|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 35
[Copy link]
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 1-5-2021 02:28 AM
bz kebelakangan ni ... tolong bisnez adik2 ... tempahan kraf ... jahit2 ... blom masuk lagi masak2 u ...
ikan lumek ni apa FC? nampak meriah and sedap |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 1-5-2021 03:29 AM
Selamat Berpuasa buat semua ... nak ke dapor dah ...
ni clay ke pizza betul??? nampak sedap sungguh.. mcm betul! |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 2-5-2021 02:35 PM
uhuksss, dah naik bendera jepun ishhh abc la jawabnya..
tak tau nk mkn apa..... rasa nk mkn magg ...
Dah masak MJ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 02 Mei 2021 Kes sembuh= 2,698
Jumlah kes sembuh= 383,140
Kes baharu positif= 3,418 (3,408 tempatan, 10 import)
Jumlah positif= 415,012
Kes kematian= 12
Jumlah kes kematian= 1,533
Kes dirawat di ICU= 345
Bantuan Alat Pernafasan= 175
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 2-5-2021 06:23 AM
Tu la.. missing @Scheherazade hope she is doing fine..
So dpt berapa paaang bajunya.. sy dan su ...
yeapppp missing @Scheherazade.. risau pun yaaa |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah daftar vaksin? Niece saya yg misi tu tgh menyusu dah suntik vaksin
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 2 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
BY DG OF HEALTH ON MAY 2, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
2 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 2,698 kes (383,140 kes kumulatif, 92.3%);
Kes baharu :3,418 kes (415,012 kes kumulatif);
Kes import : 10 kes (1 warganegara dan 9 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,408 kes [3,134 warganegara (92.0%); 274 bukan warganegara (8.0%)];
Kes aktif : 30,339 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 345 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 175 kes;dan
Kes kematian : 12 kes (1,533 kes kumulatif, 0.37%; 12 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes (35.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 908 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 587 kes (17.2 peratus) dan Kelantan sebanyak 400 kes (11.7 peratus).
Sebanyak enam (6) kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang.
Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Mei 2021:
Jumlah kluster : 1,680 kluster;
Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,284 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Lorong Mulia, Kluster Jalan Alamanda, Kluster Jalan Padang, Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Kemajuan, Kluster Jalan Suasana, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Jalan Teluk Kumbar, Kluster Kampung Batu Lapan Lekir, dan Kluster Sungai Mupong);
Jumlah kluster aktif : 396 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 85 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Saujana (153 kes), Kluster Sungai Duan (102 kes), dan Kluster Sungai Ranan (33 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster komuniti, empat (4) kluster sektor pendidikan termasuk dua (2) kluster institusi pendidikan KPM, serta dua (2) kluster tempat kerja.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Sungai Tengah Sarawak Komuniti
2 Sungai Sebemban Sarawak Komuniti
3 Sebujok Sarawak Komuniti
4 Jalan Sri Putri 12 Johor Komuniti
5 Jalan Emas Melaka Komuniti
6 Sains Bakam Sarawak Institusi Pendidikan KPM
7 Kiara Jaya Kedah Institusi Pendidikan KPM
8 Jalan Junjong Kedah Pendidikan Tinggi
9 Limau Karangan Kedah Pendidikan Lain
10 Kasawari Sembilan Selangor Tempat Kerja
11 Persiaran Raja Selangor Tempat Kerja
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI “PROTEIN SPIKE” COVID-19 DI MALAYSIA
Susulan daripada penemuan 21 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan KKM dari bulan Januari sehingga Mac 2021, survelan genomik COVID-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari kebanyakan negeri di seluruh negara.
Terkini, melalui survelan genomik yang dijalankan ke atas 59 sampel COVID-19 dari 24 April 2021 sehingga 2 Mei 2021, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti dan mengesahkan 30 lagi kes Variant of Concern (VOC) dan satu (1) kes Variant of Interest (VOI). Ini merangkumi;
27 kes baharu tempatanCOVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351;
Tiga (3) kes baharu tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian UK B.1.1.7; dan
Satu (1) kes import baharu yang dijangkiti varian Indian B.1.617.1 (P1).
