CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 29-7-2013 08:33 AM | Show all posts
kroit92 posted on 28-7-2013 09:26 PM
Salam, nak tanya mengenai arah kiblat,
selalunya kalau pergi jalan jauh melawat orang, RNR ada surau, rumah orang, boleh bertanya tuan rumah mengenai arah kiblat, macam mana kalau pergi ke tempat baharu yang kita sendiri tak tahu arah kiblat? ada cara untuk menentukan arah kiblat tak? kalau boleh, yang tak perlu mengeluarkan duit untuk membeli peralatan kompas dan sebagainya.

Kiblat dari mana-mana kedudukan di Malaysia, secara aggaran kasarnya ke arah barat, yakni ke arah matahari terbenam. Jika tidak pasti langsung dan kesuntukan masa untuk mendapatkan maklumat, boleh solat ke mana-mana arah dengan niat mengikut arah kiblat.

soalan kedua, mengenai solat Qasar dan Jama',
baru-baru saya ni mengikuti sebuah program di Kedah, berjalan jauh kami memang solat Qasar dan Jama' sahaja. tetapi pada hari ke empat program, kawan-kawan saya berbalah pendapat mengenai solat Jama'. Ada yang mengatakan pada hari ke empat, tidak boleh Jama' kan solat, tetapi Qasar masih boleh, ada pula yang mengatakan masih boleh Jama'. Saya tidak arif mengenai agama, oleh kerana ragu-ragu, saya Qasar sahaja. Persoalannya, solat Jama', ada tempoh hari kah?

Terima kasih

Setahu saya ada tempoh tertentu, dan ada juga khilaf berkaitan tempoh tersebut. Apabila tak pasti, tinggalkanlah yang tak pasti itu... itu lebih baik (tidak melakukan jama' selepas 3 hari). Bagi yang melakukannya, mereka mungkin ada dalil, maka elakkan berbalah berkaitan perkara tersebut

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 10:39 AM | Show all posts
kroit92 posted on 28-7-2013 09:26 PM
Salam, nak tanya mengenai arah kiblat,
selalunya kalau pergi jalan jauh melawat orang, RNR ada sura ...

Ni dari apa yang saya belajar lah ye.....

1. Pertama, pastikan adakah diketahui tempoh musafir tersebut? Jangan kira hari perjalanan pergi dan pulang. Sekiranya diketahui berapa hari akan menetap disesuatu tempat nak bermusafir tu, maka orang yang bermusafir ada 3 situasi dimana dia boleh qasar atau tidak. Dia boleh qasar semua solatnya semasa dia di tempat bermusafir,  sekiranya hanya merancang tinggal max 3 hari. Sekiranya lebih 4 hari, maka qasar hanya boleh dilakukan semasa dalam perjalanan pergi dan balik. Sekiranya plan asalnya akan balik cepat, tidak melebihi 3 hari, tetapi urusan tak selesai menyebabkan perjalanan pulang asyik tertangguh-tangguh. Dalam kes ni, dia hanya dibenarkan extend solat qasar selama 18 hari. Sekiranya dari awal, dia rasa 4 hari cukup untuk selesai urusan tetapi asyik tertangguh jugak, tak boleh qasar dalam kes ni.

2. Skop jamak ni besar, bukan setakat rukhsah bagi para musafir. Maka jamak boleh mengiringi qasar yang berdasarkan syarat dalam point no.1. Jamak jugak boleh terpakai tanpa qasar apabila kita menghadapi kesulitan tertentu. Contoh, stranded dalam trafik jam yang takde RnR sehingga masuk 2 waktu solat. Atau tak boleh seperti doktor/nurse yang kena operate berjam-jam. Atau ada yang kata, kalau majlis kawen start pukul 8, pukul 7.30 maghrib, pengantin dah siap make up tu pun boleh jamakkan solat maghrib dia dengan isya. Satu lagi contoh extreme, semasa balik berhari raya di kampung. Kalau dari pagi sampai petang dok sibuk beraya atau orang tak henti2 bertandang, maka kita boleh jamak. Kalau pada hari raya kita hanya tengok TV, maka tak boleh jamak.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 11:00 AM | Show all posts
assalamualaikum
saya ada soalan berkenaan kesan darah pada pakaian

apakah hukum pakaian yang dah di basuh tapi masih ade kesan warna darah..
masih bernajis atau dikira suci?

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:03 PM | Show all posts
pandapandai posted on 30-7-2013 11:00 AM
assalamualaikum
saya ada soalan berkenaan kesan darah pada pakaian

Kalau dah cuci sebaik mungkin, masih ada kesan darah, itu bukan najis, dimaafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum...sy nk tnyn...camne ekk nk wat solat jamak...dlu sy penah buat...tp dh lupa....bku yg sy tulis ttg solat jamak ni pun dh ilang....tima ksh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:24 AM | Show all posts
lyly posted on 24-9-2007 10:48 AM
assalamualaikum...

nak tanyer....

kebetulan der..aku pun nak tanya jugak lah kan...sbb 2 ari lepas mak mentua aku dgr suara yg kuat dari kebun dekat dgn umah. ayah mentua pun dgr jugak. esoknya. ayah mentua cakap. iblis. jadi sesiapa blh lah explain lagi detail pasal ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 10:20 AM | Show all posts
soalan saya : tipu sunat.
sekiranya utk menyelamatkan keadaan dan tidak termasuk perkara-perkara kearah kemaksiatan dan sesuatu yang tidak baik.

contoh mcm tipu sunat utk tidak menimbulkan rasa kurang senang antara mentua dan ibubapa sendiri. misalnya membeli sesuatu kepada ibubapa tapi tidak bile ditanya mentua. pegi kemana. cakap beli barang dapur. walhal pegi beli sesuatu utk ibubapa.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:14 PM | Show all posts
salam....

saya ade soalan berkaitan dgn zakat...

boleh tak saya memberi zakat kpd adik beradik sendiri...?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 12:38 PM | Show all posts
duku posted on 1-8-2013 12:14 PM
salam....

saya ade soalan berkaitan dgn zakat...

