CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2014 04:35 PM | Show all posts
JC nampak sibuk dekat thred isu semasa
banyak kekusutan di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_edelweiss posted on 23-10-2014 07:43 PM
banyak betul sawang tak disapu..
tt mana oi tt..

Ko je la yg sapu sawang kt cni .. Hihihii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:21 PM | Show all posts
Occay, Sorry kepada pembaca yg menunggu update.. Last week aku banyak gile keje..
X sempat nak update and bermacam2 lagi alasan yg nak diberikan..
Tapi this week, aku dah mula bersemangat nak update and hopefully can do so everyday..

Thanks to All,
JC

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 09:27 PM | Show all posts
painkiller posted on 26-10-2014 01:53 AM
to jc...
update la....by the way...nice story...aku dah x pedulik pun kalau cerita ko ni berdasarkn ...

aku x paham ekceli ape maksud ko, tapi aku take it as compliment occay.. Thanks,



85 page kalau pakai web version, satu page ade 10++ comment..
400 page kalau pakai mobile version, satu page ade 4-5 comment..

Kalau pakai mobile version ko bole scroll sampai bawah, then, paling bawah kanan ada tulis web version.. nanti ko boleh la bace 85 page, x payah logout pun xpe..


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 10:13 PM | Show all posts
kami tak mau janji manismu jc.. huuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 11:03 PM | Show all posts
TITLE: Mean Girl 2 [3.5]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [3]


[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Laina masuk hospital, Laina hilang dari rumah, Laina kembali..

[One wild night: I step into twilight zone and she left my heart with vertigo]

Perjalanan menuju ke hotel untuk mencari suaka puaka dari family Laina x seindah yg disangka walaupun jam belum menunjukkan jam 10.. Upacara ankerr di mulai dgn ayah Laina xboleh nak reverse kereta keluar rumah, dipijak pedal minyak sampai ke lantai tapi kereta xbergerak2.. Mak Laina yg menjerit2 ketakutan sangatlah x membantu keadaan separa panik.. Ayah Laian beberapa kali meraup peluh didahi beliau, x boleh2 jugak nak reverse keluar dari rumah.. Lepas hampir 30 minit tekan minyak, maybe makhluk yg menganggu dah buhsan dgn teknik tersebut atau terganggu sendiri dengan lolongan mak Laina, akhirnya, ayah Laina berjaya reverse keluar dari hotel california (read: ekceli, rumah derang sendiri)

bg music: "You can checkout any time you like, But you can never leave! du du du (sfx: drum), nyeee nyeeee pi pi piu piu (sfx: guitar electric)!! - Eagles: Hotel California"

Berdesup kereta derang me-reverse laju ke tengah jalan raya and disebabkan ayah Laina yg masa zaman mudanya banyak dihabiskan dgn membuat aksi drift, beliau berjaya tidak mencium pagar jiran.. Dengan aksi pantas ayah Laina pijak cluth-tukar gear-lepas clutch-lepas gear dgn bunyi, kereta ayah Laina meluncur ke hadapan dengan meninggalkan kesan tayar dan sedikit bunyi meluncur laju di jalan raya.. Walaupun background music mak Laina yg menjerit-jerit, sedikit pun focus ayah Laina x terganggu.. Nun di tepi tingkap depan, helaian-helaian kain putih berkibaran merancakan sedikit dada ayah Laina.. Tapi fokusnya masih tidak terganggu, sehinggalah mak Laina menjerit secara panik sebelum ayah Laina sempat bercakap "Maknye, jangan berani maknye tegur menatang ape kat luar tingkap tu!!"

Mak Laina: (menjerit panik) Darling!! Laina tersangkut kat luar tingkap!! WARGHHHHH!!

