CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: [dinda]

[MERGED]MIMPI( aneh atau pelik etc ) latest syashacharlie minta tlg

[Copy link]
Post time 16-4-2009 08:51 AM | Show all posts
jgn percaya sangat.. mungkin mainan syaitan & iblis

macam ramai kata.. banyak kan mengaji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 10:04 AM | Show all posts
ohhh tu dier nak mintakk ko doa kan dierrr tuuuu sedekah lahh aper yang patut
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 10:10 AM | Show all posts
aku rasa kesedihan korang yg kehilangan org tersayang, bila arwah muncul dlm mimpi, rasa terubat gak rindu..

sam, takziah atas kehilangan..

kalo bole aku nak tau pandangan dr segi agama pasal mimpi aku ni..

adakah mainan syaitan atau apa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by curik_tulang at 15-4-2009 14:04
kalo diam tak berkata2.. orang kata kalo mimpi org dah meninggal ni arwah tak bercakap itu

memang dia la tu... awak tak ingat kat dia... sedekah la Al-Fatihah pd arwah ye...


mgkn betul kata ko, sbb aku mmg x ingat kat arwah, dah 12 tahun....lama tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by sam0622 at 15-4-2009 13:25
aku pun penah dan sedang rasa mcm tu....rindu sgt kat arwah suami aku....baru 3 bln lebih meninggal...lebih sedih bila kita sedar yg dia xkn balik...dan kita xkn jumpa dia lg...



my deepest sympathy to u.....sabar ye...doakn yg tbaik utk arwah...n for yourself too....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 08:37 AM | Show all posts

Balas #12 BabeYSHa\ catat

AKU MIMPI GIGI GERAHAM AKU PATAH TP BILA KU TUNJUK PADA HUBBY(dlm mimpi tu)  BUKAN SEMUA YG PATAH ...KIRA SOMPEK SEBELAH AJE ...SEDAR2 DAH PKL 4.30 PG.....aci tak mimpi cenggitu ..

dulu aku pernah mimpi gigi patah tp bila aku bgn dah siang rupanya...aku tanya mak aku..dia kata mainan tido aje sbb aku tido sampai terlajak subuh..tadi aku call mak aku tp x mention laa psl ni..aku call sbb aritu dia kata nak g blk kg hari ni..nasib baik x jd.. dlm family aku xde yg sakit tenat kecuali atuk aku yg dh 90th tu..sakit org tua aje...skrg ni lidah aku asyik nak g kat geraham aje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2009 08:40 PM | Show all posts
aku pernah mimpi gigi aku patah

bangun jer dr tido memang aku cuak gille sebab aku takot paper jadi

yer ar time tuh aku ade dgr kalo mimpi gigi patah ni kebanyakannya pasal kematian

pastu tak lama pastu aku dpt tau ada sorang kawan aku meninggal...

ps/mungkin tu sumer kebetulan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 10:37 PM | Show all posts
kalau mimpi kena kejar penjahat camana tuuu, lari pnya lari , masuk kat perhimpunan awam , die menyusup last lst dapat tangkap..camana tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 12:47 AM | Show all posts

mimpi nieh...dan kes berkaitan

nak tanya porumers...

ada member nak ajak g scuba diving ngan camping kat pulau songsong, yan..kedah...i da google dlm internet...tgk mmg cantek..tp masalah dia...sunyi sgt..sampai kena ambek bot sewa...untuk ke situ..sort of mcm pulau tinggal...then lagi satu..i found out tempat tu ada bekas kem tentera kat atas bukit..dan jugak pulau itu dijadikan site untuk airforce training...kalau xsilap....

memandangkan i da termakan racon view menarik..jadi i mmg nak g sgt kat pulau tuh...tp my brother ni cakap...xyahlah pie sana...mmg cantek ...tp ada something kat situ dan kuantiti nya sgt bayak sekali....

my brother nie ahli kelana (pengakap)...then dia penah ada perkemahan geng pengakap daerah kot kalau xsilap..then masa awalnya..tempat perkemahan sepatotnya di pulau bunting..berdekatan dgn pulau songsong tue..tp atas sebab teknikal..tempat terpaksa diubah pada waktu waktu akhir.....

maka bila sampai kat tempat tuh..budak2 semua da heran da sbb sunyi sgt...then mereka pon buat la khemah kat kem tue..mmg ada kem kat atas bukit tuh..pastu..yg jadi kesnya mula dgn seorang daripada ahli mereka nie suruh teman kalau sapa2 nak gie toilet dan jaga kat toilet tuh 2 orang paling2 koman...