Salam..

Cuba rujuk jawapan pada post #2091

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:43 PM | Show all posts
syafiq79 posted on 30-7-2013 04:29 PM
Assalamualaikum...sy nk tnyn...camne ekk nk wat solat jamak...dlu sy penah buat...tp dh lupa....bku yg sy tulis ttg solat jamak ni pun dh ilang....tima ksh..

Salam..

Secara terperinci, perbincangan pasal solat jamak di forum ini saya rasa dah banyak dibincangkan, boleh guna function 'search' untuk cari bebenang yang berkaitan.

Boleh juga rujuk website rasmi JAKIM, saya percaya maklumat boleh diperolehi di hujung jari dengan mudah. Jika saudara pakai smartphone/tablet (nampak post kat sini guna mobile!), perisian percuma Android pun ada maklumat pasal solat jamak

Last edited by mnm77 on 1-8-2013 12:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:49 PM | Show all posts
musliadiadnan posted on 1-8-2013 09:24 AM
kebetulan der..aku pun nak tanya jugak lah kan...sbb 2 ari lepas mak mentua aku dgr suara yg kuat dari kebun dekat dgn umah. ayah mentua pun dgr jugak. esoknya. ayah mentua cakap. iblis. jadi sesiapa blh lah explain lagi detail pasal ni.

Tidak perlu diperbesarkan tentang hal ini. Boleh jadi benar, boleh jadi salah... tak perlu dipercayai sepenuhnya dan tak perlu tolak sepenuhnya apa yang kita tak pasti. Jika ada dalil yang sahih lagi kuat (Al-Quran dan Hadith), baru kita terima sepenuhnya tentang sesuatu yang menjadi misteri dari perkara ghaib.

Kita ikut perintah Allah, Insya-Allah selamat dunia akhirat.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:50 PM | Show all posts
mnm77 posted on 1-8-2013 12:38 PM
Salam..

Cuba rujuk jawapan pada post #2091

tq,

lg satu...biasa kita ade akad kan masa membayar zakat,,,,

tp kalau untuk ahli keluarga....ada akad tak?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 12:53 PM | Show all posts
duku posted on 1-8-2013 12:50 PM
tq,

lg satu...biasa kita ade akad kan masa membayar zakat,,,,

tp kalau untuk ahli keluarga....ada akad tak?

Bila bagitau pemberian zakat, dah dikira akad lah bila diterima si penerima.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 03:05 PM | Show all posts
Salam,

err... nk tnye... tp cam segan.. tp kne tanya gak utk elakkn btambah dosa ke, amalan xditerima..

huhu..

1) Tyme bulan Ramadhan ni kn.. leh ke kte bpuasa pd hari tersebut, kalo x sempat mandi junub sblum azan Subuh.. gara2 ter"bersama" hubungan suami isteri lepas sahur ? tak lame pastu trus azan Subuh...

Hubby ade tnjukkn hasil google search, mengatakan puasa masih sah..
Tp, sweet masih curious plak.. coz mcm pnah dengar.. kalo setakat puasa sunat bole, tp kalo puasa bln Ramadhan, xbole..

Help? TQ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan utk soalan di atas:  Sah puasa sunat atau wajib kalau pasangan suami isteri mandi junub selepas masuk waktu subuh.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
musliadiadnan posted on 1-8-2013 09:24 AM
kebetulan der..aku pun nak tanya jugak lah kan...sbb 2 ari lepas mak mentua aku dgr suara yg kuat  ...

Syaitan diikat sepjg ramadhan.  Jin tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2013 11:47 AM | Show all posts
sweetsour25 posted on 2-8-2013 03:05 PM
Tyme bulan Ramadhan ni kn.. leh ke kte bpuasa pd hari tersebut, kalo x sempat mandi junub sblum azan Subuh.. gara2 ter"bersama" hubungan suami isteri lepas sahur ? tak lame pastu trus azan Subuh...

Hubby ade tnjukkn hasil google search, mengatakan puasa masih sah..
Tp, sweet masih curious plak.. coz mcm pnah dengar.. kalo setakat puasa sunat bole, tp kalo puasa bln Ramadhan, xbole..

Salam..

Masih sah puasa sekiranya hubungan itu berhenti sebelum masuk waktu Subuh, dan wajib mandi untuk menunaikan Solat Subuh sekalipun mandi itu dah masuk waktu Subuh.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq coz da jwb persoalan .
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 08:33 AM | Show all posts
saya nak tnya. berkenaan niat iklas. cthnya mula2 x iklas. slps tolong btukar iklas. apakah mendpt pahala ? atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 09:50 AM | Show all posts
musliadiadnan posted on 5-8-2013 08:33 AM
saya nak tnya. berkenaan niat iklas. cthnya mula2 x iklas. slps tolong btukar iklas. apakah mendpt p ...

Setiap perkara yang baik termasuk niat, akan dapat pahala Insya-Allah

Apabila berniat yang tak baik, kemudian tukar kepada yang baik (ikhlas), maka ini termasuk dalam perkara yang baik (tukar niat dari yang buruk kepada yang baik)

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.466636 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list