Adiba Knowles yg menyerupai Laina meniarap sambil cuba menjenguk dari tepi tingkap mcm Bruce Willis dalam cerita Die Hard.. Bezanya, Bruce Willis yg ada rambut dan dengan aksi lagak ngeri yg lebih menyeramkan.. Ini membuat Mak Laina dan adiknya berteriakan serta berantakkan dari dalam kereta, tapi adakah ayah Laina hilang focus? X mungkin!! Gelaran "Drift Prince of Seven Seas" (note: well, muda masa tu, so Price la, plus, dia pernah drift sampai masuk laut, so dapatlah Seven Seas) yg diperolehinya bukanlah satu gebang besar saja.. Walaupun Adiba Knowles meniarap, seluruh keluarganya meroyan, or sampai satu tahap, kaki mak Laina berada didepan muka ayah Laina cuba menendang2 Adiba Knowles jatuh, ayah Laina tetap focus.. Kadang-kadang diseretkan keretanya ke kiri dan ke kanan untuk menjatuhkan Adiba, tapi percubaannya sia-sia.. Adiba Knowles masih melekat ditepi tingkap pemandu..

Sampailah di satu simpang empat, Adiba hilang.. Ayah Laina menarik nafas lega.. Tapi belum sempat dihembuskan nafas, nun dibawah lampu jalan terbaring berlonggokan kain putih.. bukan satu, bukan dua, dan bukan tiga.. Lebih dari 10 bijik kain kapan berisi melintang di tepi jalan.. Dan belum sempat ayah Laina nak berpesan, "Maknye, jangan berani maknye meroyan tegur menatang tu!!"

Mak Laina: (jerit) Yaaa Rabbi!! Pochong!!! WARGHHHHHHHHHHHH!!!

Dalam keadaan panik, tangan Mak Laina yg mungkin cuba menutup matanya sendiri tersasul menutup mata ayah Laina yg sedang memandu.. Tapi, selaku "Drift Jedi of Seven Galaxy" adakah ayah Laina hilang fokus? Tidak sama sekali, dengan skilfull-nya dia memandu straight melepasi simpang empat tersebut..

(Amaran: Selagi korang or suami korang x dapat gelaran "Drift Jedi of Seven Galaxy", janganlah memandu sambil menutup mata sendiri or suami korang)

Lepas je dari simpang empat xmunasabah tue, bumbung kereta mereka diketuk bertubi-tubi.. Mak Laina yg sedar perbuatan menutup mata suaminya xmembantu membuat entiti ankerr hilang, tarik balik tangannya sambil menekan kepalanya sendiri dan mencangkung duduk sambil meraung.. Tapi, pada saat kritikal ni, adakah ayah Laina panik dan hilang fokus? Selaku pemegang title "King Sultan of Drift" selama 8 tahun berturut-turut, dia mengetuk balik bumbung keretanya sambil meluncur laju menuju ke hotel..

Ketukan dari atas kereta derang berhenti hanya bila mereka sampai di depan pintu hotel.. Semua dalam kereta tu terdiam, samada takut dgn siri penampakan or pemanduan kereta yg melampaui jangkauan abiliti manusia normal yg ditonjolkan oleh ayah Laina hanya derang yg tau.. Ayah Laina diam sambil tangannya kuat memegang stereng..

Mak Laina: Darling.. Bau ape ni?
Ayah Laina: (sedikit marah) Awak pernah dengar pepatah kalau nampak, dengar or bau benda pelik jangan tegur?

Mak Laina terus tutup mulut dan mengangguk2..

Ayah Laina: (sedikit gelisah) Awak pernah dengar pepatah, kadang2 sifat orang boleh berubah bila memandu?

Mak Laina memandang ayah Laina, then mengangguk2..

Ayah Laina: (sedikit xselesa) Sekarang kawan xmemandu.. Boleh x awak ambikkan seluar dalam saya kat beg baju?

Ayah Laina terus mengigil2 dan berbuih2.. Focus dan title2 yg diperolehinya terus hilang bersama angin malam..  



TU BI KON TI NUW~~



[AFTERMATH]
Occay, ni 3.5, punchline 3 yg x sampai aritu.. Nanti aku sambung Mean Girl 2 [4].. Thanks sebab menunggu!!

  


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks You !! :lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:58 AM | Show all posts
owh finally update pon
tenkiu jc Last edited by hasniey on 28-10-2014 01:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah, JC dah insaf dan kembali menghapdate. Mujur nampak sinar cahaya jalan pulang ke rumah SMTBL.

