jumpa ganu plak sabtu nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 02:31 PM | Show all posts
menang lagi.. dan diharap terussss menanggggg!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 11:21 AM | Show all posts
tahniah..... bukan senang woo kedah nak menang kat KT
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:25 PM | Show all posts
menang tuuu kat tempat lawan..



tapi kalo lawan big 5..hancur lakk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 12:06 PM | Show all posts

Pasukan Kedah mampu bangkit kembali

JIKA tidak mengenali Mohd. Azraai Khor Abdullah, mungkin ada yang akan menyangka seorang guru sekolah daripada seorang jurulatih yang mencipta kehebatan menjulang gelaran treble berganda untuk dua musim bersama skuad Kedah.

Jurulatih bercermin mata ini seorang yang tenang di luar padang tetapi kaya dengan taktik bola sepak dan sentiasa mahu menimba ilmu.

Di sebalik kejayaannya meraih gelaran juara, sehingga menimbulkan rasa 'cemburu' di kalangan jurulatih lain, dia sebenarnya percaya pasukan mudanya masih banyak perlu dipelajari.

Sememangnya benar. Tanpa pemain import untuk membantu, mungkin sukar untuk mencari kejuaraan tetapi Azraai bukanlah orang yang mudah putus asa dan membiarkan keadaan itu menjadi penghalang untuk mencapai matlamat tersebut.

Sekalipun harapan begitu tinggi musim ini untuk mempertahankan kesemua gelaran dan trofi yang dimenangi, beliau sebenarnya telah maklum dan berusaha untuk mempertahankannya.

Pasukan Kenari memulakan musim 2008/2009 agak lesu, apabila tidak konsisten dalam saingan Liga Super di samping tersingkir daripada Piala FA.

Namun, kesukaran itu sedikit demi sedikit di atasi dan kini Kedah menduduki tangga kelima, malah menetapkan tempat tiga teratas sebaik tamat saingan musim ini.

Ramai yang beranggapan, keadaan ini disebabkan ketiadaan pemain import, tetapi setahu ramai, jurulatih terbabit bukanlah seorang yang mudah mengalah.

Pada saat saya menulis artikel ini, Kedah bakal berdepan dengan kelab Eastern Athletic dari Hong Kong dalam saingan Piala AFC di Stadium Mongkok, 21 April ini dan Azraai tidaklah gusar dengan keadaan itu.

Baginya, pengalaman adalah perkara paling berharga walau apa jua keputusan sekalipun. Apa yang penting daripada pengalaman itu akan menjadikan pasukannya lebih bersedia dan matang berdepan cabaran dalam tempoh akan datang.

Bukan sukar untuk melihat jurulatih ini membina satu pasukan yang kuat pada masa hadapan walaupun beliau menerima tekanan kuat daripada peminat tempatan.

Beliau mempunyai misi tersendiri terhadap pasukan yang sedang dibinanya dan seperti jurulatih-jurulatih lain yang memberikan tumpuan kepada pemain muda.

Sungguhpun Kedah sukar untuk mengulangi kehebatan dan kejayaan dua musim lalu, tetapi saya percaya kejayaan manis itu pasti berulang kerana Azraai adalah orang yang mempunyai misi.

Rashid Salleh adalah penyampai sukan SportsCenter di ESPN
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 12:07 PM | Show all posts

Mohd. Azraai calon tunggal FAM?

KUALA LUMPUR - Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah mungkin merupakan calon tunggal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengisi jawatan jurulatih kebangsaan.

Ini kerana dua lagi nama jurulatih yang disebut-sebut iaitu K. Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda) untuk mengisi jawatan itu belum menerima tawaran secara rasmi atau tidak daripada FAM.

Azraai pula dilaporkan telah menerima panggilan daripada FAM berhubung perkara itu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan.

Jurulatih yang membimbing Kedah menjuarai tiga kejohanan (Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super) dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008 itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang keputusan kerana masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kedah.

Dalam pada itu, Devan ketika dihubungi Bernama berkata fokusnya kini adalah untuk membimbing pasukan Selangor pada saingan Liga Super yang baru dipimpinnya awal musim ini.

"Jika ditawarkan jawatan itu, saya bukannya menolak bulat-bulat tapi masih memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun bagi mencari dan menambah pengalaman," katanya yang membimbing Kuala Muda Naza menjuarai Liga Perdana pada musim lepas.

Sementara itu, Dollah yang kini membimbing pasukan berstatus kelab yang berpangkalan di Pahang, Shahzan Muda, turut mengesahkan tidak ada menerima sebarang tawaran daripada FAM berhubung jawatan itu.

"Saya cuma mengetahui perkembangan mengenai jurulatih kebangsaan melalui akhbar sahaja tapi saya kini tetap memberi tumpuan kepada Shahzan Muda," kata jurulatih berusia 46 tahun yang pernah membimbing Selangor memenangi tiga piala pada 2005 iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana.

Sabtu lepas, Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkata, pelantikan jurulatih kebangsaan mungkin akan dibuat dalam tempoh masa dua minggu kerana beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau berkata, calon jurulatih berkenaan pernah membawa kejayaan kepada pasukan yang dibimbingnya dan FAM masih berunding dengan persatuan negeri terbabit.

