|
aku pon dah tgk..
sorang2 lagik..midnite..ehehe kat gsc mlk
member aku x mo join..sumer nak nengok gos rider..tp aku nak tgk citer nih..
last2 aku dok ngan2 makcik2..sbb dah midnite..mmg wayang tuh x penoh aa..
byk kosong..
tp maser aku tgk sepanjang citer nih..byk gaks aa yg mengalirkan air mata..termasuk ah bdk2 remaja llk, makcik2 ngan akak2 seblah aku..
even aku pon bergenang jer aa..( xleh aa nangis dpn org.. )
citer die mmg besh..
sngt suker lakonan rusdi..mmg dlm drama pon die besh gaks..
erra improving..hans pon samer..
tp ahkak ziana tuh cam ober la plaks masa time remaja2..tp better sket time die dah kawin..kurang sket ah gedik die tuh..
aku bg 7/10 bintang..
[ Last edited by Mily at 19-2-2007 11:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lagu latar citer ni best....menyentuh perasaan...tertanya2 diriku apakah ini lagu baru kak ziana dlm album akan datang??hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bilela ku dpt tgk cite ni, ptg ni nak p tgk2 kat paso mlm2 kot2 ade vcd pirate hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lakonan Rusdi Ramli mmg class!!! x dpt bayangkan lau Yusry yg bwk watak tu..
mcm x kene je...
anyway lagu2 background cite ni pun best...
bila tgk nama MOHRAM kt credit cite ni utk bcground music, no wonder lagu2 dia best!
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk gak citer ni .. maybe kalo ada citer yg ada lakonan zaman remaja tuh better pakai pelakon yg muka iras2 ke ..
kalo letak wig tuh cam tak best le ..
aku tak tau nak bagi rate bape kat filem ni ... ok aje kot ..
tp lakonan rusdi mmg bagus tp kalo yusry maybe kayu kot .. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun da tgk citer ni.. mak aku meleleh air mata.. tapi aku bergenang je la. sedih bile tgk erra yg da siap pakai baju nak nikah..tup tup tak jadi... rusdi masuk lokap..
adik aku plak gelak2 masa tengok couple tu dating kat kampung pakai skirt pendek.. wah..wah.. anak dara kampung seksis... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah tengok cerita ni.
memang sedih. awal-awal cerita memang kelakar. dah separuh, meleleh2 air mata aku. sampailah habis cerita ni. x bley benti air mata mengalir. |
|
|
|
|
|
|
mistygurl This user has been deleted
|
aku tgk citer ni semalam... aku mmg egt lar cerita cinta + komedi...
mula2 masuk.. stat.. hepi jer... gelak2...
sekali dah lam 20 minit aku mula rasa tak best... sedey sey rupernye...
tapi aku sabo... harap2 bahagia di akhir cerita...
tapi......
cerita dier mmg best lar.... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih film ni. x sangka melelh air mata. hebat lakonan ziana dan rusdy. yg lain tu biasa sgt tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by refleCtion at 20-2-2007 08:33 AM
lagu latar citer ni best....menyentuh perasaan...tertanya2 diriku apakah ini lagu baru kak ziana dlm album akan datang??hehehe
lagu background kan lagu mohram |
|
|
|
|
|
|
phool This user has been deleted
|
mstar.com.my
2007-02-20 13:46:14.0
Oleh ZIEMAN
Formula Bollywood QKQI berjaya
Penerbit dan penulis skrip filem Qabil Kushry Qabil Igam (QKQI) Azlina Pa' Wan boleh menarik nafas lega kini selepas filem sulungnya meraih pulangan yang memuaskan.
QKQI yang tergendala selama dua tahun disebabkan masalah kewangan dan teknikal, berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa 5 hari tayangannya.
Filem ini juga mengungguli carta dan membuat collection box office sepanjang minggu lalu sehinggakan mendahului filem Hollywood Blood and Chocolate, The Holiday, House of Majong dan Epic Movie. QKQI juga berada di carta selesa senarai TOP 10 filem popular minggu lalu.
Ini jelas membayangkan sokongan padu dari peminat filem Melayu apabila ia mula ditayangkan pada 8 Februari yang lalu.