Gurau2 pergi surau, lariiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:06 AM | Show all posts
mcm2 gelaran dapat kali ni.....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:58 AM | Show all posts
finally.. laju skit update JC. x saba nk bc smbngn nye
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya.,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:04 PM | Show all posts
JokesCop posted on 27-10-2014 11:03 PM
TITLE: Mean Girl 2 [3.5]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [3]

abes tercirit...terkencing cukup sifat
king of on the go


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 02:00 PM | Show all posts
fuyoo...bapak hebatnyer ayah si laina ni...lain bebenonyer. he he he keep it up JC!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 03:02 PM | Show all posts
hahahahahaha
hadoi tergelak aku
bapak laina terkencing dlm spender ke hapa
jc, cecepat la sambung
best giler woooo
aku tak puas baca lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh jap2, laina ada or tak dalam kereta tu?

Cepat update jc!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 06:07 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl 2 [4]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [3]


[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Laina masuk hospital, Laina hilang dari rumah, Laina kembali, Family Laina berlari dari rumah mereka..

[Haji Mujib vs Drift King]

Haji Mujib xtahu nak buat reaksi mcm mana bila family Laina pada subuh2 gajah dah bersila atas pangkin rumah dia nak mintak bantuan.. Heppi sebab Laina dah balik, x berape nak heppi sebab Laina balik ke rumah dan gangguan terjadi semula.. X heppi lansung bila ayah Laina cakap Vitara kesayangan beliau x best sebab x bole buat drift..

So, lepas bersiap2, Haji Mujib pun ikutlah family Laina ke rumah derang utk melihat2 atau kalau boleh nak settlekan masalah yg melanda.. Sampai depan pagar rumah Laina, Haji Mujib mengeluh..

Ayah Laina: Haji, apsal mengeluh?
Haji Mujib: Berat kes ni..

Family Laina diam menunggu jawapan Haji Mujib..

Haji Mujib: Sampai aku x nampak rumah dibuatnye..

Rupe2nye, pendamping Laina dah hilangkan pandangan rumah derang dari mata Haji Mujib.. Nak settlekan masalah mcm mane kalau dah rumah pun x nampak..

Ayah Laina: Abis nak buat mcm mane ni?

So, Haji Mujib pun pejamlah matanya..

Haji Mujib: (jerit sekuat hati) LAINAAAAAAAA !!!!

Bergegar taman perumahan family Laina dengan suara pekikan Haji Mujib.. Then, Haji Mujib pun duduk mencangkung didepan pagar rumah sambil menghisap rokok..

Ayah Laina: Haji, biar aku masuk dalam panggil Laina..

Haji Mujib mengeleng2 kepala tanda jangan.. Suara Haji Mujib sedikit keras..

Haji Mujib: Kalau ayahnye nak nampak bende pelik pagi2 buta ni, pegi lah masuk..

Ayah Laina hentikan niatnya.. Xnampak rumah kebende? Elok je aku nampak rumah aku sendiri.. Penat aku bayar loan bank 30 tahun beli rumah ni, ko senang2 x nampak, ko ingat kem askar ke ape bole camouflage bagai? Walaupun ayat tersebut hanya disebut dalam hati, tapi aku sebagai penulis cerita ni dapat mengagak apa yg difikirkan oleh ayah Laina..

5 minit berlalu.. Haji Mujib jerit lagi nama Laina..

Haji Mujib: LAINAAAAAAAA !!!!

Jiran sebelah rumah keluar..

Haji Mujib: LAINAAAAAAAA !!!!

Jiran sebelah kiri pulak keluar..

Haji Mujib: LAINAAAAAAAA !!!!

Beberapa jiran kelihatan sedang membuat spekulasi Laina pinjam duit Along diseberang jalan..

Then, satu lembaga muncul berjalan ke arah Haji Mujib dan ayahnya..

Laina: Waalaikumsalam Haji..

Laina berjalan menuju ke Haji Mujib..

[Coolness Overwhelming]

Haji Mujib bangun dari cangkung..

Haji Mujib: Ape kau buat ni Laina? Sape kau panggil?

