CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tig_cun

Log Bacaan

 Close [Copy link]
Post time 21-4-2009 10:50 AM | Show all posts


World Without End - Ken Follet...

buku nih besh. walaupun agak tebal...around 1000++ pages.
a real page-turner. cara author explain the conflict memang detail.
even explanation on the architecture pun detail. suka sgt..
nih sequel utk PIllars of Earth, Ken Follet's epic classic masterpiece (1989)

my rating: 4.5/5.0


Synopsis:

World Without End takes place in the same town of Kingsbridge, two centuries after the townspeople finished building the exquisite Gothic cathedral that was at the heart of The Pillars of the Earth. The cathedral and the priory are again at the center of a web of love and hate, greed and pride, ambition and revenge, but this sequel stands on its own. This time the men and women of an extraordinary cast of characters find themselves at a crossroad of new ideas - about medicine, commerce, architecture, and justice. In a world where proponents of the old ways fiercely battle those with progressive minds, the intrigue and tension quickly reach a boiling point against the devastating backdrop of the greatest natural disaster ever to strike the human race - the Black Death.

Review and synopsis credit to:  Review

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 11:17 PM | Show all posts
baru jer pas abis baca - do you remember the first time by jenny colgan

bg fly cite nie ok lah
x membosankan ..........
x sangka ending nyer lari sket dr aper yg fly jangka kan

cite nyer pasal flora membuat wish di hari perkawinan kwn dia
masa tu nak potong kek
masa tu dia wish nak kembali umur 16 tahun
massa 16 tahun macam2 terjadi
parents dia cerai, dia break up dgn ex bf dia
pastu dia wat keputusan yg kurang tepat utk education dia
so dia nak betulkan balik ape yg salah
then dia nak wat something yg bermakna, yg dia ske
n kalau leh ... dia xnak parents dia cerai ..........


pas buku nie - anne frank - diary of a young girl

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 08:47 AM | Show all posts
rasanya dah abis baca 4th of july ni last month.. tapi baru sibuk nak citer kat sini



Detective Lindsay Boxer and the Women's Murder Club make a courageous return for their fourth and most chilling case ever-one that could easily be their last.
In a late-night showdown after a near-fatal car chase, San Francisco police lieutenant Lindsay Boxer has to make an instantaneous decision: in self-defense, she fires her weapon-and sets off a chain of events that leaves a police force disgraced, an entire city divided, and a family destroyed. Now everything she's worked her entire life for hinges on the decision of twelve jurors.
To escape scrutiny during breaks from her trial, Lindsay retreats to the picturesque town of Half Moon Bay. But soon after her arrival, a string of grisly murders punches through the peaceful community. There are no witnesses and there is no discernible pattern. But a key detail recalls a case Lindsay worked on as a rookie years before-an unsolved murder that has haunted her ever since. As summer comes into full swing, Lindsay and her friends in the Women's Murder Club battle for her life on two fronts: before a judge and jury as her trial comes to a climax, and facing unknown adversaries who will do anything to keep her from the truth about the killings-including killing again.
James Patterson fine-tunes the tension as never before in this breathtaking addition to the best-selling detective series to debut in a decade.

i think this is the best in the women's murder club series

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 16-4-2009 11:46
dah abih   ...jg ebook...
http://blogs.timesunion.com/simplerliving/wp-content/uploads/2009/03/eclipse.jpg

my rating : still 4/5

summary:
Eclipse carries on not long after New Moon left  ...



gorg!! best jugak kan buku ni... finished reading sampai buku 4... rite now tgh excited nak tunggu her 5th book. Midnight Sun..

soo in love with edward n bella..

btw, nak recommend u baca sookie stackhouse series.. author charlaine harris. they also made a movie out of these book. True Blood kat HBO...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 09:07 PM | Show all posts
currently reading...

Surat
Ungu
Untuk
Nuha

hehe...agak ketinggalan sket...dah bace sket...best2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 08:23 AM | Show all posts
just completed:



for me, **** to Hlovate untuk karya yg nice & a little bit touchy...

ade part yg boleh buat bulat rase sgt2 feeling Trisy as anak yg kurang kasih sayang parents...
& how she feels about Jade and vv....

