|
KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!
[Copy link]
|
|
Recording ‪#‎AF2013‬ Prelude at ABC..
~~~ Fanpage Hafiz AF ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip Salam jumaat dan selamat berbuka... #pengembaraansayapmerah 34min |
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 19-7-2013 12:25 AM
info dari Fanpage Hafiz AF.....
wah bestnya...tapi guwe ngak bisa mampir..
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 19-7-2013 06:43 PM
ingin nak dengar duet akim hafiz...full version, mesti best
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip Jom berpantun 4h
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari twitter adik Hafiz, Baby : Shuping Raya @hafizsuip
~~~ Fanpage Hafiz AF ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hot FM teman balik kampung
Perang program hari raya tidak hanya berlaku di stesen TV saja. Malah saban tahun, stesen radio turut menerbitkan segmen-segmen menarik khusus buat pendengar.
Hot FM misalnya, acap kali tampil dengan idea-idea segar serta menghiburkan dan bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi, beberapa program serta segmen diperkenalkan menerusi gelombang 97.6 fm itu.
Ia tidak hanya dilihat sebagai hiburan semata-mata malah menjelaskan kepekaan Hot Fm untuk memastikan perjalanan pendengar pulang ke kampung halaman sentiasa mengujakan dan terisi.
Pengurus Besar Rang kaian Program Radio Media Prima Berhad, Anida Mohd Tahrim berkata, tahun ini Hot FM memperkenalkan lapan segmen cukup istimewa yang pasti menghiburkan.
“Salah satu program yang cukup menarik adalah Hot FM Akustika Raya yang menyaksikan pembabitan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza, Hafiz, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Aizat, Hazama dan Adira.
“Sebagai melengkapi tema Hot FM Akustika, kesemua mereka akan melakukan persembahan secara akustik.
“Melagukan semula seleksi melodi raya sepanjang zaman, persembahan artis yang terbabit akan diiringi gitaris tidak asing lagi, Edrie Hashim. Turut memeriahkan persembahan adalah Salam Muzik, Forteen, I Am Neeta, Forteen, Tengku Adil, Hyper Act, Sofazr dan Monoloque.
“Hot FM Akustika Raya ini bakal bersiaran pada hari raya pertama jam 10 pagi. Pada hari raya kedua, saat yang tidak seharusnya dilepaskan peminat Rangga watak yang dimainkan Nicholas Saputra, actor kacak Indonesia yang pernah mencetuskan fenomena melalui filem blockbuster Ada Apa Dengan Cinta,” katanya.
Anida berkata, melalui segmen itu, Nicholas akan berkongsi cerita lebarannya dalam In Person bersama Nicholas Saputra. Pada siaran hari sama, pendengar juga boleh ikuti cerita pe nyanyi berbakat besar Shila Amzah dan bapanya, ND Lala beraya selepas pulang dari China.
Katanya, program lain yang bakal menghiasi program Raya Paling Hangat Hot FM ialah Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, ND Lala & Shila Di Raya Paling Hangat, 4 Suara, Aidilfitri Di Rantauan dan Raihan vs Rabbani.
Deretan program yang tidak kurang menarik, antaranya adalah Hero Aidilfitri yang menyingkap pengalaman berhari raya bagi mereka yang bertugas di Aidilfitri antaranya sebagai jurutol, jururawat serta juruterbang .Segmen ini akan dikendalikan oleh Deen serta pe ngacara jemputan, Akim dan Shiha.
Berbeza dengan edisi carta Hot FM 30 yang pernah diperkenalkan sebelum ini, Hot FM 30 edisi raya kali ini yang bakal diperdengarkan pada hari raya ketiga menampilkan ‘game show’ bersama penyampai-penyampai Hot FM bertemu barisan artis dan pelawak tanah air.
Manakala 4 Suara yang bersiaran pada hari raya keempat mengisahkan AG yang berpeluang mendekati Wak AG, Fifi juga Kak Ton selama sejam akan berkongsi kemeriahan dan keindahan Syawal.
Seterusnya pula, Aidilfitri Di Rantauan disiarkan pada hari raya pertama menying kap kesayuan dan kegembiraan anak rantau beraya di negara orang dapat didengari menerusi dedikasi kepada yang tersayang.
Sementara itu, Raihan vs Rabbani, membawa penonton mengembara dengan alunan melodi indah versi akustik pada hari raya kedua oleh dua kumpulan gergasi nasyid tanah air, Raihan dan Rabbani.
Dalam ada itu, majlis berbuka puasa bersama penyampai radio Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby, Mont Kiara baru-baru ini, dimeriahkan de ngan kehadiran 30 penghuni Rumah Anak Yatim, Kuang, Selangor.
