|
RIANZ PARADISE VOL. 58- VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA DI RADIO2
[Copy link]
|
|
Originally posted by sweetmm at 25-1-2009 22:51
Ler kan aku dah teka tu; betul ke tak? jawapan kak sweetnya betul...kak bling jawab dari depan ke belakang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 25-1-2009 10:51 PM
Ler kan aku dah teka tu; betul ke tak?
sweet, si Erika sebok2 nak berforum gak, dok tanya sapa lg yg ada, dash ade, sweet ade?? yg pakai spek ade? (hanee kot)......penat ni...dia bowing baru gaduh dgn daddy |
|
|
|
|
|
|
|
seperti yg dijanjikan!!!!!
"Kalau Ijah tak sakit dulu, kita dah bertiga bercuti kali ni" entah kenapa aku selalu teringatkan anak yg ku kandung dulu. Ketika kami berasmara di Pulau Redang tahun lepas anak kami telahpun bersama di dalam rahimku dan tahun ini dia sepatutnya sudah berumur beberapa bulan. Tentu hidupku bkn lagi spt sekarang, tak mungkin dapat berehat begitu dgn ada anak kecil di sisi. Mataku berkaca-kaca. Inilah agaknya perasaan ibu2 yg kehilangan anak walaupun hanya bbrp bulan berada di dalam perut. Azam hanya berdiam diri dan matanya memandang jauh di laut tenang yg semakin gelap.
"Sayang, jomlah, dah gelap" suara Azam bagai mengejut ku dr mimpi. Kami berjln beriringan, Azam memeluk pinggang ku rapat ke tubuhnya. Sebaik sahaja menghampiri villa kami Azam berhenti dan tersenyum manis, ada seorg pekerja wanita hotel menunggu di depan pintu juga tersenyum.
"Sawadika " katanya lembut sambil menyembahkan tgn kedadanya. Aku juga tersenyum membuat perkara yg sama. Seronok melihat budaya Thai yg begitu indah dan halus, cara pertuturan yg unik sekali. Azam mengangguk kpd wanita itu dan memandangku.
"Tutup mata, I have a surprise for you" aku termangu-mangu tp memejam mataku spt yg disuruh sambil tgnnya memandu ku ke arah pintu. Terdengar spt pintu dibuka.
"Ok, sekarang buka mata" kata Azam di telingaku. Wanita tadi telah tiada di situ tp apa yg ku lihat di depan mata ku benar2 membuat ku terharu, aku ternganga, terpegun dgn apa yg ku lihat. Dari pintu masuk hingga ke katil peraduan kami bertaburan bunga berwarna putih. Di atas tilam yg putih bersih kelopak mawar ditabur membentuk tanda love yg besar. Terdapat bagai bentuk tulisan, Happy 2nd Anniverssary dan di bawahnya ada tangkai bunga mawar bertulis I love U. Sejambak mawar merah begitu indah terikat dgn riben berwarna putih perak di antara bantal kami. Seluruh bilik itu di hiasi lilin2 kecil berwarna warni.
Aku meletakkan sandal di tempat kasut dgn berhati, mataku sudah bergenangan air mata, Azam masuk dan segera menutup pintu. Matanya hanya ke arahku tanpa kata membiarkan aku melayan perasaan, menikmati suasana indah, mengutip beberapa kelopak mawar yg segar itu dan menghidunya. Sejambak bunga mawar merah yg berada di atas katil berdekatan dgn bantal itu ku capai perlahan2 dan ku cium, harum dan segar baunya. Menitik sudah air mata ini dlm suasana yg syahdu itu. Azam berdiri memeluk tubuhnya menyandar di dinding melihatku.
Ada kad di dalam kuntuman bunga itu, aku duduk di tepi katil dan melihat isi di dlmnya.
"Sayang, selamat ulang tahun perkahwinan yg ke dua, I love you so much and I want to spend the rest of life with you...Only you"
Pendek saja ucapan itu tp mengesankan. Aku mengangkat muka ke arahnya yg sedang berjln perlahan ke arah ku. Bila hampir dgn ku yg masih terduduk di situ, dia tiba2 duduk dan melutut mengadapku. Aku tergamam, terasa bibirku bergetar.
Dia meletakkan sekotak kecil berwarna silver ke atas ribaanku sambil mula bersuara. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mialynn at 25-1-2009 10:56 PM
teringat dulu member baik lynn penah bg cadangan mereng dia..
dia kate kalau nak cr lelaki yg ade karier best2...kaya dan hensem pegi airport...
dia srh lynn duk kat aiport tu setiap ...
aku mmg nak gelakkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|