The best part for bulat is that mase Trisy balik dr overseas tu yg mase dia lari stay kat hotel alone sebab sedih parent xder kat rumah utk sambut dia & mase tu pak su call & tetibe je dia dgr suara Jade for the 1st time after 5 years... huhuhuhuh... tak tau lah nk gambar kan camane... tapi mmg i really feel that part...

;)

anyway, anyhow, congratulations to Hlovate for karya yg lain dari yg lain ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2009 10:56 AM | Show all posts

Reply #2078 wilhelmina's post

yup.... twilight series ni mmg "haunted"...
almost 2 wks.. still tak bleh nak start bace buku lain...
can't even finish a page.... wierd?


tq...4 sugstions....nnti nak d.lod
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 10:53 AM | Show all posts
baru lepas baca Biarlah YM berbicara
mmg best! tahniah hanni ramsul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2009 10:29 AM | Show all posts
Habis baca 3 books dalam Sookie Stackhouse Series by Charlaine Harris
1. Dead Until Dark
2. Living Dead in Dallas
3. Club Dead

Berminat nak baca selepas tgk movie drama  True Blood di HBO
But novel - movie a bit different sikit. Walauapapun dua2 best....

Lepas nih nak sambung beli series 4 dan seterusnya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:26 AM | Show all posts
Baru je abis baca Senafas Rindu - Damya Hanna

Syok jugak citer dia, perkahwinan campur antara melayu-muslim dengan cina-baba.

Ringkasan dari saya:
Permulaan baca agak menyeronokkan, hingga ke pertengahan novel. Tetapi agak slow bila sampai di pertengahan. Diakhir 3/4 buku, mula klimaks sehingga ke mukasurat terakhir. Kisah cinta tiga segi, dalam diam. Persahabatan di kolej dan pertemuan di kolej hingga ke jinjang pelamin. Kisah kali ini mengenai percintaan dan perkahwinan antara 2 bangsa berlainan agama melayu islam dan cina buddha.

Watak utama Fariz (boleh gambarkan pelakon yang seperti Fahrin kot), yang sangat gentlemen dan dulu pernah bercinta di alam persekolahan tetapi dikecewakan setelah mamanya Datin Maznah memutuskan perhubungan mereka disebabkan isu darjat kekayaan dan kemiskinan. Shafikah akhirnya redha dengan pemberian Datin Maznah bagi menyelamatkan nyawa ibunya yang mengidap barah hati.

Fariz meneruskan perjalanan hidup dengan tidak mengendahkan sebarang gadis dan mengelakkan dari bermain cinta di kolej setelah patah hati dengan percintaan lalu. Namun begitu, secara tidak sengaja dia telah bertemu dengan Anne yang ketika itu sedang menghadapi masalah. Walaupun Anne mengelak dari bertembung dengan Fariz, tetapi takdir menemukan mereka beberapa kali, dan ini merubah pandangan Fariz terhadap wanita.

Anne pula menghadapi situasi tertekan, di mana dia telah diperkosa bekas lelakinya Kelvin, yang mana Kelvin ini adalah anak rakan kongsi Puan Cindy (ibu Anne). Anne telah dipaksa mengahwini Kelvin setelah Kelvin memutuskan percintaan mereka tanpa sebarang sebab, dan lebih menguatkan lagi, Kelvin telah memalukan Anne dikhalayak rakan-rakannya kerana menjudikan tindakan Anne yang beralah dengan pujukannya setelah dia memutuskan hubungan. Secara kebetulan pula Fariz menyaksikan kejadian perjudian nasib Anne itu dengan mata kepalanya sendiri. Simpati menebal dalam hati Fariz.

Kesihatan Anne semakin merosot, dan dia didapati hamil 3 bulan. Dia mengambil tindakan drastik dengan berhenti kolej dan keluar dari pangsapuri milik Puan Cindy. Fariz pula datang secara kebetulan dan membantu Anne mencari rumah sewa. Sejak dari itu mereka semakin rapat. Shafiqa pula telah bertembung dengan Fariz dan ingin menjalinkan semula hubungan mereka yang pernah terputus dahulu, tetapi Fariz sudah mula menyayangi Anne. Dalam pada itu, Anne telah keguguran setelah menghadapi tekanan demi tekanan dari Puan Cindy dan Kelvin.