Suara Haji Mujib agak keras dan kasar, tapi tona suara sedikit lemah.. After all anak angkat kesayangan didepan mata.. Laina tunduk dan diam.. Haji Mujib pandang ke arah ayah Laina..

Haji Mujib: Ayahnye, pegi breakfast dengan family, aku nak bercakap sikit dengan Laina..
Ayah Laina: Tapi Haji, aku nak dengar..

Haji Mujib mengeluarkan dompet dari kocek seluarnya dan menghulurkan sekeping note seringgit ke ayah Laina..

Haji Mujib: Pergilah breakfast, aku belanja..

Lepas habis memandang Haji Mujib dari atas dan ke bawah berulang2 kali, ayah Laina sedar yg perbualan ni antara Haji Mujib dan anaknya sahaje.. Dia pun ambiklah duit seringgit dan mengangkut Mak Laina dan adiknya kedalam kereta tanpa bercakap banyak.. Then, lepas ayah Laina drift ke jalan besar (read: beredar dari kawasan).. Haji Mujib tanya balik..

Haji Mujib: Ape kau buat ni Laina? Sape kau panggil?
Laina: (suara lemah) Adiba..
Haji Mujib: Sape Adiba?
Laina: (menunduk) kawan..

Haji Mujib xpuas hati, berjalan2 dia berpusing beberapa round, di hentak2kan kakinya.. diramas terus puntung rokok yg masih menyala ditangannya.. Dia x peduli kesakitan di tapak tangannya mcm dia x peduli bisikan beberapa jiran membuat spekulasi Laina curang terhadap boyfriendnya yg berumur sambil confuse x tahu mana yg lagi teruk, boyfriend tua or curang terhadap boyfriend tua, or curang terhadap boyfriend tua dengan Adiba yg namanya mcm seorang perempuan jugak.. Hati Haji Mujib membara..

Haji Mujib: Kau ulang sekali lagi, telinga aku ni pekak hari ni!! SAPE ADIBA!!

Laina angkat kepala, dipandang tepat ke Haji Mujib..

Laina: Laina tau Laina salah, dia bukan kawan.. Tapi Laina xde kawan dah!!
Haji Mujib: Abis anak aku Kiera tu ape? Haiwan peliharan ke? Motoseykal ke? *Pepipopper ke?  

Laina ke belakang suaranya tersekat sikit..

Laina: Tapi, Kiera dah ada kawan, Hans..

Haji Mujib terdiam, diurut dagunya.. Dia dapat mengagak apa yg dah jadi.. Haji Mujib nak cakap ape? Majlis dah buat, pinangan dah diterima, tarikh dah set..

Haji Mujib: Habis ko nak buat ape? Pisahkan diorang?

Mase ni, Laina punya tunduk lagi sikit dah nak mcm ruku' dah.. Dia xtau nak buat ape.. Haji Mujib mendengus kecik, di menyalakan sebatang lagi rokok, disedut beberapa kali selaju mungkin.. Then, dia hulur bahagian span ke tangan Laina.. Laina yg xtahu apa nak buat pun menyambut batang rokok Haji Mujib sambil melihat Haji Mujib lintas menuju ke dalam rumah.. Laina pun berjalan mengikut Haji Mujib, tapi beberapa langkah, Haji Mujib menahan Laina.. Haji Mujib tanpa memandang Laina pun bercakap dgn belakang badan..

Haji Mujib: Aku x suka hisap rokok dalam rumah.. Ko pegang rokok aku kat sini sampai aku keluar balik..

Haji Mujib terus berjalan masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Laina berdiri kaku memegang rokok Haji Mujib.. 2-3 langkah Haji Mujib berjalan masuk ke pagar rumah, terus Haji Mujib ghaib dari pandangan mcm asap, terus membuatkan Laina yg tgh confuse mcm mana cara betul nak pegang rokok, bertambah confuse.. Dan lagi x membantu apabila jiran2nya berbisik2 spekulasi antara curang dgn boyfriend tua (read: kesimpulan yg paling teruk antara masalah tadi) dgn perempuan hisap rokok didepan rumah secara terang2an mana lagi teruk..

[Crouching Tiger, Hidden Dragon]

5 minit, Haji Mujib x keluar.. Putung rokok dah tinggal separuh..