~~~ hmetro.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 20-7-2013 08:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Gabungan suara 3 negara
Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
Peminat filem animasi Madagascar tentu biasa dengan suara empat sahabat, Alex (singa), Melmon (zirafah), Marty (kuda belang) dan Gloria (badak air) yang masing-masing dijayakan Ben Stiller, Chris Rock, David Schwimmer dan Jada Pinkett Smith.
Bagaimana pula jika binatang ini bercakap dalam bahasa Malaysia dan dijayakan selebriti popular dari Malaysia, Singapura dan Brunei seperti Hafiz Suip (Alex), Taufik Batisah (Marty), Fahrin Ahmad (Melmon) dan Lisa Surihani (Gloria) untuk Madagascar 3: Europe’s Most Wanted?
HBO Asia dengan kerjasama Astro kembali de ngan Madagascar 3: Europe’s Most Wanted dalam Bahasa Malaysia menggabungkan selebriti dari tiga negara.
Ia turut dijayakan Hazama, Nabila Huda, Didie Alias, Hafizuddin dari Malaysia, pengacara popular, Najip Ali (Si ngapura) dan penya nyi Brunei, Jazz Hassan.
Hazama meminjamkan suara untuk watak Skipper, Nabila (Gia), Hafizuddin (Vitaly), Didie (Dubois), Najib (Julien) dan Jazz (Private). Tidak ketinggalan, penyampai Era FM dan Hitz FM, Ray, Zahid, Rizal, Adi dan Haniff.
Filem animasi alihsuara bahasa Malaysia ini bukan asing lagi kerana tahun lalu, The Smurfs yang dijayakan Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim, Lisa dan Hafiz mendapat tempat di hati penonton tempatan.
Kini sekuel ketiga Madagascar versi Bahasa Malaysia dihasilkan khas untuk tayangan di HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada 8 Ogos depan, jam 8 malam dengan pilihan Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Majlis memperkenalkan barisan selebriti menjayakan filem ini diadakan baru-baru ini.
Bagi Lisa, ini kali kedua diberi peluang meminjam kan suara untuk filem animasi. Akuinya, dia teruja kerana impian untuk membawa watak Gloria, badak sumbu betina yang comel dan pandai menari, akhir nya tercapai.
“Sebaik dihubungi penerbit, saya terus bersetuju kerana Madagascar sememangnya filem animasi yang saya minati. Tak sangka nama saya berada dalam senarai untuk memegang karakter Gloria.
“Cabaran ketika alih suara ialah saya tidak boleh terlalu meniru gaya suara asal dan perlu mencari identiti sendiri, namun masih kena dengan kecomelan karakter Gloria.
“Satu lagi cabaran bila perlu pastikan suara saya dan pergerakan bibir karakter tidak lari dari asal,” katanya.
Hafiz yang diberi karakter utama sebagai Alex juga sa ngat teruja kerana ini pengalaman keempat meminjam kan suara untuk filem animasi.
Katanya, kombinasi tiga negara dalam projek alih suara filem animasi ini sebagai medium terbaik untuk meluaskan pasarannya di negara jiran selain mengeratkan silaturahim antara negara.
“Bagi saya, ia sebagai pertukaran pengalaman dan tip dari selebriti terbabit. Contoh nya, saya dapat kenal lebih rapat dengan Taufik Batisah yang popular di Si ngapura atau Jazz dari Brunei. Kami dapat berkongsi tip persembahan jika berpeluang ke sana atas jemputan persembahan.
“Namun kalau dapat sertakan sekali selebriti dari Indonesia, pasti projek ini lebih gempak!” katanya.
Dari segi cabaran membawa watak Alex, Hafiz yang pernah beraksi dalam filem animasi Ben10, Garfield dan The Smurfs mengakui, alih suara untuk kali ini paling mencabar.
Katanya, cabaran utama ialah karakter Alex yang zahirnya bertutur cepat dan dialog pula perlu serasi de ngan intonasi dan memek muka karakter dibawa.
“Nampak mudah, tapi jujurnya sangat mencabar. Ini kali pertama saya kena ikut 300 baris dialog yang disediakan dan ia paling banyak berbanding selebriti lain. Taufik yang membawa watak Marty hanya mendapat 170 baris dialog.
“Dek percakapan Alex yang laju, saya perlu ubah dialog menjadi pendek, tepat dan kena dengan dialog asal. Mujur ada latihan berdialog oleh tenaga pakar,” katanya.
Pengacara popular Singapura, Najip yang membawa karakter King Julien the Lemur berkata, peluang ini tidak disang ka kerana sebelum mendapat tawaran itu, dia pernah berbual dengan anak saudaranya.
