|
RIANZ PARADISE VOL. 63 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
ke nak yang nie |
|
|
|
|
|
|
|
okay dah vote..tapi kena pilih 3 je kan..
sori lah yg tak divote tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
la ramai yg terlepas ka??? ok tlg post balik
ni sambungan novel>>> esok pagi2 boleh le baca
************
Terasa sihat bila badan lebih ringan dan berpeluh dari hanya duduk di rumah. Mungkin juga Allah kasihkan aku dan Azam, sepanjang mengandung kali kedua ini aku dan anak kami sihat dan cergas cuma bila sudah masuk lapan bulan terasa perutku padat dan termengah-mengah. Tidur malam makin kurang selesa, panas terasa badan hingga terpaksa perhawa dingin terpasang sepanjang malam, kadang2 Azam mengambil tuala basah dan menekap ke tubuhku bila kepanasan itu bagai mengganggu tidurku sepanjang malam.
Rupa-rupanya pengiraan tarikh melahirkan itu agak meleset jauh, dua minggu sebelum tarikh yg dijangkakan aku mula sakit-sakit, ada cebisan darah di dalam air kencing pagi itu. Kelam kabut Azam menghantarku ke hospital swasta yg terletak di bandar K.Kinabalu, bimbang juga kami kalau2 katilnya penuh, maklumlah tarikh yg sepatutnya aku mendaftar agak jauh dari itu. Bersuamikan seorang doktor mmg bertuah, boleh dikatakan Azam mmg popular di kalangan doktor2 di K.K termasuk doktor2 di hospital itu. Sesekali dia dijemput sebagai doktor gantian sewaktu ada kecemasan yg berlaku.
Betullah kata orang sakit bersalin itu adalah yg paling hebat bg manusia, lelakipun belum tentu dapat melaluinya. Jika suamiku sudah beberapa kali melalui pengalaman itu bersama pesakit2nya tp pengalaman kali ini tak akan dapat dilupakannya. Menemani isteri sendiri, mententeramkan isteri yg menangis kesakitan selama berjam-jam lamanya. Sesekali nampak jelas wajahnya yg cemas dan risau, hilang sudah wajah redup dan tenang. Dari satu ayat ke ayat Quran yg lain dibacanya perlahan seakan memberiku ketenangan dan kekuatan. Aku sudah memberitahunya awal-awal lagi yg aku tak mahu dibedah, aku mahu melahirkan secara normal kecualilah keadaan sudah tidak dapat dielakkan lagi. Kata Azam proses pemulihan bersalin normal lebih mudah berbanding dgn kaedah pembedahan. Begitu juga kata mertuaku.
Sesekali sakit itu datang rasa bergegar tubuhku menahannya, bagaikan bergulung-gulung anakku bergerak kuat mahu keluar tapi masanya belum pun sampai, bukaannya masih belum luas, hanya lapan sentimeter. Lengan Azam yg menjadi tempat bergantung sudah lebam akibat genggamanku yg sudah beberapa jam berlalu. Selama hampir tujuh jam menunggu akhirnya dgn kepayahan yg teramat sgt bayi lelaki itu melengkapkan aku menjadi seorang wanita, dari seorang isteri aku kini sudah menjadi ibu. Sempat juga aku terpandang bayi yg comel dan agak montel tubuhnya berambut keperangan ikal sepertiku. Selepas itu aku tdk sedar lagi apa yg berlaku bila mulutku menelan dua biji pil dan secawan air.
Mataku terbuka semula setelah terdengar tangisan nyaring bayi di sebelahku. Azam sudah tersenyum lebar, pantas mengamati wajahku agak dekat dan kucupannya hinggap di dahi dan keningku. Anak kecil itu masih merengek-rengek tnpa henti, matanya masih belum terbuka tp mulutnya sudah bergerak-gerak. Azam mencium anak kami yg masih merah sambil jari2nya melurut pipi comel itu perlahan-lahan.
"Anak kita lapar" kata Azam, aku memandang ke arah anak kecil itu dan kemudian ke wajah Azam.
"Nak pegang?" tanya Azam sambil tersenyum, bagaikan tahu aku mmg tak pandai mendukung bayi kecil tambahan pula bayi baru lahir. Aku segera bangun dan duduk bersandar di dinding katil sambil mengangguk-ngangguk. Mmg pelik memangku anak sendiri yg selama ini berada di dalam rahimku selama sembilan bulan, hari ini dia sudah di depan mata. Bibir sicomel itu berkumat kamit dan suaranya masih merengek-rengek tanpa henti. Azam tersenyum sambil menunjukkan ke dadaku. Azam meletakkan anak kami dilenganku dan mengangguk perlahan dgn senyumannya yg tak pernah lekang dr tadi. Aku memandang ke wajahnya masih teragak-agak dan terkial-kial tp tangisan si kecil itu kian nyaring pula. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan yg atas>>>
sambung lagi buat semua yg tgh rindukan Ijah n Azam....