10 minit, Haji Mujib x menampak diri lagi.. Tangan Laina dah mula rasa bahang api putung rokok yg dah nak kene ibu jarinya..

12 minit dan 23 saat, api dah start bakar span rokok, Laina terus buang rokok ke atas lantai and pijak supaya api tu mati..

Betul2 lepas Laina pijak putung rokok, dia pun dongakkan kepala, tercegat muka Haji Mujib depan pagar membuat Laina terjerit kecik..

Haji Mujib: Aku dah settlekan masalah dalam rumah ni.. Lepas ni dia xkacau family ko lagi..

Laina diam..

Haji Mujib: Tapi, masalah ko, sendiri settle.. Tu antara ko dgn menatang tu.. Aku x nak tanggung..
Laina: Tapi, saya x tahu nak buat mcm mana..
Haji Mujib: Mintak bantuan kat Allah, aku dah ajar.. Kan dah cakap, bukan sehari-dua..

Laina angguk kepala lemah.. Laina angkat kepala then cakap kat Haji Mujib..

Laina: Masalahnya Haji, bukan Laina nak kat Hans pun.. tapi..

Laina xdapat sambung semua ayatnya lepas sebiji kereta men-drift laju park di sebelah derang.. Family Laina dah balik.. Sebelum derang keluar kereta, Haji Mujib berbisik pada Laina..

Haji Mujib: Jantan dalam dunia ni bukan sekor je Laina.. Ayah ko pun jantan jugak, sayanglah kat dia.. Senyum kat family ko, derang risau..

Laina pun automatik senyum and sambut kepulangan ayah dan mak nya.. Haji Mujib pun seloroh kat ayah Laina

Haji Mujib: Dah, semua dah settle, insyaalah xde gangguan lagi.. Kalau ada, call je aku..

Ayah Laina: Yeker?? Dah settle ke? Betul ke Laina?
Laina: (senyum) Betul ayah, lepas ni dah xde dah..
Ayah Laina: Yeker?? BWAHAHAHAHAHAHA!! Owh, Haji..

Ayah Laina keluarkan duit syilling 20sen dan di hulur ke Haji Mujib.

Haji Mujib: Ape bende ni?
Ayah Laina: Balance duit breakfast tadi..
Haji Mujib dan Ayah Laina: BWAHAHAHAHAHAHA!!

Then, derang pun bersembang2 kosong diluar rumah.. Beberapa kali Mak Laina jemput Haji Mujib breakfast sama dalam rumah.. Tapi, Haji Mujib xnak sebab dia ada keje nak buat.. Haji Mujib pun mintak diri lepas beberapa ketika..

Sebelum naik keretanya, Haji Mujib pun mengangkat kedua-dua belah tangannya ke langit sambil jari-jarinya di tutup sedikit semacam mencengkam sesuatu.. Dia pun terus berlari ke arah jiran2 Laina yg masih sibuk speku cerita Laina sambil Haji Mujib menjerit..

HAAUMMMMMMM!! HAUUUUMMMMMMM!! WARGHHHHHHHH!! (sfx: Haji Mujib menjerit)

Berteraburlah mereka lari sambil dikejar Haji Mujib.. Family Laina dan Laina hanya mampu buat2 xnampak dan berjalan laju masuk ke rumah selaju angin..

TU BI KON TI NUW~~



[AFTERMATH]
No Aftermath, next episode.. Sekali lagi, fasten your seatbelt, aku nak time travel.. BWAHAHAHAAHAHA!!

[LEGEND]
*Pepipopper: Apparently, sebutan yg sebetulnya untuk Helicopter, anak aku yg umur 2 tahun lebih ajar aku.. Selama ni aku ingat sebutan dia helicopter..  

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:36 AM | Show all posts
JokesCop posted on 29-10-2014 06:07 AM
TITLE: Mean Girl 2 [4]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [3]

erm....
napa aku takder perasaan baca yg ini
btw...

first to komen
buahahahahahah

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:58 AM | Show all posts
rase nk hantuk je kepala hj mujib dgn bapak laina ni... hahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeeeeaaaaa....
Thanks j.c..lol:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.880400 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list