Setelah diasak oleh keluarga Fariz tentang hubungannya dengan gadis Cina, Fariz nekad membawa Anne memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, hubungan mereka berdua masih seperti kawan walaupun setelah 3 bulan memasuki alam perkahwinan. Anne juga dengan perlahan-lahan telah diterima oleh Datin Maznah, sungguhpun pada mulanya Datin sungguh membenci Anne dan memperlinya dengan pelbagai tohmahan. Tun Afifah (nenek Fariz) lah yang banyak mendorong Anne menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

Dalam meniti kebahgiaan yang baru sahaja dikecapi, Anne tiba-tiba telah hilang tanpa sebarang jejak. Sejak Puan Cindy ditemui mati dan Kelvin telah didapati bersalah, Anne tidak dapat dijejaki. Dua tahun lamanya Fariz hilang semangat, akhirnya bertemu jua dengan Anne di sebuah kedai bunga dengan keadaan lumpuh seluruh bahagian kaki.

Komen saya:
Overall boleh katakan jalan menarik juga. Konflik demi konflik berlaku dalam novel ini berjaya di atur dengan mantap dan diselesaikan dengan selesa. Pengakhiran yang agak terburu-buru, terdapat juga beberapa lubang yang tidak ditutupi, dimana adegan mengapa Kelvin menculik Puan Cindy, dan mengikat atau melemahkan Puan Cindy. Anne telah ditikam di perut, manakala Puan Cindy ditikam di dada, tetapi sangat pelik apabila tiada penyuraian terhadap keadaan semasa Anne dilanggar Kelvin dan tiba-tiba gelap... Siapakah yang menyelamatkan Anne sehingga tiada jejaknya? Adakah dia dimasukkan ke hospital kerana dia ditikam di perut dan dilanggar. Sudah tentu dia dimasukkan ke wad, dan akan menjadi news. Tetapi Fariz tidak dapat mengesannya? Tiada orang yang menghubungi Fariz? Dan sangat longgar juga apabila Anne/Ain telah sihat dan lumpuh dan menjadi muslimah sejati, tetapi terlupa akan hubungannya yang masih menjadi isteri Fariz..... (ini kelemahan sekiranya dia sudah menjadi muslimah, Ain perlu kembali kepangkuan suami- dia perlu sedar tanggungjawabnya sebagai isteri)

Rating saya:
*** (boleh habis dalam 3 hari - okay2 berbanding dengan novel yang sebelumnya, yang terlalu banyak adegan, dan kali ini lebih mantap.)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:22 AM | Show all posts

Reply #2078 wilhelmina's post

jumpa satu lagi by sm... host
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 03:58 PM | Show all posts
Dah habis baca Bayangan Rindu  - Anis Ayuni, Cetakan 2007, hari ni baru abis baca, sebab pinjam dekat library minggu lepas.
Overall, citernya tak leh lawan lagi Gemersik Kalbu dan Manisnya cinta by Anis Ayuni.
Tajuk : Bayangan Rindu
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan : Alaf21
ISBN No : 978-983-124-301
Halaman: 576 ms
Sinopsis belakang buku:
Rasa aneh,tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andainya Iddya;cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya,ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. Umar Aisy: penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada.

I akan terus menunggu sampai I pasti 慸ia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 02:25 PM | Show all posts
Baru habis baca buku ini walaupun dah beberapa kali dah dibaca. Tapi tetap meninggalkan kesan mendalam.


Tajuk Novel : Di Bawah Lindungan Kaabah
Karya : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
Penerbit : Pustaka Dini
Terbitan : 2006 (Cetakan Ketiga)
Halaman : 86 mukasurat
Harga : rm6.90

Seorang anak muda bernama Hamid membantu ibunya menjaja kuih untuk menyara hidup.Keikhlasan hati dan sifat murni yang ada padanya memikat hati HajiJaafar seorang hartawan lalu menjadikannya anak angkat. Haji Jaafar mempunyai seorang anak gadis bernama Zainab. Zainab dan Hamid disekolahkan bersama dan menjalani hidup bersama-sama. Tetapi apabila sampai saat akil baligh Zainab dan Hamid, Zainab diberhentikan sekolah.Zainab hanya duduk di rumah dan menunggu orang datang melamar.Sementara Hamid melanjutkan pelajaran agama ke peringkat yang lebihtinggi. Di ketika ini hubungan Zainab-Hamid bukan lagi sebagai kawan atau adik beradik kerana perasaan cinta dan sayang telah berputik dihati masing-masing.

