|
shopaholic 2
hmmm.... dah abis book2... (skrg ni tgh baca book3)
my rating : 4/5 .... book 2 ni better than book 1...
hillarious... tak abis2 sengih sorang2...
my fevret part... early part of the book...weekend holiday
yg Beccy drives utk weekened holiday...
yg Beccy fed ex luggages.... hehehehe...
sedih..... part akhir... bila bf tak support Beccy... lebih baik Michael...
summary:
With her new found motto: 揧ou can抰 make money unless you spend it first, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk Novel : Bintang Hati
Karya : Azilawati Mat Angsar
Penerbit : CESB
Terbitan : 2009
Halaman : 360 mukasurat
Harga : rm17.90
Perjalanan cerita yang agak stabil tetapi perlahan. Setiap bab yang dibaca saya seringkali digamit tanda tanya. Penulis seakan mendera pembacanya kerana dalam setiap bab saya memperolehi hanya serpihan dari jawapan untuk setiap persoalan. Saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang penulis cuba sampaikan di dalam novel ini.
Kisah tentang Nurul Iman yang dicap pembawa sial oleh pakcik dan makciknya telah dihalau keluar dari rumah. Perkahwinan dengan insan tersayang sengaja dibatalkan kerana bimbang akan melekat kesialan memaksa Nurul Iman membawa diri walaupun hati masih lagi tetap menyintai Harith seorang.
Sepuluh tahun berlalu Nurul Iman rapat dengan Nafis. Sememangnya Nafis menyimpan perasaan yang luhur untuk Nurul Iman tetapi Nafis sudah memaklumi hati Nurul Iman sudah dimiliki. Timbul pula Ilhan, pekerja baru di Hakimi Public Accounts yang ternyata juga telah jatuh hati kepada Nurul Iman. Ilhan pula telah mengambil pendekatan untuk merapati adik Nurul Iman sebagai taktik untuk merebut hati Nurul Iman. Malangnya Nurul Izzah telah tersalah sangka. Dia menyangka cinta Ilhan untuknya. Berlakulah perselisihan faham antara dua beradik ini. Nurul Izzah tergamak pula menuduh Nurul Iman pembawa sial hanya kerana seorang lelaki sedangkan di bab yang lain penulis menceritakan begitu akrabnya ikatan persaudaraan mereka berdua. Saya dipalu kehairanan. Macam cerita sinetron Indonesia pulak. Sekejap berubah ke kiri sekejap lagi berubah ke kanan.
Kisah cinta Nurul Iman dan Harith terjalin semula apabila mereka bertemu di Hariman Way's. Membongkar kisah-kisah cinta lama yang ternyata masih segar dan tumbuh di dalam diri masing-masing. Namun masing-masing tetap control macho dan menidakkan perasaan sendiri yang bergelora.
Harith cuba menarik perhatian kekasihnya dengan menggunakan Laura sebagai senjata untuk menyakitkan hati Nurul Iman. Berkesan. Sakit hati yang ditanggung membuatkan Nurul Iman sengsara. Nafislah tempat dia mengadu hal. Nafis yang terpaksa mendengar walaupun hatinya juga dicuri oleh Nurul Iman. Namun Nafis terpaksa akur, cinta Nurul Iman hanya untuk Harith sejak dari dulu lagi dan tidak berubah.
****************************************************************************8
sinopsis belakang buku:
Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki.Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yangtidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yangmenerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna.Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawaNurul Iman ke alam cinta.
Lalu, Ilhan hadir mencuriruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang,diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan.Namun dalam diam-diam juga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Musafir Cinta by Taufiqurrahman al-Azizy
bukanmudah untuk mencipta sebuah novel berbaur keagamaan tanpa menjadikannyasebuah kitab agama. tetapi taufiqurrahman berjaya membuktikannya.walaupun ada kejadian/elemen mengejutkan, tetapi buku ini menceritakanelemen pencarian agama yang sejati. bagaimana iqbal sendiri hampirtersasar dari landasannya, begitu juga pengharapan ibu bapa firman,sungguh merobek perasaanku sebagai seorang ibu yang mengharapkan anakjadi manusia berguna dan tetap pada landasan-Nya.