Jawatan jurulatih kebangsaan kini kosong setelah FAM pada 1 Februari lepas memutuskan untuk menamatkan kontrak bekas jurulatih negara, B. Sathianathan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 10:01 AM | Show all posts

KFA berat hati lepas Azraai

Oleh SHARIZA ABDULLAH
[email protected]

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin boleh memikirkan nama lain bagi calon jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kerana majikan ketua jurulatih skuad Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah semalam mengakui keberatan untuk melepaskannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya berat hati untuk melepaskan Mohd. Azraai selepas ketua jurulatih skuad bola sepak Sang Kenari itu telah lama menabur bakti termasuk membawa skuad Hijau Kuning muncul juara treble berganda.

Bagaimanapun, katanya, KFA sedia mengadakan perbincangan jika FAM benar-benar ingin melamar Mohd. Azraai yang kontraknya akan berakhir dengan persatuan itu pada hujung tahun ini.

"Memanglah (berat hati).... dia sudah lama duduk sini (melatih pasukan Kedah).

"Kita 'bela' sampai hebat orang nak ambil mana boleh, tunggu dulu tengok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kedah ditanya sama ada KFA sedia melepaskan Mohd. Azraai jika FAM melamarnya sebagai jurulatih skuad bola sepak negara yang baru.

Utusan Malaysia melalui laporan Bernama kelmarin menyiarkan bahawa Mohd. Azraai mungkin merupakan calon tunggal FAM bagi mengisi jawatan tersebut.

Ini kerana dua lagi nama jurulatih yang disebut-sebut iaitu K. Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda) untuk mengisi jawatan itu belum menerima tawaran secara rasmi atau tidak daripada FAM.

Mohd. Azraai pula dilaporkan telah menerima panggilan daripada FAM berhubung perkara itu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang keputusan kerana masih mempunyai kontrak dengan KFA.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, sehingga kini FAM masih belum menghubungi KFA berhubung perkara berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:48 PM | Show all posts

Azraai akur keputusan KFA

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
[email protected]

KETUA jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah sedia menerima apa sahaja keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada mahu melepaskannya atau tidak.

Ketika ini, nama Azraai disebut-sebut sebagai calon tunggal untuk mengemudi skuad kebangsaan.

Menurut Azraai, sebagai jurulatih profesional, beliau akur dengan sebarang keputusan yang bakal diputuskan majikannya berhubung lamaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, beliau sememangnya berminat dan bersedia untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan kerana mahu mencuba cabaran baru yang lebih besar.

"Saya suka cabaran. Setelah membimbing pasukan domestik, rasa teringin untuk menggalas tanggungjawab lebih besar membentuk pasukan kebangsaan.

"Namun, segala-galanya terserah kepada majikan saya, KFA dan FAM. Apa sahaja keputusan saya akur," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pembukaan kedai barangan sukan, Al-ikhsan di Jalan Teluk Wan Jah, Alor Setar semalam.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, KFA berat hati untuk melepaskan Azraai yang memiliki reputasi tinggi dengan skuad Kenari.

Menurut Azraai, secara peribadi, beliau juga agak keberatan untuk meninggalkan Kedah setelah membentuk ramai pemain muda berpotensi.

"Saya tidak boleh membelakangkan majikan berbincang secara sulit dengan FAM untuk menerimanya tetapi menyerahkan kepada majikan untuk memutuskannya," katanya yang mempunyai kontrak bersama Kedah hingga Disember 2010.

Tambahnya, jika dilepaskan KFA untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan, beliau tetap memikirkan nasib pemain dan pasukan Kedah yang akan dibimbing jurulatih baru.

"Dalam bola sepak, jurulatih mempunyai cara berbeza untuk membimbing pasukan termasuk pencarian pemain selain pendekatan takti- kal dan teknikal.

"Lain padang lain belalang. Saya lebih gemar membentuk pemain muda kerana mereka boleh memberi harapan kepada pasukan. Ada juru- latih suka mengambil pemain berpengalaman. Itu berbeza dan ia terserah kepada jurulatih," katanya.

Ditanya langkah yang akan diambil setelah menerajui skuad kebangsaan, Azraai memberitahu: "Saya akan membentuk pasukan dengan pemain muda selain menyerapkan beberapa pemain senior yang masih mampu menyumbang kepada pasukan."
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 02:29 PM | Show all posts

Patuh kata KFA

Oleh Mohamad Hussin
[email protected]

JURULATIH Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah akur dengan keputusan majikannya yang enggan melepaskan beliau sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berminat mengambilnya sebagai ketua jurulatih baru pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, beliau masih menaruh harapan supaya jawatan itu dapat disandangnya kerana sudah bersedia memikul tanggungjawab selain mahu memartabatkan arena bola sepak ke peringkat lebih jauh.

揝aya akur dengan keputusan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang enggan melepaskan saya. Lagipun kontrak saya dengan KFA sah sehingga Disember 2010.

揝aya sungguh terharu dengan kenyataan Datuk Seri (Azizan) kerana apa yang saya buat selama ini untuk memajukan bola sepak Kedah amat dihargai,
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 07:49 AM | Show all posts
aku cadang FAm offer kontrak kat azraai macam guus hiddink, bagi dia jadi coach untuk 2 team kedah ngan malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 1.374339 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list