Pengesanan Variant of Interest (VOI)
i. Variant Indian B.1.617.1
Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda iaitu B.1.617.1 (P1). Kes ini melibatkan dan mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai, India. Beliau telah masuk ke Malaysia menggunakan pas pekerjaan pada 10 April 2021 dan dikesan positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada hari yang sama. Kes dikenalpasti dijangkiti varian Indian B.1.617.1 (P1) hasil analisis jujukan genom penuh (WGS). Kes telah diasingkan dan sedang menerima rawatan.
Malaysia telah mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India, dan melanjutkan tempoh kuarantin 14 hari kepada pengembara warganegara dari India sejak 28 April 2021 berikutan penularan varian B.1.617.1 (P1) yang semakin membimbangkan.
Pengesanan Variant of Concern (VOC)
i. Varian South African B.1.351
Sehingga 2 Mei 2021, varian South African B.1.351 untuk pertama kalinya mula dikesan di Perak dan Kelantan melibatkan dua (2) kluster. Selain daripada itu, terdapat tujuh (7) kes lain dikesan di Selangor. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian South African B.1.351 adalah sebanyak 48 kes.
Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351
KES COVID-19 SARINGAN VARIAN SOUTH AFRICAN B.1.351
Kluster Jalan Lima 57 447 4
Kluster Jalan Kebun Baru 1,116 1,585 9
Kluster Teknologi Emas 259 326 3
Kluster Jalan Canning Estate 251 693 10 kes baharu
Kluster Kampung Bunut Sarang Burung 190 332 10 kes baharu
Saringan Kontak Rapat – – 11 (7 kes baharu)
Punca masih dalam siasatan (Baru) – – 1
Jumlah 48 (27 kes baharu)
ii. Varian UK B. 1.1.7.
Terdapat pertambahan tiga (3) kes baharu tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian UK B.1.1.7 yang telah dikesan di Selangor dan Sabah. Ini menjadikan jumlah kes yang dijangkiti varian UK B.1.1.7 sehingga kini adalah sebanyak lapan (8) kes.
Jadual 2: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian UK B.1.1.7
KES COVID-19 SARINGAN VARIAN UK B.1.1.7
Kluster Lorong Megah Jaya 27 104 1 kes baharu
Saringan kontak rapat – – 2 kes baharu
Import (UAE,Poland, United Kingdom) – – 5
Jumlah 8 (3 kes baharu)
KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi varian SARS-CoV-2 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Mei 2021 @ 6.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,200 (1) 134,849
SABAH 115 58,315
JOHOR 213 45,900
WP KUALA LUMPUR 198 (2) 44,169
SARAWAK 587 31,691
PULAU PINANG 145 20,084
NEGERI SEMBILAN 73 18,912
PERAK 77 14,890
KELANTAN 400 14,674
KEDAH 101 10,136
MELAKA 61 7,489
PAHANG 45 5,270
TERENGGANU 184 4,419
WP LABUAN 7 (7) 2,463
WP PUTRAJAYA 8 1,383
PERLIS 4 368
JUMLAH KESELURUHAN 3,418 (10) 415,012
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,418 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mei 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 1,200 kes
65 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kasawari Sembilan dan Kluster Persiaran Raja;
843 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
291 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 587 kes
213 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sains Bakam, Kluster Sungai Tengah, Kluster Sungai Sebemban, dan Kluster Sebujok;
315 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 400 kes
36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
299 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 213 kes
72 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sri Putri 12;
80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 198 kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
122 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 184 kes
176 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 145 kes
18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 115 kes
50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 101 kes
58 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Junjong, Kluster Kiara Jaya, dan Kluster Limau Karangan;
29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 77 kes
22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
COVID-19; dan
19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 73 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 61 kes
27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Emas;
20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 43 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes import dari luar negara.
