Edited by Fienomenology at 30-12-2016 11:37 AM
As salam dan good morning.
Semoga para forumers mendapat berakah di hari Jumaat ini.
FYI, lepas ni kemungkinan aku akan upload cerita2 aku agak lambat sedikit due to my busy schedule.
Ada masa aku akan menulis dan upload ke thread.di harap kalian sabar menanti.
Untuk menutupi tahun 2016,dengan ini aku persembahkan cerita terbaru.hamekkaw!
Story 3: The Corner House
Intro:
Rumah family aku di USJ 2 ni rumah corner lot. Alhamdulillah, dapat rumah tepi masa bapa aku beli umah ni pada tahun 1988. Kami masuk ke sini lewat tahun 1990. Masa beli tuh tak budget pulak jalan Kewajipan sebelah umah ni jadi sibuk. Tambahan pulak naik segi college and The Summit. Baru2 ni pulak naik LRT. Memang pagi2 jem mcm haram. So rumah ni dah 20+ tahun usia dia, oleh tu mesti la ada kejadian2 yang mistis dan paranormal dari ‘semangat’ rumah ni kan.
Story 3a:
Dulu parents aku ambil seorang maid bekerja dalam rumah ni. Dia ni maid yang kedua tak silap aku. Nama dia As. Suatu malam, As tengah layan t.v kat dapur sambil makan jajan di meja makan. Tengah layan mengunyah dan tgk t.v, tetiba dia ternampak kerusi depan dia bergerak dan menyenget. Tanpa berlengah si As, pun tutup t.v and terus masuk bilik. Sebulan lepas tu, baru dia citer dgn aku sebab dia tau mak aku tak caya benda2 ghaib/mistis ni.
.End.
Story 3b:
Insiden ni pulak berlaku pada masa anak sulung aku berumur beberapa bulan. Pada masa tu anak sulung datang melawat dari JB so ramai la datang melawat anak aku ni.
So pada belah malamnya member aku si Aimil* ni datang la melawat. Wife aku pesan,
“Nanti Aimil datang suruh dia basuh muka and kaki.” Aku pun menurut perintah.
*Aimil ni pun banyak kisah mistis dia. Nnt aku cerita perihal dia.
Bila Aimil datang, aku pun panjangkan pesan tuh kat dia. Dia pun ke toilet untuk basuh kaki and muka. When everything is settled dah dia pun duk depan kat living hall. Aku pulak sibuk menolong wife aku di belakang. Bahagian belakang rumah aku ada dua, satu wet kitchen dan lagi satu dining area. Wife aku tgh prep kat wet kitchen and aku pulak tengah setting table at the dining area. Dah settle semua, aku pegi la ke sinki nak basuh tangan. Masa kat sinki, tiba2 cermin tingkap sinki tu bergegar! *dub!dub!dub!*
Aku terkejut la bak ang! Tingkap diketuk dan bergegar macam ada orang mintak bukak tingkap tu! Aku terkesima. Aku pandang ke luar tingkap betul2, tak nampak siapa2 kat luar! Aku bukak la lampu laman nak tengok saper kat luar. Kot2 adik2 aku balik tak bawak kunci ke.
Bila bukak lampu laman, takder saper pun kat luar. Aku jadi pelik. Saper yang ketuk tingkap tadi? Lepas tu baru aku suspek something. Aku bagitau la wife aku, wife aku jawab, “Ooohh…ada “benda” la tu nak masuk rumah nak tengok si Ayon* ni”
*Ayon ni nama manja arwah FIL aku bagi kat anak aku. tapi lepas dapat anak kedua, kami panggil dia si abang.
Bila aku dengar, I was like “Ohkaayyy…”. Lets just pretend it never happened and move on. Aku pun menjamu and melayan si Aimil sampai la pukul 11pm. Bila aku keluar nak tutup pagar tuh, aku usha2 jugak area laman yang dekat sinki tu. Mmg takder siapa2 kat situ. Aku just bersyukur that thing tak dapat masuk and kacau anak aku. huhu.
.End.
Extra Incident: i) Adasatu malam tu aku balik ke rumah pada lewat malam (typical me). Masa aku nakbukak grill besi pintu depan, tiba2 ekor mata aku nampak macam ada kelibatperempuan kat buaian. Aku pandang buaian tu.takder apa2. Dalam hati aku cakap“jangan la kena kacau time2 ni”. Aku terus masuk rumah dan takder bende pelikmenyusul lepas tu. Sampai hari ni aku tak tau apa aku nampak malam tu.real orjust my imagination? Or maybe I’m just too stoned and I am seeing things thatnight.LOL!
ii) Ada sekali tu aku berurut denganarwah Tok Wer kat rumah USJ 2. Dia di datangkan dari JB sebab nak urut parentsaku(kot?tak pasti). Tengah berurut tuh Tok Wer menegur “Ish!budak ni!banyak ‘setan’ni!” Aku pun gelak sakan memandangkan masa ni aku memang nakal dan banyak buatmaksiat (biasala zaman jahilliyah). Lepas tu Tok Wer tanya lagi, ”Nipegi mana selama ni?cari pasal ek?” I thought she was referring to the Lady Templar’s incident, aku jawab la, “Ada la, kita pegi tempat ‘spital ni Tok.hehehe!” “Huh!Padan la!Jangan cari pasal lagi!”tegur Tok Wer. “Ni pegi mana malam2?merayau?”tanya dia lagi. “Biasala Tok,bujang. Melepak merata2 kat area KL ni”jawab aku. “Padan la.ada “orang” kat luar rumah tuh tunggu awak!” Tok Wer menambah. “Uish!Saper tok?Dia kacau ke?”aku bertanya. “Takder la. Dia “suka” kat awak jer.Tak kacau pun”kata Tok Wer. “Laki ke Pompuan? Cun ke tak?Hahahahaha!”tanya aku sambil berdekah! “Pompuan!tapi bukan Pontianak.makhluk halus biasa2 je.Jgn mengada2 nakcuba!” jawab Tok Wer sambil picit betis aku kuat2! Sakit bai aku kena urut tapi sedap. Lepas urut tuh Tok Wer baca2 sikitdoa and bagi a few petua kat aku. Dan aku tak pernah terserempak dengan “peminat”aku tu.huhuhu.
.Sekian.
tagged:
@bottombikini
@miemiecha
@ipo
|