Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Witch's Court
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda.
REVIEW BOX (Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)
CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2 " >>KLIK SINI<<"
(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)
aku pun dah jd sibuk bulan dec ni...byk keje kena wat..
byk lah currently airing drama terpaksa skip, bln jan baru leh tgk
sib baik tak nominated utk thn ni..
ending drama nie oklah iols puas hati ..nasib baik gap soo yg jahat tue x bunuh diri sempat ma yi deum selamatkan dia...dan puas hati bila dia terpaksa berdepan dgn semua kesalahan yg dia pernah buat dan org2 suruhan dia termasuk peguam wanita tue tikam dia dari belakang...
nasib dia dlm penjara ...terhina betul dia kena buli dgn org suruhan yg kes rogol yg dia x selamatkan dlm penjara... padan muka ..puas hati betul..
pasal romance yg kurang tue iols ok jer pasal drama jpanase pun klau buat kisah2 law mana ada romance sangat pun..lgpun drama nie lebih fokos pasal kes mak ma yi deum tue dan gap soo..x sempat nk selit2 romance pun sangat..
puas hati iols Gap Soo kena hukuman mati..cuma part doctor tu takda reveal sgt. kena hukum ke tak,ke sekadar witness je.sebab kalau ikutkan dia pon kira subahat gak.tapi understandable la,sebab cite ni lebih nak focus pada Gap Soo.
cett! dah hujung2 baru ada kissing scene.tu pon sebab si Yeo tu mabuk je..apa pon tak bolehlah
oklah drama ni,takda makjang sangat.
Keseluruhan jalan cerita menarik dan agak suspen. Tema cerita menuntut keadilan untuk mangsa jenayah seksual dan mencari ibu yang hilang secara tiba-tiba disebabkan jenayah seksual oleh watak utama Ma Yi Deum (Jung Ryeo Won), seorang pendakwaraya yang pentingkan diri dan mengikut perasaan. Yeo Jin Wook (Yoon Hyun Min), rakan sekerja Ma Yi Deum, yang sebenarnya adalah pemilik rumah sewa Ma Yi Deum dan juga menyimpan rahsia tentang ibu Ma Yi Deum di mana ibu Yeo Jin Wook yang merupakan pemilik hospital sakit jiwa, tempat ibu Ma Yi Deum disembunyikan oleh Cho Gab Soo (Jun Kwang Ryul).
Pelbagai penyelewangan kuasa dan rasuah , tipu muslihat dalam politik dan jabatan pendakwaraya yang dimasukkan dalam plot cerita bukanla sesuatu yang asing dalam drama korea. Namun kes-kes jenayah seksual adalah sesuatu yang kurang ditonjolkan dalam drama korea menjadikan drama ini menyampaikan jalan cerita yang lebih "refreshing". Romantik yang sinonim dengan drama korea ditonjolkan sederhana dan tidak mengganggu fokus utama cerita.
Memorable Scene:
1. Ketika Cho Gab Soo teringatkan Baek Sang Ho dan menangis, dan Baek Sang Ho muncul ketika Cho Gab Soo dihalau oleh Perdana Menteri. 2. Cho Gab Soo dijatuhkan hukuman dan langsung tidak menyesal atas semua perbuatannya.
3. Kissing scene antara Yeo Jin Wook dan Ma Yi Deum ketika mabuk
2. Keberkesanan Lakonan (7/10)
Jung Ryeo Won
Lakonan Jung Ryeo Won bagi aku mantap, terutamanya ketika sesi dalam mahkamah, dengan "smirk" yang menjadi signature Ma Yi Deum setiap kali dia membentangkan bukti kes yang pihak lawan tak dapat nak sangkal. Aku calonkan untuk Best Actress Category
Heo Sung Tae
Lakonan Hoe Sung Tae sebagai Baek Sang Ho sangat memorable bagi aku dengan tahap kesetiaan dia terhadap Cho Gab Soo, sanggup "dibunuh dirikan" untuk selamatkan adiknya. Aku calonkan untuk Best Supporting Actor Category
3. Aspek Teknikal (7/10)
Teknik pengarahan yang baik, permainan flashback scene untuk menterjemahkan semula keseluruhan plot cerita yang baik. Pemilihan lokasi dan scenery kurang menarik.