Suatu hari Hamid dikejutkan dengan berita kematian Haji Jaafar. Hamid yangketika itu berada di Padang Panjang terus bergegas pulang. Di saat mata bertentang mata antara Hamid dan Zainab terpercik api cinta di antarakedua-dua pasangan ini. Namun perasaan indah itu cuba dipendam sebaik mungkin.

Perasaan cinta itu diketahui oleh ibu Hamid. Ibu Hamid selalu berpesan supaya tidak menaruh harapan kepada Zainab kerana perbezaan darjat dan  keturunan. Ibunya lebih menyuruh Hamid supaya mengenang jasa arwah haji Jaafar yang telah bersusah payah menyekolahkannya sehingga menjadi seorang ilmuwan.

Suatu hari ibu Zainab menjemput Hamid ke rumah bagi membincang tentang peminangan ke atas Zainab. Ibu Zainab meminta supaya Hamid memujuk  Zainab agar menerima peminangan yang datang padanya. Hancur luluh hati Hamid. Disangkanya Zainab tidak mencintainya lalu Hamid berkeputusan untuk merantau jauh ke Arab Saudi membawa hati yang lara. Tanpa disedari Zainab juga menanggung sengsara kerana pemergian Hamid yangtidak pasti bila akan kembali. Cinta Zainab untuk Hamid tetap kukuh bersemadi di hati pabila dia terus menolak lamaran demi lamaran yang datang untuknya.

Hamid yang berkelana di tanah Arab menemui seorang pemuda yang juga berasal dari tanah airnya iaitu Saleh. Hubungan mereka yang semakin hari semakin rapat memaksa Saleh bertanya kepada Hamid apa yang membuat Hamid dirundung pilu dan merantau diri ke tanah Arab. Alangkah terkejutnya Saleh pabila mengetahui bahawa Hamid sengsara akibat cintanya terhadap Zainab yang disangkanya tidak menyintainya.Perkhabaran dari Saleh bahawa Zainab sebenarnya menyintai Hamid amat menggembirakan Hamid. Barulah dia tahu yang selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Namun khabar yang paling merobek hatinya lagi pabila mengetahui bahawa Zainabsudah pun meninggal dunia menderita akibat cintanya yang mendalam terhadap Hamid. Dan Zainab juga selama ini tidak pernah menerima lamaran dari sesiapa pun demi menunggu huluran tangan dari Hamid.

Sekali lagi dunia Hamid terasa gelap. Terasa tidak tertanggung lagi sengsara hatinya kini pabila mengenangkan kekasih yang telah pergi. Lalu setelah berdoa di hadapan kaabah Hamid pun juga.... meninggal dunia.


[ Last edited by  zorroe at 17-5-2009 14:31 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 10:16 AM | Show all posts
lady of the west



hmmm...took me 4 days to compete this... still my mind lingers in fork, hahaha...twilight zone...
..i like this book... 4/5 stars..
i guess i love the setting with horses, swords...out of this world powers....hahaha


setting...in 1860s New Mexico
characters..... Victoria Waverly, daughter of a Georgia family devastated by the Civil War, replenishes the family coffers by marrying Frank McLain, a crude New Mexican cattle rancher.
McLain acquired his ranch by murdering its previous owners. However, the dead ranchers' two sons, Jake and Ben Sarratt, escaped and now, plot revenge...when they kill McLain, Victoria will inherit the property.

hmmm...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 05:59 PM | Show all posts
bulat dh abih baca 3 buku... tapi x sempat nk review:



sinopsis copy paste dr jemariseni.com :

perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti
Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir,
kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!
Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini,
kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!


komen bulat:

citer pasal kawin paksa... menarik.. ayat yg disusun pun x meleret-leret...

overall, bulat mmg suke...