| Makrifat Cinta
by Taufiqurrahman al-Azizy
|
| | read in May, 2009
"engakhirankepada trilogi makrifat cinta ini lebih kepada pencarian iqbal menariteman sejati. Bagi saya, penghayatan terhadap novel terakhir ini agakkurang jika dibandingkan dengan yang lain. Mungkin agaknya sayamenjangkakan kejutan demi kejutan ...morePengakhirankepada trilogi makrifat cinta ini lebih kepada pencarian iqbal menariteman sejati. Bagi saya, penghayatan terhadap novel terakhir ini agakkurang jika dibandingkan dengan yang lain. Mungkin agaknya sayamenjangkakan kejutan demi kejutan berlaku sebagai kedua novel padaawalnya. Dua novel sebelum ini, Syahadah Cinta & Munajat Cintalebih penuh dengan elemen yang mengasyikkan, dan mengajak pembacasecara berhalus supaya mengingati Allah dalam setiap waktu. Bagi noveltrakhir ini, agak mengecewakan saya, mungkin kurangnya 'adventure'berbanding yang sebelumnya.
Walau bagaimanapun, novel ini masih boleh dikategorikan baik dansesuai untuk dijadikan panduan mereka yang ingin mendirikan rumahtangga
|
|
Odisi Bulan Biru
by John Norafizan
|
| |
antarabuku JN yang agak berat, banyak bermain dengan monolog. penceritaanpada permulannya agak perlahan, banyak permainan perasaan Akira dansesalan Akira tentang kematian ibu dan adiknya yang terncat akal.Apabila pertemuan dgn Dr Ayumi berlaku, barulah cerita ini seolah-olahmendapat nafas baru dan rentaknya semakin pantas. Memang lain dari yanglain, JN jarang menghampakan.
Ceritanya sangat berliku terutamanya tentang pencarian nama Allahyang ke-100. Hmph, hairan? Tetapi cepat-cepat sedar, itu kan khurafat.JN seperti biasa mampu berdakwah dengan tulisannya yang terbaru ini.Tentang Emre, yang buta mata tapi terang hatinya.
Banyak yang bermain di fikiran, banyak juga ilmu bertambah, tentangsixth sense yang Allah kurniakan, (apa ye schizornepia? saya pun lupa)- orang yang dapat associate setiap perasaan dengan warna dan dapatmelihat aura warna tersebut pada orang lain. contoh, warna hitam, gelap- masalah, kemusnahan.
Kenapa bukan 4 bintang yer? Sebab monolog di dalamnya terlalupanjang, sehingga kadangkala membosankan. Saya yakin JN bolehmeringkaskan novel ini, sekiranya membuang sedikit monolog tersebut.Bagi saya, masih tidak boleh lawan Garis-garis Deja Vu.
|
| Aku Bukan Superstar
by Lily Haslina Nasir
|
| |
"Bestbest! Benar-benar menggeletek perasaan, tergelak saya membacanya. KisahAril ini ada sedikit-sedikit seperti kisah seorang juara AF, tetapidiubahsuai supaya Aril kelihatan lebih Islamik. Benar, bukan mudahuntuk menjadi seorang superstar. Banya...moreBestbest! Benar-benar menggeletek perasaan, tergelak saya membacanya. KisahAril ini ada sedikit-sedikit seperti kisah seorang juara AF, tetapidiubahsuai supaya Aril kelihatan lebih Islamik. Benar, bukan mudahuntuk menjadi seorang superstar. Banyak halangan dan rintangan perludilalui. Bukan mudah! Aril sendiri terkial-kial, tetapi Aril memangdigambarkan seperti manusia biasa, yang dalam kekalutan, ada perasaanrendah diri, tidak yakin. Oh, seperti saya sahaja dan saya rasakebanyakan manusia normal yang lain, hihi.
Perasaan Mak Temah juga dapat saya rasai, memang begitulahkerisauan seorang ibu. Bagaimana harapan dan doa seorang ibu yangmengharapkan yang terbaik untuk anak. Fenomena rancangan realiti jugadapat digarap dengan baik - orang ramai sanggup ikat perut untuk top upprepaid, sepanduk di sana sini, ke'obses'an terhadap seorang bakalartis yang alim.
Dapat juga rasa feel orang bekerja di majalah rasmi, bukan mudahmenjadi wartawan. Tension krew produksi. Tension nak jadi superstar,semua memberi gambaran/panduan jelas tentang kehidupan sebenar danliku2 kehidupan yang ingin menjadi bintang
Ada sedikit point masih boleh dibaiki:
1. Aril pula kadang kala terlampau lurus bendul
2. Naik syeikh saya baca Aril mampu menjadi Muslim yang baik, tapirealitinya jarang sebegitu. Harapnya ramailah yang menjaga batas espdlm program-program realiti tu.