then .pada malam nya..bila semua da penat..masoklah tido..dan ada yg sentri...dan ini yg buat aku gerun gak nieh....yg pergi tu lebih kurang 60 orang dan 40 orang yg tidor pada malam itu dapat mimpi yg sama...iaitu mimpi ada SORANG ORANG TUA DATANG KEPADA MEREKA DAN INGIN MEMBERI BARANG....barang apa i pon tak tahu....tp besoknya semua hairan bila ada sorang ahli yg pompuan start cerita mimpi..semua pon mengaku..start dari peristiwa itu...ada kes histeria ...mmg setiap 30 minit ada yg melalak xpasal2..jadi demi xmo bg lagi teruk...semua diarah untuk berkemas dan balik...dan ada sorang ustaz tlg settlekan masalah itu..tp ada budak2 yg stil mimpi orang tua itu..just kali ni muka dia sedih jer..hurmmmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 12:54 AM | Show all posts
ni ada lagi satu kes jadi kat kami....

dengar cerita my bro..buat pikir 2 kali gak nak ke sana...sblm ni mmg xheran sgt ngan menda2 ni..but since my bro yg nasihat..hurmmmm..my bro ni jenis berani gak...ni kes masa we al kat kampung di kedah

my dad ni suka memburu..hutan tuh mmg biasa la sgt...then ..bila balik..mcm ada benda ikot dia..sbb kat umah we all..i akan dgr bunyik anjing menagis kuat sgt dan lama sgt pada pkol 4-5 pagi....mmg pada waktu yg sama stiap kali my  father g memburu...i dengar sampai 4 kali then kali ke lima..i geram sgt...nak tido pon xsenang..keluar lah carik..pastu da keluar carik...xada la pulak..bila masok balik..ada bunyik...then my bro kata mmg kat area umah i tuh ada benda sikit..dia da lali da sbb dia ni anto pon tgk dia takot...keluar mlm...semua dan sewaktu nakal dgnya..hehe..pastu ..i pon start chuak la ..sbb kalau anjing nagis nie..mmg ada benda xelok....geram ooo...my mum pon dengar..mmg kuat gila....

then ada lagi satu kes..my bro ni tgh gayut phone ngan gf dia kat area taman bali umah kitaorg..then gf die ckp kata ada sora pompuan dok sebelah my bro..dok cakap2 ngan gelak2...my bro ni pon kata la...mana ada sapa2...dia dok sorang ja time tuh...then my bro masok dlm umah sbb xmo bg gf dia chuak..tp i rasa dia pon chuak gak...hehehe..

tuh ..masok umah..gf die ckp ada pompuan dok panggil nama dia...mmg gf my bro tuh nagis gak la..sbb takot...hurmmm....ni kes antu apa er?....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 12:59 AM | Show all posts
xada ka sapa2 yg tau pasal pulau song2 nieh?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 01:50 AM | Show all posts
kalo aku jadi ko.. aku x kan pegi.. dh tau tempat tu ada sesuatu... x kan nak datang 'menyerah diri' ... baik ko duk umah , atau camping kat tempat  lain yg x sesunyi pulau songsong tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 05:22 AM | Show all posts
Pergi bro..amik gambar..pastu aku nak tengok camna rupa pulau tu...
Kalo nak kena ramai2 tak per..jgn sorang2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 08:51 AM | Show all posts
5# danedzya
http://www.angelfire.com/ab7/songsong/bab_1.htm
kalo stakat nk tgk rupa pulau.. 'google' jelah kat tenet... ni yg aku link yg aku paste ni tragedi pulau song song ni btul ke?
tuan umah sila komen...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 08:56 AM | Show all posts
ni aku amik dr link yg aku bg td... tajuk dia tragedi pulau song song..pulau ini ke yg dimaksudkan...  mod.. boleh ke aku copy gini???

BAB 1 : SUASANA PERGI

Ahad, 3hb September 2000, tanggal yang mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh kami sepuluh orang yang telah melalui satu tragedi. Tragedi Pulau Song Song.

Tepat jam 7.00 pagi, rakan-rakan Thunder Print telah berkumpul di pengkalan Taman Pekan Baru. Sepuluh orang penumpang kesemuanya terdiri daripada Teh, Ooi, Lim, Yean Wang, Tan, Azizol, Irene, Poi Hui, Poh Poh dan Queenie. Setibanya di pengkalan, kelihatan sebuah bot besar berhenti di tebing sungai dan ianya adalah jenis Stratos-PAWATECH 2260. Inilah bot yang akan membawa kami ke destinasi perkelahan yang dirancang iaitu Pulau Song Song.

