CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

Pilihanraya Sarawak 2011 : Barisan Nasional menang majoriti 2/3

   Close [Copy link]
Post time 16-4-2011 11:43 PM | Show all posts
memang menang tapi tetap x boleh dpt majoriti 2/3
kat Sarawak ni org Melayu/melanau jer masih s ...
DTECCONAN Post at 16-4-2011 23:08



    malas aku nak cakap mende ni..isu dah lain sekarang...sekarang ni mematahkan DAP dari terus mara...ni semua org dah tahu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2011 11:45 PM | Show all posts
Menang sorak Pakatan
Oleh Wan Hamidi Hamid
April 16, 2011

ANALISIS, 16 April – DAP menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tetapi prestasi parti-parti sahabat Pakatan Rakyat amat mengecewakan. Lebih menyedihkan ialah PKR yang hanya dilihat menang sorak.

Dari awal lagi, DAP berpegang kepada strategi menarik undi simpati dengan slogan mahu menafikan dua pertiga majoriti BN Sarawak kerana ia terbukti membawa kejayaan pilihan raya umum 2008 serta pilihan raya kecil Sibu tahun lalu.

Namun strategi sedemikian tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang lebih selesa dengan cakap-cakap naik semangat mahu mengambil alih pentadbiran negeri.

Hakikatnya tiada siapa yang yakin dengan perubahan sebesar itu.

Kebanyakan pengundi dan pemerhati politik yang rata-rata bersikap konservatif lebih yakin dengan kemungkinan menafikan dua pertiga majoriti.

Namun, strategi PKR yang menuntut, gambil dan bertanding lebih dua pertiga dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak mungkin memaksa para pemimpinnya untuk berkempen menawan negeri daripada sekadar menafikan dua pertiga majoriti.

Apa pun strategi itu gagal dan kesannya PKR hanya menang tiga kerusi.

Hebat juga kerana sebelum ini PKR hanya mempunyai satu kerusi DUN.

Memang PKR dan Pakatan boeh menyalahkan BN yang memperguna serta menyalahgunakan jentera kerajaan. Memang media massa yang dikuasai BN berat sebelah dan terang-terang berkempen untuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN.

Namun, dengan tekanan yang hebat dan zalim itu, DAP masih mampu meraih 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya. Itu pun 15 kerusi yang diperolehi selepas rundingan dengan PKR walau pun pada mulanya DAP mahu bertanding di 20 kawasan DUN.

Kesan yang lebih besar kepada Pakatan ialah usaha menghadapi PRU akan datang. Kemampuan PKR di Sarawak akan menjadi bahan propaganda Umno dan BN. Ini ditambah pula dengan PAS yang diberi lima kerusi di Sarawak telah pulang dengan tangan kosong.

Yang perlu sekarang ialah bagi PKR menilai semula strategi – bukan sahaja strategi dan taktik pilihan raya – tetapi kedudukannya bersama DAP dan PAS serta parti-parti sahabat di Sarawak dan Sabah.

Ketiga-tiga parti ini perlu duduk bersama melihat diri sendiri – siapa mempunyai jentera paling ampuh, siapa mempunyai pemimpin dan calon berwibawa, siapa mempunyai perencanaan dan rancangan yang lebih jelas serta jitu, dan siapa patut membuat apa.

Cakap besar dan berlagak “big brother” patut disisihkan. Pembahagian kerusi dan kawasan yang selama ini mengikut kaum dan agama juga perlu satu penilaian semula walau pun ia amat sukar untuk dilaksanakan.

Dengan kerjasama para NGO dan kumpulan-kumpulan yang mesra Pakatan, usaha mendemokrasikan struktur dan amalan perlu diteruskan – membebaskan media, meneluskan amalan kerajaan dan mewujudkan persefahaman antara kaum dan agama.

Kemenangan BN memang sesuatu yang amat membanggakan gabungan pemerintah itu yang masih diselaputi persepsi salah guna kuasa, penyelewengan, tidak adil dan tidak demokratik.

Memang BN sepatutnya menang besar kerana semua media arus perdana berkempen untuknya; semua jentera kerajaan daripada hasil sumber alam dan wang cukai rakyat hanya boleh digunakan oleh para pemimpin BN; kuasa imigresen negeri digunakan untuk menyekat kemasukan beberapa pemimpin NGO dari Semenanjung.

Kemenangan seperti itu memang tidak adil. Dan selama itu BN, sama ada di Sarawak, Sabah dan Semenanjung, terus mengamalkan demokrasi terpimpin yang memastikan rakyat tidak perlu kepada sebarang bentuk ketelusan.

Persoalannya, khususnya untuk renungan Pakatan, jika BN masih diterima rakyat melalui strategi dan taktik yang tidak demokratik itu, apakah langkah seterusnya untuk Pakatan?

Yang lebih penting untuk Pakatan ialah bersiap sedia untuk menghadapi PRU akan datang. Datuk Seri Najib Razak telah pun membayangkan bahawa tarikh PRU akan mengambil kira keputusan PRN Sarawak.

Ini membuka kemungkinan PRU boleh diadakan pada Jun atau Julai ini. Najib dan BN tentunya mahu mengekalkan momentum Sarawak.

Bagi BN, kalau pun DAP juga dilihat mampu mengekalkan momentum Sarawaknya, ia tidak akan dianggap pencabar utama dalam PRU akan datang. Yang penting bagi BN, khususnya Umno, para pemimpinnya melihat PKR dan PAS tidak mampu memberi cabaran yang serius dalam PRU akan datang.

