Edited by santubung at 14-6-2017 08:54 PM
Seksyen 330 Kanun Keseksaan itu bermaksud DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BAGI MEMERAS PENGAKUAN BERSALAH ATAU BAGI MEMAKSA SUPAYA HARTA DIPULANGKAN. Tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera. Tertuduh menyebabkan cedera bagi memeras daripada seseorang atau orang yang ada kepentingan dengan orang itu apa-apa pengakuan bersalah atau maklumat yang boleh membawa kepada diketahui sesuatu kesalahan atau salah laku, atau bagi maksud memaksa orang sedemikian memulangkan apa-apa harta atau cagaran berharga, atau supaya memberi maklumat yang boleh membawa kepada pemulangan apa-apa harta atau cagaran berharga. Hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Dorang didakwa di bawah Seksyen 330 sbb dengan sengaja menyebabkan kecederaan tapi tiada niat hendak menyebabkan kematian. Iols rasa dorang pi pukul arwah Farhan sebijik, dua bijik sorang. pastu belasah dgn tali pinggang dan getah paip.
Yang 5 jahanam tu under Seksyen 302 sbb mmg berniat hendak membunuh (seterika seluruh badan arwah hingga mati). Yang sorang lagi tu didakwa bersubahat melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (dibaca bersama-sama Seksyen 302) yang turut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Harap sangat pihak pendakwa berjaya buktikan kesalahan 6 orang dan 13 orang ni ... perbuatan dorang mmg di luar batasan manusia. Mak bapak dorang sure pasang lawyer kaw2 punya wpun anak laknat.
|