Pada masa yang sama, tiba juga pemilik bot tersebut iaitu seorang peguam yang bernama En. Rashid. Dia menceritakan botnya yang dibeli secara second-hand dan kebaikannya dengan berenjin dua, dimana sekiranya salah satu enjinnya rosak satu lagi masih dapat digunakan.

Dia juga memperkenalkan pemandu bot, Wan yang berpengalaman selama 8 tahun.

Sambil memunggah barang naik ke atas bot, baru kami teringat pinggan lupa untuk dibawa bersama. Bagaimana hendak dibuat sekiranya hendak memakan makanan tanpa pinggan ? Tak jadilah kalau hendak berkelah. Jadi, Tan pun berpatah balik ke rumahnya untuk mengambil pinggan kerana rumahnya adalah yang terdekat di antara semua. Selepas itu, baru kami teringat satu lagi perkara yang penting......kamera !!! Tiada seorang daripada kami pun membawanya. Alangkah lucunya kerana barang yang paling penting juga dilupakan. Memandangkan masa pun sudah lewat, jadi kami pun bertolak lebih kurang pada pukul 7.45 pagi. Walaupun rasa agak sayang tanpa kamera, tetapi semua orang memikirkan akan pergi semula ke sana untuk kali kedua.

Walaupun ada yang tahu berenang tetapi kami semua memakai life jacket juga demi keselamatan semua dan nasib baik kami memintanya dari pemandu bot untuk semua orang. Hati semua agak riang dan ria disamping menunggu tibanya ke destinasi kami. Cuaca hari itu amat cerah sekali dan kelihatan tiada sebarang awan pun di atas langit.

Tiba-tiba salah satu dari enjin bot terhenti dan kelajuan bot pun semakin berkurangan sehingga ia berhenti. Wan bergerak ke enjin bot di belakang untuk memeriksa keadaannya. Masalah yang pertama ini dapat diselesaikan dengan cepat dan kami pun meneruskan perjalanan, tetapi masalah enjin berlaku lagi selepas itu sehingga empat kali. Ada diantara kami mula ragu-ragu dengan keupayaan bot ini dan mula gelisah kerana takut
tidak akan dapat sampai ke destinasi kami dengan keadaan begini. Setelah diperbaiki oleh Wan pada kali yang terakhir bersama sama Ooi, masalah ini dapat diselesaikan dan perjalanan diteruskan.
Setelah 20 minit perjalanan, warna air berubah dari kelabu ke biru hijau dimana ia adalah pertembungan antara air masin dan tawar semasa sampainya kami di lautan biru yang luas. Poh Poh dan Queenie menyertai Ooi untuk duduk di hadapan bot sambil melihat keindahan lautan biru. Lim pula berehat di dalam kabin bot. Perjalanan kami telah melalui Tanjung Dawai (di sebelah kanan ) dan Pantai Merdeka ( di sebelah kiri ). Setelah beberapa minit kemudian kami dapat melihat Pulau Bidan. Tidak lama selepas itu, dapat dilihat pula Pulau Telor iaitu destinasi pertama kami. Semua orang berebut - rebut mengemas barang semasa bot mula berlabuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 11:02 AM | Show all posts
hmm ada satu pulau...dimana disitu berkumpul semangat yang sudah berusia.....tidak digalakkan pergi....kalau pergi ......menyerah diri..kalau ilmu didada tidak cukup...........
tak ingat apa nama pulau nie..diharapkan bukan pulau yang disebutkan seperti diatas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 11:32 AM | Show all posts
6# jeriah_md
mane daa ilang tuan empunya cerita kan.cite tgh syok skali tak update
mcm cite seram...


ilah,try la ingatkan nama pulau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 08:21 PM | Show all posts
tuan umah......... ooo tuan umah.... bikin saspen plak tuan umah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by me_ai at 4-7-2009 21:10

song song ni dari 3 deretan pulau dan dok paling utara sekali antara 3 pulau tu kan....sila la google...

nmpk pun cam jauh dari tanah besar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 10:35 AM | Show all posts
sorii....xsempat nak onlie..hehe...jgn marah semua......ada nieh..setelah aku refer ngan one of family members aku..mmg pulau tu betol2 ada makhluk yg duduk....tp kami just nak g dive ja..ngan duduk kat tepi pantai..xkan itu pon dia nak marah kot....tragedi tueh aku xsure la pulak..tp mmg ada kes budak ilang sblm nie....da google kat earthe..mmh jauh betol..sbb tuh laut dia cantek kat tepi2 tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.386584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list