|
Reply #2138 attyra's post
Boleh..ader geng beli online.. |
|
|
|
|
|
|
|
sy dah beli pun buku RAM di Minerva jln TAR
tak sabar nk baca smpi khatam buku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haizaiza at 25-8-2008 04:49 PM
sy dah beli pun buku RAM di Minerva jln TAR
tak sabar nk baca smpi khatam buku ni
ada ek??
minerva bukak ke ari ahad?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2141 attyra's post
bukak attyra's...dia bukak smpi kul 7.00 p.m |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak menatap hijap sang pencinta ni |
|
|
|
|
|
|
|
off topic jap.....
selamat menyambut ramadhan al-mubarak...semoga amalan kita diberkati-Nya...amin :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2144 ashla's post
aminnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
| TIKA RINDU BERLAGU
Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1
Sinopsis:
KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| CAMAR YANG PERGI
Harga: RM19.90
Penulis: Iris Ixora
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-374-9
Sinopsis:
DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara. Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri.
Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati. Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| SEJUTA NAFAS CINTA
Harga: RM18.00
Penulis: Shanika Latisha
Halaman: 416
ISBN: 978-983-124-366-4
Sinopsis:
Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.
Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?
SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan hati sepasang wanita melalui segala kemelut... me ngenepikan gelojak perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti. Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala doa telah dititipkan?
|
| phewwwwwww banyak banget buku baru alap ni tak tau mana nak beli dulu, ahaksss!
selamat berbuke min nak gi solat, chow chin cow |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teruja ngan buku Lily Suriani tu..buku raye... |
|
|
|
|
|
|
|
last week beli:
Sandaran Hati---menghiburkan.....penulis nie best....boleh beli lagi...
Rindu Belum Berhenti---not badlah.....
(buku by Haiza Najwa-tajuk lupa)---hmmmm....camna nak cakap ek...plot mcm bercampur aduk.....karekter byk sgt yg antagonisnyer...kejap baik kejap jahat....tak terikut.....
kenkawan....sila rekomen buku2 lain yg patut dibeli....yaneng suka cerita dewasa...yg dah kawin especially....
tgh kemaruk baca buku2 melayu nih....tq! |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis Saat Kau Hadir ni diambil dari blog penulis
BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun |
|
|
|
|
|
|
|
smalam beli aisya sofea - selagi ada dia
hijab sang pencinta - RAM
dah lama tak beli buku2 alaf |
|
|
|
|
|
|
|
| KALA MIMPI BERSATU
Harga: RM19.90
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-393-0
Sinopsis:
KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa siol. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan
itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.
Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.
Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.
Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang
ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri.
Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| SAAT KAU HADIR
Harga: RM19.90
Penulis: Laila Kamilia
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-402-9
Sinopsis:
BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?
|
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by minahleter at 10-9-2008 07:43 PM
http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/tika-rindu-berlagu.gifTIKA RINDU BERLAGU
Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1
Sinopsis:
KESUNGGUHA ...
Dah baca novel terbaru Lily Suriani; komen saya memang best. Tak rugi menjadi koleksi peribadi.
Ada pelbagai rasa bercampur aduk saat membacanya.
- Geram bila mak mentua tidak lagi menyayangi menantunya kerana tidak dapat memberikan zuriat.
Bahkan sanggup menyerang bekas menantu kerana anaknya yang beristeri lain masih menyayangi
bekas isteri.
- Sedih bila isteri dapat tahu yang dia rupanya berkahwin dengan pembawa hiv.
- Tabik dengan pengorbanan seorang bapa yang tidak mahu berkahwin lain kerana ingin mendidik anaknya sendiri.
- Kelakar bila ada part panjat pokok semata-mata untuk mengembalikan ingatan seseorang yang dikasihi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2155 azure's post
ya saya setuju
best sehari jer abes baca... |
|
|
|
|
|
|
|
PESTA BUKU ALAF21 datang lagi..
Sesiapa yang berminat nak borong novel bolehlah ke situ..
Diskaun sampai 30%
Tarikhnya : 31 Okt. hingga 2 November 2008
Masa : 8.30 hingga 6 ptg
Tempat : Shah Alam
Mari kita g ramai-ramai..
keterangan lanjut kat : www.alaf21.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2157 azure\ catat
Wah..sure ader yg borong sakan ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|