Dalam masa kurang dari 14 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, QKQI sudah berjaya mendapat pulangan RM1.5 juta.
Walaupun kos penerbitan filem ini adalah RM1.7juta dan mencecah RM2.1juta masuk kos promosi, ia sudah cukup membanggakan Azlina.
"Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka ramai yang pergi menonton. Saya selalu masuk panggung untuk meninjau sendiri reaksi orang ramai terhadap filem saya.
"Mula-mula ditayangkan, kedudukan QKQI agak selesa juga tapi selepas Puaka Tebing Biru masuk, rasanya belum boleh nak selesa sangat," kata penulis skrip kreatif ini.
Walaupun terpaksa berentap dengan filem seram arahan Osman Ali, Puaka Tebing Biru $yang memulakan tayangannya pada hari Ahad, 18 Februari, tinjauan di beberapa pawagam sekitar ibukota mendapati peminat filem Melayu masih memilih QKQI kerana cara storytelling (penceritaan) dan mesej kekeluargaan yang cuba disampaikan oleh Azlina dekat di hati penonton.
"Saya bersyukur kerana akhirnya penantian saya selama ini berbaloi. Tidak sangka ramai yang memberi reaksi positif apabila QKQi ditayangkan.
"Saya mendapat ucapan tahniah berupa SMS dan panggilan telefon dari kenalan dan peminat filem Melayu yang berpuas hati dengan QKQI. Ada yang memberi teguran membina dan saya amat berbesar hati," jelas Azlina ketika diwawancara baru-baru ini.
Walaupun QKQI disifatkan sebagai filem yang tebal dengan elemen Bollywood, malah tajuknya sendiri pun sudah cukup mengelirukan, rata-rata peminat filem Melayu menyukai formula yang mengandungi semua elemen dramatik dalam filem ini.
"Saya memberi tajuk Qabil Kushry Qabil Igam pada tahun 2005 untuk mengujudkan kontroversi. Kontroversi bagi penerbit yang miskin seperti saya.
"Ramai yang mula bercakap pasal tajuk ini dan saya berjaya membuat orang berteka teki. Selama dua tahun, orang masih bercakap pasal tajuk ini.
"Dan apabila mereka menyebut tajuk ini, mereka menyebutnya dengan penuh.
"Mereka pun dah lupa tajuk Kabhie Kushi Kabhie Gam. Ini tandanya saya sudah berjaya membuat orang tertanya-tanya dan mencipta kontroversi tajuk filem ini," kata Azlina lagi.
Tinjauan yang dibuat oleh Azlina juga menunjukkan QKQI mendapat sambutan boxoffice kerana hampir semua pawagam di sekitar ibukota sesak dengan peminat filem Melayu yang teruja untuk melihat sentuhan Azlina.
"Saya lihat reaksi penonton hampir sama. Ketika permulaan cerita ramai yang ketawa tapi lama-lama keadaan bertukar menjadi senyap dan ada yang sebak dan menitiskan airmata.
"Saya telah mendapat formula yang betul cuma terpaksa membetulkan beberapa perkara untuk mengemakan lagi filem saya yanga kan datang," kata Azlina yang cukup teruja dengan kejayaan filem Cicakman yang berjaya mengutip RM5.2juta.
Menurutnya lagi, "Saya perlu belajar dari filem Cicakman. Secara menyeluruh, ramai yang suka menonton QKQI, cuma part Kushry memberi nasihat di tangga dengan Igam tu ramai yang gelisah. Saya kena tambahkan sikit formula supaya corak penceritaan tampak lebih kemas dan padu di masa akan datang."
Azlina cukup berpuas hati dengan muzik latar yang diilhamkan oleh kumpulan Mohram.
"Puas saya mencari muzik yang ada soul, tak jumpa. Ramai komposer yang ketawa bila saya cakap nak muzik yang ada soul hinggalah saya jumpa Mohram. Mohram sendiri tidak berapa minat pada mulanya tapi setelah mendengar jalan ceritanya, mereka suka," kata Azlina.