****

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:04 PM | Show all posts


sinopsis:

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.


komen bulat :

citer ni mmg lawakkkssss sgt2... byk tul part buat kite gelak... dgn gelagat pyan nye lah.. dgn faris yg x abih2 dok kejar marini lah... mmg x boring le baca buku ni... Tahniah to Mimie Afinie sebab hasilkan buku yg best ni... ;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 06:07 PM | Show all posts


sinopsis :

Abang Kamal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:00 PM | Show all posts

Tajuk Novel : Hafalan Solat Delisa
Karya : Tere Liye
Penerbit : PTS Litera
Terbitan : 2009
Halaman : 280 mukasurat
Harga : rm19.00

Ini adalah novel yang juga berulang-ulang kali saya baca. Nyatanya novel ini adalah kisah tentang seorang kanak-kanak tetapi ianya mampu membuatkan saya menangis terharu mengenangkan keikhlasan yang tulus hati Delisa. Sebuah novel yang amat berkesan di hati.

Ceritanya ringkas saja. Tentang seorang anak kecil bernama Delisa yang cuba menghafal bacaan-bacaan solat untuk mendirikan solat pertamanya. Di saat dia membaca doa iftitah yang pertama, khusyuknya Delisa mengerjakan solatnya sehingga dia tidak mengambil kira bencana besar tsunami yang berlaku di sekelilingnya ketika itu. Dia tidak menghiraukan hiruk pikuk orang berteriak "Gempar! Gempar!" Niatnya hanya satu. Mengerjakan solat pertamanya hanya kerana Allah. Saat itu dia hanya mengingati Allah. Subhanallah!...

Bumi mula bergoyang sedikit dilanda air deras, bumbung bergegar, serpihan runtuh dan hampir mengenai kepala Delisa. Masih Delisa tidak peduli dan tetap mengerjakan solatnya. Di saat air deras menyentap tubuh kecil Delisa, hati kanak-kanak kecil itu masih tetap bertumpu ke arah solat yang dikerjakannya. Subhanallah!... Sungguh terharu saya dengan keikhlasan dan kekusyukan Delisa mengerjakan solat. Saya bertanya di dalam diri.... Adakah solat yang saya kerjakan selama ini sekhusyuk itu?......

Tubuh Delisa mula dihentam air yang deras semahu-mahunya. Sikunya patah. Sebelah kakinya remuk. Giginya patah dan mukanya penuh garis luka. Cikgu Nur berusaha menyelamatkan Delisa dari kelemasan dengan mengikatnya di sebatang papan supaya ianya dapat terapung di permukaan. Namun papan itu hanya muat untuk Delisa seorang saja. Cikgu Nur terpaksa berpaut di papan itu saja. Lama kelamaan tenaganya hampir hilang untuk bertahan. Masa untuknya pergi sudah tiba. Dengan rela Cikgu Nur melepaskan Delisa bersama papan itu pergi. Sebelum itu Cikgu Nur berbisik kepada Delisa yang pengsan, " Kau harus menyelesaikan hafalan itu, sayang. Kamu harus menyelesaikannya,".... hampir saja berlinangan airmata saya di kala membaca detik-detik ini.

Setelah dua minggu tsunami melanda Abi menemui Delisa dalam keadaan parah. Lebih parah bencana itu telah meragut nyawa Kak Fatimah, Kak Aisyah, Kak Zahra dan ibunya tersayang dari hidup Delisa. Delisa dirawat di sebuah kapal induk bersama-sama dengan korban tsunami yang lain.

Hidup harus diteruskan walau sepayah mana dugaan menimpa. Abi dan Delisa kembali ke kampung halaman dan mendirikan sebuah penghidupan yang sederhana. Delisa kembali menghafal semula bacaan solat yang tertangguh. Memang payah untuk menghafalnya kembali setelah melalui trauma peristiwa yang pahit di dalam hidupnya.