4. Skor Muzik (3/5)
Tiada skor muzik yang memorable untuk aku tapi mungkin kena dengan drama.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Impak drama ini tidak cukup untuk membuatkan aku tonton semula
Okay la nak review tp sikit aje kot sebab tengok skip2, tak tau sangat apa jadi. busy kalah najib lol
Rating Keseluruhan Drama: (6/10)
1. Cerita (7/10)
Macam cliche jugak sebab romance tu pusing2 dengan orang yang sama terkait dengan permasalahan hidup dia. Prosecutor Ma sinikal orangnya tapi fragile jugak heh. Cerita ni fokus pada family Yi Deum, pasal omma dia dan pasal kerjaya prosecutor. Jadi tak banyak unsur sweet muwit sangat. Acceptable for me.
Aku rasa banyak jugak aku menghamun jagganim sebab too many cliffhanger. Aku baru nak syok layan, tup tup eh dah habis?
Contoh disini ialah scene dia nangis rindu sangat dekat omma dia, sedih aihhh sipi nak kuar ayaq mataku. pastu Yeo datang check Yi Deum. Yeo nak tau dia sakit ke apa, Yi Deum siap sebut-sebut omma.. nangis-nangis tapi endup di episod lainnya.. Yi Deum kata Yeo mai dekat dia pegang-pegang muka dia, awat Yeo suka dia ka? hahaha masa ni rasa emosi aku dipermainkan.
Part Yi Deum kena tikam, admitted ward pastu Yeo datang melawat. Tang ni di reveal rupanya Yi Deum nak selamatkan diri dia dulu, tapi salah balance badan lalu terjatuh. Selfish oiii hang Yi Deum! Dah la pesan macam-macam berjela list suruh Yeo bawak, ingat dia pi bercuti ke hapa di hospital tu?
Peralihan plot cerita, so far tak gagal buat aku tertunggu nak tau apa yang jadi? Tapi macam biasalah orang jahat aka villain nyawa liat kan. Ujung cerita baru dapat hukuman. Itu pun in denial gila, macam CGS tu tak ada salah sok sochi. Rasa nak hempuk tab ke dinding. Geram! Cerita ni ada certain episode boring ya amat.. adoii rasa macam buang masa layan.
2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
1. Jung Ryeo Won [Best Actress]
I'm a prosecutor, not a lawyer.
Portrayed diri macam evil sangat, tapi alahai hati tisu sebenarnya. Dia 'jahat' memanjang as long as dia menang cases, tapi rupanya ada jugak perikemanusiaan. Bila dia lepak dengan Yeo depan court masa tunggu result trial, Yeo tanya adakah permohonan maaf Yi Deum pada mangsa tu tulus? Yi Deum buat-buat tak paham, divert topic dengan tanya Yeo balik, ingat senang ke orang nak berubah sekelip mata. Lol. Yeo senyum je tenung Yi Deum sebab Yeo tau 'baca' Yi Deum dah masa ni.
2. Heo Sung Tae [Best Supporting Actor]
Bila jadi balaci CGS, rasa dia ni eii jahat laa menyampah sangat tengok bila muka dia muncul di screen. Cuma bila melibatkan darah daging, dia berkorban jua. Abang mana tak sayang adik. Loyal pulak tu dengan CGS. Hish tak berbaloi mati katak.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Shoots dalam drama ni banyak guna teknik wide shot dengan close up, jadi storyline each episodes dalam WC ni dapat disampaikan dengan lebih mudah. Macam scenes dalam courts, scenes bergelut tangkap pencuri endup Yi Deum lebam tangan, Yeo pecah muka kena belasah. Yeo pulak ada hati nak bebel Yi Deum asyik buat masalah je tak fikir keselamatan diri.
Sinematografi lak cun belaka.. contoh time Yi Deum sedih terkenang mak dia, Yi Deum buat-buat mata masuk habuk. Yeo tak kata apa dah, tarik ke pelukan tepuk bahu tenangkan Yi Deum. Aww rasa melting sangat. Sebelumnya gaduh macam Tom Jerry. Banyak lagi scenes lain tapi yang ni antara yang memorable to me.
4. Skor muzik (3/5)
OST drama ni banyak gak tapi susah betoi nak cari vids kat youtube.
Not avid fan of Exid tapi bole la layan
Aku suka yang ni
[/youtube]
Suka yang ni gak sebab YHM sendiri nyanyi. Bias ke idak?
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (0/5)
Tak tengok dah kot drama ni. Tak dak hati dah. Haha
hahaha dr kat sekolah tadik dok mikir nak ribui jugak ahh tak kira stress haku ngan cite koya kebelakangan ni.. esok nak post ribiu maddog dgn this is my first life