Biarpun ada yang mengatakan filem QKQI dramatik, meleleh dan terlalu Bollywood, tarikan filem ini banyak bergantung kepada gandingan mantap Erra Fazira, Hans Isaac, Ziana Zain, Rusdi Ramli, Fauziah Nawi dan Datuk Rahim Razali.
Malah filem arahan pertama Zaili Sulan ini berjaya membuktikan Rusdi Ramli adalah pelakon yang cukup membanggakan.
Walaupun QKQI mempunyai beberapa kelemahan, Azlina bangga mendapat sokongan dari pelbagai bangsa yang datang menonton filem ini.
"Saya hampir tidak percaya melihat keluarga India dan Cina masuk panggung untuk menonton filem ini. Ia bagaikan kegemilangan filem Melayu sedang beransur pulih," katanya lagi.
Kutipan QKQI mungkin agak selesa kini namun Azlina tidak akan berdiam diri dengan kedudukan ini. Dia sedang giat merancang untuk mempromosikan filem ini agar ianya dapat ditayangkan di semua kampus di Malaysia.
Satu perbincangan ke arah itu sudahpun dijalankan baru-baru ini dan jika tiada arah melintang, QKQI akan menemui penuntut IPTA pada bulan lepas.
"Hasil perbincangan yang diadakan, kami telah bersetuju untuk mengujudkan kembali konsep 'wayang pacak' di tanah lapang agar ramai orang boleh menonton filem ini. Beberapa premis di universiti tempatan sudah dikenal pasti dan kami akan membuat hebahan sedikit masa lagi," kata wanita yang gigih ini.
Azlina berharap filem sulungnya ini akan beroleh keuntungan yang banyak kerana dia sudah memasang niat untuk sama-sama berkongsi kejayaan QKQI.
"Kalau untung sedikit, saya akan bagi bonus kepada mereka yang terlibat. Kalau untung banyak, insya Allah, saya akan bawa semua krew dan pelakon seramai 40 orang semuanya menunaikan umrah di tanah suci. Itu janji saya.
"Sudah sewajarnya saya berkongsi nikmat ini bersama mereka yang tidak jemu-jemu menyokong saya selama ini. Walaupun filem tergendala, mereka masih lagi menaruh harapan kepada kreativiti saya sehingga hari ini," kata penerbit berusia 42 tahun ini.
[ Last edited by phool at 24-2-2007 12:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
phool This user has been deleted
|
Reply #213 karlreef's post
sori mod.... dah edit dah... sori sori :malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WinXP at 21-2-2007 11:17 AM
dah tgk gak citer ni .. maybe kalo ada citer yg ada lakonan zaman remaja tuh better pakai pelakon yg muka iras2 ke ..
kalo letak wig tuh cam tak best le ..
aku tak tau nak bagi rate bape kat ...
nak jimat kos kut? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #196 ida88's post
laki ziana mmg stock2 sombong..bebaru nie kena turun pangkat
sbb tolak peramugari sampai jatuh..dia kan ketua peramugara time
nak arah2 crew keje belagak cam bagus jer |
|
|
|
|
|
|
|
best ek cite ni...
tak dpt tengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #219 ladydolph's post
a'a lagu tu mencerminkan betapa sygnye dorg kt india kn? xsesuai djadikn lagu utk filem kite |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ida88 at 28-2-2007 06:59 PM
a'a lagu tu mencerminkan betapa sygnye dorg kt india kn? xsesuai djadikn lagu utk filem kite
tu la pasal...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nagebore at 14-2-2007 04:48 PM
Aku tengok semalam..... Macam Deja Vu pulaks... Raya dua tahun dolu (I think) aku tengok Tele-movie Raya, tajuk "Shawal" lakonan Ako & Eja. Kalau tak silap skrip Azlina Pak wan ju ...
Agree....nama telemovie tu "Airmata Syawal"..memang la tak 100% but half of it la kan...especially masa Erra g umah Rusdi mlm2 kena dera ngan laki dier. cuma beza nya Eja dulu kena belasah mak dier. citer tu pun sedih...dan ada element Bollywood gak, siap ada scene nyanyi2 jugak,....well, kesimpulan nya, rencah sama tu memang ada cuma diubah here n there utk kelainan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|