3. Em, apa lagi yer? Tak ada dah kut
Benarlah Kak Lily berjaya memberi feel tentang perjalanan sebuahprogram realiti. Memang top tulisannya! Saya habis baca dalam satu harisahaj
|
[ Last edited by mardhiah12 at 8-6-2009 11:26 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk Novel : Bidadari - Bidadari Syurga
Karya : Tere Liye
Penerbit : PTS Litera
Terbitan : 2009
Halaman : 388 mukasurat
Harga : rm25.00
Sinopsis:
Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.
...........................................................................
Setelah usai membaca Hafalan Solat Delisa saya disarankan oleh seorang kawan supaya membaca novel ini pula. Kata kawan saya itu novel ini juga tak kurang hebatnya dan bisa menyentuh hati sanubari si pembaca. Ternyata saranan kawan saya itu betul. Novel ketiga dari Tere Liye ini sememangnya mampu membuatkan hati saya diruntun kesedihan dan kesayuan dari awal sehingga akhir. Dengan alunan bahasa yang indah bagaikan memukau saya untuk terus melekat dan menyudahkan pembacaan novel ini dengan ditemani sekotak tissu. Banyak airmata yang tumpah pabila menatap buku ini. Dahsyat sungguh penangan penulis dari Indonesia ini ye.
Sepertimana novelnya yang sudah-sudah penulis masih mengekalkan tema yang cukup sederhana iaitu kasih sayang dan ikatan persaudaraan. Berlatarbelakangkan sebuah desa terpencil Lembah Lahambay tinggal sebuah keluarga Mak Lainuri bersama anak-anaknya Laisa, Dalimunte, Ikanuri, Widapatna dan Yashinta. Setelah ayah mereka meninggal dibaham harimau, Mak Lainuri dan Laisa lah yang terpaksa mengambil alih menyara hidup mereka. Tetapi cerita ini lebih tertumpu kepada Laisa. Laisa nekad berhenti sekolah dan mencari pekerjaan untuk menyara persekolahan adik-adiknya. Laisa mempastikan adik-adiknya yang empat orang itu mendapat pendidikan yang sempurna dan menjadi seorang yang berjaya di suatu hari nanti.
Pengorbanan Laisa sebagai seorang kakak... walaupun sebenarnya Laisa bukanlah kakak kandung mereka... memang tiada tandingannya. Bermula dari berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri, rela bekerja keras setiap hari demi kebaikan adik-adik bahkan sanggup meredah hutan di tengah malam pekat mencari adik-adiknya yang nakal. Saya memang terpukau pabila membaca saat-saat Laisa berhadapan dengan harimau (bukan seekor tapi tiga ekor!) untuk menyelamatkan Ikanuri dan Widapatna. Berani dan nekad sungguh!
Laisa juga sudah tidak peduli lagi dengan keadaan rupa paras dirinya sendiri yang semakin berubah walaupun telah menjadi umpatan jiran tetangga. Laisa yang lembut hati juga tidak pernah mengambil kisah dengan sikap adik-adiknya (terutama Ikanuri yang degil dan membuat saya geram) yang selalu membuat hatinya terluka dengan hamburan kata-kata berbisa. Sesungguhnya saya serasa ingin menampar Ikanuri pabila dia menghamburkan kata-kata ".. kau bukan kakakku." kepada Kak Laisa yang selama ini berkorban segalanya untuk mereka. Tapi sebaliknya Laisa penuh ikhlas menerima semua takdir yang tersurat. Tak pernah mengeluh lelah dia menghambakan diri demi untuk mereka berempat. Berkat pengorbanan, didikan dan kasih sayang Laisa, satu persatu dari adik-adiknya telah tumbuh menjadi insan yang berjaya.
Detik yang paling mengharukan ialah saat kematian Laisa. Bila mana adik-adiknya menerima sms dari Mak Lainuri tentang keadaan Kak Laisa yang sudah nazak, masing-masing sanggup membatalkan semua agenda penting di dalam hidup masing-masing semata-mata untuk kembali ke kampung melihat Kak Laisa. Erat sungguh ikatan kasih sayang persaudaraan yang telah disemai oleh seorang Kak Laisa. Yashinta juga sanggup membatalkan perkahwinannya dengan Goughsky semata-mata untuk pulang ke sisi Kak Laisa. Ternyata kasih untuk Kak Laisa lebih utama dari pernikahan dengan lelaki tercintanya.
Keharuan terus mencengkam diri saya pabila menatap Epilog yang tertulis:
Dengarlah khabar bahagia ini.