Sehinggalah di suatu hari Abang Ubai telah mengajak Delisa bersama kawan-kawan yang lain ke sebuah padang di lereng bukit untuk solat asar berjemaah bersama. Usai salam terakhir solat dihulurkan Delisa menangis teresak-esak perlahan.... saya kira saya pun terasa ingin menangis bersama Delisa di saat ini.... Delisa merasakan solatnya kali ini adalah cukup sempurna. Itulah solat pertamanya dengan bacaan yang lengkap tanpa tergagap-gagap dan aturan yang sempurna. Di saat itu Delisa terkenangkan ibu yang telah tiada. Delisa merindui ibunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 10:35 AM | Show all posts
shopaholic



org lain dah baca abis dah buku ni...gorg bru ajer abis... shopaholics 1... ni...
ni pun kes nak tgok movie version... kena baca buku dulu...

my rating... 3/5
Bila baca ni.... terasa...gila ke apa si Becca ni...
tp halfway... bru terasa.... it's a temptation... u cant resist it... mungkin macam kita cant resist the books....
Becca finds joy in shoppiing...we find our joy in books n reading...escape to other worldsssss...

in the end... best jg buku ni...
dan skrg dlm proses nak d.lod bokk 2 n 3....

summary:
Rebecca is a chic young Londoner who can`t stop shopping. When she gets in deeply over her head, three men appear in her life: Derek, from a collection agency; Tarquin, her roommate`s wealthy cousin, whom Rebecca hopes will propose marriage and bail her out; and Luke, a sleazy financial guru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 11:06 AM | Show all posts


Tajuk Buku: Hafalan Solat Delisa
Penulis: Tere Liye
Penerbit: PTS litera Utama
Genre: Fiksyen Islami
Mukasurat: 280 halaman
Dibeli Di: KLIBF 2009
Harga: RM 19.00 (diskaun 20%: RM 15.20)

Deskripsi:

Delisa anak perempuan yang bermata hijau, bening dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatka senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?

Komen:

Ini buku yang gerak hatiku bersuara untuk membelinya, tanpa mengenali siapa Tere Liye. Terasa kagum aku membacanya, adunan tulisan berjaya menghasilkan getaran di jiwa. Bagiku sebagai rakyat Malaysia, yang kukira bukanlah begitu jauh dengan Acheh, masih tidak dapat menyelami hakikat peristiwa tsunami yang berlaku sekitar Disember 2004.

Penulis berjaya menghidupkan kembali suasana setelah berlakunya tsunami, bagaimana sebuah bandar yang ranap dibangunkan dengan kadar perlahan, tetapi ...more Ini buku yang gerak hatiku bersuara untuk membelinya, tanpa mengenali siapa Tere Liye. Terasa kagum aku membacanya, adunan tulisan berjaya menghasilkan getaran di jiwa. Bagiku sebagai rakyat Malaysia, yang kukira bukanlah begitu jauh dengan Acheh, masih tidak dapat menyelami hakikat peristiwa tsunami yang berlaku sekitar Disember 2004.

Penulis berjaya menghidupkan kembali suasana setelah berlakunya tsunami, bagaimana sebuah bandar yang ranap dibangunkan dengan kadar perlahan, tetapi berjaya bangkit semula walaupun ditimpa bencana. Dan tentang cerita keredhaan, ketulusan dan kesabaran seorang gadis cilik, Delisa yang kehilangan hampir keseluruhan keluarganya, yang kehilangan sebelah kakinya dalam pristiwa tsunami tersebut.

Novel ini mengajar aku erti sabar, dan redha, dan hidayah Allah - pendek kata bagaimana untuk menjadi orang lebih sabar, lebih redha dengan ketentuan Allah. Delisa dengan tulus hati, jiwa murni berjaya menyentuh insan di sekelilingnya untuk belajar bersyukur dan tetap dengan ketentuan Tuhan. Dan kesungguhan Delisa untuk menjadi hamba-Nya yang ikhlas, akhirnya membuahkan hasil. Tiada keajaiban/peristiwa yang aneh/pelik, tetapi ketulusan yang dapat mendekatkan hati kita kepada Allah dan kembali kepada jalan yang diredhai.

Tidak sedikit air mataku berlinang membaca kisah ini. Insya Allah, akan ku usaha untuk membeli tulisan Tere Liye yang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.588051 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list