Perlis: Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
LAMPIRAN 3
Ringkasan 12 kes kematian pada 2 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian Negeri Jantina Umur (Tahun) Hospital Latar Belakang
1522 Perak Lelaki (WN) 63 Hospital Seri Manjung Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1523 Kelantan Perempuan (WN) 67 Hospital Tanah Merah Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
1524 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 56 Hospital Segamat Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1525 Johor Lelaki (WN) 66 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1526 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 64 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Penyakit darah tinggi, strok, dan Parkinsonism
1527 Kelantan Perempuan (WN) 81 Hospital Tanah Merah Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan tuberkulosis
1528 Sarawak Perempuan (WN) 83 Jenazah dibawa ke Hospital Mukah Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1529 Kelantan Perempuan (WN) 83 Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1530 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Kajang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1531 Johor Lelaki (WN) 73 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1532 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 86 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1533 Sarawak Perempuan (WN) 89 Hospital Sibu Penyakit kencing manis, darah tinggi rheumatoid arthritis, dan jantung
*WN merujuk kepada warganegara
LAMPIRAN 4
Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER SUNGAI TENGAH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bau dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-392011) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Kampung Sagah, Sungai Tengah, Bau. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SUNGAI SEBEMBAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394468) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan pra rawatan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Sebemban, Bintulu. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SEBUJOK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman dan Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389327) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Sebujok, Sri Aman. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN SRI PUTRI 12
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-402990) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Sri Putri 12, Taman Putri, Kulai. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN EMAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359045) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Emas 9, Taman Kerjasama, Melaka Tengah. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SAINS BAKAM
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378768) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Bakam, Miri. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KIARA JAYA
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394128) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah sekolah yang terletak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN JUNJONG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-411445) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Junjong, Kulim. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER LIMAU KARANGAN
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-404746) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Padang Limau, Karangan, Kulim. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KASAWARI SEMBILAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mei 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kasawari, Batu 9 off Jalan Kampung Kebun Baru, Kuala Langat. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERSIARAN RAJA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 2-5-2021 05:05 PM
Cadang nak buat asam pedas
Oo ingatkan terubuk bakar cicah air asam.. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 2-5-2021 05:05 PM
Sedap tu ayo?
Air jiran bagi kopi ais. Sedap.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 2-5-2021 06:16 PM
yeapppp missing @Scheherazade.. risau pun yaaa
Maybe dia take a break from forum dlm bulan Ramadhan.. xpe..kita doakan dia baik2 aja.. |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 2-5-2021 08:10 PM
Air jiran bagi kopi ais. Sedap..
Sedap nampak...pekat kuah dia...mak i masak nasi dalca...semuaa mak i..i nye x masak pun
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-5-2021 12:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hi semua buat apa tu? Pejam celik nak dekat raya...semoga semua sihat belaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 2-5-2021 07:09 PM
Oo ingatkan terubuk bakar cicah air asam..
Haha dap tu...sahur pe td? |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 2-5-2021 07:10 PM
Air jiran bagi kopi ais. Sedap..
Wah...menarik, tertarik da bomb tu cuaca elok tak? Sini semlm ke subuh hujan... |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 2-5-2021 11:05 PM
Hi semua buat apa tu? Pejam celik nak dekat raya...semoga semua sihat belaka..
muah ciked, adik manis...ni dah ABC...haha...
Pe menu semlm?
*SALAM 21 RAMADHAN AL-MUBARAK 1442*
&
*Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt, dipermudahkan segala urusan, perjalanan, diteguhkan silaturrahim sesama kita, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dari Nya*
...
*Terima Kasih Sahabat* |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 2-5-2021 11:05 PM
Hi semua buat apa tu? Pejam celik nak dekat raya...semoga semua sihat belaka..
Rebus kerang & masak baby crab...dedua ada telur...sedap |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 2-5-2021 08:20 PM
Sedap nampak...pekat kuah dia...mak i masak nasi dalca...semuaa mak i..i nye x masak pun
Sedapnya.. Nice plating. Gambo pun lawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 3-5-2021 06:13 AM
Haha dap tu...sahur pe td?
Sahur sup tulang merah cicah roti |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 3-5-2021 06:14 AM
Wah...menarik, tertarik da bomb tu cuaca elok tak? Sini semlm ke subuh hujan...
lhamdulillah cuaca ok.. xhujan.. hrni masuk opis.. tp mcm nk pi bank sat tukar duit. Dah apply cuti half day pagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|