Wahai wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari syurga parasnya cantik luar biasa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
shopaholic and baby... (shopaholic 4)
finished this 4 days ago...frm melaka - kL... hi-way jam giller...sampai bleh abis baca buku (ebook)
hmm the last of shhopaholics... (i think)
overall, rasanya ni la shopaholic yg tak best...tak de paper pun...mendatar jer ceritanya...
mcm dah kekerngan idea...
the same old Becky...the same old problem... cant resist "shopping" - hide the visa bills under the matress...
even communicate/telepathy dgn unborn child pun pasal shopping
i wished she'd change... more like the sister Jess...perhaps..
not so hillarious...
my rating: 2/5
----------------------
shopaholic...for those who cant resist n stop shopping...
why cant we use "bookaholics" (which has a nice ring)
rather than book worm...?
[ Last edited by gorgonz at 15-6-2009 16:41 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jus finish reading The Hollow by Nora Roberts. It's one of the Sign of Seven trilogy about small town that has been cursed every 7th year for seven day of chaos. It's become 3 blood brother to fight on all bad thing which will happen at their town. As always, NR will include a partner and love story to each of her main character. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : Salju Sakinah
Pengarang : Zaid Akhtar
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3604-41-8
Muka Surat : 576 Halaman
Sinopsis Belakang buku:
"Novel Salju Sakinah sangat seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat dengan pengajaran dan keinsafan. Apatah lagi, senario kisahnya berkisar di negara asing, secara tidak langsung mendedahkan kita akan situasi sebenar di sana. Malah penulisnya berjaya membawa pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Di samping itu, selitan nasihat dan tips tertentu amat berguna kepada pembaca agar lebih menghayatinya. Sebenarnya, buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada untuk tatapan sendiri ataupun cenderahati."
Zuarida Mohyin
Wartawan Utusan Malaysia
Ringkasan dari saya:
***Sinopsis belakang buku tu sebenarnya ada 4 komen dari novelis-novelis, Aminah Mokhtar, Azizi Haji Abdullah dan Nisah Haji Haron.
Kisah Sumayyah yang belajar di Universiti Yarmouk Jordan. Dari situ kisah berkisar tentang cara hidup mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di Jordan. PERMAYA - persatuan pelajar malaysia yang hidup dengan penuh tanggung jawab dan forum-forum diadakan dari semasa ke semasa.
Sumayyah pula di tahun akhir dan dia merupakan bekas ketua mahasiswi PERMAYA yang tegas dan lantang ketika berforum tetapi masih lagi dalam norma-norma mahasiswa islami. Di penghujung peperiksaan, dia mendapat keputusan lulus dan balik ke Malaysia. Pada waktu itu juga dia telah dengan tidak sengaja bertemu dengan Naufal yang berkopiah Raihan. (manis juga jalan cerita ni, dan sangat romantik dalam bentuk2 islami).
Bila pulang ke tanahair, tempat lahirnya di Batu Pahat, dia terpaksa mendepani situasi sulit, dimana dia telah kehilangan ayahnya, dan dia terpaksa juga meneruskan perniagaan kerepek usaha ayahnya. Sambil itu dia juga mendapat undangan berceramah agama setelah dipinta oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya. Dari sini dia telah bertemu semula Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Luqman juga berasal dari sekolah agama dan sekarang menjadi pensyarah di Bangi.
Sementara itu, kemelut keluarga terpaksa dihadapi, di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. Malang sekali cerita ini diakhiri dengan kematian Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar kilat di atas bukit Teguh.. (kematian yang tragis!). Kesudahan cerita yang terperanjat juga!. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan..... sedih dan tragis.
Kemudian Sumayyah disunting Luqman tetapi setelah istikharah, dia masih belum mendapat petunjuk, sehinggalah dia mengunjungi majlis perkahwinan Hakimah dan Hakimi di Melaka, dan dia mendapati dia telah gagal satu subjek di universiti yarmouk itu.....
Dia kembali ke Jordan, dan di sini lah bermula kisah cinta Sumayyah dan Naufal. Secara begitu islamik, Sumayyah disunting Naufal melalui Hakimi dan Hakimah, dan dia serasa begitu tersentuh dan menerimanya....-setelah dia menerima VCD melalui pak Arab penjaga kedai. --- (sangat-sangat tersentuh bab ni).
Komen saya:
***** Wow... saya ambil masa yang sungguh lama untuk habiskan novel ini, kerana saya membaca dengan cara perlahan-lahan dan menikmati tiap bait tulisan Zaid Akhtar.. Syabbas!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada baca...