Keadaan ini memerlukan Pakatan Rakyat untuk sama-sama merendah diri mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada jika benar-benar serius untuk membangkitkan semula semangat tsunami 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:45 PM | Show all posts
Nampak tak parti mana paling untung?...DAP ka PAS?..kalau DAP, macam mana PAS nak tubuhkan negara islam?..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:46 PM | Show all posts
pas kalah di semua kerusi...n.ajis nk halalkan ke tidak bn menang?
harkktuih Post at 16-4-2011 23:36



    aku rasa kalau pas kurangkan sikit budaya maki hamun pihak lain ni..sure boleh diterima....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:47 PM | Show all posts
Sebenarnya PRN Sarawak ni ada hikmahnya.
Kalau kkita lihat, Cina memang ketandusan wakil dalam kerajaan negeri.
Tapi apa nak buat, memang tu pilihan mereka.
So, lepas ni BN jangan bersusah payah penuhi tuntutan mereka, kerana buat macam mana pun mereka tetap tak akan undi BN. And sebenarnya kalau strategi betul, memang bumiputera boleh pegang semua kerajaan negeri dan buat chinese ni sebagai pembangkang (dalam DAP dan PKR). Ia dah berlaku di Perak sebelum Sarawak.
I nampak possibility benda ni berlaku di Selangor dan Penang dalam PRU nanti.
Kedah Kelantan tu pulak biarlah PAS yang pegang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:49 PM | Show all posts
aku rasa kalau pas kurangkan sikit budaya maki hamun pihak lain ni..sure boleh diterima... ...
abgboroi Post at 16-4-2011 23:46

itu yg nak ckpkan td... kena buang jauh budaya maki hamun.... kutuk org bodoh tu.... dr bwh smp ke atas peel camnih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2011 11:50 PM | Show all posts
Nampak tak parti mana paling untung?...DAP ka PAS?..kalau DAP, macam mana PAS nak tubuhkan negara is ...
Anak_Nogori Post at 16-4-2011 23:45



    dengar la ikrar DAP masa grand finale Pilihanraya Negeri Sarawak di Kuching

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:49 PM | Show all posts
BN xkan dapat stand kat swak kalau harapkan sokongan melayu dan melanau jer.. bape persen sangat le dua kaum tu.. Alahai pakar politik CI ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2011 11:50 PM | Show all posts
Reply 2139# Magika

pas je x sedar2 lg dorg tu diperanjingkan oleh parti lain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:51 PM | Show all posts
aku cuma cakap mungkin  bukan confirm...
ang pun ada buat analisis kangkung dekat page ...
Magika Post at 16-4-2011 11:42 PM


tu based pd analisis data
kalau based pd keputusan pun hampir2 nak menang cuma salah besar untuk SNAP
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:51 PM | Show all posts
bangsa cina di malaysia menolak 1malaysia najib...tinggal melayu ngan koling je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:53 PM | Show all posts
Sebenarnya PRN Sarawak ni ada hikmahnya.
Kalau kkita lihat, Cina memang ketandusan wakil dalam kera ...
CoolSurfer Post at 16-4-2011 23:47

klau pembangkang dah pegang jgn sibuk2 nak kacau... jaga negeri masing2.... tak gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2011 11:53 PM | Show all posts
tu based pd analisis data
kalau based pd keputusan pun hampir2 nak menang cuma salah besar untu ...
DTECCONAN Post at 16-4-2011 23:51



    tak habis habis nak buat analisis kangkung... dari pilihanraya tenang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:54 PM | Show all posts
bangsa cina di malaysia menolak 1malaysia najib...tinggal melayu ngan koling je...
ifanonline Post at 16-4-2011 23:51

ulang lg statement cerdik mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by abgboroi at 16-4-2011 23:58
Menang sorak Pakatan
Oleh Wan Hamidi Hamid
April 16, 2011

ANALISIS, 16 April – DAP menang besa ...
Magika Post at 16-4-2011 23:45



    siapa laa kata pilihanraya jun atau julai tu?  kalau camtu camner najib konfiden sangat nak jumpa menteri turki akhir tahun ni eheh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:54 PM | Show all posts
Nampak tak parti mana paling untung?...DAP ka PAS?..kalau DAP, macam mana PAS nak tubuhkan negara is ...
Anak_Nogori Post at 16-4-2011 23:45


PAS & PKR sebenarnya dalah kuda tunggangan DAP. Bagi
nak rak berkempen di kawasan DAP, bangga berpuluh ribu
orang datang mendengar, tapi pada akhirnya siapa yang
MENANG? PAS dan PKR gigit jari.............PADAN MUKA!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2011 11:54 PM | Show all posts
ulang lg statement cerdik mcm nih
dino Post at 16-4-2011 23:54


ke tinggal koling je?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:55 PM | Show all posts
aku cuma cakap mungkin  bukan confirm...
ang pun ada buat analisis kangkung dekat page ...
Magika Post at 16-4-2011 23:42



kalau ikut analisis dorg kat page depan2 tu, pilihanraya kali ni bukan setakat satu sarawak, brunei punye kerusi pun dorg sapu sekali, sultan brunei pun kene letak jawatan.. ganti ngan sultan karpal singh is king!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:57 PM | Show all posts
ulang lg statement cerdik mcm nih
dino Post at 16-4-2011 23:54



    perkataan koling tu sendiri dah boleh menjauhkan masyarakat india sokong dia...

   1 malaysia ni bukannya ditolak tapi org melayu sendiri bodoh pi cucuk cina sokong DAP...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:57 PM | Show all posts
ke tinggal koling je?
ifanonline Post at 16-4-2011 23:54

tak timbul sape bodoh atau tak..... bile agaknya org2 kite nak berpolitik dgn matang.... skdr mengejek mcm budak2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list