“Ketika itu mereka nampak poster filem itu dan saya bertanya karakter mana yang sesuai dengan saya, dan mereka menjawab watak King Julien kerana karakter haiwan itu yang gila-gila.
“Tidak sangka, Mei lalu pihak produksi menghubungi saya dan mereka menawarkan karakter itu. Pastinya insan paling bangga ialah anak saudara saya kerana impian mereka tercapai.
“Cuma dalam fikiran saya ketika itu, bagaimana untuk membawa slanga King Julien. Ketika dalam studio, selama beberapa jam saya cuba mencari kelainan dan akhirnya dapat,” katanya.
Lebih membanggakan Najib apabila diberi peluang menyanyikan lagu I Like To Move It yang memang sinonim dengan filem animasi ini.
Najip juga melihat kombinasi tiga negara berjiran, Malaysia, Singapura dan Brunei dalam satu projek seperti ini sebagai usaha yang sangat baik dan harus diteruskan untuk projek lain pada masa akan datang.
Apatah lagi, jumlah orang Melayu di nusantara ini bukan sedikit, malah mencapai lebih 300 juta orang. Katanya, apabila projek seperti ini dicetuskan, ia memberi inspirasi kepada semua orang untuk merapatkan jurang antara negara.
“Dengan globalisasi, animasi adalah satu bentuk ‘kenderaan’ terbaik merentas sempadan untuk memajukan bangsa.
“Animasi digemari semua peringkat umur, terutama kanak-kanak dan adalah medium terbaik pendidikan tanpa sedar. Lagu I Like To Move It yang memang sinonim dengan filem animasi ini,” katanya.
Madagascar 3: Europe’s Most Wanted mengisahkan empat sekawan, Alex, Marty, Melmon dan Gloria yang cuba kembali ke New York.
Perjalanan itu membawa mereka ke Eropah dan berdepan ugutan bunuh dari Pegawai Kawalan Haiwan Perancis, Kapten Chantel DuBois.
Dalam usaha melarikan diri dari pegawai itu, mereka menyertai sarkas jalanan yang kurang mendapat sambu tan dan cuba mengem balikan populariti tempat itu. Apabila berusaha keras di situ, mereka mula sedar di mana tempat mereka sebenarnya.
Tentunya penonton tempatan tidak sabar-sabar menantikan tayangan filem ini yang diserikan selebriti popular tempatan.
Sebagai promosi, siri jelajah HBO Present Dream works’ Madagascar 3 berlangsung di pusat beli-belah Sunway Pyramid pada 26 hingga 28 Julai, jam 10 pagi hingga 10 malam.
Pengunjung pusat beli-belah itu boleh berjumpa maskot filem dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Pada 27 dan 28 Julai lebih meriah dengan kehadiran beberapa selebriti yang me nyumbangkan suara untuk filem ini.
Untuk versi Inggeris masih mengekalkan suara Stiller, Rock, Schwimmer dan Jada untuk empat watak utama, manakala watak lain dijayakan.
Sacha Baron Cohen (Julien), Cedric The Entertainer (Maurice), Andy Richter (Nort), Tom McGrath (Skipper), Frances McDormand (Captain Chantel DuBois), Jessica Chastain (Gia), Bryan Cranston (Vitaly) dan Martin Short (Stefano).
Filem arahan Eric Darnell, Tom McGrath dan Conrad Vernon ini ditayangkan di pawagam pada Jun tahun lalu.
~~~ hmetro.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hanif Rosli Ev.ツ ‏@realhanifrosli 23m
@LisaSurihani @didiealias73 @hafizsuip #NajibAli juga memeriahkan majlis tdi dkt #SunwayCarnival #Madagascar versi BM
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 19-7-2013 01:33 AM
W'salam Abob....
teringin sangat nak jumpa Hafiz ye?...apa kata kalo Abob pegi kat ...
Alamak. Dah terima jemputan lain dulu le. Kenapa lambat bagitahu
Untuk Raya nanti kalau boleh bagitahu awal lagi ye , tambah2 kalo buat hujung minggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abob posted on 21-7-2013 09:57 PM
Alamak. Dah terima jemputan lain dulu le. Kenapa lambat bagitahu
Untuk Raya nanti kalau bol ...
hurmmm....sbnrnya admin baru je upload info tu kat FP Hafiz....sepatutnya Hafiz war2kan jgk kat twitter dia supaya lebih ramai yg tau....
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip Guess who?? 4h |
|
|
|
|
|
|
|
hafizsuip Selamat berbuka 3h
~~~ Instagram Hasfiz Suip ~~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|