Cincin Permata Biru...kisah mistik yang menyelubungi sebentuk cincin yang tuannya dahagakan darah dan nyawa...kerana cinta dan dendam...
SALINA...tak jemu membacanya semula... |
|
|
|
|
|
|
|
Linda Howard...Killing Time..
hmmm..tgok cover rase cam dah tau crite cam mana kann..?
my rating 2/5
mmg tak syok pun....stereotype sgt....mcm gmbr cover tu...
ni reviewnya - http://thebestreviews.com/review28324
Terrific time travel thriller"
By the year 2207, technology for time travel is available but it is strictly monitored and a person must have permission to go back in time. The technology was developed from an item in a time capsule buried in 1985 in a small Kentucky town. When an unauthorized person transits back to 2005 where the time travel is buried, FBI agent Nikita Stover is sent back to retrieve the person and make sure the capsule is buried so that it can be found in the future. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : Kebun Mimpi
Pengarang : Noor Suraya, Syud & Rnysa
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-09-8
Halaman: 536
Sinopsis Belakang buku:
Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi
Ceritera 1 - Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.
Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupannya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.
Ceritera II - Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.
Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!
Ceritera III - Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.
Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.
Novel ni adalah 3 in 1 story. Dan dari pengarang yang berbeza-beza. Terasa seronok bila dapat baca buah tangan Kak Noor Suraya, tapi kena baca dulu kisah Keranamu Ain, baru dapat paham Kebun Mimpi ni.. Dari Syud pula kisah yang menarik dan membuatkan aku nak senyum je bila dah habis, dan semasa aku menaip komen ni pun aku dok tersenyum-senyum sendiri depan pc hehehehehe. Kisah ketiga tu pula kisah dalam kisah dan terasa macam baca Garis-garis De ja vu sebab pasal burung tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi Linda Howard...
tp kali ni best....
hmmm
my rating = 4/5
best jg... saspen...
yg tak bestnya... si penjahat (ending)...mati tak brutal... hehehe
review: www.deepdiscount.com
Drea, treatrd like a whore,robs her crime boss boyfriend, then attempts to turn over
a new leaf.
Drea is attacked and left for dead. She makes an amazing recovery, and tries to get
on the right side of the law. She soon teams up with a handsome FBI agent to help
him catch her former boyfriend and his team of cold-blooded killers. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas baca buku from Jodi Picoult - Perfect Macth..
mengenai seorg assistant DA (Nina) yg kerjanya berkaitan dengan kes2 family termasuklah kes2 penderaan seksual kanak2...nak dijadikan cerita, anak Nina rupanya menjadi mangsa penderaan seksual juga..dia sedar hal ni berlaku sebab anak dia berubah sikap (senyap je, tak aktif sangat) dan Nina bawa jumpa pakar kanak2...
anak dia macam trauma dan tak bercakap, so hanya berpandu dengan lukisan2 skit2 je...
suatu hari masa jumpa pakar kanak2 tu, anak dia tunjuk gambar yg diintepretkan sebagai 'father'...Nina rasa terkejut sebab tak kan suami dia yg buat semua ni...suami dia tak mengaku.....
rupanya...lepas bbrp ketika anak dia hadiri sessi terapi...dia tunjuk semula gambar yg berkaitan dengan 'father' tapi bukan bermaksudkan ayah...rupanya bermaksudkan paderi...dari situ terbongkarlah rahsia siapa pendera seksual anak Nina...dan bermulalah episod baru utk mensabitkan paderi tu...dan macam2 lagi hal berlaku.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru habis baca Faking It, by sapa lupa plak..
Story bout a family who own a art gallery with a thousand of secrets buried in their basement. Matilda, the doter is responsible to guard the secrets. She earned her living by doing mural paint copying other famous artist. On her way to steal back one of paint by Scarlet from her neighbour ( her alias) she meet Davy whose there too to steal the mistress money. Both of them work together to get what seem to be their mission. Davy questioning why would Matilda need to collect back all pain by Scarlet while Matilda also wonder who exactly Davy and why he need to steal the mistress's money. |
|
|
|
|
|
|
|
midnite sun...
hmmm draft aje...kena baca kat pc...
tp bestnya...
my rating 5/5
sama dgn TWILIGHT... tp MS ni from Edward's point of view...
so the same plot..the same characters...the same settings...
and the same rate.... 5/5
can't wait...
dah dpt the published version nnti...plan nak baca side by side
twilight n midnite sun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|