Dgn bantuan Azam yg membantuku
memangku anak kami perlahan-lahan bibir comel itu menyentuh puting susu ke mulutnya dan bagaikan sesuatu yg pelik bila sudah tahu mencari makanannya yg pertama di situ.
Air susu yg hanya menitis setitis dua cuma bagai tdk dapat menghilangkan dahaga si kecil. Dia masih cuba menghisap walaupun agak lambat. Setitis demi setitis masuk kemulut anakku yg masih manangis tapi tidak lagi senyaring tadi. Aku memandang ke wajah Azam yg sedang memerhati, cepat-cepat dia menyeka air mata di hujung matanya yg terharu dgn suasana baru itu. Dia bangun dan segera duduk di sebelahku sambil mencium bahuku lembut.
"Sakit lagi sayang?" suaranya lembut ke telingaku.
"Dah baik sikit, penat aja" jawabku sambil memandang anak kami yg masih cuba menghisap air susu dr ibunya.
"Comel sangat, betul-betul mcm mamanya" kata Azam sambil tersenyum memandang wajahku.
"Abang dah pilih nama?" tanyaku teringat begitu banyak nama yg kami carikan untuk anak kami ada yg nama lelaki dan ada yg perempuan juga.
"Dah, tp tak nak cakap lagi" pipiku dicium lembut.
"Kenapa semalam abg menangis? Abang takut Ijah mati ka?" tanyaku bila teringat dia memelukku cemas serta memohon ampun dan maaf ketika aku sedang meraung kesakitan sebelum anak kami lahir. Dia terdiam lama sambil memeluk bahuku erat.
"Besarnya pahala menjadi isteri dan ibu, abang jadi insaf" katanya sedikit sebak.
"Insaf? Mcm tu cukuplah seorg ni" kataku melawak cuba menceriakannya.
"Angan2 nak ada anak ramai tp bila tgk susah payah isteri bersabung nyawa, hampir2 di ambang maut kenalah fikir2kan balik, tak tahulah kalau ada rezeki lagi, mungkin senang sikit.
Selalunya begitulah. Dah enam tahun abg tunggu, baru Allah bagi rezeki, syukurlah banyak2, yg penting Ijah selamat dan sihat. Eh, baby dah tidur balik, dah kenyanglah tu, bagi abg" kata Azam menghulurkan tgn memangku bayi kami dgn berhati-hati. Namun dr cara dia mengangkat bayi mmg dia nampak berpengalaman, tiada nampak teragak-agak. Mungkin juga pengalaman menjaga Daniel dan pesakit2nya.
"Sayang anak papa, nanti Mak Tok sampai mmg tak tidurlah baby ni diulinya. Mak sampai petang ni dgn Mak Chom, tak sabar2 nak pegang cucu" kata suamiku. Aku tersenyum lebar, meriahlah rumah kami dgn kedatangan mertuaku yg peramah itu.
Tiba-tiba terasa mcm hendak membuang air yg teramat sangat.
"Abang, Ijah nak pergi bilik air" kataku cepat
"Nanti abg panggil nurse, tak boleh turun lagi, buang air kat sinilah" katanya
"Tak naklah, tak selesa" kataku lagi.
Dgn pertolongan beberapa org jururawat, aku turun dari katil itu tapi tiba-tiba bagai dalam sekelip mata, aku sudah tersepuk di lantai ditepi katil. Bagaimana aku berada di situpun aku tak sedar. Cuma suara2 cemas jururawat yg ramai mengejutkan aku dr lena, pipiku terasa bagai ditampar perlahan. "Puan!, puan!, puan!" |
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak sambungan lagi kn seru.....main seru2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa page 85 n 86 mcm sama jek??? |
|
|
|
|
|
|
|
adeh ke mata teman yg terbelit2?? |
|
|
|
|
|
|
|
semua dah rush nak balik umah ni |
|
|
|
|
|
|
|
esok riz ade PC utk ABP...ahaaa....adakah riz tercalon utk top 5??apepon...kite tunggu keputusannya.....huhuhu....makin berdegup jantung ku ini..... <<< kak muzlia kata |
|
|
|
|
|
|
|
huwaaaaaaaaaaa eye lapo
tadi pagi makan roti jerk
kes malas nak pegi beli makanan |
|
|
|
|
|
|
|
kak sweet)))) & dash)))) check your sms..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|