|
koling for hyp.. koling for hyp
awat kedah menjunam ni.
xkan hang semua marah kat azraii lagi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa... ada lagi kaa team kedah dalam liga malaysia nihhh![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ingatkan dah ilang dah |
|
|
|
|
|
|
|
2122# Herlina
saya ada sabah bah...
player dah tak suka dekat azraai....
padan muka.....lama dah....go radhi... |
|
|
|
|
|
|
|
2124# hyphrigian
Aduh bah
pegi sabah x ajak cek no
nak udang kering sekilo ye
hang x de.. x meriah la stadium.. tu yg kalah je.
Tapi baru2 ni menang kan? |
|
|
|
|
|
|
|
lega sket mng aritu..ada harapan lg..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kedah x layak ke suku akhir!!! wut da hell.. |
|
|
|
|
|
|
|
azraai dah blah.....yeeeehhhhhaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
2125# Herlina
nak buat cemana kak.......
kena posting sabah..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru jumpak n sembang dgn azrai.... dia mai opis aku ada hal sikit..
dia kata biarlah dia berbakti kat pasukan lain pulak.. management kedah teruk sangat.. tunggang langgang... player yg ada banyak injurt.. takdak pembelian baru... mcm2 lah dia cerita..
lama dah dia dok di liga tempatan.. dia kata nak tukaq angin lah pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
azrai p skuad harimau muda kan..sapa lak nk ganti azrai? radhi mat din ka? |
|
|
|
|
|
|
|
2131# schumacher
aku plak sembang dengan mieyeh,pelam dengan paklong.....
depa berasa amat gembira..... |
|
|
|
|
|
|
|
pulun lagi tahun depan noooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Yusof ketua jurulatih Kedah yang baru
ALOR SETAR: Bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof dilantik menjadi ketua jurulatih Kedah, menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah, yang meletakkan jawatan bulan lalu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Datuk Syed Unan Masri Syed Abdullah, berkata pelantikan Ahmad, 49, berkuatkuasa hari ini.
Beliau berkata, Ahmad diberikan kontrak setahun bagi membimbing Kedah di Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk musim depan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
pakat ghaup ler next sizen....... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Yusof Appointed Kedah Head Coach
ALOR SETAR, Nov 2 (Bernama) -- Former Pahang coach Ahmad Yusof has been appointed Kedah head coach, replacing Mohd Azraai Khor Abdullah who resigned last month.
Kedah Football Association (KFA) deputy president Datuk Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah said today the appointment of Ahmad, 49, was effective on Monday.
He said Ahmad was given a one year contract to guide Kedah in the Super League, FA Cup and Malaysia Cup for the next season.
KFA had also terminated the contract of five players; Rafiz Abu Bakar, Mohd Afif Amiruddin, Mohd Azrul Ahmad, Manopsak Kram and Mohd Nazmi Baharom.
Syed Unan said they were dropped from the Kedah football squad due to their poor performance last season.
Ahmad said he was prepared to shoulder the heavy responsibility of regaining Kedah's lost glory following its failure to defend the Malaysia Cup.
"I will do my best to restore Kedah as an elite team," said the former international.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/newssport.php?id=451675 |
|
|
|
|
|
|
|
5 dah digugurkan.......
Rafiz Abu Bakar
Mohd Afif Amiruddin
Mohd Azrul Ahmad
Manopsak Kram
Mohd Nazmi Baharom. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sudah sedia kemudi Kedah - Ahmad Yusof
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
[email protected]
ALOR SETAR - Teka teki mengenai siapa yang bakal mengemudi skuad bola sepak Kedah akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru berkuat kuasa semalam.
Jurulatih berusia 49 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menggantikan Mohd. Azraai Khor Abdullah yang meninggalkan Sang Kenari untuk membimbing pasukan Harimau Muda mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.
Meskipun menyedari berdepan dengan tugas berat, namun Ahmad menyatakan dia sudah sedia sepenuhnya mengambil alih jawatan itu daripada Mohd. Azraai di sebalik harapan menggunung yang disandarkan terhadapnya.
Katanya, dia menyasarkan untuk membantu Kedah mengulangi kejayaan gemilang memenangi tiga piala seperti yang dikecapi pada musim 2007 dan 2008.
"Apabila bersetuju menerima tugas ini, saya tahu tiada pilihan lain kecuali memberi yang terbaik untuk membimbing sebuah pasukan elit seperti Kedah.
"Dengan barisan pemain dan kerjasama daripada pihak pengurusan serta penolong-penolong jurulatih, insya-Allah Kedah akan kembali pada landasan yang diharapkan," katanya pada majlis menandatangangi kontrak bersama KFA di sini semalam.
Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden KFA, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah; Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan pengurus pasukan, Datuk Khazali Din.
Pada majlis itu, KFA turut mengumumkan pengguguran lima pemain daripada skuad Hijau Kuning pada musim depan iaitu Rafiz Abu Bakar; Mohd. Afif Amiruddin; Mohd. Azrul Ahmad; Manopasak Kram dan Mohd. Nazmi Baharom.
Mengenai kemasukan pemain baru, Ahmad yang pernah menjadi ketua pasukan kebangsaan pada sekitar tahun 90-an berkata, keutamaan ialah untuk mencari penyerang bagi mempertajamkan sentuhan penyudah skuad Sang Kenari.
Dalam pada itu, Syed Unan berkata, pemilihan Ahmad sebagai jurulatih dibuat selepas namanya dicadangkan oleh pengurus dan penolong jurulatih Kedah yang percaya dia calon terbaik untuk mengisi jawatan tersebut.
Ditanya tempoh kontrak selama setahun yang mungkin tidak cukup bagi Ahmad membentuk pasukan, beliau berkata, KFA akan menilai prestasi ketua jurulatih baru itu daripada segenap sudut sebelum mempertimbangkan keputusan seterusnya pada akhir musim.
Mengenai KFA kemungkinan akan melantik seorang penasihat bagi memantapkan pengurusan pasukan Kedah, Syed Unan berkata, persatuan itu belum membuat keputusan terhadap cadangan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuad bola sepak Kedah musim 2007-2008 dapat tanah
ALOR SETAR: Pemain bola sepak Kedah musim 2007-2008, termasuk semua pegawai dan jurulatih pasukan itu, menerima hadiah sebidang tanah daripada kerajaan negeri, di atas kejayaan mereka meraih tiga kejuaraan dalam liga Malaysia pada musim berkenaan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak, berkata keluasan tanah yang diberikan kepada setiap pemain dan pegawai ialah antara 6,000 hingga 8,000 kaki persegi.
"Pemain dan jurulatih yang tidak lagi bersama pasukan pada masa sekarang juga akan menerima ganjaran berkenaan kerana itu janji yang dibuat dulu dan kita akan tunaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Azizan berkata, kawasan tanah yang akan diterima oleh skuad berkenaan terletak di sekitar daerah Kuala Muda dan Pokok Sena.
Pada musim 2007-2008 skuad hijau kuning menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia yang ketika itu dibimbing jurulatih Azraai Khor Abdullah. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|